Sentuhlah saya

10 August 2010

Selamat datang Ramadhan

Salam,
selamat petang..
hari ni last korang makan siang ye...
nak jumpa lunch hour sila tunggu sebulan lagi..

Pada sapa yang boleh solat mari kita mula mengerjakan solat sunat tarawikh malam ini..
Semoga ramadhan kali ini dapat kita nikmati dengan sepenuhnya..

Aku cuma nak berkongsi tentang diri aku.
sebelum masuk U aku sangat menikmati RAmadhan..
aku slalu tak sabar2 menunggu Ramadhan..
tapi sejak 5 tahun lepas aku seringkali lalai dan leka..lebih gembira menikmati hal dunia.
bukanlah aku tak puasa..*memang tak pernah penuh pon.
Maksud aku,aku jarang menjalankan ibadat2 sunat dan menikmati kelebihan Ramadhan.
Sampaikan satu masa aku tak rasa apa2 untuk menikmati Ramadhan,yang aku fikirkan hanya sekadar menunaikan tuntutan Islam.

Damn..hahaha..manusia sering alpa kan..
tapi aku tak kira Tahun ni aku nak tebus balik kesilapan aku 5 tahun yang dah berlalu ni..
5 kali Ramadhan aku sia2kan..
Aku harap Ramadhan kali ni penuh keberkatan,ketenangan dan kebahagiaan...
aku harap bahagia yang boleh menempatkan aku dalam kalangan orang2 yang beriman kelak.
*ini impian aku okey..

Tak da sesiapa yang tak inginkan perubahan,so do i..
Aku inginkan kehidupan yang lebih baik.
kalau kau sempat doa panjang2 sila doakan aku sekali ye..doakan semoga aku menjadi muslimah yang lebih baik dari hari ini.

Aku mengharapkan sesuatu yang bakal aku lakukan kelak 'berterusan' hingga aku menutup mata.Aku tak sabar2 nak menikmati RAmadhan kali ini..kau macam mana?
Ramadhan kali ini aku dikelilingi dengan insan2 kesayangan.JAdi tak hairanlah kalau aku gemuk.aku susah hati pon aku tetap senang hati..hahaha..

Bukan kerana aku dah puas hidup sendiri,
Tapi aku dah puas rasa 'sakit'.
Bahagian kita semua kan tak sama,mungkin bahagian kau lebih baik dari aku..
Jadi kita patut bersyukur apa yang telah ditetapkan untuk kita.

Kepada semua blogger dan sesiapa yang sudi membaca blog aku nih,
SELAMAT BERPUASA,SEMOGA PUASA KORANG LEBIH BERMAKNA.


*aku ternampak 'dia' sujud menyembah Allah S.W.T dengan khusyuk.Kalau 'dia' sudah berhijrah kenapa aku melengah2kan.Cepat along..cepat =)

4 comments:

Lyn Yusoff said...

Selamat berpuasa dik :)

miss fifi said...

slmat berpuasa kak long!!!

lalink7 said...

sape si dia? hahaha..kepoh tul aku =p

syazana said...

K.lyn:
=)

Fifi:
=)

Lalink7:
Bakal suamiku =)