Salam,
selamat petang...
yes..suke~ hari jumaat.
Aku tak sabar nak balik kampung..enjoy~
okey tak da lah enjoy sangat.
aku tertekan sekrang ni..
ok2 tak nak cerita pasal aku...
*FYI...
aku kan mengajar kelas Form 3,
jadi tiap hari haruslah memikir nak ajar apa kan.
lebih2 lagi aku pegang 3 kelas, pandai,sederhana & lemah..
complete set..muahaha..
setiap hari aku akan belajar sesuatu,
aku pun pernah muda,
pernah banyak masalah...
dan tak terkecuali mereka,anak2 murid ku.
Dalam ramai2 anak murid aku,
cuma ada sorang je yang bercakap tak pernah berhenti,
sentiasa ceria....ceria...dan terlalu ceria...
Tapi dia jugaklah selalu tak datang sekolah...
aku?
mestilah risau,mula2 memang tak heran sebab dia pon dok kelas lemah kan,
mestilah banyak je problem.
Walaupun aku bukan guru kelas,
tapi hati aku kuat sangat nak tahu pasal dia,
kenapa dia ni selalu tak datang?
apa masalah dia?
teruk kan aku?
pelajar lain pun teruk gak...
bukan kerana dia lelaki,
atau bukan kerana nama dia AZIM,
tapi kerana muka dia menunjukkan 1000 kesedihan.
Tapi aku bukan pilih kasih okey?
cuma aku pelik dia ni tak berhenti bercakap,
bila aku marah suruh diam,dia diam sekejap je...
pas tu dia leh nyanyikan aku lagu plak...
lagu2 rock kapak,lagu2 yang aku suka plak tu...
holllaaa....camana?
Ajim...ajim...ajim....kamu betul2 lah...
hehehehe
Aku tanya pada kawan baik dia,Hisyam...
jadi Hisyam cerita banyak benda kat aku...
Parents Ajim dah bercerai,tahun lepas.
mak ajim balik kampung,tak nak bawak diaorang,
ayah ajim dah kahwin lain,pun tak nak bawak diaorang kecuali adik ajim yang kecil.
Ajim tinggal dengan abang2 dia.
jadi kau boleh bayangkan hidup dia camana?
Hisyam cakap lagi,
Ayah Ajim akan datang jenguk dia sekali sehari,hantar duit dan makanan.
kau rasa itu cukup?
Hisyam cakap lagi,
kalau Ajim bangun lambat,memang dia tak pergi sekolah,
kalau awal dia pergilah sekolah.
Sebab Ajim memang tak boleh nak bangun sendiri,
tu pun abang dia kejutkan...lewat...kejut sebab kebetulan abang dia nak gi kerja.
Hisyam cakap lagi,
hari tu Ajim dengan abang dia jual barang2 macam kertas,botol dan apa2 lah,
untuk balik kampung jumpa emak diaorang.
Hisyam cakap lagi,
Ajim selalu sunyi kat rumah,
kalau kawan2 tak datang rumah,
dia kawan dengan KUCING je,
dia ada bela kucing dan sayang gila kat kucing tu...
kucing tu yang selalu teman dia.
Hisyam cakap lagi,
Ajim banyak cerita pasal hidup dia,
dia tak tau nak luah kat sapa...
Hisyam cakap lagi,
apa yang dia beritahu aku,
jangan tanya apa2 kat Ajim,
dia tak nak Ajim hilang percaya kat dia.
Terdiam gak aku lepas dengar cerita Ajim..
lihatlah..
aku ingat,aku je serabut..
rupanya ada lagi insan yang serabut,kecewa,sedih...
lebih teruk dari aku...
Tapi dia tak tunjuk langsung
hari2 dia ketawa...ketawa dan ketawa
hari2 dia senyum...
Tapi sebalik senyuman tu,
dia sunyi...sunyi sangat...
dia sedih...sedih sangat...
Shit!!!!
i hate this part...
aku benci nak katakan yang parents adalah punca...
aku memang tak berhak...
tapi itu ANAK...
anak adalah tanggung jawab...
sehinggalah dia ada kehidupan sendiri.
Memanglah orang akan cakap WTF..
kau bukan sapa2 dengan dia,
kau cuma bagi dia ilmu je...
jadi untuk apa kau sibuk2 amik tau pasal dia..
tak da sapa kesah pon...
tapi aku kesah...
kesah sesangat..
Hoh..
kalau kau nak tau..jadi cikgu lah paling susah dalam dunia...*sigh
bukan hanya menyampaikan ilmu..
tapi kau harus dekat dengan anak2 murid kau..
sayangi mereka...fahami mereka..
aku?
bukan nak damn diri sendiri atau mengalah..
tapi aku tak mampu...sangat2 tak mampu.
kalau tak kuat mental dan fizikal,boleh kena darah tinggi..
Untuk kes Ajim
aku tak buat apa2 pun..
aku cuma boleh nasihat,suruh dia datang sekolah selalu...
sapa yang tak risau,
lagi 2 minggu nak exam..
aku nak dia lulus..
tak dapat bagus pun tak apa lah,
janji LULUS.
aku mampu doakan yang terbaik untuk Ajim,
bukan Ajim je,anak2 murid aku yang lain pon,
semoga berjaya.
Kepada Ajim,
tabahlah,dugaan memang sentiasa datang.
Hidup tak selalunya Indah,
kalau ada orang lain yang hidup dia sentiasa indah,
itu dah memang rezeki mereka...
kita yang diuji dan teruji ni,kena ingat..
tuhan sayang kita...
Minda+hati+mental=memang nak kena kuat...
semoga Ajim faham apa itu erti kehidupan..
terima kasih dengan ungkapan..
'Ajim sayang cikgu,semoga cikgu dapat rezzeki yang banyak lagi'
bukan apa pun yang aku bagi kat dia,
cuma kertas kosong untuk dia siapkan kerja kursus dia...
okey..tak mau emo2...
aku dah luah semua...
aku nak siapkan basuh baju..
malam nak balik jumoa En.Bf...
bye...
No comments:
Post a Comment