Sentuhlah saya

20 July 2010

Mansuhkan UPSR dan PMR?

Salam,
selamat pagi,live dari ibu pejabat.
hahaha..hotaklah..

macam tak da kerja kan?
En.Tunang suruh aku vacum opis,tapi aku malas.
aku study jap,pastu ngantuk..
atenye bila ler nak habis master lau cenggini.

Pagi td masa tengah mekap..
ceit..keja dengan kekasih br nak mekap bagai.
cuba aku keja ngan org lain..
gi keja pon muka macam br bangun tido..sumpah tak tipu =p

okey2..
pg tadi aku dengar kat tv pasal nak mansuhkan UPSR dan PMR.

kau tak nak tanya pendapat aku?

KAU GILA NAK MANSUHKAN..
budak2 sekarang bukan pandai okey..
lain r kau jenis mak pak yang sentiasa pantau pelajaran anak2.

kalau ada sapa2 yang ada anak amik peksa tahun ni,
baik kau tegas dan straight sket.
masa aku ngajar budak form 3 hr tu..
ya..ampun..lemahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
lemah sesangat...nak jawab karangan pon tak lepas.

macam tu kau nak suruh mansuhkan.
aji kojol semua budak2 jadi pemalas+bodoh.
sedangkan aku yang da berbelas tahun tinggalkan zaman2 periksa ni pon tak pernah dapat straight A,lagilah mama aku teman malam2 buta study..
selebihnya aku baca komik..=p

BAnyak keburukan dari kebaikan.
kalau dimansuhkan,confirm budak2 study tak da target.
maksud aku,dalam kepala mesti dia fikir..

'alah tak da UPSR/PMR,wat pe nak belajar,kalau setakat peperiksaan khas masuk asrama penuh..erm..bolayanlah'..

apa?apa?kau nak jawab ek?

Sedangkan aku suruh buat ujian karang dia leh tanya

'apasal kena buat?'
kepala hotak nak je aku hentak,nasiblah anak orang..

serius aku memang sound diaorg bebal je.
ingat aku kisah nak report kat mak pak..
aku leh bgtau apa yang diaorg buat kat kelas.

bukan dengar apa aku ajar pon,
dok berangan.
yang pompuan plak dok gosip tak habis2..

jadi kau rasa masih setuju nak mansuhkan?
erm..bagi aku sistem pembelajaran yang perlu diperbaharui.

kadang2 budak2 ni memang dah tak da minat belajar,
tapi mak pak yang paksa suruh pergi skolah,
dapatkan gak sijil SPM walaupun kau tau anak kau tak belajar dan akan fail.

kesian.
kesian kat budak2,mungkin diaorg lebih minat kemahiran.
aku rasa kita patut bg pilihan kat diaorg.
jangan terlalu memaksa.
pasal UPSR dan PMR teruskanlah gak,
sekurang2nya kalau dia sengal dan tak dapat score pun,at least dia mencuba,
mencuba untuk jadi yang terbaik.

Dalam family sebelah mama aku,
kitaorang sangat pentingkan pendidikan..
serius ya....kitaorg cousin2 ni bukan kesah pon.
tapi mak pak yang lebih2,nak berlumba anak sapa hebat..poyo!.

Kalau dulu belajar ni pasal majlis kahwin plak..nama pon family sket sebanyak rasa nak lebih dari org lain tu ada.TApi kitab buatlah semampu kita.

menyimpang lagi..
aku ni selalu je terlajak kan?
okey2...
ni pandangan aku pasal UPSR dan PMR..
kalau kau?aku tak tau..mungkin pandangan kita tak sama.
atau aku agak kolot sket..
=p
chow..nak buat kerja.

No comments: