Sentuhlah saya

17 May 2010

Keredhaan Ibu Bapa

Salam,
selamat malam..
maaf.Sekarang ni aku dah jadi manusia pemalas.

aku akan update bila aku rasa perlu.
Minggu lepas aku dapat perkhabaran yang duka.
Di mana kawan aku kehilangan adiknya..Innalillah..

Kawan aku ni merupakan jiran lama masa aku duduk dekat kuarters kerajaan,
KEmudian dia satu keleuarga berpindah ke Bandar Batu Pahat.
Hubungan kami tidaklah berapa rapat,
semenjak ada beberapa konflik yang melanda.
Tapi kami dah berjaya menjernihkan hubungan kami,
Kerana kesilapan yang berlaku,aku dan dia dah sia2kan hubungan selama berbelas tahun.
Aku berdendam dan dia berprasangka...

Allah maha besar,
perasaan yang buruk2 antara kami hilang macam tu je,
lagipun kitaorang dah besar kan?
dah dewasa,tau beza yang mana baik dan buruk.
walaupun perwatakan kami berbeza...
dia bertudung litup,sedangkan aku ni tak cukup kain.
tapi dia tak pernah memandang rendah pada aku,
malah dia selalu cakap..
'perubahan itu datang dari hati yang ikhlas'.

Dah jauh aku tersasul.maaf...(^_^')

Arwah merupakan anak ke-4 daripada 5 beradik.
Pendiam dan berkata2 apabila perlu.
Aku terkejut..sangat terkejut.
sebab masa majlis kahwin kawan aku ni 3 bulan lepas,
adik dia (arwah),sihat walafiat...
sentiasa senyum walaupun sibuk ke sana ke mari membuat kerja.


Itu pon secara kebetulan aku on9 dan terbaca post dia di FB tentang pembedahan arwah.
Tapi semua adalah ketentuan Allah S.W.T, arwah menghembuskan nafas terakhir di atas riba si bapa dan sebelum pembedahan.

Menurut cousin aku yang rapat dengan si kawan ni,
3 minggu lepas baru Doktor dapat detect penyakit arwah,
aku tak ingat sakit apa,yang pasti kanser.
Arwah tak perlu menderita lama2,
hanya sakit sementara..subhanallah.
betapa Allah S.W.T sayang kan dia.

Sedih+sayu+hiba
Tapi keluarga kawan aku nih sangat redha dengan pemergian arwah.


Kesedihan si bapa diluahkan menerusi nukilan hatinya menerusi gambar arwah.
Betapa cintanya si bapa pada anak2nya..
dia tahu anak2 hanyalah PINJAMAN SEMENTARA.
Dia redha kerana Allah S.W.T sayangkan anaknya.
Kesedihan mereka dipaparkan dalam kata2 yang manis dan bukan rintihan.
apatah lagi adik bongsu mereka sangat +ve fikirannya walaupun baru berusia 10 tahun.


bayangkan kalau dia boleh berkata2 seperti ini.

Adik:Anggap je lah Abang Nas pergi Oversea study 4 tahun kat sana.
Kakak:kalau lepas 4 tahun dia tak balik jugak?
adik:Tak pe,anggap je lepas 4 tahun tu dia sambung study dan sambung lagi sampai bila2.


See....
budak umur 10 tahun boleh berfikiran macam tu,
meredhakan pemergian si abang.

Kalau aku?
aku rasa tak mampu...
aku tak kan mampu nak berfikiran macam tu,
aku tak kan mampu nak berkata2 dengan manis.
aku tak kan boleh nak merelakan pemergian insan2 yang aku sayang.

Betapa beruntungnya arwah,
meninggal di atas riba si bapa,
PERGI dengan penuh keredhaan dari kedua ibu bapanya,
penuh dengan keampunan ibu dan bapanya...
betapa...betapa...bertuahnya arwah.


Adakah kita akan dapat keistimewaan seperti itu?
aku?
terlalu banyak dosa pada kedua ibu bapa aku,
melukakan hati mereka.
melawan mereka.
membantah setiap arahan mereka.
apakah?

Aku tak pasti apa yang patut dilakukan untuk mudah mendapat keredhaan ibu bapa kita.
pernah satu hari,masa aku tengah memberus seluar dan baju dalam mama aku,adik aku tanya:


Adik:kau basuh bra n seluar dalam mama?
Aku:kenapa?
adik:kenapa kau berus?kenapa tak masuk mesin?
aku:kalau masuk mesin cepat rosak dan tak bersih.
adik:(sambil buat muka macam orang geli)
aku:apasal?kau geli?
adik:hahaha
Aku:Di sebalik bra mama nilah aku minum air susu dia,dan disebalik seluar dalam mama nilah aku lahir ke dunia.
adik:(diam dan terus berpaling)

Cuba korang fikir,kalau dalam hadis ada kata basuh bra dan seluar dalam orang tua kita akan dapat pahala,sudah pasti semua orang akan basuh bra dan seluar dalam parents diaorang.Kerana nak kan pahala tu.

Kadang2 aku tak terfikir hal2 yang di sebalik,
aku tau kita ni tak sempurna.
Tapi bila kita terhantuk dan baru tersedar,adakah kita terlewat untuk berubah?
bagi aku tak,kerana manusia sering melakukan kesilapan.
Tiada siapa yang sempurna.
Kecuali insan2 yang hati dia penuh dengan keikhlasan.

Sekarang nih aku tengah keliru,
apa patut aku buat dengan hidup aku.
semestinya aku perlukan perubahan,
setiap hari aku akan belajar dan belajar tentang hidup.
dan aku akan belajar dari pengalaman.

Bila kita rasa kita susah,
ada lagi orang yang hidup dia lebih sulit dari kita.


Kesimpulannya,
hidup mestilah ada keredhaan ibu bapa,
haruslah memiliki restu mereka.
Aku percaya keredhaan mereka juga punca kita BAHAGIA.


p/s:Al-fatihah untuk Muhd.Anas Kamil.Semoga roh mu di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

1 comment:

lily lotus said...

ya Allah siannya. apepun semoga keluarga arwah tabah