Sentuhlah saya

26 February 2010

Akhirnya jadi manusia juga...

Salam...
selamat pagi...
mata aku dah ngantuk tp x leh nak tido..
jd mari kita update..

kau penah dengar x?
kalau orang tua selalu membebel gini..
'kau ni nak jadi apa?belajar x pandai,hidup x tentu arah,bila lah kau ni nak jadi orang...bla...bla..'


maksud orang di situ bukanlah sebelum ni dia beruk atau tunggul bagai...
maksud orang tu lebih kepada manusia yang punya matlamat hidup dan cita2..
yolah kalau kita dah berhempas pulas belajar macam nak gila (contohnya aku...) :-p
mesti nak cr kerja best,gaji best,nak balas jasa org tua...mcm2lah...

x bermaksud orang yang x belajar tinggi x leh dapat gaji best...
rezeki setiap kita adalah berbeza..
kalau kita berusaha maka kita dapatlah yang terbaik..
kalau kita dok menunggu dan meminta2 je,sampai mati hidup kita kat takat tu je.

bab ayat kat atas tu,aku slalu bebel kat adik aku,angah.
sebelum2 ni,dia kerja x tentu hala.kejap2 tukar kerja,x pernah ada yang sempurna dalam hidup dia.kalau mama call aku ngadu2 pasal angah,confirm aku akan call angah dan bebel2 macam ayat kat atas tu lah...tapi lagi syahdu.

Serius wei,mulut aku sangat menyakitkan hati kalau aku membebel,lebih2 lagi kalau hal2 tu semua keluar dari mulut mama aku,x kiralah sapa pon yang mama ngadukan kat aku baik angah,adik atau ayah.Semua memang kena ngan aku,cuma ngan ayah ayat ada lapik sket lah.

erm....angah rezeki dia agak lambat sket berbanding orang lain...
kali kedua dia interview baru dapat masuk..
ops lupa nak cakap angah dia mintak jadi polis pelabuhan...aku x tau apa namanya.
Tapi ayah aku sebut macam tu jadi aku ikutlah.

kali kedua alhamdulillah rezeki dia,
hari selasa lepas,first time aku jumpa dia lepas 2 bulan dia dok bertapa kat dalam kem.
owh adik aku dah hitam legam..tapi badan mantap sei...tough...hahaha2 bila aku panggil dia gemuk,dia marah.... :-p

Bangga beb tengok adik aku pakai uniform,
segak,dengan kasut dia yang berkilat....
terharu gila sampai nak menitik air mata aku....
aku nampak dari mata ayah aku yang dia gembira sangat dengan hidup angah yang baru...
adik aku sangat berbeza..berdisiplin.

serius aku bangga dengan dia,walaupon jawatan dia bukanlah berpangkat tinggi,
sekurang2nya ianya berjaya mengubah kehidupan adik aku menjadi lebih baik.
sekarang aku dah x risau pasal angah...dia dah ada hidup dia sendiri..
tinggal adik aku yang bongsu je ni...
ddegil nak mampos,payah sangat nak dengar kata orang.
suruh gi skolah pon x nak,aku x tau lah dia nak apa dalam hidup dia...aku memang cakap terus terang ngan dia...

aku:kau kalau x belajar betul2 sapa nak tanggung hidup kau?kau nak harapkan mama sampai bila?kalau kau x amik spm kau ingat kau leh kerja ke?sekurang2nya kau mesti ada sijil.Keputusan teruk pon x apa janji kau amik spm.bukan susah sangat,kalau x nak belajar 8 subjek,kau belajar je lah 5 subjek bagi cukup syarat kredit tu pon susah ke?

adik:tengoklah nanti...

aku:nak tengok apa lagi?tunggu bulan jatuh ke riba @ kau tunggu anak datuk pinang kau?aku cakap terus terang je,kalau dari muda ni kau x tau nak jadi apa,kau jangan harap bila kau susah besok aku nak tolong.Pandai2 lah kau nak hidup.

adik:mama tengok along ni,dengan darah daging sendiri pon nak cakap macam tu..keji~

mama:kalau mama jadi along pon buat macam tu gak.

hahahaha~
padan muka kau....
angah walaupun tarik muka masam masa aku membebel
sekurang2nya dia dengar gak cakap aku..
yang pompuan sorang ni aku x tau lah nak jadi apa...
susah sangat nak dengar cakap...
dia ingat setakat dengan muka je kita boleh berjaya ke?
dulu ada sorang kawan pernah cakap ngan aku...bahasa dia agak kasar lah
'beauty without brain is suck'

owh..masa dia cakap ni,dia tengah bebel2 ngan adik2 dia gak r..
kawan aku cakap lagi,kalau kita x da ilmu orang akan pandang rendah pada kita.

walaupon x semua orang berpendapat sedemikian rupa,
tapi 70% adalah betul...
mungkin leh jadi 100%

aku kalau mama aku bg green light da lama aku rendam adik aku tu dalam tempayan...
bagi sedar diri sket..
dia ingat hidup ni enjoy semata2..
mama aku slalu je suruh aku sms adik aku pujuk suruh belajar..
aku?x da maknanya..
buat bil aku melambung adalah...
aku cakap sekali je,banyak kali memang bukan cara aku.

ni hidup kau,kau yang tentukan.
memang kita x tau masa depan apa akan terjadi..
tapi kalau cakap je x berusaha x guna gak..
sebab x da sapa yang akan ubah takdir kita kecuali kita sendiri.


P/S:untuk semua penganggur macam aku,bumi Allah S.W.T ni luas,rezeki ada kat mana2 je.yang penting kita berusaha dan berdoa...baru leh tawakal...kalau kau tawakal je tanpa usaha,sampai kau bongkok 3 pon kau masih macam tu gak.Ni nenek aku yang cakap ea....

24 February 2010

Penang

Salam,
entry basi...
aku dah tepu ni..
haha2 semangat sudah luntur ma mau study...

aku nak update pasal last week aku gi Penang...
aku gi berdua je ngan Atiqah...
Perbelanjaan ditanggung.....
bawak badan je ngan duit nak beli jeruk untuk mak pak...hahaha

student kan nak borong banyak2 x mampu...
jadi borong seadanya...
kat Penang nak beli apa pon aku x tau,jalan sehala je..berpusing2 aku nak cari pasar Chowrasta...
sebab si Atiqah sibuk nak beli jeruk...yee bukan dia je,aku pon terjebak sama.

Wei aku beli je,makan x ye.Saya bukan penggemar asam jeruk bagai nih,tengok dan belikan boleh,makan kurang.Kalau betul2 teringin je aku makan.

Ayah aku x kasi makan benda masam2 ni masa belajar....
dia kata nanti selalu lupa apa yang kita belajar...
Ayah aku kata lah, bukan aku...

Kalau aku lah kan..
hah makanlah jeruk banyak2 boleh cepat pandai...hahaha2

Otw ke Penang kat Highway,masa ni baru lepas Tapah kot...entah yang penting Highway dia berliku...
Masa ni macam nak melonjak2 je sebab dah sampai kat Penang Bridge...
(^_^)

Wei kau tau mulut aku ni celupar ya amat,boleh masa lalu kat Penang Bridge ni aku leh spontan nyanyi,'Penang bridge is falling down.....'.Atiqah terus terdiam kau...hehehe..pastu baru aku perasan kecabulan mulut aku...biasa nyanyi masa main2 je kan..hahaha2
Gambar dari dalam lif kat komtar, masa ni kitaorg dah habis kumpul data keesokan harinya...
Muka huduh aku yang kepenatan,penat siot drive memanjang....
Aku bukan x nak bg Atiqah drive awal2 dia dah cakap macam ni
Atiqah:along,hang bawaklah.Aku ni nama je ada lesen dalam bertahun tapi baru 7 bulan aktif bawak keta since aku beli keta...
Kesimpulannya:anda berani bagi manusia ini bawak...long distance ma.....owh...tidak
Hal nak gi Penang tu Urgent...
aku sampai UPM hari Rabu malam
Pagi Khamis Lec aku dah call tanya boleh pergi x?
Hari jumaat tengah hari dah gerak ke Penang....
aku nk bgtau ni...sepanjang pergi balik dari Kl-Penang dan dari Penang-Kl aku x da lesen...
Lesen keta aku mati...petang ni baru berangan nak gi renew....(^_^')




DAMN....

Salam,
dear diary...
feel so mad last night...
i hate that feeling....

Miss myself...
i cant control myself...
DAMN.....


Bingungnya,camana nak siapkan soal selidik nih...
aku dah draft camana skalipon ...idea tetap stuck...
please3...otak tolonglah berfungsi...
tolonglah menjana idea2 yang cemerlang...

kenapakah?
benci~
aku berat hati betullah nak balik serdang....
malas~


Kenapalah macam ni...adoyai......
relax2...
tarik nafas panjang2 dan hembus....fuh!!!!

(1)siapkan soal selidik
(2)mandi dan siap2
(3)Renew lesen
(4)x fikir lagi hehehe2....


okey...mari kita buat satu2...jangan tension dan stress... (^_^)

harap2 perkara yang ke-4 adalah bergelak ketawa...
owh..ye..pagi ni i kena jaga sepupu2 i yang kecil2 ye..diaorg demam dan banyak ragam...
Tuhan tabahkanlah hati aku nak sumbat ubat kat mulut diaorg nih....*sigh

23 February 2010

Ceriakan hari ku

Salam...
selamat tengah hari...
semalam hari aku adalah sangat ceria...walaupon ada sesuatu berlaku..
not me ok... (^_^)
my buddy of course..dont want mention her name lah..

Since aku macam serabut je bulan ni..
aku rajin je keluar melepak ngan pompuan2 nih..especially ayu ler...
Syira of course...dia dah jadi seangkatan aku pas ni...
sama2 da melepak kat johor kan...

NAnti2 jangan korang bengang gak kalau cerita aku + syira je yang banyak kat dalam blog aku nih...even dia ada blog sendiri apa lagi yang blogger akan upload kalau bukan...pasal apa yang dia dah lalui sepanjang hari kan?
kan?

Love both of them...Ayu & Syira...
miss them damn much...
shit je kan...x sampai 24 hour aku dah rindu gelak tawa diaorg...


Makcik ni aku kenal since form 1 lagi kat ASPUTIGS,selalu jadi pendengar yang baik.Kenapa aku sayang dia?camana pon perangai aku,siapa pon aku...dia slalu ada je untuk aku...
tapi masa ni dia br balik kerja,bau ayam masak merah,dia da macam mak dia..penyelia asrama..totally same..aku tau mesti dia baca entry ni...hahaha2
ayu the aussie girl..hahaha2 damn babe..miss you...pompuan ni request makan kat piza sbb dekat aussie x da fast food yang halal...poor you sayang.Jadi aku ngan syira layankan je lah nafsu pompuan ni.

Hah ni hidangan kitaorg,serius macam naga kan nafsu ayu nih,dia yang suruh amik 2 pan for our dinner,tapi bila masuk second slices je aku dah terdampar macam paus kekenyangan...gila penuh perut...pompuan nafsu naga tu pon sama terdampar...cuma syira je yang relax lagi mengunyah...
surprise...we've meet Saidatul Indaha (anne)..our friend kat ASPUTIGS dulu...pompuan2 ni x perasan,cuma aku je lah yang memiliki kelebihan tuhan bagi,aku cam suara si anne nih...kecoh gaklah piza semalam sebab hilai tawa kitaorg...kau bayangkan camana x cepat kenyang...kunyah sket pastu gelak...minum sket pastu gelak lagi...asyik gelak sampai penat...hahaha..Syira paling teruk masa makan pon leh ngantuk...hoh dasyat itu pompuan...owh...aussie girl...we'll miss you damn much girl..



Aku sangat bahagia...

Salam...
Selamat awal pagi...muahaha..(^_^)
kelihatan sangat gembira kan?
memang aku sangat bahagia sekarang...

mesti korang pelik...
camana aku leh rasa sangat bahagia..walaupon aku,
-menganggur...
-cari kerja x dapat
-soal selidik x siap lagi sedangkan khamis ni nak edarkan
-x kemas barang lagi,28 hb da nak berambus dari rumah tu
-aircond keta x betulkan lagi sebab aku x da duit..(duit ada,tapi takut ada benda yang lebih memerlukan,jadi aku sanggup berpanas)
-duit simpanan semakin susut.. *sigh
-tesis x bergerak lagi...nampak gayanya macam kena extend
-merempat(kejap kat upm,kejap2 kat johor)

hohoho...tapi aku bahagia...pelik?
aku memang pelik..
sebab knapa ye?
walaupon dalam keadaan susah dan banyak masalah...
aku masih mampu rasa bahagia...

bahagia sangat....
spend my time with family...
my lovely En.Bf
my best buddy...
my thesis..hahaha...

banyak benda aku belajar kebelakangan nih...
belajar untuk survive...
belajar untuk mengerti dan memahami
belajar untuk memberi dan menerima
belajar untuk mengabaikan manusia2 yang menyesakkan hidup aku
belajar untuk berdiri sendiri tanpa bantuan orang lain

terlalu banyak...
kau tau...aku hilang seorang kawan baik...kawan yang aku anggap macam adik beradik aku sendiri,tapi entah mana silapnya...mungkin sebab mulut aku terlalu celupar...atau kawan aku x terima aku seadanya...tapi bagi aku kawan yang betul2 baik..dia akan terima siapa kita seadanya...dan sekarang tuhan bagi balik kawan2 yang terima aku seadanya tanpa kisah siapa aku,dan camana sikap aku....dan aku sentiasa rindukan pompuan2 ni....

aku dah x nak fikirkan pasal kawan yang terlalu sensitif,egois bagai...
malas dah..sbb sekarang ni dalam kepala aku dah x da tempat untuk orang2 macam tu..
x pe lah,mungkin tuhan nak bagi yang lebih baik...

Kau tau..ada kawan aku tegur..

Kawan:aku tengok semenjak kau jadi penganggur ni,kau senyum je..ceria sangat..pada hal kau x da income...pastu masalah kau banyak je...
aku:x tau,tapi aku rasa lega yang tersangat2....ntah aku pon x tau..hehehe

tu je yang aku leh jawab..
weih duit aku semakin susut lah..
patutkah?
erm..apa yang aku nak buat?
hahaha....
x leh fikirlah...

Tapi aku tengah bahagia nih...harap2 kebahagiaan ni berterusan....
miss my mum...
miss my En.Bf
miss my girls..

damn...tiba2 rasa x nak balik serdang..benci~
sebab dah syok duduk kampung...

kat kampung best woo...
x da sapa2..
cuma tinggal Makcik & pakcik aku je..
anak dia sorang je...tengah study lak tu..
nenek aku x tau dok rumah diam2
keja berjalan ke singapore..
tinggallah kami bertiga..
aku+makcik+pakcik

bahagia je kan?
bahagia lagi..
hahaha
bahagianya..
syukur tuhan..syukur alhamdulillah...

22 February 2010

aku yang lapar....

Salam,
owh entry bacin...
bencilah sekarang malas nak update..
hahahaha2

ni masa bila ye...
last 2 weeks kot...
matiklah aku pon x ingat bila aku kuar ngan wanita suci nih

masa ni kitaorg lepak makan kat jusco cheras selatan..
kat cafe ni gak aku terserempak ngan blogger lain..
nak datang tegur..i malu noks..i ni rajin jadi silent reader je..
perut dah kebulur gila..
maka decide makan kat cafe apa ntah nih...
sbb dah terlampau lapar kan?
hentam saja lah labu..
janji kenyang..
sbb aku akan jadi agak gila kalau lapar sangat....

Wanita yang selalu temani aku ke mana saja....
Pompuan yang mental x stabil+kebulur sangat

Masa ni da x sabar nak makan...tapi da nama pon blogger kan...nak gak snap pic



owh..heaven...chicken chop yang menyebabkan lemak bertambah kt badan aku...

camana ngan misi aku nak kuruskan badan ye...
keja makan saja?
tapi kalau aku tension...
memang makan je lah ubatnya...
owh..tb2 tension...
kadang2 aku rasa mcm dah bongok sangat nak update entry..
x tau nak tulis apa?
aku dah kehabisan idea nih....
ada sapa2 nak tolong typekan...
hahahahahaha
hehe...entry best mungkin akan menyusul.
tp tgh difikir2kan.....tunggu


MAsa lepas...

Salam...
monday blues...aku ni memanjang asal isnin je bluees...hahaha

wei,aku nak cerita sket r pasal masa lalu aku...
dulu kan...
masa lepas spm aku ada kawan ngan ramai lelaki....
solo kan...haruslah melayan...
kawan je ok,lebih x da....

dalam ramai2 lelaki tu..aku paling close dengan lelaki yang aku bg nama dia 'Z' je lah..
dia baik,caring dan sebagainya...
tapi masa tu umur aku belum 18 lgpon....
aku cuma cakap ngan dia,aku nak kawan je dulu...sbb aku nak masuk form6 kan..budak2 lagi...
dia kata ok...aku habis belajar je dia nak masuk meminang...
aku cakaplah gila ke apa...dia nak kahwin ngan aku umur brapa?
dia cakap umur aku 20 tahun je dia nak kahwin ngan aku...
hahahaha
bongok je kan...
dia ingat mama aku kasi ke nak kahwin awal...
kepala otak aku ni masih hijau...bukan tau pebenda pon pasal rumah tangga ni

Z ni rajin r gak,hantar aku gi keja...amik aku balik...
bawak aku gi makan bagai...apa2 je lah dia sgup buat tok aku...
masalahnya hati aku x sepenuhnya masa ngan dia...

satu hari,dia bawak aku balik rumah mak dia...
kononnya nak kenalkan aku pada mak dia..
aku cakaplah..masih terlalu awal...
dia kata kalau aku kawan ngan dia,aku mesti 'kawan' ngan mak dia gak...

aku turutkan je...
sampai je rumah dia...
aku terus salam & borak2 ngan mak dia...
mak dia baik...soft spoken

tapi pandangan mata mak dia seolah2 x suka ngan aku..dan aku rasa tu...

nak dijadikan cerita...
masa Z keluar gi beli barang dapur,aku tolong mak dia kemas dapur...
tb2 mak dia cakap cenggini..

mak Z:umur kau brapa?
aku:17 masuk 18 cik..
mak Z:muda lagi tp dah sibuk bercinta..
aku:erk...(senyum je lah)
mak Z:sebenarnya makcik x suka dengan kau...kau ni muda lagi.
aku:erm..saya ok je makcik...nak wat camana Z sibuk sangat nak bawak saya jumpa makcik..
mak Z:kau ni skolah lagikan?
aku:ha'ah,bulan depan masuk form6
mak Z:kalau macam tu x payahlah nak menggatal bercinta,makcik nak menantu makcik nanti cukup semua pakej,yang penting pandai buat kerja rumah..bukan macam kau.
aku:hehehe(senyum je lg walau dalam hati rasa mcm nak tumbuk je org tua ni)

tapi bila depan Z,dia layan aku baik gila...lembut dan sporting...
bila belakang Z ayat2 dia macam haram...pedas dan sinis...
Sepanjang hr tu aku cuma memendam rasa....

sampailah waktu aku nak balik...Z tengah sibuk2 cek motor dia...kebetulan kawan2 dia ada gak..
kedudukan Z ngan kitaorg x brapa jauh...

aku,mak Z ngan kawan2 tengah berbual2tiba2 mak dia cakap macam ni...

mak Z:kau ni menyusahkan anak aku je nak hantar balik...
aku:(diam sambil tunduk)
kawan2 Z:x pe lah cik,dia kan perempuan...memang tanggung jawab Z hantar dia balik.
mak Z:tapi aku x suka betul dengan BETINA NI...(siap tunding jari kat aku,macam aku ni bersalah sangat..)

kawan2 Z semua terdiam..aku angkat muka tengok muka kawan2 dia...semua pandang simpati kat aku..

mak Z:aku x suka kau kawan ngan anak aku..sambil bebel2...
aku:(aku tenung je muka pompuan tua tu)

mak Z:kenapalah si Z ni pilih kau,kan ramai lagi pompuan lain...

aku:makcik saya pon x hingin ngan anak makcik,kalau hensem x pe..lagipon kalau saya jadi menantu makcik confirm merana hidup saya...memang malanglah sapa kahwin ngan Z.Lagipon bukan saya yang gilakan Z...dia yang gilakan saya.Mama saya pon belum tentu suka kat dia.

mak Z ni terus terdiam mengetap bibir tahan marah kat aku..bg aku leh jalan r orang tua macam ni...mati hidup balik pon aku x nak kahwin ngan anak dia...cuba kau fikir..camana aku nak hormat org tua..kalau org tua sendiri yang x da bahasa..x da adab...kalau dia cakap lembut2 ngan aku yang dia x suka aku...aku mesti leh cakap lembut2 balik.

pas dr hr tu,aku terus x layan si Z...
dia call aku marah2...
cakap knapa aku berubah...
aku diam je bila dia bebel2...

lama pas tu dia give up...
dia senyap dan hidup aku pon tenang kembali seperti sedia kala

satu hr dia call aku ngan suara sayu

Z:knapa awak x cakap yang mak saya marah2 awak?
aku:eh mana awak tau ni?
Z:ada orang bgtau saya,mak saya marah2 awak.
aku:x pe lah,benda dah lepas...dia mak awak dan tempat awak kat sisi dia..dia sayangkan awak.
Z:tapi dia x patut buat macam tu..
aku:jangan kerana saya awak dengan mak awak bergaduh,kita dah memang x da jodoh.
Z:saya minta maaf,boleh x kita mulakan lagi sekali?
aku:maafkan saya,saya x nak.Saya betul2 x leh hidup dengan mak awak..

hah..tulah salah satu cerita masa lepas aku....
aku kalau nak bercinta ni x da restu org tua payah sket...
terutamanya mak lah kan...
kalau mak kita x suka...confirm payah hidup kita nanti...tapi x tau gak
semuanya takdir..yang penting kita cuba yang terbaik..

pengajarannya...budi bahasa budaya kita.... :-p

19 February 2010

My CNY

Salam...
morning...
aku tengah berkejar-kejaran nih...
barang x packing lagi...kol 1 aku nak gerak gi penang...yuhuuuu
Penang here i come...

aku tepek gambar masa CNY hr tuh....
ops lupa nak cakap....Ila & sham ikut aku balik kampong sbb nak attend majlis pertunangan DAyah......

Sampai2 je dr UPM...
terus singgah rumah dayah kejap...pas tu terus balik rumah atok aku..hehehe
pas zohor aku angkut anak2 orang ni gi Batu Pahat Mall...
kau tau knapa?
sbb ila nak sangat gi Butik First Lady...cr baju yang dia nak sangat....



Owh...wanita jelita yang sempat posing walaupon nak je cakap kat ila..."cepatlah noks...aku dah nak pengsan ni...lama bebenor kau pilih baju.."
Kau tengok baju dia...mengalahkan orang yang nak tunang....

Masa ni aku bawak diaorg lepak Dataran BAtu pahat jap,sambil2 tunggu En.Bf siap2....nak bawak diaorg gi makan seafood...huhuhu~...owh ye pompuan ni bukan melabur ye...dia tgh dok bergayut ngan bf dia....tu yang sgup bawak diri sebelah tong sampah...

My coursemate...Sham& ila...
hah ni lah sham yang aku slalu dok cakap2.....dia housemated aku..merangkap sifu memasak...

The most important person on 14 february...
Dayah tahniah...selamat bertunang.....
Tb2...feel macam nak tunang gak..hahaha
En.Bf masuklah meminang i cepat.....

:-p


18 February 2010

Miss my buddies

Salam...
HAppy Thursday...
huagh....hug n kisses for my readers...
miss u all damn much...

sorry ye...aku mendapati diri terperangkap dalam tahap kemalasan yang melampau...
cuti yang sangat bahagia...but now...aku dah ada kat upm...such a boring place..
hahaha...
mampos je kan kalau lec aku baca entry ni...

okey aku cuma nak tepek gambar reunion aku masa CNY hr tu...
jom layan gambar....

Aku&Awin...geng bas skolah....pompuan ni kalau layan aku punye lawak bodoh confirm berjuraian air mata sebab gelak...
MEntang2 dah 10 tahun x jumpa...masing2 sbuk berborak...

The red one is my blogger buddy
Muka pompuan jelita yang bahagia...hahaha sbb ketawa x berhenti
Aku saja nak tunjuk yang aku ni dah pandai main bowling...hehehe


Miskin lah diaorg kan bg aku kasut koyak

Kaki kami
Owh...aku rindu gila ngan manusia2 ni...
best sangat...yang syoknya...masing2 masih macam 10 tahun lepas...
bezanya...10 tahun lepas kitaorg amik pmr..
la ni da grad n masing2 ada kerjaya sendiri...
how i missed my old days....
wa...wa..wa...rindunya nak fly hostel.....







12 February 2010

Tak perlu baca entry ini...

Habis satu masalah..
masalah lain pulak timbul...Ya! Allah...bglah aku kekuatan...
supaya aku x simpan dendam dan marah2...
hati aku betul2 sakit...betul2 marah....

Kenapalah perangai kau mcm ni...
kenapalah kau menyusahkan aku ngan sham...

lagi 2 minggu nak hujung bulan baru kau cakap kau nak keluar dari rumah ni...
mana aku ngan sham nak cari orang lain dalam waktu terdekat...
kau boleh cakap...

"bayar je lah sorang RM235....bukan lama pon dok sini lagi,tinggal 2 bulan je lagi kan..."

kepala hotak kau...
ni bayar RM157 sebulan pun kitaorg berkira2...
banyak nak kena tambah tu RM80...
duit belanja dapur aku ngan sham sebulan....

tu pon terlebih kalau aku ngan sham cuma shopping kat pasar malam je...
lain kali tolonglah buat keputusan tu fikir untuk orang lain sekali...
kenapalah kau x cakap awal2 nak berambus dari rumah ni...
kenapa dah saat2 akhir baru nak cakap...

aku x tau lah kau ni jenis pompuan camana...
menyusahkan...aku betul2 bengang ngan kau...
yang lepas kau dah cari pasal sekali..
la ni kau buat hal lagi...

kali ni memang aku x kan tolak ansur ngan kau...
boleh jalan lah dengan kau...
aku memang x ingin nak tengok muka kau lagi...

mulut je poyo macam gamble sangat...
nak cakap dengan aku pon takut..
apasal takut aku tumbuk muka kau yang perasan cantik tu?
atau takut aku maki sampai telinga kau tanggal?

sorrylah beb...
nak bercakap ngan kau pon aku dah x ingin....

kalau setakat pompuan pengecut macam kau...sorry...

kalau gentle cakap lah awal2....
aku x kan marah macam ni skali...
ni x dah dekat hujung bulan baru nak cakap...

Dah r aku x kerja...
sham plak banyak tanggungan..
dulu kau janji nak stay sampai kita habis belajar...
pergh...mulut kau macam haram ek...

eh pompuan lg satu aku nak cakap...
kalau x pandai menipu..baik kau jangan menipu...
sebab kau sendiri yang kantoikan...
baru je menipu...selang 5 minit aku tanya lagi dah lain plak jawapan kau...

macam ni je lah...
memang aku sangat marah...
tapi aku rasa lega ...
x tau knapa....
aku akan pindah balik johor...dan aku akan naik upm kalau lecturer nak jumpa aku je...
terpaksalah merempat kat upm ni...

Sham tengah usaha cr rumah lain @ bilik kat sekitar serdang nih...

Sham,aku mintak maaf sebab x leh nak stay ngan kau lagi...
erm..nanti aku mesti boring sebab x da sapa nak teman aku masak...
x da sapa nak kongsi resepi ngan aku...
x da sapa nak borak2 pasal memasak...
dan yang paling penting lunch hour kena tapau..benci~

Tapi x pelah Sham...aku reda kalau pompuan tu menyusahkan kita..
mungkin ada hikmahnya....
nak marah2 pon x guna...
masing2 dah besar...
apa salahnya dia cari pasal..
aku layankan...nak sangat kan...
jangan kata aku x da timbang rasa plak...
betul cakap kau sham...sekarang kita kena fikir pasal kita plak...
sebelum ni kita sibuk kesiankan dia...
sekarang pandai2 lah dia...

11 February 2010

Boringggggg...

Salam,

Aku boringggggggg sangat...

x da mood...
ada banyak benda aku nak tulis...

tapi sekarang x terluah idea....

ada masalah hidup.....

nanti kalau masalah dah hilang aku tulis balik...

tu pon kalau rajin... *sigh

Hidup ooooooo hidup.....banyaknya masalah....

kenapakah?

bagaimanakah?

(^_^")

Nak guna perkatan KALAULAH...

dah tentu2 x boleh......

sebab mana ada perkataan KALAULAH dalam hidup....

KALAU2 x jadi......

macam menyangkal takdir je kan...


owh...kenapalah hari ni macam sengal je...

bukan aku je....orang2 kat sekeliling aku pon sama....


tiba2 aku nak cakap yang sarung bantal busuk aku dah kotor....

x da feel nak cium bagai....

owh..benci~...


weih abaikan entry ni...aku tengah biol nih....*sigh

10 February 2010

Aku tengah merajuk ni...

Benci~
aku x suka betul bila emosi aku macam haram
aku x leh nak study...
ni semua salah dia sbb buat aku marah...

eeeeeee....
kenapa x boleh nak marah2 kat dia balik...
rasa macam nak bebel2 je kat telinga dia sampai mulut dia berbuih...
hahahaha~

benci la wei....
rasa macam nak meletop dada ni tahan marah...
geramnya~
(sambil ketap2 gigi)

owh..marahnya....
rasa macam nak gigit je tangan dia sampai putus..
macam nak belasah dia sampai lembik
macam nak terajang dia ....

tapi aku x boleh buat...
Hoiiiiii En.Bf dengar x?
aku merajuk ni..
cepatlah pujuk aku....

kau ni kan kalau aku merajuk x pernahnya nak pujuk aku
kalau kau merajuk aku yang pujuk kau
walaupon masa pujuk kau tu aku x sepenuh hati
sebab dalam hati aku masih panas membara...

wahhhhh...
benci~
aku taip benda ni dengan harapan kau baca..
tapi kau mana ada masa nak baca...
kerja kau kat site je....

On92 ni kau x layan...
umpama kata kau....
call je lagi senang x payah nak Ym bagai....

eeeeeeeeeeeee~
marahnya aku.....

09 February 2010

Suka lelaki yang beriman.anda?

Salam,
aku tengah warming up sebelom study...
motip kan?kata je lah pemalas suka main2...kan senang...hahaha

hari ni aku nak cakap sket...
korang lau baca majalah mesti ada terbaca pasal artis kan..
maksud aku temu bual diaorang lah terutamanya selebriti pompuan pasal lelaki idaman...
80% mesti jawapan diaorng .."i suka lelaki yang beriman...bla..bla.."

alahai bukan selebriti je..korang pon sama kan?
lau kawan2 tanya..kau mesti jawab mcm ni..
"aku nak lelaki yang beriman..bla..bla.."

aku?
kalau boleh mestilah nak yang beriman gak,perangai aku pon dah sket2 ada persen dari syaitan yang direjam...i manusia biasa k...dosa2 tu normal lah...(cakap macam puaka kan?)
bukan biasa buat dosa...erk tapi slalulah gK KAN..HARI2 AKU BUAT DOSA.x pakai tudung bagai...pakai sluar ketat...
cukup2 sudah mendedahkan aib sendiri ye...sedarnya x gak..

Tapi aku bersyukur dengan siapa yang aku ada (En.Bf)
walaupon x da lah beriman macam Ustaz Akhil Hayy...
En.Bf masih lg mampu menegur apa yang patut dan x patut...
atenya aku x brani nak cakap lelaki yang camana aku nak...
sebab biasanya kita x kan dapat apa yang kita nak...betul?
aku x cakap semua org...
ada yang bertuah dan memang rezeki dia dapat lelaki yang soleh...

Mintak maaflah bukan aku mempertikaikan...
"wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik dan sebaliknya"
memang benda ni betul...
aku pernah berdebat dengan wanita yang agak kuat agama gak...
mungkin soalan aku berbaur unsur2 negatif...

bagi aku ni semua bergantung pada takdir gak..
contohlah amik dr kisah benar..
kawan aku pompuan yang bermasalah...
dia pernah terlanjur dengan xboy dia...
kemudian dia bertaubat selepas diaorg clash...
x lama dia berjumpa plak dengan seorang lelaki yang dr luarannya agak sederhana...
tapi kuat pegangan agamanya.....lelaki yang baik...sangat baik...
lelaki ni lamar kawan aku nih...
kawan aku serba salah dan ceritakan apa yang pernah berlaku..
dia x nak kisah silam leh jadi ungkitan...
lelaki ni sejuk je orangnya....
dia senyum dan cuma kata...

"yang penting awak dah berubah,awak dah x buat benda2 yang menjadi larangan Allah S.W.T,amalan dan taubat awak diterima atau x,itu urusan Allah.Yang penting awak yakin dengan amalan dan taubat awak".

See2.....
bila pompuan yang agak x baik berubah menjadi baik..bukankah secara realitinya dia wanita yang baik betul?dan dia bukan lagi wanita yang liar...

makanya konsep ini..bertepatan...wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik...
kita manusia biasa x boleh terus jatuh hukum...
kalau kita tahu kawan kita jahat..dan terus kita kata..."kau akan dapat yang jahat macam kau gak"....

kalau dia dengan pasangan dia sama2 berubah dan menuju kearah kebaikan...
camana pulak...masihkah dia dilabel sbg pompuan yang jahat.?dan lelaki yang jahat..?

dulu aku slalu je cakap..
aku nak lelaki yang beriman..patuh ngan agama...
tapi aku dapat yang x sempurna macam yang aku nak...
haruskah aku putus dan minta yang lebih baik?

gila kau....
hahahaha2...
aku x kan buat benda2 macam tu...putus semata2 nak cari yang lebih baik...
adakah aku ni terbaik nak buat macam tu?
kena ukur baju kat badan sendiri ma....
kalau perangai dah macam jembalang...
x kan kau nak manusia sesuci malaikat...lainlah kau tu pon sama sucinya...betuL?
melainkan kau betul2 nak berubah...
ke arah kebaikan...

Dan x salah kot,kalau kau dan pasangan mengambil inisiatif untuk berubah...sebelum berubah dunia ni kita kena fikir masa depan..fikir yang kita ni idola anak2...hahaha2 motip tiba2 kuar anak2 plak..ye anak mata dan anak tekak... :-p

aku mengaku hari ni aku masih lagi merujuk buku2 agama pasal solat yang asas tuh...
mana tau selama ni aku salah tertib solat kan?kan?kan?
aku peduli apa orang nak cakap apa...yang penting aku yakin.....
aku pon x tau Allah S.W.T terima atau x amalan aku...korang pon sama kan?
lagi r manusia macam aku yang slalu je lalai....

Yang penting aku dalam usaha untuk berubah....
bertukar kepada Ultraman yang mampu melawan Raksaksa yang besar dan ganazzzzzz.......

P/S:marilah kita berubah ke arah kebaikan... (^_^)

Main Bowling....

Salam,
Happy tuesday babes...
hr ni aku nak cerita pasal sabtu hr tu..agenda selepas menghadiri kenduri aqeen.
kan aku ada cakap dalam entry sebelum ni,
aku berempat..hah..la ni aku nak cerita pasal main bowling pakai baju kurung...
korang pernah buat?..hahaha2..aku gamble je nak main sebab...pompuan2 nih semua nak main gak....


Dayang + aku +Dayah...ayu x termasuk dalam gambar nih..
masing2 muka exited nak main bowling....
Kakak kat kaunter bowling....

Kasut untuk kami....
Macam snow white kan dayah baling bola....
Hah turn aku plak....pompuan baju hijau ni ler ayu...
merangkap sifu bowling aku...muahahaha...
Aku cover baik punye beb...sebab takut baju tetas...hahaha...nanti mama aku marah lagi...dia kata baju aku dah banyak tetas sebab aku ni melangkah x tau slow2...
Nilah agenda yang x tersengaja hari tuh..
sebab dah x tau nak ke mana,kitaorg layan r bowling..
tapi serius wei..semua orang dalam bowling siap terdiam & tengok kat kitaorg...
kakak kat kaunter tu pon siap macam x percaya je kitaorg nak main bowling..
muahahaha...aku kalau kuar dengan manusia2 jenis tak kisah macam diaorg ni...
memang senang lah perjalanan lepak kitaorg...
kalau kuar dengan jenis yang sket2 seganlah...
malu lah..mati lah mak...x kuasa noks aku nak layan...
Sedih ni...awal bulan mac ayu dah nak balik aussie....hoh...beb jom main bowling lagi.. :-p













08 February 2010

My Best friend son...

Salam...
Happy Monday...
Full of strength... (T_T)

owh..demam dah baik,cuma batuk2 & selsema je ni...tp x teruk pon...
masih mampu melakukan aktiviti2 yang berfaedah...
last friday aku melepak kat rumah my super duper best friend..juli..
aku jarang citer pasal dia dalam blog ni...
sebabnya aku jarang jumpa dia...orang dah kahwin nok...mesti banyak tanggung jawab.

Dia dah ada anak 1..tapi aku...aku pun ada anak lah..anak tekak ngan anak mata..huhuhu...
nama anak dia MUHAMMAD ADAM KUSYAIRI BIN FARHAN....
aku pgil adam je..atau si gemuk....

geram aku ngan budak kecik ni rasa nak gigit2 je...
lasak + x tau dok diam....
sangat manja ngan semua orang kat rumah tu....
owh..mama dia Bf ye...x pernah minum susu formula sbb mama dia x kerja...

Lepas dia leka2 main...mama dia panggil suruh gosok gigi...
dia diam kau..ikut je cakap mama dia...pastu siap nganga mulut mintak mama dia beruskan...
korang layan gambar tengok si Manja Adam tengah gosok gigi...
"mama terjongkit bibir adam nanti..."
"hye auntie saya,gigi saya cantik x "

"auntie ganas x mama saya?"


Hoh...budak ni lasak dan ikut cakap....
x tau dok diam....Adam be a good boy.....
Auntie doakan yang terbaik untuk kamu sayang... (^_^)

07 February 2010

Biadab sungguh Kamu wahai wanita solehah....

Salam,
selamat malam..babes...miss you..muahaha...
macam lama x update...
lama ke?

Kan aku dh cakap..lau weekend aku memang lembab + malas sket nak update...
wokey...semalam masa sibuk mengumpat ngan pompuan2 mulut vassss....hahahaa2...ayu+dayah+dayang=aku...jangan marah ye korang...sayang korang muah...muah..

Tiba2 terkeluar plak cerita pasal...wanita2 solehah...ni bukan yang zahir batin solehah ye...tu lain..
ni yang dari luar kita nampak solehah tapi mulut macam haram jadah...

aku pon bukan baik sangat tapi nak cerita gak secara terang...
aku sangat respect wanita2 yang soft spoken+tudung labuh+kuat pegangan agama...
mestilah kan...
kalau dah tutup aurat,haruslah yang terbaik....
aku sangat suka tengok wanita2 yang seperti ni...

Sehinggalah satu hari..masa aku degree dulu...aku pernah kena sound dengan wanita tudung labuh.....x da lah sound yang sangat2...tu cerita lain lah kan...
biasalah aku kan suka pakai yang ketat2...yang pendek2...yang x terselak sana sini..
nama pon jahil......

Dia kata aku ni umpama wanita yang x da maruah sebab bagi semua orang tengok apa yang aku...dia x cakap dengan berbahasa atau lembut tau...dia sound aku umpama mulut dia tu bau longkang..macam S**L...

aku terkedu....sebab x sangka lah kan pompuan yg aku ingat sangat2 bagus dan solehah boleh jadi macam bongok je...
tapi aku kan sejuk....hahahaa...sangat...
aku x mampu kecuali sengih dan balas balik..
"kau ada duit lebih x?bagi aku...aku nak beli kain lah buat baju labuh macam kau..."

Erm...pompuan tu terus diam tengok muka aku ngan mata dia yang macam burung hantu tu...
pas tu dia cakap lagi, dan lagi, dan lagi....aku sengih2 je lah...wei hati aku dah membara gak...
tapi kat Universiti kan...x kan aku nak ganyang mulut anak orang...matiklah kena buang U...cian mak pak aku...

bila dia dah habis cakap...aku pon balas...
"kau ni pakai tudung labuh,solat tonggang tonggek,hari2 mengaji,hari2 tutup aurat...tapi mulut kau bau longkang ek?....kau nak sound2 aku nih..kau confirm ke segala amalan kau Allah S.W.T...dah confirm ke kau masuk Syurga Allah S.W.T"

Jahat kan aku?
abes aku nak cakap apa lagi...
dia cakap ikut suka...aku pon jawab ikut suka...karang dia bebel2 aku blah je meroyan plak...
baik aku dengar bg habis...pastu aku bg balik...
aku bukan jahat sangat tau sampai x nak dgr nasihat orang...
tapi kau nak kena ada cara kalau nak tegur...
aku lau orang cakap baik2 ngan aku...ada bahasa....aku ikut nasihat kau..
bukan susah sangat nak control aku nih...
tapi hati aku belum betul2 bersih...

aku bukan x cuba nak berubah...masih mencuba...sket2...
aku pon bukan makin muda...tahun ni je dah suku abad....
tapi aku bukan nak damn semua wanita solehah...
cuma sket je yang berperangai macam tu...

Apa salahnya kalau kau doakan aku ms kau solat...
mintak ngan tuhan semoga dilembutkan hati aku bagai....
ni x,kau nak tegur tp x da bahasa...nasib je anak orang...
lau anak kambing da lama aku kurung dalam kandang...

setelah beberapa tahun...sehingga semalamlah...
masa tengah bercerita ngan pompuan2 ni...kitaorg bincang hal yang sama...
rupa2nya diaorang pon ada pengalaman yang lebih kurang sama...

kadang2 aku nak je tanya...
korang ni dah jemu pakai tudung labuh?
ke korang nak pinjam baju aku yang x cukup kain tu...
atau kau memberontak sbb selama ni pakai tutup2 aurat ni kerana terpaksa...sebab mak pak imam,cikgu agama dan sebagainya...

aku pon ada gak jumpa manusia macam ni...depan mak pak...pijak semut pon x mati...
belakang mak pak ligat woi....
kuar dr rumah pakai tudung litup,sampai bus stand tukar skirt pendek...
depan mata tau.....

Hush janganlah macam tu...
pttnya korang rs bersyukur...dapat didikan agama yang cukup...
lagi2 yang mak pak hantar skolah pondok dari budak lagi...

aku kat JOHOR ni memang ada 2 sesi skolah...pagi skolah kebangsaan,petang plak skolah agama...Sekolah agama dari darjah 1 hingalah darjah khas...darjah khas ni bila kau dah lepas darjah 6....pas tu yang bestnya darjah khas ni...skolah seminggu sekali je...hari sabtu pukul 8a.m-1p.m....tapi aku kol 11a.m da sampai rumah balik...hahaha~

aku pon sama..mak pak hantar skolah agama sampai darjah khas....hantar gi ngaji....tapi sebab aku sendiri yang biol..maka macam ni lah...aku nak poyo ni..nak dengar aku ngaji x ?confirm wanita2 tudung labuh pon nanges tau lau dengar aku ngaji sebab sedap sangat....tapi tajwid aku da x brapa nak betul la kan...

Kepada wanita2 solehah yang aku sebutkan tadi..yang x da bahasa dan adab...jangan pandang rendah pada orang lain...mana tau orang yang teruk itu boleh berubah menjadi lebih baik dari kamu....

contohnya AKU....hahahaa..matilah...lariiiiiiiiiiiii (^_^")

05 February 2010

Tolonglah aku...

Salam,
entry ni bukan sebab untuk aku ye...tapi untuk insan yang lebih memerlukan..
tolong klik sini untuk baby Ammar...

Lepas kena urut...

Salam....
indahnya di hari jumaat...
kalau dah sihat semua indah kan?kan?
semalam sampai2 je rumah atok aku dah lepak...
lembik...

Pastu atok aku urutkan sket...supaya lega...
lama2 dia plak yang risau sebab urat aku keras sangat..
berbunyi2...
hujung2...dia ajak aku berurut peteng semalam gak...
muahaha..
hasilnya,hr ni aku sihat dan cergas...
fuh..alhamdulillah...
lena gila aku tido malam tadi...

tapi memang azab lah masa kena urut...
gila kuat makcik tu urut..
menjerit2 aku...
nasib je lah kaki aku pendek kan...kalau panjang da lama makcik tu kena terajang...
sakittttttttttttttt sangat dia urut aku...pas tu siap bebel2...
dah lama x berurut memang lah semua urat keras macam dawai...

sekarang demam da x da,
yang tgl hanyalah batuk dan selsema...fuh...seksa r gak..tapi syukur.
sekurang2nya badan dah x sakit2 lagi...

owh..cik senah terima kasih ye sbb urut kita...... (T_T)

04 February 2010

Selain En.Bf....

Salam,
hye...
Amacam tajuk aku?gempak...
macam aku ni pasang skandal je kan?
gilo nak memasang lelaki reramai...
kau ingat bf aku tu tunggul?
ada yang mati kena pijak karang hahaha2...
jangan main2,org yang nampak cool ni lagi ekstream dr orang riuh macam aku nih...

saja je cerita merepek2 kan?
okey...selain En.Bf yang aku cintai...aku cintakan minah ketot 2 orang ni...
Damia dan Dania...

Aku x brapa nak layan budak tau...pada aku lah..
tapi En.Bf cakap aku ni suka manjakan budak..ye ke?
aku paling3 benci kalau budak nangis...
hush...lagi r lau aku tengah tido.....
janganlah dengar budak merengek ke nangis...
lau baby tu aku consider r....
tapi ni nangis yang mengada2...

ikut hati memang aku sangkut kat kipas...
aku lau budak mengada2 aku memang x kan layan..
tapi lau budak pandai amik hati aku macam budak2 ketot ni buat..
kau cakap apa je..aku mesti tunaikan (ikut kemampuan aku gak)

Tapi Damia aku memang x berani nak bawak gi kedai...
gila kau..budak ni materialistik...
kau tahu....kalau ibu dia bawak gi jusco kat jb nun..
dia dah tau kat ne department toys,clothes,shoes...kfc...hoh gilos budak kecik ni...
kalau kau borak ngan dia dah macam budak 4 tahun....

Kenapa aku sayang...
ntah,aku akan sayang orang yang sayang aku...tu je jawapannya...
dr kecik aku dok sibuk mengulit dia...
kata atok aku...kalau dia dah lama x jumpa aku @ kalau dia balik kampong aku x da...
dia akan tengok gambar konvo aku dan tunjuk....

Damia: atok...tu along...along mana?
atok:along x da...dia x balik .
Damia:along kat A...L...

hah kau paham kenapa aku type A..L...maksudnya KL...
budak tu lidah x lembut lagi...

senang je nak umpan dia..kau belikan Vitagen..confirm dia ikut cakap kau...

Tapi Dania...dia belum pandai cakap...
kadang sedih dengar uncle din cakap berdua ngan Dania..

Uncle Din: cakaplah adik..ayah nak dengar adik cakap...kenapa x nak cakap sayang...

tapi Dania cuma senyum je...
sepanjang aku belajar Bm masa Degree...aku ada amik subjek psikologi...
memang ada budak2 yang lambat cakap...tapi dia cepat berjalan dan bijak...
dia bukan bisu,cuma BELUM NAK BERCAKAP...
sebab aku perhatikan...dia lebih suka memerhati orang lain...
tapi hr tu masa aku dukung dia nak lambai mama balik...dia sebut perkataan "bye"

terkejut aku noks...aku paksa dia ulang lagi..dia leh sengih2 je...

Dania sayangku...


Budak ni pakai tudung sendiri ok...bukan kitaorg pakaikan...


Damia,hoh...budak ni dah pandai mekap...kau tengok dia tepek compact powder atok aku...
dia pandai tiru gaya aku mekap..ye...




Rosa Linda...

Salam...
morning....
hari ni aku nk balik kampong yeay...
kejis kan aku? x sampai 5 hari kat sini dah nak balik lagi..
aku nk gi berurut lah...tulang belakang aku sakit.
aku x nak cerita pasalaku yang x berapa nak sihat ni...
aku nak cerita pasal makan....

gambar kat bawah tu...adalah 3 jenis lauk yang aku order dekat restoren Rosa Linda...
restoren ni cuma ada kat batu pahat je...tempat lain x tau plak yer....
memang sodappppppp...tokak aku lah yo...tokak korang aku x tau...
masa tu aku ngan En.Bf order Tomyam ayam, Kangkung rangup dengan telur dadar...
cukuplah makan berdua,tu pon semput nak habeskan....

agak mahal sketlah,tapi berbaloi2....
untuk orang2 batu pahat kalau rasa nak merasa makanan thailand yang superb ni...
kau gi Restoren Rosa Linda kat sebelah Square One mall....@ kat depan Kilang Sharp Jalan Kluang.....huhuhuhu2...promote ni...


Gambar memang x memberangsangkan,En.Bf x baca blog aku lah.Jadi dia x tau yang aku ni memerlukan camera baru atau hp baru untuk amik gambar tepek kat blog...hahaha2

03 February 2010

Majlis perkahwinan Anne

Salam...
selamat maghrib...
owh jangan ditanya knapa maghrib2 aku masih ngadap blog...
aku da nak mandilah..tapi tengah tunggu turn..housemate aku tengah mandi..
jadi terpaksa lah i berblogging jap...hahaha...motip..

aku kan dok rumah flat je..nak sewa rumah teres ngan apartment i x mampu noks...
dah r menganggur + x da duit...mana nak datang duit bayar sewa mahal2...
lgpon selesa jaya gak dok sini...hush dekat 2 tahun gak lah aku menetap kat sini....
kaya2 owner rumah ni...

kat bawah ni aku tepek gambar2 masa majlis anne hr tu...aku dh janji kan..
janji mesti mau ingat ma..
sorrylah gambar dr hp murah aku..nak beli handphone canggih i x mampu...
lagipon aku ni penjahanam....N70 ni pon dah calar balar...
asyik terhentak kat jalan,terpelanting dari kereta..macam2 lah..jatuh bangunan je x lagi...
sayang ma...hp ni ayah aku kasik...aku mana pernah beli hp sendiri..seumur hidup aku,memang aku x pnh beli hp...dengan erti kata yang lain..aku ni kedekut.

okey layan gambar yang sket ni je lah ye...


Pompuan kebaya hitam tulah pompuan sewel yang aku cakap kat entry sebelum ni...nama kat kampong orang panggil awin...kat bandar jadi amy....hahaha
Kau tengok..orang sibuk bersanding,dia leh kepoci kat tingkap....pebenda punya pengapit ntah...hehehe..awin miss you babe

Gambar seperti kuih lapis ni sebab aku bertembung flash ngan juru foto...dia tekan flash..n aku pon sama..maka terhasillah gambar belang2...
(En.Bf tolong take note..saya mahukan hp baru...)
anne @ Saidatul Indaha
Selamat Pengantin Baru

Dari Kiri ayu,anne,shah..n si kebaya hitam yang gemok tu aku lah..
(dah2 jangan tengok lama2...huduhlah i gemok..wa..wa..wa..)


Tu je untuk terapi minda korang....azan dah berkumandang..t.a.t.a






02 February 2010

Srooot....srettttt...

Salam....
babes....srooottt...sretttt..
hidung aku tersumbat + tekak sakit + kepala sakit + panasnya...
hush banyak dosa confirm2 lah panas ye x ?

semalam sampai2 je kat hentian Serdang..
tekak aku dah sakit + perit...
aku dah agak mesti malam aku x leh tido dan salur pernafasan aku x best..

Akhirnya,tekaan aku benar belaka.
seksa wooo malam tadi...adush....huhuhuhu...my weekend is superb but my weekday...
ni tandanya tuhan nak bagi aku ingatan jangan tinggal solat....
aku selalu leka..camana lah nak sihat sentiasa & rezeki nak lekat kat aku... *sigh..
hah tengok mengeluh lagi..along..Allah S.W.T x suka orang mengeluh...(^_^')

huh malam tadi aku asyik terjaga...sindrom x leh tido malam dah bermula..
asal sampai serdang je macam2 penyakit..
kalau balik kampong ok je...x da sakit pon
malam tadi kol 3.30a.m aku terjaga..
hidung aku betul2 tersumbat,kahak aku berdarah..adoyai...aku bangun terus je minum air mineral...

Fuhhh..kelegaan dapat air...

La ni kepala aku berdenyut2 plak,siang tadi x demam.Dah jumpa doktor demam plak...

Kau tengok ubat2 aku kat bawah tu...
owh aku mintak ubat jerawat skali,sebab jerawat naik mendadak ni...
x sabar2 betul dia keluar,x habis satu,keluar tiga..
kau nampak ubat aku dalam bekas putih tu..
tu jenis kristal...da macam ice pon ada gak hahaha...owh kena tangkapx cakap macam ni..sebagai contoh je....
ubat tu nak kena letak dalam air panas, pas tu aku kena hidu...rasanya berfungsi nak cairkan kahak kot...

housemate aku kata,masa aku hidu benda tu dah macam aku stim ice plak...hahaha..bongok je kan..bau dia macam minyak angin....

dapat vitamin lagi...vitamin C tau..aku x main suntik2 aku makan...hahaha3..

okey..aku dah x tahan kepala aku berat nih...sroot...sretttt..
nak tido..bye2..


Adnan Sempit...

Salam,
selamat tengah hari...

semalam aku dh cakap kan nak upload gambar...hah la ni aku bg slow2 ok..
nak upload semua...paham2 je lah internet ni kadang2 suwey...

Hari jumaat petang kan aku gerak dr serdang dalam kol 4p.m...
sebab nak elak jem punya pasal...
dan alhamdulillah...x jem pon walaupon banyak keta..
dan aku selamat sampai...dalam kol 7.30...lambat sket sebab kebulur dan berhenti makan kat restoran jejantas.

Sampai2 bandar batu pahat je terus gi florist cari bunga untuk En.Bf..saja je sbb nak bg blueberry cheese tart skali..nak nampak cantik aku + ngan bunga...

malam tu kitaorg tengok movie...erm..ADNAN SEMPIT...gila berdekah..
pergilah tengok..x rugi pon...aku yang sangat stress ni pon terus hilang rasa beban kat kepala ni..ketawa memanjang...huhuhuhu2
untuk orang2 batu pahat..gi tengok kat MBO square one...sebab audio system dia superb...the best berbanding GSC summit & BIG CINEMA BP mall...promote2 nih...(MBO x nak amik i jadi duta ke?hahaha...leh tengok wayang free)

sebelum tu gi makan kat REngit Cafe...
haha2 korang tengok gambar aku kat bawah ni ngan En.Bf...bukan nak cemolot ea....aku je poyo..masa ni mulut masing2 penuh sebab kunyah fish n chips..jadi aku cakap ngan dia nak amik gambar mulut tengah penuh lah...dan En.BF pon layankan kehendak aku..makanya terhasillah gambar yang agak mengelirukan nih..muahahaha..


Eh..En.Bf muncung kau x agak2 ek?kau slalu cakap muncung aku macam muncung itik..kau tu lagi dasyat macam muncung angsa....

01 February 2010

My weekend...

Salam....
hye babes..macam lama je x update..
rindu aku x ?
hehehe2...
poyo je kan tanya macam tu..

aku bukan x nak update tapi aku malas..
aku nak rehat puas2..
alhamdulillah..sepanjang 3 hari kat kampong..
aku sangat2 bahagia..walaupon banyak je masalah timbul lepas dengar keluh kesah mama...

Tapi aku malas nak fikir sangat..
kepala aku dh cukup penat nak memikir..
sekarang tujuan aku adalah untuk berjuang bermati-matian tuk siapkan tesis..
doakan aku ye...supaya x extend..aku x da duit nak bayar yuran dah ni..hahaha2

My weekend is superb...
aku habiskan masa dengan bahagianya..

Jumaat:
aku sampai batu pahat dalam kol 8 p.m...
aku terus gi florist cari bunga untuk En.Bf..
owh..jangan salah anggap..tu memang sikap aku..
En.Bf x romantik aku pon sama..cuma aku suka bg benda2 macam tu kat dia..
bunga ke...coklat ke..apa ke..
cuma kali ni balik aku bagi Blueberry Cheese Tart yang aku tempah khas dari Leli
memang superb cheese tart dia..
pastu kitaorg kuar dating..makan2...tengok Adnan sempit...jadi Jumaat aku berakhir dengan baik...

Sabtu:
Pagi2 lagi aku dah bangun sebab ayu dah roger aku tya kol brapa nak gi majlis anne..
aku bukan x nak update gambar tapi besoklah aku upload..tu pon kalau aku rajin ea...
aku siap2...mama sampai dari jb..borak2 jap...x lama mak iza ngan tok mak sampai gak...
gurau2 jap ngan Damia & Dania...

dalam kol 12 p.m ayu sampai n kitaorang terus gerak gi majlis anne...
da mcm majlis reunion pon ye gak...
sebab jumpa kawan2 lama masa kat asrama TIGS dulu...
happening giler...
mula r gelak Syaiton aku kuar...lebih2 lagi aku jumpa Awin..si pompuan sewel yang slalu wat lawak bodoh ngan aku...
wah rindunya ngan manusia2 ni...

pastu kitaorg setting nak kuar malam minggu nak lepak mana..
last2 ayu decide main bowling kat bp mall....
owh bahagianye..haha...
dah r aku sampai lambat..ayu dah bebel...adesh puaka betul..ni pasal diaorg buat auto show kat bp mall lah...
jem gila2..nak cari parking je sejam...hotaklah...

Kalau korang nak tau tu r second time aku layan bowling seumur hidup aku...
before ni first time dekat south city plaza...tu pon macam haram je aku main.
malam tu first time aku lontar bola...pompuan2 ni gelak nak mampos..sengal betul..owh lupa nak bgtau, kitaorg ber5 aku,ayu,hajar,dila & wawa...
ayu ajar aku slow2,camana nak lontar bola bagai...
last2 aku MENANG yeay..hahaha..bangga gila..

sabtu pon berakhir dengan baik...

Ahad:
Pagi2 mama dah kejut aku...
hush da lama x dengar mama bising pagi2 hari...
yang bestnya aku dengar tok mak cakap ngan mama..

tok mak: biarlah along tido puas2 kesian dia,jangan kejut dulu...

hahahaha2..back up besar ma...jadi mama aku pon diam je lah sampai aku bangun sendiri..
owh ye..mesti pelik kan hari sabtu aku x lepak ngan En.Bf..
buah jantung aku tuh balik kampung bawak mak pak dia gi majlis sepupu dia...
jadi aku single kejap...hahaha2...

pas siap2 mandi aku & mama terus gerak gi bengkel keta..umpama mama cakap nak hantar keta tua aku tu betulkan...
sambil2 tgu keta siap,aku ngan mama tawaf Shopping cimlex...
saja jalan2 senangkan hati dia..then aku belanja dia makan kat Kenny Rogers..mula r mulut mama aku bising,wat pebelanja lah apa lah..aku wat bodoh je..bebel camana pon bukan aku dengar..
aku cuma nak senangkan hati mama aku,da lama niat nak bawak kuar makan.asyik x sempat je..

balik amik keta pon dah petang...
erm..mama balik jb lepas maghrib..tiba2 aku rasa mcm berat nak bagi mama aku balik.
aku macam nak ikut je dia balik jb semalam...

malam aku dating lagi ngan En.Bf...
dia sampai dr PD kol7p.m...
macam2 hal kitaorg bincangkan..
dan ahad juga berakhir dengan baik..

best kan weekend aku?
berjlan je...
erm..ada perkara yang merunsingkan hati..
mama mula bercakap pasal majlis perkahwinan aku...
*sigh..

aku bukan x suka tapi bagi aku slagi x habis belajar...No JOb..No Money...& No Talk...
memanglah mak pak ada..tapi x kan kahwin pon nak pki duit diaorg...i malu..hehehe..

dan En.Bf pon cakap benda yang sama..kitaorg bincang semuanya malam tadi..
erm..rumit ye nak kahwin ni....
banyak benda nak fikir...
ikutkan hati mak pak En.Bf..bulan 7 ni datang merisik...(^_^')

tiba2 aku macam nak jerit kuat2 supaya semua org tahu yang..
"AKU X READY LAGI NAK JADI BINI ORANG"

fuh..adakah semua paham... *sigh..
camana nak jadi bini org?
cuba cakapa ngan aku?
masak x pandai,
bangun tido lambat,
solat selalu lambat & kadang2 tinggal,
x tutup aurat,
kuat melawan En.Bf,
pemalas,
weih banyaklah nak kena ubah....

takut sebenarnya,
bg aku bila berkahwin..aku ni merupakan wajah suami...
membawa maruah suami kemana saja walaupn ke pasar untuk beli ikan.(mungkin ke aku beli ikan?ikan pon aku x kenal,selalu je x pandai beza antara ikan selar ngan ikan kembung)

aku ni kuat melawan,lagi tinggi suara en.bf,lagi tinggi suara aku...

owh...perubahan..perubahan..perubahan...perubahan... *sigh