Sentuhlah saya

06 July 2010

Bila Mendung dan kilat bertandang...

Salam,
selamat pagi...
live update from Library batu pahat..
hahaha motip..memang selalu aku live update...

saja nak poyo dengan korang yang aku rajin nak bertapa kat sini.
Kenapa?
baca bukulah,bukan yang ada kat library tapi yang aku bawak sendiri.

Kalau aku duduk rumah,mampos satu keja pon tak siap.
makan+tido+FB tak sudah2..
tb2 terfikir bolehkah aku nak delete acc FB hahaha motip orang yang tak kuat semangat okey.

Erm...
sebenarnya aku tengah terapi minda,
aku perlukan ruang untuk diri sendiri.
aku perlu bertenang dan hilangkan kekecewaan aku..

Aku redha mungkin bukan rezeki aku,
tak apa lah,insyaallah aku akan cuba lagi.
sedih?
sapa yang tak sedih?
surat tawaran keja yang kau impi2kan sampai kat tangan kau,
tiba2 kena hold @ tak jadi,
sebab ada staff lain masuk..
atas sebab aku hanya part time dan staff tu full time.

Ye...memang ptt dimaki..
menakjubkan sepatah haram jadah perkataan maki tak da kuar pon dari mulut aku.
bukan sebab aku tengah puasa ganti je,tapi sebab perasaan kecewa yang amat sangat tu buat aku terdiam.

Serius the whole day aku down gila,
Puas ayah n En.Tunang pujuk aku...
kalau kau?
apa perasaan,segala preparation untuk mengajar aku dah buat...

MEnangis?
tak da lah aku menangis macam nak rak..
serius terkilan sampai bergenang air mata aku.
tapi sikit je lah..
aku kan 'along',mestilah strong n tough..

aku sedih sebab aku dapat rasakan ayah aku lah orang paling kecewa sekali.
masa aku mula2 dapat surat tawaran tu,senyum dia sampai ke telinga...

En.Tunang?
of course bebel tak berhenti..
bukan kat aku lah,kat pihak yang bertanggungjawab.

Hari ni,aku rasa lebih kuat dan tenang.
Aku tak boleh patah semangat,
nak buat apa meratap benda yang dah berlaku.
Life must go on right?

Kecewa memang tak kan hilang..
but i try too...

Dulu masa sebelum aku daftar masuk U..
FYI aku ni second intake okey,untuk pengambilan masa degree dulu.
Bodoh?ye mengaku.....sebab tak struggle masa Stpm dulu.

seorang kawan telah sms sesuatu yang buatkan aku bangun kembali,
sebabnya,masa first intake tuh..hari2 aku nangis sebab kecewa tak dapat masuk U.
belajar macam nak gila (sapa2 yang ambil STPM taulah keadaannya macam mana)
tapi kau tak dapat tempat.

dia send kat aku:
'Kalau Allah turunkan turunkan Hujan yang lebat serta kilat,maka yakinlah yang dia akan hadiahkan kamu pelangi yang indah serta mentari yang memancar'.

'Kalau Allah mengambil sesuatu dari mu,bermaksud kamu perlu tabah dan redha,jangan berhenti berusaha dan berdoa kerana kamu akan dapat lebih dari apa yang kamu inginkan'

'yang terbaik itu hanyalah dari Allah S.W.T'

jadi tiap kali aku 'tersungkur jatuh',
aku akan cuba recall balik kata2 ni,
aku akan cuba bangun balik walaupon payah...
Kerana 'sakit' yang akan buatkan kita lebih kuat dari sebelum ini.

Jadi,bangun pagi2 tadi..
aku dah nekad dalam diri..
'kembali ke landasan hidup yang utama,mungkin hari ni aku bersedih,mana tau esok lusa aku gelak guling2'.

Untuk korang semua,Good luck...mulakan hari dengan senyuman,mulakan langkah dengan bismillah.Semoga hari korang best...bye (^_^)

No comments: