Sentuhlah saya
30 August 2010
Checklist
selamat pagi..
monday blues...
pagi tadi on FB,
terbaca komen di wall Syira,Yuna kata kalau mahu mendirikan masjid sepatutnya 10 bulan sebelum majlis sudah buat checklist..aku?..wa..wa..wa..sadis tak da list apa2 lagi nih.
En.Tunang sudah bersuara mahukan checklist dari aku..
ngeee...serius selamba okey..bila aku kira2 balik aku ada tak sampai 10 bulan je lagi..
tolong..tolong..
Ye aku akui,aku bukan orang yang teliti,membutuhkan bantuan manusia sekeliling untuk memilih segala keperluan..damn...muahahaha
Aku tak kreatif,aku tak tak tau bagaimana mahu menjadikannya sederhana tapi 'sempurna'
langkah pertama yang aku buat hari ti adalah pergi survey pakej2 andaman di Ekspo Perkahwinan.
awal2 aku dah bunyi siren kat mama..
aku tak mahu masa bersanding tukar2 baju bagai..no..no..no...tak mahu..
aku tak suka rasa rimas..
KAlau boleh aku cuma mahu 3 persalinan sahaja..
(1)Nikah = sepasang
(2)Malam Berinai = sepasang
(3)majlis bersanding = sepasang
cukup dah..
Nikah juga aku tak mahu kain lace..cerewet ke?tak kan?
dulu memanglah nak yang cantik2..nak yang vouge..
tapi kita buatlah ikut kemampuan.
Hari tu memang mahu lace tapi aku rasa macam berat sangat hahaha..
mahu simple tapi menawan...
Tapi paling poyo adalah mama,dia sudah belikan baju untuk persalinan selepas majlis nikah...
dari sepasang hampir2 menjadi 3 pasang... =p
tapi masih kekal sepasang,aku yang tak kasi..gila kau tak kan tiap sejam nak masuk bilik tukar baju,karang ada baju untuk nikah je 5 pasang..haruuuuu..
Nanti bila sudah bersedia mahu cheklist bagai..
barulah boleh calculate slow2...
ngeee....
Hari tu aku dengan En.Tunang kira2 bajet untuk rumah dia..
jumlah adalah 50k termasuk duit hantaran aku..ngeeee....ngeri...
Patutlah dia selalu je pesan 'sayang,jimat sikit jangan ikut nafsu kalau berbelanja,nak kahwin tak?'
hehehe..baiklah saya sedia menurut perintah =)
owh mahu tanya kalau ada sesiapa yang sudi dan rajin meninggalkan komen,aku mahu beli kasut tumit tinggi untuk hantaran,mahu yang selesa dan berkualiti,tidak perlu mahal sangat sebab aku cepat bosan.Jenama apakah yang mempunyai ciri2 berikut?yang penting lasak sebab aku ganas.
Hari tu survey di GUESS,design memang cantik2..harga pon okey..
tapi tumit dia alahai....runcing dan tinggi sungguh..penatlah.
ops! yang paling penting tidak 'makan kaki' (melecet)
Handbag?
lerrr.......aku dah tak tau nak pilih design camana..terpulang pada En.Tunang,dia kuar duit,dialah yang pilih..pon tak tau mahu jenama apa..'abang kalau saya kata mahu Sembonia yang half price,mesti kamu tersenyum lebar dan bertambah sayang kat saya kan?'
Perfume?..yang ni masalah,sebab kat mall semua makan beratus2,hahaha..tak payah perfumelah abang,jimat sket. =p
*ayu if u read this...please help me (^_^')
Apa lagi mahu bagi sebagai barang hantaran?
sirih junjung?
Hasil tangan makcik akulah...
jimat2...
owh banyak lagi listing..harus berjimat cermat dari hr ini =p
hujung tahun boleh bershopping sempena promo krismas..
mesti lagi murah..biasanya kalau sale masa krismas murah gila...biasanyalah.
Bulan depan baru mahu pergi kursus kahwin..
\kad kahwin baru mahu design besok malam atas bantuan seseorang..
Butik andaman..pending
katering..pending
gubahan hantaran..pending (kalau aku letak je atas dulang pastu tepek je bunga sekuntum dua bolehkah?)
nanti aku listing lagi...
okey mahu buat kerja..dan yang paling penting TESIS TAK SIAP LAGI..
SILA BUANG SIFAT MALAS,KALAU TAK SAMPAI KE SUDAH master TAK HABIS2.
27 August 2010
Honeymoon..bali????
selamat pagi..
owh..sila jangan boring ye..asyik cerita pasal kahwin..
kahwinnya tak lagi..
aku excited okey... (^_^)
mungkin bila dah betul2 rajin aku akan tukar blog ini menjadi journal bakal pengantin..
tapi itu kalau aku rajin.
kalau tak aku kasi tepek light2 sahaja..
kedekut?
bukan..aku ni jenis malas nak survey bagai..see..
kalau kau tengok bakal pengantin lain siap pergi cari barang2 di merata2 tempat..
aku?
feeling belum datang nok..banyak kena fikir..duit...tesis yang tak siap.
la ni aku sibuk menelaah buku pelajaran..*pelajaran sangat =p
walaupun lembab aku masih teruskan..
aku cuba untuk siapkan jugak..
BErbalik pada isu asal.
lately kau ada dengar berita tak pasal warga indon merusuh kat kedutaan Malaysia kat Indonesia..
what the???
kenapa ye?apa masalahnya?pasal kes dera kah?
kalau aku sebut satu persatu apa yang warga dia buat kat sini jangan sentap atau nak kondem blog aku plak..
Diaorang bakar jalur gemilang..aku ulangi bakar jalur gemilang.
Emosi memanglah sebab aku tak pernah bakar bendera negara org lain..if kalau aku buat confirm kena tangkap..hehehe..tak kahwin nok..
ok berbalik pada tajuk asal..
sebenarnya aku teringin sangat nak pergi bali daru dulu lagi.
Jadi seingat kami mahu berbulan madu di sana.
Jadi aku gigihlah survey harga tiket flight bagai.
konon mahu booking awal..*ceitt excited..
Nak pergi dengan kawan2 Tunang aku jeles sebab aku berjalan tak bawak dia.
Nak pergi sorang2 karang kalau aku kena kidnap,sapa yang nanges?Tunang aku gak..*macamlah anak jutawan nak feel kena kidnap kan? =p
JAdi untuk kebahagiaan bersama mahu pergi selepas kahwin..
ops!tarikh kahwin setakat ni sudah pilih cuma belum confirmkan saja.
Tungguu....sebab tu aku excited mahu booking tiket flight gi bali (^_^)
kalau book awal dapatlah murah sket.
Setelah berdiskusi dengan En.Tunang,
memandangkan rakyat Indonesia tengah bengang dengan MAlaysia..
kami terus putuskan tak mahu ke sana.. :'-(
JAdi aku sudah putuskan ke destinasi dalam negara je..
nak book ke Krabi Thailand,mahal sket dari ke bali..
rugi2..mahu ke Phuket..pon sama..nanti aku dengan En.Tunang kurang pahala banyak,sebab dekat Phuket ramai pompuan bogel..muahahaha..kalau En.Tunang gatal2 mata..meh aku bogel plak kat tepi pantai apa rasa..haha *macam body cantik nak tayang kat orang..sila sedar diri (^_^').
Perancangan sungguh jauh ke hadapan..
tak pe memang Tuhan yang menentukan,yang penting kita kena berusaha+berdoa+tawakal.
banyak perancangan,mesti selesaikan secara perlahan2 tapi menjadi..amacam ok tak ayat aku?
phewww...ada sapa2 sudi bacakan buku omputeh tak..muahahaha..pening okey kalau bodoh BI macam aku nih...mahu buat tesis payah okey.
Baiklah..
sekian celoteh di hari Jumaat,erk..berangan mahu pergi London skali survey tiket RM7k da.....
tunggu esok2...kalau aku dah tido atas duit..boleh ler pergi london... =p
26 August 2010
BABY =)
kami bincang berapa bajet untuk honeymoon bagai..
Tiba2 dia kata,'kita gi honeymoon manfaatkan beberapa hari di sana dan 'buat anak'.'
aku terpinga2 sekejap..aku ingat dia macam tak kisah..
aku cakap dengan dia 'abang,kamu dah bersedia mahu menjadi bapa?kamu cemburu tengok kawan2 sebaya dukung anak?'
dia pandang aku dengan senyuman 'siapa yang tak mahu anak,serasanya sudah bersedia.Kita plan majlis kita dan teruskan kehidupan dengan menambah umat Muhammad.'
Bukanlah perbincangan ni berdasarkan masing2 sudah tidak tahan nafsu atau apa.
kadang2 terasa gak bila jumpa kawan2 dah heret anak..
tapi aku tanya dia 'tanggungjawab besar ok,dengan keadaan sosial sekarang.saya takut.'
dia jawab dengan penuh tenang 'sayang kita belum kahwin dan ada anak,memang kita akan rasa takut.tapi cuba tengok orang lain yang dah ada anak,mesti ada cara macam mana nak besarkan anak2 dengan baik'.
Perbincangan panjang lagi,cuma aku rasa tiba2 malu plak nak cerita dengan korang..hahaha belum kahwin tapi sudah cerita pasal anak *blush
French lace?
selamat pagi..
Puasa kali ni aku macam malas je nak update..
lebih suka lompat2 blog orang berbanding menulis.
Ahad lepas aku gi jalan2 dengan mama kat Plaza Angsana Jb...
holllaaaaa..baju2 kat situ sangat cantik..harga pun cantik..ada yang sampai RM600 okey sepasang..aku hanya mampu telan air liur.
Ada sepasang baju kurung warna hitam,aku tersangatlah minat sampai termimpi2.Biasanya kalau dah termimpi2 aku akan usahakan juga untuk dapatkan baju tu =p
see,aku tak mampu nak mengawal nafsu..
okey sebenarnya aku nak tanya kau benda lain..
macam ni,masa aku melihat2 baju tuh.Tiba2 aku terfikir nak beli baju nikah yang dah siap je.Tapi bukan dari kain lace.Bolehkah?sebab kebanyakan pengantin akan pakai baju nikah dari kain lace.Aku?entah...aku nak cari baju nikah warna putih @ cream,kain chiffon atau yang biasa2 je.Janji ready made.Kuar duit boleh terus pakai.
En.Tunang tak kisah,dia ikut aku je.Tapi semalam dia macam beratkan supaya aku pakai lace gak.
Okey,memanglah baju nikah terpulang pada individu,maksud aku sama ada kau nak sewa atau buat sendiri.Sentimental value kan.Masa tunang aku ada ralat sket sebab tak beli baju sendiri.Tapi mama kata tak payah membazir sebab lepas tu aku bukan pakai pun.
Dia kata kalau dah kahwin hari2 kau boleh beli baju nikah kalau kau nak.
see mama aku.
Kalau aku berkemampuan lebih dan berkesempatan mungkin aku dah ikut syira join trip dia ke bandung next year.Tapi dia pergi bulan 4 okey.mana sempat nak buat baju.Eceh macam cepat je aku nak kahwin kan?
ceittt...
Okey betul gak..kalau dibuatnya aku kahwin hujung bulan 4,pergi bandung pertengahan bulan.mana aku nak campak kain lace tu?taylor..dibuatnya kalau semua sudah tidak mahu ambil tempahan atau tak sempat.Aku tergoda gak,sebab syira kata kain french lace kat bandung ssangta murah berbanding kat Gulatis okey.
HAri tu masa beli baju raya aku dah survey sekali.
RM700 untuk 4 meter french lace kau dapat free kain lining dan sepasang baju melayu lelaki.
Tapi itu tak termasuk upah kau hantar taylor lagi.
JAdi sekarang aku adalah bakal pengantin bajet hahaha..
aku kena fikir apa yang harus didahulukan dan apa yang harus dikurangkan..
Jadi aku nekad mahu cari baju nikah yang dah siap je lah =p
aku mudah dan semua orang pun mudah,Tapi mama aku over okey.Dia dah belikan aku jubah warna putih.Dia kata aku boleh pakai lepas majlis akad nikah..kalau tak aku sudah ada 3 pasang baju untuk nikah sahaja.tiba2 aku terfikir sapa yang nak kahwin ni?
aku atau mama?dia sangat over sekarang ni.Kalau nampak baju kurung putih @ jubah @ apa2 yang dia rasa sesuai untuk aku pakai masa nikah nanti,dia akan terus roger aku ajak gi survey.
Apa2 persediaan aku memang tak buat lagi.langsung.Aku sibuk menelaah nak siapkan tesis.ntah siap ntah tak sem ni..dah ada kawan2 yang da siap.jeles okey i..
Okey..tujuan utama sem ni adalah menyiapkan tesis.Bila sudah siap br kita boleh shopping barang hantaran.Ops kena pergi kursus dulu,nak kahwin tapi tak pergi kursus...hahaha
Kesimpulannya kain apakah yang patut dibeli untuk persalinan aku semasa nikah nanti..
French lace?ready made????????
aku macam2 blurr okey..tema tak tahu,tak senaraikan barang..tak survey ke mana2..see...ehat the hell...hellooo along..ni dah nak hujung tahun okey sila sedar diri... =(
kalau aku tak listing sekarang mampuslah nanti mesti hell gila.
Ops lagi satu aku macam nak membantah keputusan mama aku amik pelamin mahal2..tak mahu..
membazir duit..lepas kahwin mahu honeymoon lagi...aku sekarang sudah jadi manusia yang tidak kisah sangat hehehe...best kan tb2 berubah..tapi nafsu aku pada barang2 berkualiti masih kuat..camana mahu kurangkan?
okeylah aku dah boring menulis..hahaha..bye...renung2kan dan selamat beramal..
*pesanan itu hanya untuk aku =p
24 August 2010
Demam yang tak mahu baik lagi
selamat malam..
siang tadi,semalam dan kelmarin aku memang tak sempat nak update..
aku didatangi demam semenjak seminggu yang lalu..
sekarang masih batuk2 dan selsema.
Semalam En.Tunang sudah terkena virus2 daripada ku.
Jadi semalam kami berdua terpaksa bertemu dengan Pakcik doktor.
Dan semalam juga menjadi kali kedua aku amik ubat..
yang pertama hari tu minggu lepas masa kat klinik kerajaan..
la ni kat swasta plak.
Kenapa ye ubat batuk dari klinik kerajaan lagi sedap dan tak pahit.
Ubat batuk dari klinik swasta rasa agak pahit..
erk..tak leh telan..tak sodap..
Batuk dan selsema belum mahu berhenti..
jadi dari minggu lepas aku sudah menjadi penagih ubat batuk yang tegar kerana batuk masih tidak mahu pergi.
Wei..aku dah tak da mood mahu update..sila lihat gambar ubat saja..
babai..mahu tido sudah lalok..
Sepantas kilat
maaf..
Tuan Belog sakit dan Tidak mampu update panjang2..
sila tunggu beberapa jam lagi..itupun jika Tuan Belog sudah lalok layan ubat selsema dan ubat batuk..
Owh rindu mahu menulis......bubyee... (^_^')
20 August 2010
Happy birthday Future Mum in law
selamat pagi.
PAgi yang indah seindah Jumaat.
Hari ni Birhtday Future Mum in law..Pn.Hamidah.
Aku tak wish pun lagi..hehehe..
nanti tengah hari balik rumah dia aku wish lah..
malu kau belum rasmi jadi menantu.
Semoga bakal ibu mertuaku sihat senantiasa,
dipanjangkan umur dan diberikan rezeki yang banyak dan halal.
Sepanjang 6 tahun mengenali dia*seiring dengan aku bercinta ngan anak dia.
Dia layan aku macam anak sendiri.
sangat baik.
MEmandangkan background family aku yang huru-hara,
sememangnya aku sangat bersyukur kerana diberikan peluang untuk menumpang kasih sayang pada orang lain.
Bukan sahaja sebagai anak,
malah kitaorang boleh dikatakan kawan yang agak baik..*nak kata kawan baik aku malu lah.
kalau bergayut dengan dia kat telefon boleh mencapai 2 jam lamanya.cerita pasal hidup,masa depan,masa lalu,anak2,resepi masakan dan gosip..thats why i love her..
Sebenarnya cukup takut nak berhadapan dengan insan yang bakal bergelar ibu mertua.
yelah mana tau kot2 ada sifat kita dia tak suka,
atau dia dah ada calon pilihan sendiri.
Dia banyak nasihatkan aku,
dan dia juga banyak membentuk agar aku mampu menjadi seorang wanita yang boleh menggalas tanggung jawab yang berat kelak.
Bukan nak melebihkan dia dr ibu sendiri.
aku sayang mama aku,dan aku pon sayang mak (dia).
bila kita masuk family orang lain banyak benda nak kena belajar,
terutamanya cara hidup.
Mungkin 99% hidup aku sekarang ni dengan En.Tunang dan family dia.
Kadang2 mama ada tegur,tak kasi selalu sangat lepak rumah dia.
cuba kau bayangkan,macam mana aku nak elak.
TAkut menolak kecil hati,
menerima takut menjadi umpatan.
serba salah kadang2.
Family En.Tunang sangat open minded lebih2 lagi mak dan abah dia.
Aku kerja dengan En.Tunang,
waktu solat mak dia suruh solat kat rumah dia (jarak rumah dan office 5 minit je),
kalau dah tumpang solat,tentu2 dia ajak makan.
TAk kan aku nak cakap,'tak pe lah makcik saya kenyang lagi'.
lepas tu En.Tunang jegil mata kat aku sapa nak jawab?
kadang2 ada juga aku menolak,tapi bapak dia kata 'rezeki jangan ditolak,makan jelah tak da apa yang nak disegankan.'
Kadang2 aku pulak yang rasa tak tau malu keluar masuk rumah dia suka2.
dua2 pihak hati mesti kena jaga,
mama aku macam kisah mula2,lepas tu macam tak kisah.
Yang buat aku segan,
kalau aku buka kat rumah dia,
cnfirm ada yang akan ditapaukan untuk family aku.
(mama tentulah tak dapat merasa sebab dok jauh kat skudai nun,atok & family cik diman je lah)
Kadang2 rasa perbezaannya..kadang2 sedih..
sedih?sebab aku dah lama tak rasa makan ramai2 dengan family dalam keadaan meriah.
Selalunya kalau semua makan saing pon mesti ada bertelagah mulut.huh..mati selera.
KAdang2 aku terfikir,kenapalah keadaan family aku macam ni.
TApi orang kata tak baik mengeluh,tuhan selalu rencanakan yang lebih baik.
Jadi lama2 aku macam terima yang tak semua family akan berada dalam situasi yang sempurna.
Owh..suka melalut kan..tulah aku ni banyak sangat simpan dalam hati..kesimpulannya kau yang sudi membacalah jadi mangsa luahan yang tak berpenghujung ni..
Owh..untuk bakal ibu mertuaku..'Selamat Hari LAhir Emak @ Makcik' ucapan ikhlas dari Future daughter in law a.k.a Mak Usu
19 August 2010
Sudah sihat (^_^)
selamat pagi..
cuaca kat luar..hujan lebat mencurah2.
Aku sepi selama 2 hari kerana tidak sihat..
ye..demam..sakit tekak+hidung tersumbat+sakit kepala.
semalam aku cuti.
Preview Entry lepas..
luahan hati aku pasal 'marah' dengan En.Tunang kan?
Terim kasih banyak2 pada kawan2 yang meninggalkan komen..
babes you know who you are..
ye..memang susah bila bekerja dalam satu office yang sama.
selang sehari mesti gaduh..mesti..
lebih2 lagi kalau nak train orang baru macam aku.
kitaorang tak kisah kat mana2 je boleh gaduh,depan mak dia pon kitaorang boleh gaduh..see
Kadang2 memang give up,
bila apa yang kita buat semua tak kena.
Tak seperti yang dia mahukan..benci~
sejujurnya kadang2 aku sangat2 mintak pada Allah S.W.T supaya memberikan aku rezeki di tempat lain.Supaya kami belajar merindui peri laku masing2 yang kadang kala sengal + degil.
Aku terima dan anggap sgala situasi yang berlaku sebagai dugaan,
Benda kecik dan aku harus hadapi dengan tenang dan pandai untuk selesaikan segala kekusutan.
Tapi hakikatnya..dalam kepala aku ni ada 'batu'..
next day after the incident..
aku demam..
aku datang kerja macam biasa..
tapi kepala memang dah berat sesangat..huwa..wa..wa..tuhan sahaja yang tahu.
Minta kebenaran dia untuk pergi klinik..
by the way aku kena turun site jumpa dia bagi barang dulu.
JAdi sampai kat site aku pas kat dia barang yang dia nak tu dan terus blah.
sebelum tu,
Dia hulur kat aku not RM100 suruh pergi klinik swasta.
Tapi aku berdegil tak nak..aku lg prefer klinik kerajaan..
kenapa?
bukan kerana aku kedekut..
see..dapat duit apa tak nak berapa sangat kalau bayar kan?
balance of course aku amik..
tapi aku tak mau..
sebab utama..ego aku masih tinggi..aku masih marah..admit it.
sebab kedua kenapa aku pilih klinik kerajaan..
kerana ubat yang ada kat klinik kerajaan tu ubat paling mahal okey..
kalau tak percaya kau pergi farmasi tanya harga berapa sen harga ubat selsema kau tuh..atau pon apa2 ubatlah.
Aku tinggalkan Tunang aku dengan kerutan seribu kat dahi dia sambil dia membebel2..
aku dah tak dengar sebab bunyi mesin lagi kuat dari suara dia..syukur alhamdulillah kalau tak bertambah sakit kepala aku dengar dia membebel bagai.
sepanjang aku kat klinik memang aku tak call dia langsung.
nampak kan aku keras hati.
Bukan apa,masing2 tengah panas..lebih baik berdiam dari berkata2.
30 minit lepas tu dia call aku..
tanya dah cek belum.
aku cakap ramai lagi.
dia bebel lagi,kalau klinik swasta agaknya dah nak amik ubat.
Aku malas nak layan dia bebel terus letak.
Nama pun klinik kerajaan,haruslah ramai orang.
sedangkan aku menunggu untuk amik ubat je penuh unit farmasi tu..
nombor giliran aku 2350,tapi nombor yang baru dipanggil 2248.
Tapi alhamdulillah tiap kali bertukar section aku tak perlu tunggu lama,mesti ada seat untuk aku.Jadi aku rela menunggu sebab boleh duduk.
masa tunggu ubat je 3 @ 4 kali dia call..kau rasa?
ye dia risaukan aku..sangat risaukan..
balik dari klinik terus pergi rumah dia..
Tunang aku membutalah,yang menyambut aku mak dia.
borak skit2,aku tukar baju makan ubat bagai terus 'pengsan'
Memang tak sedar langsung,
sampai aku rasa ada tapak tangan pegang dahi aku br aku bukak mata.
aku nampak dia...senyum dan cakap lembut je dengan aku.
Sepanjang aku kat rumah dia,
dia sangat2 layan aku dengan baik termasuk keluarga dia..
punca cepat sembuh adalah kasih sayang dan perhatian.. kau rasa?
Jadi perasaan marah,merajuk hilang serta-merta..
aku memandang dia dari sisi lain.
dia pun tidak sempurna tapi dia mampu menjaga aku dengan baik.
Aku mengambil inisiatif untuk melupakan insiden yang menyakitkan hati dengan tenang.
memaafkan dan melupakan bukan satu perkara yang mudah,tapi bila kau berhadapan dengan orang2 yang sayang kau,mampukah kau?
JAdi kami sentiasa mengamalkan perbincangan sesudah 'bergaduh'
sesi bicara hati bermula..
Dia kena terima siapa aku yang sebenarnya tanpa meminta aku berbuat macam2 dalam keadaan terpaksa,macam tu juga sebaliknya.
Kalau kami tak menerima ketidaksempurnaan itu dengan rela hati bagaimana hubungan ini mahu diteruskan betul?
Takdir memang sudah disuratkan,tapi kita masih boleh mengubah dengan berusaha+berdoa.
Maka tak da apa yang tidak boleh berubah,bahkan batu yang keras pon boleh lekuk kalau terkena titisan air hari betul?
panjang dah aku merapu hari ni.Refresh kepala lepas baik demam.
Kesimpulannya,harapan aku untuk kesekian kalinya.Moga aku lebih tabah dalam menghadapi dugaan sebelum bergelar isteri.*counting days
16 August 2010
Kekurangan yang ada pada aku
selamat malam..
selamat hari raya..hari untuk kita bersuka ria hehehe..
Motip nak menyanyi bagai..
sedangkan hati tengah tak best..
aku tak tau kenapa macam rasa tak best..emosi tidak stabil atau kenapakah?
entah.
Petang tadi ada kejadian sentap antara aku dan En.tunang..
Mungkin aku yang tak patut atau dia yang sepatutnya menjaga adab percakapan..
Benda kecik je..
pasal jawatan kosong yang aku nak isi..
salah satu jawatan tu aku tak baca betul2 apa yang dia nak..
aku cuma pesan kat dia
'tolong belikan saya 2 borang ye..'
sampai2 dia beli satu je..
tapi aku tak marah pon.
dapat 1 dah bersyukur sekurang2nya ada yang nak belikan..
Dia mintak keratan akhbar yang ada iklan jawatam kosong tu..
dia baca,lepas tu dia baca kuat2 syarat2 untuk jawatan kedua yang menjadi pilihan aku.
Jawatan tu memerlukan ciri2 khas..maksud aku had2 tinggi dan berat badan.
aku terlepas pandang..
'erk.nasib awk beli borang ni satu je,jawatan yang awk baca tu sy tak mau mohon lah...hehehe'
Dia terus perli aku
'belajar tinggi2 benda macam nipon tak baca habis ke?'
so what?
Memang salah aku sebab cuai..
tapi perlu ke kau mention pasal 'belajar tinggi2'
semua yang belajar tinggi tu pandai ke?
sila jawab?
ingat yang masuk Universiti tu semua dah bagus...
aku terus sentap sangat.
bukan sekali dua dia asyik sebut2 pasal pendidikan ni..
banyak kali..
YE...aku ni cuai,pelupa,leka,tak teliti..
semua dalam satu pakej.
Tapi itu kekurangan aku..
aku sentiasa cuba memperbaiki diri..
walau aku belajar tinggi pon,
aku bukanlah manusia yang hebat dan terlalu bijaksana..
bukan manusia yang boleh menyelesaikan masalah dengan petik jari sahaja..
aku manusia biasa..manusia biasa okey..
kAdang2 aku give up buat kerja2 pejabat ni..
hidup aku biasanya dengan buku2..
membaca dan 'cuba' untuk menulis..
Tapi aku masih inginkan pengalaman,ilmu dari pelbagai aspek
Sebagai tunang aku,
seharusnya dia tau kelemahan2 aku.
memang tak sepatutnya aku nak sentap bagai,
macam pompuan bongok je nak sentap2 dan buat entry gini,
tapi entah,kelemahan aku seolah2 dipertikai kerana aku berpendidikan.
Sekarang?
aku dah tak bercakap dengan dia selama 3 jam..
memang tak lama,tapi cukup buat dia tak senang duduk.
bukan aku sengaja nak buat dia mcm tu.
tapi aku nak dia relax dan berfikir sendiri.
beberapa bulan akan datang aku akan jadi isteri dia,
kalau dia tak boleh dan masih kurang senang dengan segala kekurangan aku..
kau rasa macam mana?
Bagi aku PERKAHWINAN melengkapkan 2 jiwa..
dua insan yang saling menyempurnakan diri masing2..
Banyak kali aku bgtau dia hal ni..
Aku anggap sebagai dugaan emosi dalam tempoh bertunang ni.
Tapi wajar ke menilai aku hanya kerana kesilapan kecil yang aku lakukan.
aku tau dia bengang dengan aku..
hr tu aku lupa letak dokumen kat mana..
aku tertulis double atas chek dan sebut harga,
tulisan aku tak cantik..
aku tak kreatif..
aku selalu bertanya hal2 yang dia rasa cukup remeh dan aku boleh buat sendiri,padahal benda2 tu semua aku memang tak tau..aku bertanya sebab takut dia marah kalau aku buat silap.
aku lambat carikan segala dokumen yang dia nak (aku masih lambat nak ingat kat mana segala file2 yang kerani dia dulu letak)
Aku banyak kekurangan..terlalu banyak..
tapi aku masih sanggup nak belajar walaupon lambat untuk aku ingat.
Tapi tadi aku betul2 sentap..
sakit hati..
tak tahan..
Jawapannya memang aku lawan dia balik..
aku sangat2 terasa hati
aku balik tanpa beritahu,tanpa memandang dia..
tanpa berkata2 walau sepatah pon..
kemas barang dan terus blah..
walaupun aku tahu dia tunggu aku datang kat dia tarik tangan dan salam..
Tapi aku tak buat..
dan aku tau apa yang aku 'tak buat' tu boleh menyebabkan dia 'sentap' lebih dari aku.
jadi lebih baik aku hanya berdiam diri dan amik masa untuk bersihkan minda aku sekejap.
selebihnya terpulang pada dia..
aku masih penuh kekurangan....atau sememangnya dia memerlukan seorang yang sempurna untuk melengkapkan hidup dia?
entry kali ni agak telus pasal aku dan dia..
Kadang2 aku terfikir ini ke yang dikatakan antara dugaan2 yang sering melanda masa kita bertunang?
aku seolah2 cuma pasrah kalau dia marah2 atas kecuaian aku..
sebab aku cuba profesional..dan membezakan keadaan..
Kerja adalah kerja..
Hal peribadi kita settle selepas kerja..
Dan masalah yang paling aku tak da jawapan..
ADAKAH SEMUA ORANG YANG MASUK UNIVERSITI ITU PANDAI DAN SEMPURNA?
Kau tak jawab pon tak pe,
kalau kau berfikir seperti aku..
semakin tinggi kau belajar,semakin kau sedar betapa 'bodohnya' diri kau,
kerana ilmu itu tak kan habis,dan kau tak kan puas menimba ilmu sampai bila2..kau tak kan puas percayalah..
Apa yang kau kaji dalam bidang kau bukan semua org tahu,
dan apa yang org lain kaji pon kau tak tau,betul?
Ilmu itu luas dan banyak cabang..
Sejujurnya semakin tinggi aku belajar,
semakin cetek ilmu aku..
kerana terlalu banyak yang aku tak tahu.
Motif tulis entry adalah kerana tersinggung dengan peri laku En.Tunang.
tapi aku terapikan diri dengan meluah perasaan..
Dia pon bukan tau apa aku tulis kat blog aku..
okeylah aku nak rehat..kepala sakit +tekak perit..rasa macam nak demam.
t.a.t.a..selamat bertarawikh =)
14 August 2010
Bidadari Syurga
selamat pagi..
what should i say?
i'm still crying..
cant stop...
Aku tak tau nak cakap apa...
owh..kenapa aku menangis..bacalah ini
13 August 2010
Cikgu
selamat pagi...
aku ngantuk..ye asal puasa je ngantuk sebab tak boleh makan.
Entry sebelum2 aku ada cakap kan aku nak meluahkan perasaan..
ceritanya begini..
sehari sebelum puasa,aku ada berbual dengan big boss a.k.a bakal biras aku.
dia tanya aku ada apply keja mana2 tak..
of course ler ada..banyak dah aku apply..br sebulan ni je aku stop mencari kerja.
aku nak rehatkan minda jap.
Tiba2 dia tanya aku,'nak jadi cikgu tak?'
ye aku tau dia ada kabel yang membolehkan aku jadi cikgu..
aku senyum dan geleng..
aku bukan benci profesion perguruan..
aku pernah jadi cikgu ganti kan...
jadi aku tahu tekanan dan keikhlasan serta pengorbanan yang patut dibuat.
bukan mudah okey..
cuba kau tanya cikgu2 kita dulu..
camana dia nak mengajar kita yang kurang pandai ni supaya jadi pandai..
Dalam jangka masa setahun kau mengajar murid yang sama pun belum tentu dia leh jadik pandai macam yang kau nak..
lagilah sekarang ni budak2 semakin 'bijak'
dari segala segi okey..aku ulangi segala segi..
sampaikan aku takut untuk ada anak sendiri..
Kalau aku nak jadi cikgu,aku tak nak jadi cikgu yang sekadar mengajar dan bagi latihan sahaja,
hal2 dan masalah2 murid aku tak tahu.
Aku nak jaga semua aspek,sebab murid adalah tanggungjawab kita ye..
aku selalu je dengar dari mulut2 cikgu2 yang aku tak tahu hati dia ikhlas atau tak menyampaikan ilmu..
'alah,kau ajar je diaorang.lepas tu terpulang kat diaorang sama ada nak berusaha atau tak.Yang penting kita dah ajar dia,dia bodoh atau pandai bukan masalah kita.Yang penting gaji kita masuk tiap2 bulan.'
WHAT THE.......??????
aku siap terkedu okey dengar manusia2 ni cakap macam tu.
let say,kau buat macam tu..kau rasa gaji kau yang beribu tu berkat ke?
Hidup kau makin senang ke?
Dulu masa aku sekolah,ada seorang cikgu ni dia pernah bagitau aku..
'awak ingat tanggungjawab cikgu ni mudah ke?berat tau tak.Kalau saya mati esok,kat akhirat saya akan ditanya,adakah tanggungjawab saya telah dilaksanakan dengan sempurna?'
Damn..hahaha..aku ingat nasihat tu sampai hr ni okey..walaupun dah berlalu berbelas tahun yang sudah.
Sebab tu masa aku jadi guru ganti hari tu aku stress..sakit otak..
dengan disiplin budak2,dengan peratusan akademik yang rendah,dengan nak melayan perangai sorang2 lagi..
adoyaiiiii...
aku selalu je mengeluh kat bilik guru,cikgu2 senior selalu nasihat aku banyakkan bersabar dan jangan mengalah dalam menyampaikan ilmu..
Setiap kali nak melangkah masuk kelas aku mesti cakap dengan diri sendiri.
'aku nak mengajar anak orang ni, Ya Allah kau permudahkan segala urusanku.Kau lapangkanlah minda anak2 murid ku supaya diaorang 'dapat' apa yang aku 'berikan'.KAu ikhlaskanlah hatiku Ya Allah.'
sampai macam tu sekali ye..
susah...memang dan sangat susah..
kau ingat pagi2 buat pergi skolah,mengajar + bagi Homework je..
tiap2 bulan gaji kau masuk...
budak tak pandai2 kau biarkan je..
Sebab tu bila orang suruh aku jd cikgu aku tak nak..
aku tau kemampuan aku..
aku pun amik masa 2 bulan nak buatkan budak2 tu 'tangkap' apa yang aku ajar..
Walaupun tak cemerlang mana..
sekurang2nya masa aku tinggalkan sekolah tu...
peratusan akademik untuk subjek BM kelas yang aku jaga tu meningkat..meningkat okey..
Sapa tak bangga noks..
kelas memang bukan standard budak pandai..kelas ke-9 daripada 15 kelas..
Markah paling tinggi 78 ye..*aku dah kembang bontot ni..
hahaha
tak da apa yang boleh buat aku happy kecuali aku dapat sms daripada anak murid aku
'cikgu,markah saya meningkat.TERIMA KASIH CIKGU.'
Tapi tak payah ler memujuk aku banyak kali suruh jadi cikgu..
aku ni garang..sangat garang..
sia2 je kalau belajar dengan aku..
kalau kau tak pernah kena maki jangan cakaplah..
sapa tak buat kerja memang terimalah nasib kau..hahahaha
motip aku buat entry kat sini..sebenarnya sudah lebih dari 4 orang yang offer aku suruh jadi cikgu..
ayah aku siap paksa2 mohon DPLI..
sampai gaduh2 dengan aku..
bila aku kata TAK NAK,maka MEMANG TAK NAKLAH KEPUTUSANNYA.
Apa pon kerjaya yang aku pegang satu hari nanti,
itulah 'perkara' yang aku cinta dan akan buat..
Sejujurnya,aku belajar bukanlah untuk mendapat kerjaya yang berpangkat besar,
tapi semata2 kerana cita2 untuk menuntut ilmu,
aku nak jadi ....ehem2 rahsia..hanya En.Tunang yang tahu..
jadi aku akan menimba pengalaman secukupnya..bila aku dah stabil dari segi kewangan dan Family insyaallah aku akan realisasikan apa yang aku impikan..
aku tak nak bgtau kat orang lain sebab..orang lain akan kata..
'membazir je kau belajar tinggi2'
tapi..ada aku kesah?
menuntut ilmu tu kan perkara elok,walaupon aku tak da lah nak bijak sangat.sekurang2nya aku boleh menyumbangkan sket daripada apa yang aku belajar untuk orang lain. =)
*Kesimpulannya..kena struggle siapkan tesis.Kalau tak melayang duit aku bayar yuran lagi.
12 August 2010
Mengambil Kesempatan =p
selamat tengah hari..
aku dah mula ngantuk ni..
lambat betul kol 1..adoyai...
Tajuk entry hari ini,'mengambil kesempatan'..
knapa aku buat tajuk ni..
sebab aku selalu mengambil kesempatan ke atas...
En.Tunang a.k.a Boss kecik =p
Aku masuk keja awal,
sebelum kol 8 aku dah sampai..
prestasi mesti mau jaga meh..
tapi kol 9 aku akan call dia kata..
aku:abang,syg laparlah..(suara kasi sayu sket,br dia kesian)
Kemudian laju2 dia akan settle mana keja yang dia boleh settle dan bawak aku gi makan atau bawak aku gi tapau.(ayat memujuk sudah power)
tak dalah aku melahap bagai nak rak pepagi buta.aku kalau breakfast skrg ni biasakan diri jangan ambil yang berat2.
(motip sebab badan dah naik sejurus majlis tunang selesai)*sigh
bila pagi makan ala2 nak alas perut je..
maka pukul 12 tengah hari aku sudah merasai azab menanggung kelaparan sambil kepala membayangkan apa menu yang dimasak oleh bakal ibu mertua hahaha.(aku tumpang solat kat rumah dia + mak dia suruh makan sekali)sukeeee..jadi kau dah ada jawapan kenapa aku gemuk lepas tunang..*sila jangan tanya =p
Lunch hour biasanya pukol 1 kan,
tapi lunch hour aku tak fix..
bila boss kecik roger je maksudnya aku dah kena pergi rumah dia lah tu..
(apasal sekarang tak call2 lg ni,aku dah ngantuk ni)
masuk keja balik paling awal kol 2.30,paling lewat 3..
lepas makan,pakej tido 5 minit (yang membawa kepada 30 minit atau lebih).
bangun tido baru solat ye kawan2...baru segar sket biji mata (^_^).
Kalau dia tak sms atau call aku,aku akan terus sms dia
Aku:abang laparrrrrr..dah boleh balik belum.
padahal jam baru menunjukkan pukul 12 tengah hari...
bila dia kata okey..berdesup aku sampai rumah dia..
pukul 12 okey..kau ada?tak da kan?hahaha
tapi tak da lah slalu..lemak punggung kau nak hr2 macam tu.
rugi bayar gaji aku je..dah lah buat kerja tak brapa nak pandai tapi bila waktu makan nak awal hahaha..
Kalau waktu balik plak..tak tentu juga.
dalam syarat memanglah pukul 5..
kadang2 pukul 4.30 dia dah call aku jumpa kat mana2 lepak minum petang.
see2 punca aku gemuk adalah En.Tunang,bukan kerana nafsu makan aku yang sudah menggila =p
Masa nak kenduri kat rumah atok aku pon macam tu gak..
En.Tunang:sayang,siapkan semua kerja2 cepat hari ni awak halfday lah..
Aku:erk..org tak apply halfday pon..
En.Tunang:Tak pe saya yang kasi..
Yippie..
tang ni dia yang bg kesempatan tu,
bukan aku okey..
bab2 yang lain2 tu memang aku yang amik kesempatan hahaha..sila3 jangan amalkan perangai buruk macam aku.
Bulan posa ni je aku ada 'sempurna' sket..
lau lapar pon kena senyap je..hahaha sebab bukan aku sorang je yang lapar..
dia pon lapar sama,jadi sila jangan cari pasal..
erk..tapi boleh tak kalau time aku 'cuti puasa',aku cakap macam ni kat dia..
Aku:Abang,awk kat ne ni?kalau otw turun site sila singgah Mc'D,drive thru boleh?
Kau agak2?dia lempang aku tak..tapi kalau nak jadi suami mithali kena bagi makan cukup2kan kat isteri?hahahaha...
11 August 2010
Malam Ramadhan
selamat tengah hari..
SELAMAT BERPUASA
sejukkkk sangat hari ni..sebab hujan lebat..
Johor Cuti..korang cuti tak?
hehehe...
masih bersenang-lenang seperti tidak berkeinginan mahu hantar tesis hujung sem ini =p
huhuhuhu..i'll make it slow..sbb aku dah pernah rasa tension ya amat..jd tak mahu sakit otak.nanti aku gila.
Hahaha..
aku nak cerita kat korang tapi aku malu..
memandangkan puasa wajib hanya sekali dalam setahun..maka
memang tak hengatlah nak solat sunat bagaikan?
malam tadi aku cuma ingat niat untuk solat sunat tarawikh..witir?
aku ingat cuma lupa tang bab2 berapa rakaat atau bacaan.
malam tadi aku solat sorang2,
semua orang gi surau...
jadi aku nak nikmati waktu2 'bersendirian' itu dengan sebaiknya..
jadi kau tau apa aku buat sebelum amik wudhu' semalam?
aku google cara2 solat sunat dan bacaan..
*blush..
malu..tulah dulu gi skolah agama sampai darjah khas tapi tak amalkan ilmu tuh..
amik kau...kesengalan..
wahahahaha..budus...je kan
tapi kalau tak tau baik bertanya atau belajar,
jangan kau buat dang..je..memang sampai mati kau tak tau, betul?
jadi oleh kerana ada kemudahan yang tersedia ada,baik kita gunakan..
alhamdulillah..aku berjaya menunaikan solat gak..
sempurna atau tidak itu aku tak berani nak cakap sebab itu semua urusan tuhan.
yang penting aku mahu 'menikmati Ramadhan'.
Atok aku selalu cakap,
setiap sunat tarawikh yang dikerjakan ada 'imbuhan' yang dijanjikan..
aku ada gak baca kat blog2 orang lain pasal 'imbuhan' tersebut..
nak tau korang singgah blog ni .
Kau nak suruh aku taiP?
bergantung kepada kesedaran mental yang agak kurang kebelakangan ni..
erm..mood aku swing2 lah semenjak dua menjak ni..
emosi terlebih..kenapa ntah..
aku ingat nak kena bertapa dalam gua sensorang baru boleh hilang kot.
kalau tak aku asyik nak marah2 je..tak suka.
aku ada benda nak luah..
tapi tunggu next entry lah..
ngantuk dah ni..
hujan lebat kat luar tuh..syokk tido..
bubye..
*sila jangan ponteng puasa kecuali kau ada sebab2 tertentu.
10 August 2010
Selamat datang Ramadhan
selamat petang..
hari ni last korang makan siang ye...
nak jumpa lunch hour sila tunggu sebulan lagi..
Pada sapa yang boleh solat mari kita mula mengerjakan solat sunat tarawikh malam ini..
Semoga ramadhan kali ini dapat kita nikmati dengan sepenuhnya..
Aku cuma nak berkongsi tentang diri aku.
sebelum masuk U aku sangat menikmati RAmadhan..
aku slalu tak sabar2 menunggu Ramadhan..
tapi sejak 5 tahun lepas aku seringkali lalai dan leka..lebih gembira menikmati hal dunia.
bukanlah aku tak puasa..*memang tak pernah penuh pon.
Maksud aku,aku jarang menjalankan ibadat2 sunat dan menikmati kelebihan Ramadhan.
Sampaikan satu masa aku tak rasa apa2 untuk menikmati Ramadhan,yang aku fikirkan hanya sekadar menunaikan tuntutan Islam.
Damn..hahaha..manusia sering alpa kan..
tapi aku tak kira Tahun ni aku nak tebus balik kesilapan aku 5 tahun yang dah berlalu ni..
5 kali Ramadhan aku sia2kan..
Aku harap Ramadhan kali ni penuh keberkatan,ketenangan dan kebahagiaan...
aku harap bahagia yang boleh menempatkan aku dalam kalangan orang2 yang beriman kelak.
*ini impian aku okey..
Tak da sesiapa yang tak inginkan perubahan,so do i..
Aku inginkan kehidupan yang lebih baik.
kalau kau sempat doa panjang2 sila doakan aku sekali ye..doakan semoga aku menjadi muslimah yang lebih baik dari hari ini.
Aku mengharapkan sesuatu yang bakal aku lakukan kelak 'berterusan' hingga aku menutup mata.Aku tak sabar2 nak menikmati RAmadhan kali ini..kau macam mana?
Ramadhan kali ini aku dikelilingi dengan insan2 kesayangan.JAdi tak hairanlah kalau aku gemuk.aku susah hati pon aku tetap senang hati..hahaha..
Bukan kerana aku dah puas hidup sendiri,
Tapi aku dah puas rasa 'sakit'.
Bahagian kita semua kan tak sama,mungkin bahagian kau lebih baik dari aku..
Jadi kita patut bersyukur apa yang telah ditetapkan untuk kita.
Kepada semua blogger dan sesiapa yang sudi membaca blog aku nih,
SELAMAT BERPUASA,SEMOGA PUASA KORANG LEBIH BERMAKNA.
*aku ternampak 'dia' sujud menyembah Allah S.W.T dengan khusyuk.Kalau 'dia' sudah berhijrah kenapa aku melengah2kan.Cepat along..cepat =)
09 August 2010
Raya+Engagement
selamat pagi..
miss me.?=p
*miss lah..miss lah miss lah..hahaha biol.
weekend kau jangan haraplah nak dapat entry x berilmiah dari aku,
sebabnya i memang pemalas okey..
lebih2 lagi semenjak hidup kat kampung ni..
umphhhh..udara segar di pagi hari..
huahuahuahua (^_^)
Banyak je insiden berlaku minggu lepas,
tapi aku update mana yang aku rasa aku nak je lah,
Rabu lepas yang mana aku rasa En.Tunang macam baru bangun dari tido..
tb2 dia ajak aku keluar awal waktu tengah hari..
of course ler aku macam termangu2..
okey,nak heran apa dia bos kecik kan?
jadi aku kena patuh arahan.
puncanya semata2 aku teringin sangat nak naik 'Toyota Fortuner'
kereta yang agak mewah.
mewah lah pada aku sbb tak mampu nak pakai keta lagu tu.
semestinya bukan kereta En.Tunang ye,kereta salah seorang kontraktor yang memang dah kaya.
kami menumpang berkat je..
okey melalut..
naik2 je aku siap kagum..
*(*_*)
kagum sangat sampai lupa nak tanya mamat tu nak heret aku ke mana.
tak kan nak balik rumah makan kot.baru kol 12..rupenya dia membawa daku ke shopping complex..
*siap control muka tak nak tunjuk yang aku dah nak melompat2 kegembiraan..
Dia heret aku masuk Gulatis.
lepas tu dia terus duduk kat sofa dalam Gulatis tu dan cakap..
En.Tunang:awak gi pilih kain yang awak nak.sy tak pandai nak pilihkan,takut tak kena selera awk.
*holololo..comel..
Aku:kain untuk?
En.Tunang:buat baju raya lah sayang,hr tu tunang kan sy tak bagi.la ni kira bergandalah untuk tunang dan raya..
*yippiee...
Aku:Awk tak nak pilihkan?
En.Tunang:awk pilih mana yang awk suka yang penting warna 'peach' boleh sedondon dgn sy.
*Hoyeah..
Aku:erm..*siap kelip2 mata
En.Tunang:ops! anggaran maksimum ialah RM*****
*PEluang dtg sekali je dalam setahun (haram,peluang aku banyak kali datang kalau pandai jek =p)
Pencarian bermula dengan dibantu oleh pekerja kedai..
En.Tunang hanya memberikan pandangan cantik atau x..
Bajet memang tak over..
jadi korang leh undi aku untuk jadi host destinasi bajet musim depan
*perasan hahaha
Memanglah tak over,setelah membayar dan baki dari jumlah anggaran ialah RM2 sahaja.. =p
En.Tunang:kamu ni memang bijak berbelanja ye,memang patut kamu bagi balance hanya RM2*sambil usap kepala aku =p
Bijak tak aku?bijak kan?kan?kan?kalau kau nak shopping ajak aku skali ye =)
Kain adalah di dalam paper bag,
tengok bag saja sudah,segan dengan korang.
sebab baju korang confirm lagi meletop dari aku..
aku beli bikini 2 piece je dr gulatis huahuahuahua
06 August 2010
Perasaan atau realiti
selamat pagi..
Friday again..
:-( hr ni kena dok opis sorang2 okey,
En.Tunang gi JB hantar dokumen.
LAgipun ada keja kat opis yang kena aku buat.
Semalam aku hantar lauk kenduri ke rumah atok semah,
*Rumah atok mar buat Tahlil..
Sampai2 je kat kampung ada mak uda+Pak UDa+Cik Alus(cousin)+Cik Aman+ada sedara mara lain dan adik beradik aku 'satu ayah' (aku,abang tam,zizi dan zizul)
Aku bukan nak cerita pasal atok aku yang ssh bebenor nak dipujuk gi klinik,
dah terlantar sakit,semua orang dah habis akal nak memujuk dia...
sedih?..harus sedih...
sebelum2 ni aku hantar makanan dia sihat je..
aku rasa dia jatuhlah masa jalan2 keliling rumah.
sebab kata Cik Halus ada lebam besar dekat punggung dia..
aku suruh ayah hantar pergi urut..
kau tau bapak aku cakap apa..
'nak urut tang mana long?atok kau tu tinggal tulang je.PEning kepala orang yang nak urut tu karang sbb tak da daging'
See?
bapak aku tu dah pening sebenarnya..
susah hati tengok mak dia macam tu..
menyimpang..kau lah ni tak nak tegur..
hahaha..tadi dah cakap tak nak cerita pasal atok aku yang sakit..
Ceritanya macam ni..
secara tak langsung aku kan ada adik-beradik lain selain adik aku yang dua org tu kan..
secara rasmi kami yang Ber-bin dan Ber-binti kan RAHMAD ada 9 orang semuanya.
yang paling sulong abang.
kitaorang panggil Abang Tam.
dulu sebelum aku masuk U,
dia sangat baik dengan aku..
dia panggil aku 'adik' okey.
Hubungan kitaorang tak da masalah,
dia kahwin dan beranak pinak..
aku tak tau sejak bila dia suka sangat buat muka masam kalau nampak aku..
erm..kalau tak silap sejak raya tahun lepas...erk..tak2...sejak aku sambung belajar lagi.
YE...sejak aku sbg master.
Dia dah tak macam dulu..
*sebenarnya kami memang tak da kemesraan adik beradik..
i think its my dad fault..*please ignore this statement...
Semalam aku sikit punya senyum kat dia,tegur lagi..dia leh tarik muka..kejadah..
aku nak je sembur..
'kau dah senang sekarang ni,kau rasa kau bagus ke?'
aku rasa ni semua punca dari kereta buruk yang bapak aku belikan aku tulah..
kau fikir logik akal..
dia masuk U dulu dr aku,
patutnya dia pun dapat kereta jugak kan?
Tapi ayah aku tak da offer dia apa2 sebab ayah aku yakin dia leh masuk U,sebab dia pandai..
aku plak sebaliknya,aku tak pandai dan malas belajar tu sebab ayah aku offer kereta kalau aku dapat masuk U.
Salah aku ke?
Kakak aku pon sama,
kalau dulu cakap she will treat me nicely..but now..hanya kata2 sindiran..
jadi patut ke aku tolak kereta buruk tu dalam gaung semata2 nak sedapkan hari semua orang.
sedangkan hidup diaorang lg senang berbanding aku...
Aku tak pernah hirau hidup diaorang,
tapi ayah aku adalah gak ngadu2 pasal diaorang kat aku..
aku tak rasa i'm dadys daughter..
tapi Cik Alus kata ye..i'm dadys daughter..
dalam konteks aku kat sini..
'anak yang rapat dengan dia'...
memang aku akui aku tak pernah kena 'cuit'..sikit pon tak pernah..
bukan sbb aku baik atau apa..
sebab aku sangat hormat ayah aku...
tapi kadang2 aku rasa ayah aku ni terlebih2 plak..
seems like..
(1)kalau aku mintak kebenaran untuk satu2 hal,memang payah dia nak bagi.Tapi adik beradik lain petik jari je ayah aku dah bagi.
Contoh:pergi camping etc.
(2)KAlau hal pantang2 makan untuk belajar ni,aku semua tak leh makan,
contoh:pernah satu masa aku berdua je ngan dia gi 'ngeteh',aku order nasi goreng kampung.Bila sampai je nasi,banyaklah bilis yang bertaik kat dalam tuh.Dia terus panggil tokey kedai mintak tukar yang lain dengan alasan takut aku jadi bodoh makan taik bilis.*aku dah memang sengal pon walau tak makan taik bilis
Situasi kedua:dia beli tonkeng ayam banyak2,tapi bila aku nak amik je dia siap marah 'kau tak boleh makan ni nanti belajar tak pandai'..tapi bila adik2 aku makan dia bagi je..*kenapakah?
Situasi ketiga:masa semua orang sibuk meratah kepala ikan merah masak asam pedas,aku sorang makan isi..*adilkaH?
Situasi keempat:aku demam dan balik dari klinik kitaorang sgah makan,aku nak order orange juice 'sejuk' padahal aku batuk teruk,mama aku marah tak kasi.Tapi aku berkeras nak,ayah aku terus cakap 'tak pelah dah dia nak bagi je lah'.*WHat the????????
Tapi situasi empat tu aku suka sebab bila aku berkeras dia akan bagi jugak..walaupon muka dia berkerut tengok aku sedut air batu tu..=p
Dalam 9 orang ni,aku sorang je yang tak pernah kena pukul.KAu rasa?ayah akupilih kasih?
Adik2 aku pernah je perli2 aku..
'kau kan kesayangan ayah'
bila aku nafikan..
'mama yang cakap dalam ramai2 kau ni paling dia sayang'
MAsih salah aku?
aku survive sendiri okey.
aku tak amik kesempatan pon,sebab aku tau kondisi ayah aku camana.
never ask him anything kecuali 'sila bayar ansuran kereta along'
Adakah abang aku jeles sebab ayah aku pernah puji aku terapung-apung di udara..
*silap kau gak,kau tak pernah nak amik hati orang tua tu.selalu je orang tua merajuk ngan kau.TAk kan aku yang adik ni nak ajar camana nak jaga org tua.Kau CIKGU dowh,lagi pandai dari aku.Kasih sayang no limit okey,tak semestinya kau dah kahwin semuanya over between kau dengan ayah..He loves you so much bro..more than you thought.
Kau tau kenapa aku study gila babi masuk U bagai walaupon cita2 aku tak berkaitan dengan U langsung okey,ayah halang cita2 aku sebab ayah nak aku jd macam kau.sebab ayah slalu kata kau pandai dan anak yang baik.Jadi aku pon nak jadi terbaik macam kau thats why i wanna beat you..be much better than you.
Tapi bukan bermaksud aku merendah2kan kau,sejak azali kau adalah abang dan aku adalah adik...tak da apa pon yang akan mengubah hakikat tu..
Hush..emo sekejap..
aku tak tau nak luahkan macam mana...
En.Tunang of course aku tak kan cerita..
Blog?dia tak da masa nak baca blog aku ni.
FYI aku ni selalu je bergaduh ngan ayah aku..SELALU..adik2 aku taulah..
tapi ayah tak boleh merajuk lama dengan aku
*statement ini deperakui oleh Cik Alus.
HE needs me..
untuk bercakap+berbincang+meluahkan perasaan
aku tak cakap adik-beradik lain takut dengan dia,
cuma aku bukan jenis menerima sahaja tanpa membantah..
bila ayah aku bagi pandangan dia,aku akan selalu argue disamping menyampaikan hujah2 aku..sampailah ayah aku terdiam..see?not a good girl right?
aku dah jauh menyimpang..
aku tak bangga pon kalau jd anak kesayangan..kalaulah kan..
untuk apa?kalau adik-beradik yang lain asyik dok pandang senget je kat kau..
kitaorang adik-beradik pon tak rapat,masing2 hidup sendiri2.
serius,kalau aku tak bercerita dengan kawan2 diaorang pon tak tau aku ada adik-beradik ramai..
hahaha..aku ada 5 anak sedara tapi semua aku tak ingat sapa nama..boleh?hahaa
nak jumpa setahun sekali pon susah.
Perasaan atau realiti.
entahlah aku pon tak tau diaorang ni marah kat aku atau apa,
sebab aku amik keputusan malas nak tanya kalau memburukkan lagi keadaan.
Yang penting aku bahagia dengan hidup aku sekarang ni walaupun banyak je cabaran...
t.a.t.a =p
04 August 2010
Sucks when..
selamat petang..
pagi tadi aku rasa sangat best sebab aku gi kerja saing ngan bff aku...
tapi petang ni aku rasa tak best sebab tangan aku sakit..
sakit!!!!!!! kerana insiden bergelut dengan En.Tunang..
dia cari pasal dulu usik aku,maka adengan serang balas berlaku,tanpa disengajakan tangan aku terkena grill kat rumah dia..
wa..wa..wa..wa..wa..wa..
rasa seperti mau patah....
aku menangis..sumpah aku nangis sebab tangan aku siap tak leh gerak bagai..menggigil sebab tahan sakit..
aku terus jalan masuk bilik dia panggil nak tengok pun aku tak layan..
sakit sangat...tiba2 rasa marah yang teramat kat dia..
pada hal salah aku gak..
dramatik sungguh..
masuk bilik siap kunci bagai kan.. =p
dia ketuk2 bilik aku tak mau bukak..
sampai aku terdengar dia geledah laci almari cr kunci spare..
drama samapai ke kemuncak bila mak dia join sama ketuk pintu bilik.
aku pon kuarlah dengan air mata berjuraian..
hah apa lagi..
mak dia punya muka terkejut gila,hahaha padanlah muka kamu kena bebel =p
dia cr minyak gamat nak sapu kat tangan aku..
aku punya keras hati..aku tak bagi langsung dia pegang tangan aku..
dahlah tangan sakit,hati sakit plak tu..
lepas sapu minyak aku terus halau dia keluar...
ye...aku terus tutup pintu lg skali..
tb2...hp berbunyi tanda ada sms menerjah..
'maaf ye sayang, tak sengaja la..'
kau rasa aku?
aku reply balik dan cakap..aku tak maafkan dia..
walhal aku dah maafkan..
eeeeeee...sakit tangan aku tau tak...
sekarang ni pon masih sakit..
oleh kerana aku nak gembirakan diri sendiri,maka aku pon buat entry ni..
tajuk entry tak da kena mengena..
harap maklum.. =p
babai..En.Tunang dah call suruh buat kerja...see you
03 August 2010
Again with her =)
Menu kami pada malam itu..nom..nom...
sedapkan..
whooohoo..lupa nak bgtau,sebelum aku kuar dating ni..ada drama antara aku dengan En.Tunang..
Aku:Abang,hr ni syg nak dating dengan syira tau..
En.Tunang:ermmm.....(senyap)
Aku:abang dengar tak ni?
En.Tunang:dah 2 kali tau syg dating dengan syira,dengan abang dah 2 minggu tak dating.(tarik muka)
Aku:lah..nak dating ke?awat tak bgtau awal2..
En.Tunang:Sayang tak ajak abang,sayang syira lebih dari abang..
Hahahhaa..bodoh okey masa ni..aku dah gelak gila2 tengok muka dia masam..apa ke hal dengan syira nak jeles...kejadah syira tu sejantina okey dengan aku,dia ada apa yang aku ada + nafsu kami adalah normal dan hanya untuk berlawanan jantina sahaja.Syira is my best buddy from 1998...so What THe..hahahahaha...
Mungkin aku tak perasan,yang lelaki ni ada 'sisi sensitif'.Mungkin aku alpa dan pandang remeh..erm..sorry ye En.Tunang.Hahahahahaha..now he feel what i feel....
Yang penting sudah berjimba hr sabtu lepas,owh..bilakah kamu mahu membelanja saya 'SALT'?
*owh dia sudah memberi syarat,sila siapkan jurnal dahulu sebelum bersuka ria,sudah diberi arahan keras oleh mama untuk menyiapkan tesis..*sigh
02 August 2010
Power of saturday
see..bila aku rajin..
hapdate sesaja..bila malas..ngadap ler entry busuk..
banyak tak lauk kat bawah ni?
berlaku masa sabtu lepas..
ada makan2 kat rumah atok aku..
dr pagi atok aku masak segala juadah termasuk dibantu oleh aku,auntie mah dan bibik.
Capcai+tempe+siakap 3 rasa+ikan caru pecal+kerabu a.k.a urap
heaven right..
untuk pengetahuan anda,perutku sudah buncit kembali =p
akibat..bahagia cukup makan...
kalau kat Opis En.Tunang yang jaga makan minum aku..
kat rumah of course ler atok aku..
aku pon bertapa gak depan dapur gas buat bubur tepung a.k.a 'candil'
*tak snap gambar akibat terlalu letih
request by En.Tunang..owh...dia tak datang rumah aku..
aku hantar pi rumah dia..manja okey mamat nih..
aku dah bertapa depan dapur gas 2 jam sambil menggentel 2kg adunan tepung pulut..
gigih tak?
aku memang nekad kalau dia makan bubur ni tak bertambah aku rebus dia plak dalam periuk..
banyak gila atok aku masak sebab cucu menantu pertama nak datang rumah..
husband kakak sepupu aku yang kahwin hr tuh..
erk..kau ingat ke..abaikanlah aku tak update pon pasal tu..
LEpas lunch hour atok aku gigih tapaukan untuk bakal cucu menantu plak..
sapa lagi kalau bukan En.Tunang..
menyampah okey..atok aku sayang betul dengan dia.. =p
*aku adalah jeles
sampai2 rumah En.Tunang dia leh bantai membuta..
wah harus siren berbunyi sambil dibantu siren kedua (future mum)
Habis menyantak...
En.Tunang suruh aku solat asar dulu sebelum kuar dating..
dia leh layan baring balik...'cik abang oi..perut kamu sudah mula timbul okey'
aku punye bersungguh mengejut sampai gelang aku putus..huwaaaaaaaaa...
sedih....
*ke gelang aku merajuk sbb dah bau2 nak dapat baru...tetttttttt =p
sebenarnya tak da lah kerana En.Tunang gelang ni putus,
aku memang ganas..
*perhatian En.Tunang kalau nak belikan saya barang kemas sila beli yang tebal okey,kalau nipis alamatnya cepat khatam =)
Tapi dia kata sebab aku membangkang cakap dia..
apakah?
hanya dia yang tahu...
wah..benci..tiap kali melawan dia ada je benda jadi kat aku..
'tulah' ke?entah kebetulan kot...
anggap je kebetulan.
Untuk memujuk hati aku..kami pergi menonton 'The socerers Apprantice'
syok wei..kau gi lah tengok..
tak rugi...
abaikan model yang gagal dapat kontrak Big Cinema ni ye..
The last thing i want to share...
is..presenttt...majalh pengantin..
howaa....kopak..duit..
kerana mu majalah aku sanggup pejam mata hokey...
sebab ramai member2 suruh aku beli majalah ni,
survey butik andaman,survey design baju,survey material lace,survey gubahan barang hantaran...
dulu aku memang berangan mau buat sehebatnya..kini..
tidak lagi...
umpama kawan aku kata...'berjimat cermat'
sbb lepas kahwin nak pakai duit gak =)
okey sambung nanti..
bakal suami sudah telefon mahu ajak minum petang
t.a.t.a
*sekarang sudah tahu siapa punca aku gemuk?...sila tunding jari kepada 'En.Tunang'
Kemalasan....
selamat tengah hari..
hoyeah..lama aku tak update..sbb malassssssssssssssssssssssssssssssss
sebenarnya aku banyak keja lain..
tb2 aku rasa mcm nak terminate FB account lah..
melekakan okey.
sekarang aku tengah tahan diri dari on FB..bahaya
kau tau knapa?sebab jurnal aku tak siap lg..
mampos je kan..poyo sem ni nak hantar tesis. =p
aku nak update pasal khamis lepas....
wakakaka....
basi sudah...
tapi tak peduli nak update gak..
wajah wanita jelita yang kebosanan mengadap kerja..dan kesunyian..
hahaha tak leh blah statement..
atenya lag bahagia sorang2 okey..
kalau En.Tunang ada huru-hara hidup aku kat opis..
2 benda je
(1)Dia sakat aku
(2)kitaorang bergaduh..sebab..dia punye mood swing2..hahaha
Ops!khamis kitaorg outstation ke klang..
keja punya pasal & nk cr duit untuk kahwin..
kahwin lagik..motip!
cari duit nak shopping baju raya..
hehehehe
kami berdua saja,
mula2 dia macam tak nak bawak aku,
sebab kitaorang segan dengan bos besar a.k.a bakal biras aku..
jd macam redha je lah nak berpisah selama tak sampai 24 jam..
tapi..hahahahaha haru..drama okey..
dia sms bos besar dan cakap nak bawak aku...
see..see...se...hahahahahaha
'takut i kena ngorat dengan orang lain ke bang?'
=p
Present....
my GIGOLO..hahahahaha
weih..
nak tau..hahahaha..
kejadah aku asyik ketawa je kan...
padahal tengah susah hati..
masa otw klang aku yang drive kereta..ye...manual okey..
diulangi manuallllllllllllll..
sejak azali aku paling tak suka manual sebab kalau jem sakitttttttttt..
dan sejak 5 tahun dulu aku tak pernah drive manual..sbb keta aku auto,
tapi kalau enjin diesel..aku suka sebab kalau terlepas clutch tak terus mati..dan nak masuk gear pon sonang =)
dengan bangganya aku memandu di KL..
amik kau hazabbbb jem di federal highway..benci...
keta mati 3 kali okey...3 kali tau..hahaha...
jadi,sapa2 yang berani mati je leh naik keta manual dengan aku..
setakat ni cuma En.Tunang yang berani bagi aku memandu manual.
ada bran...???????sila pelawa.. =)