Sentuhlah saya

31 May 2010

Hujung minggu yang indah..

Salam,
selamat petang,

aku nak cerita pasal wedding kakak sepupu aku yang sulong.
gambar pengantin aku x snap,
tak sempat nok...terkejar2 aku.

terlalu sibuk,
sampaikan nak makan pon x tersempat.
kau bayangkan aku punya breakfast kol 3 petang okey.
tu pon sebab buah jantung ku dah membebel tak sudah..

layan picas yang tak seberapa..
korang jangan pengsan plak nampak gambar aku yang bertutup bagai.

bermula dengan hari Jumaat hr tu,
pagi tu pasangan mempelai dinikahkan,
oleh kerana aku tak pandai pakai tudung,
jadi mengambil masa yang agak lama untuk siap.
kesudahannya, aku termiss pasrt nikah tu...
benci~

Jadi sempena majlis yang suci tu aku dengan poyonya mengenakan busana rekaan..tetttt
rekaan pasar malam je okey..
hahaha murah dan boleh mix n match..
muahahaha


Me & my Lovely cousin..Aisyah

PEace...cabut dari majlis petang itu,untuk bertemu kekasih jantung ku...
En.Bf kata 'sayang awak nampak cantik bertudung'
kembang gila bon... aku hahaha
MAjlis khatam Al-quran sebelum berinai
Girl in pink...aku bukanlah penggemar pink.Tapi mama selalu je belikan kaler pink untuk aku...dan untuk tema majlis kahwin aku nanti mungkin pakai kaler pink gak..tettttttttt...
hahahaha :-p,mama aku yang suke okey kaler pink tu..ikut aku warna hitam je.
Di hari persandingan,
pic ni bukan aku yang snap,
atenya tangan aku panjang bebenor..
ye..yang bertudung hitam itu aku,
dan yang bertalifon tu En.Bf..
dan yang bersongkok dan berbaju coklat tuh...
My future father in law.....
dia mengadap sana sebab tengah berbincang dengan ayah aku...
ye...orang tua bertemu orang tua kat majlis orang lain...
sempoi gile...hahaha2..main bincang2 macam tu je kan :-p...
tettttt...aku tak nak cerita lebih2,
tunggu je lah ye...... (^_^)






30 May 2010

Busy bee...

Salam,
selamat awal pagi...hehehehe..

miss me?
i miss all of you..
busy giler,nak menjengah blog pon terpaksa berlari2 anak..

Kadang2 aku nak update,
tapi tak tau nak tulis apa,

Terlalu banyak hal yang hendak diselesaikan buat waktu terdekat ni,
owh...aku masih belum boleh untuk pulang ke UPM,
ada hal yang perlu diuruskan..
Doakan segala urusan aku dipermudahkan ye... (^_^)

Walaupon pada hakikatnya banyak je cabaran,
tapi harus ditempuhi dengan sabar..
hehehehe,ayat tak leh blah...

Tesis?
damn,aku macam hars..okey..buat ala kadar sahaja,
macam tak penting je kan study aku tuh?
mungkin aku dah jadi jemu untuk belajar kot...
atau aku dah gatal nak kahwin..hahahaha tetttt..
bukan gatal,tapi dah sampai seru...

Bila dah lepas dari bulan jun ni,
haruslah aku bergerak pantas untuk kembali ke pangkal jalan okey..

matlamat mesti disempurnakan,
study mesti dihabiskan,
aku sudah tidak larat...hahahaha

sebenarnya aku nak membebel ni,
dah nak habis kontrak KGSK tapi gaji bulan pertama masih tak dapat lg.
wa..wa..wa..bila nak kuar ni..
aku nak gi beli barang...

okey2 cukup,
aku rasa entry aku dah tak bermakna..
aku nak tido..
meniti minggu2 akhir sebagai guru...(^_^)

20 May 2010

Tanda-tanda (^_^')

Salam,
selamat malam...

kepala berat..
tekak perit..
tanda2 nak demam sudah muncul..

owh..aku terima dengan redha kalau betul2 demam..
dalam keadaan sekarang ni,
memang ptt pon aku x sihat..

macam2 berlaku dalam seminggu ni..
mungkin aku demam terkejut kot... :-p
anggap je lah macam tu...
rasa2nya?
hahaha2

saja nak main2...
bosan di malam hari..
owh..
tiba2 rindu sama syira dan ayu...

Damn...
sebelum ayu balik aussie..
aku lepak2 dengan diaorang lah...
adeh...
wpon aku dengan syira bukanlah jauh sangat..
tapi kekangan masa dan kerja..memang menjadi punca..hehe


sekarang aku rasa nak jerit je kat ayu...suruh dia balik..
agak2 dia dengar x?

wei
ok lah..
tanda2 demam dah melarat lah..
aku nak tido..
bye..
aku rasa..aku ni demam rindu+terkejut..

(^_^)

19 May 2010

2 tahun

salam,
selamat petang...

(^_^)
see2...
senyum 24/7
apakah?

minggu2 terakhir persekolahan,
adalah waktu yang sucks..
aku dah malas nak mengajar..
kerana apa?biarlah rahsia..hahaha

dalam 2..3 hari ni banyak benda bermain kat kepala aku..
terlalu banyak...
last sunday pulak aku bergaduh dengan En.Bf..
sehari selepas kitaorang berbincang baik2 pasal hubungan kitaorang..
complicated..yes...itulah sebenarnya..
sukar untuk aku ceritakan.

setelah mencapai kata sepakat,
beberapa keputusan telah diambil,aku harap ini yang terbaik.

Insyaallah,matlamat tetap diusahakan agar sempurna segalanya.

setelah 2 tahun aku berfikiran,
baru berani aku luahkan kepada insan2 yang aku sayang,
dan apa yang aku luahkan ALHAMDULILLAH diterima dengan baik.

aku je yang risau,
terlalu risau...mungkin.

setelah 2 tahun...
segala2nya macam mimpi...
i cant stop (^_^)

hehehe thanx mama n ayah...

Jadi bermulalah waktu2 kesibukan untuk aku..
mula menghitung bulan,
mula merangka segala2nya..
dan berusaha dengan lebih lagi,agar tercapai matlamat.


p/s:doakan aku ye.. (^_^)

17 May 2010

Keredhaan Ibu Bapa

Salam,
selamat malam..
maaf.Sekarang ni aku dah jadi manusia pemalas.

aku akan update bila aku rasa perlu.
Minggu lepas aku dapat perkhabaran yang duka.
Di mana kawan aku kehilangan adiknya..Innalillah..

Kawan aku ni merupakan jiran lama masa aku duduk dekat kuarters kerajaan,
KEmudian dia satu keleuarga berpindah ke Bandar Batu Pahat.
Hubungan kami tidaklah berapa rapat,
semenjak ada beberapa konflik yang melanda.
Tapi kami dah berjaya menjernihkan hubungan kami,
Kerana kesilapan yang berlaku,aku dan dia dah sia2kan hubungan selama berbelas tahun.
Aku berdendam dan dia berprasangka...

Allah maha besar,
perasaan yang buruk2 antara kami hilang macam tu je,
lagipun kitaorang dah besar kan?
dah dewasa,tau beza yang mana baik dan buruk.
walaupun perwatakan kami berbeza...
dia bertudung litup,sedangkan aku ni tak cukup kain.
tapi dia tak pernah memandang rendah pada aku,
malah dia selalu cakap..
'perubahan itu datang dari hati yang ikhlas'.

Dah jauh aku tersasul.maaf...(^_^')

Arwah merupakan anak ke-4 daripada 5 beradik.
Pendiam dan berkata2 apabila perlu.
Aku terkejut..sangat terkejut.
sebab masa majlis kahwin kawan aku ni 3 bulan lepas,
adik dia (arwah),sihat walafiat...
sentiasa senyum walaupun sibuk ke sana ke mari membuat kerja.


Itu pon secara kebetulan aku on9 dan terbaca post dia di FB tentang pembedahan arwah.
Tapi semua adalah ketentuan Allah S.W.T, arwah menghembuskan nafas terakhir di atas riba si bapa dan sebelum pembedahan.

Menurut cousin aku yang rapat dengan si kawan ni,
3 minggu lepas baru Doktor dapat detect penyakit arwah,
aku tak ingat sakit apa,yang pasti kanser.
Arwah tak perlu menderita lama2,
hanya sakit sementara..subhanallah.
betapa Allah S.W.T sayang kan dia.

Sedih+sayu+hiba
Tapi keluarga kawan aku nih sangat redha dengan pemergian arwah.


Kesedihan si bapa diluahkan menerusi nukilan hatinya menerusi gambar arwah.
Betapa cintanya si bapa pada anak2nya..
dia tahu anak2 hanyalah PINJAMAN SEMENTARA.
Dia redha kerana Allah S.W.T sayangkan anaknya.
Kesedihan mereka dipaparkan dalam kata2 yang manis dan bukan rintihan.
apatah lagi adik bongsu mereka sangat +ve fikirannya walaupun baru berusia 10 tahun.


bayangkan kalau dia boleh berkata2 seperti ini.

Adik:Anggap je lah Abang Nas pergi Oversea study 4 tahun kat sana.
Kakak:kalau lepas 4 tahun dia tak balik jugak?
adik:Tak pe,anggap je lepas 4 tahun tu dia sambung study dan sambung lagi sampai bila2.


See....
budak umur 10 tahun boleh berfikiran macam tu,
meredhakan pemergian si abang.

Kalau aku?
aku rasa tak mampu...
aku tak kan mampu nak berfikiran macam tu,
aku tak kan mampu nak berkata2 dengan manis.
aku tak kan boleh nak merelakan pemergian insan2 yang aku sayang.

Betapa beruntungnya arwah,
meninggal di atas riba si bapa,
PERGI dengan penuh keredhaan dari kedua ibu bapanya,
penuh dengan keampunan ibu dan bapanya...
betapa...betapa...bertuahnya arwah.


Adakah kita akan dapat keistimewaan seperti itu?
aku?
terlalu banyak dosa pada kedua ibu bapa aku,
melukakan hati mereka.
melawan mereka.
membantah setiap arahan mereka.
apakah?

Aku tak pasti apa yang patut dilakukan untuk mudah mendapat keredhaan ibu bapa kita.
pernah satu hari,masa aku tengah memberus seluar dan baju dalam mama aku,adik aku tanya:


Adik:kau basuh bra n seluar dalam mama?
Aku:kenapa?
adik:kenapa kau berus?kenapa tak masuk mesin?
aku:kalau masuk mesin cepat rosak dan tak bersih.
adik:(sambil buat muka macam orang geli)
aku:apasal?kau geli?
adik:hahaha
Aku:Di sebalik bra mama nilah aku minum air susu dia,dan disebalik seluar dalam mama nilah aku lahir ke dunia.
adik:(diam dan terus berpaling)

Cuba korang fikir,kalau dalam hadis ada kata basuh bra dan seluar dalam orang tua kita akan dapat pahala,sudah pasti semua orang akan basuh bra dan seluar dalam parents diaorang.Kerana nak kan pahala tu.

Kadang2 aku tak terfikir hal2 yang di sebalik,
aku tau kita ni tak sempurna.
Tapi bila kita terhantuk dan baru tersedar,adakah kita terlewat untuk berubah?
bagi aku tak,kerana manusia sering melakukan kesilapan.
Tiada siapa yang sempurna.
Kecuali insan2 yang hati dia penuh dengan keikhlasan.

Sekarang nih aku tengah keliru,
apa patut aku buat dengan hidup aku.
semestinya aku perlukan perubahan,
setiap hari aku akan belajar dan belajar tentang hidup.
dan aku akan belajar dari pengalaman.

Bila kita rasa kita susah,
ada lagi orang yang hidup dia lebih sulit dari kita.


Kesimpulannya,
hidup mestilah ada keredhaan ibu bapa,
haruslah memiliki restu mereka.
Aku percaya keredhaan mereka juga punca kita BAHAGIA.


p/s:Al-fatihah untuk Muhd.Anas Kamil.Semoga roh mu di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

15 May 2010

Sebagai PA En.Bf

Salam,
Selamat hujung minggu...

Hari ni aku teman En.Bf gi kerja...
now,i'm not only his Love,best firend,enemy..but also his PA...personal assistant..

Selalu je kalau aku free,tak da nak buat apa2..
aku akan ikut dia pergi kerja..
sambil membawa lappy...
anggap je lah kereta dia sebagai office bergerak..


Bukan payah pun kerja dengan dia...
tapi ada masa2 tertentu kitaorang akan bergaduh juga,
sebab berbeza pendapat..
sometimes i've learned something from him..
too many things..such as construction term..

Lagipun masa2 yang ada harus digunakan sebaik2nya..
kerana kitaorang lebih banyak berbincang hal2 peribadi semasa dalam perjalanan.

Setiap orang ada perangai2 buruk..
tak terkecuali aku dan En.Bf..

untuk hidup bersama banyak benda lagi yang aku dan dia perlu belajar..
Untuk terima pasangan kita seadanya,adalah perlu untuk berkorban banyak perkara.

Tahan telinga kena marah+herdik+tengking+maki+segala2nya
Tahan hati dari marah
Tahan air mata dari menitis
Tahan hati akibat kata2 yang pedas..
semuanya nak kena tahan..

Aku bertahan bukan kerana TERPAKSA..
kerana En.Bf adalah seorang lelaki yang penuh dengan ketidaksempurnaan..

tiada siapa yang sempurna termasuk dia,aku dan kau...

Jadi aku kena belajar untuk terima segala kekurangan...
sebagaimana dia menerima kekurangan aku..
tanpa paksaan..tanpa kompromi..
walaupun dia selalu je marah2 aku,
dan dia terima aku dengan sepenuh hati walaupun aku ni selalu je naik angin.


Dalam masa merealisasikan impian dan cita2,
tiada jalan mudah untuk berjaya dan mencapai segalanya..
Aku dan dia cukup rasa KESEMPITAN tu,
KESAKITAN tu...


Terlalu banyak yang kami belajar..
harap2 apa yang kami impikan akan terlaksana..
berusaha+berdoa+menghitung hari=IMPIAN


Mesti rasa pelik ek?
kenapa keluar entry pelik2 macam ni..
Hehehe3
aku ni kan tak pandai nak tunjuk camana aku hargai orang,
Jadi dengan cara luahan perasaan macam ni..ok lah..
yang penting En.Bf tak da masa nak baca blog aku :-p


aku bukanlah wanita yang pandai bermadah bagai..
jadi aku abadikan dalam entry sahajalah..
semoga satu hari nanti,
kalau En.Bf terbaca blog aku..
dia akan tahu betapa sayangnya aku kat dia...


aku dah sakit otak ni sebenarnya..
haha
blog ni kan salah satu terapi minda...


Wish us Happily ever after..
hahaha2 ayat tak leh blah...
okeylah,korang jangan layan aku yang tengah SAKIT ni..
nanti korang pon sama macam aku..
Bubye love's

14 May 2010

2 wajah

Salam,
selamat petang...
yes..suke~ hari jumaat.

Aku tak sabar nak balik kampung..enjoy~
okey tak da lah enjoy sangat.
aku tertekan sekrang ni..
ok2 tak nak cerita pasal aku...

*FYI...
aku kan mengajar kelas Form 3,
jadi tiap hari haruslah memikir nak ajar apa kan.
lebih2 lagi aku pegang 3 kelas, pandai,sederhana & lemah..
complete set..muahaha..

setiap hari aku akan belajar sesuatu,
aku pun pernah muda,
pernah banyak masalah...
dan tak terkecuali mereka,anak2 murid ku.


Dalam ramai2 anak murid aku,
cuma ada sorang je yang bercakap tak pernah berhenti,
sentiasa ceria....ceria...dan terlalu ceria...
Tapi dia jugaklah selalu tak datang sekolah...

aku?
mestilah risau,mula2 memang tak heran sebab dia pon dok kelas lemah kan,
mestilah banyak je problem.
Walaupun aku bukan guru kelas,
tapi hati aku kuat sangat nak tahu pasal dia,
kenapa dia ni selalu tak datang?
apa masalah dia?
teruk kan aku?
pelajar lain pun teruk gak...
bukan kerana dia lelaki,
atau bukan kerana nama dia AZIM,
tapi kerana muka dia menunjukkan 1000 kesedihan.


Tapi aku bukan pilih kasih okey?
cuma aku pelik dia ni tak berhenti bercakap,
bila aku marah suruh diam,dia diam sekejap je...
pas tu dia leh nyanyikan aku lagu plak...
lagu2 rock kapak,lagu2 yang aku suka plak tu...
holllaaa....camana?

Ajim...ajim...ajim....kamu betul2 lah...
hehehehe

Aku tanya pada kawan baik dia,Hisyam...
jadi Hisyam cerita banyak benda kat aku...


Parents Ajim dah bercerai,tahun lepas.
mak ajim balik kampung,tak nak bawak diaorang,
ayah ajim dah kahwin lain,pun tak nak bawak diaorang kecuali adik ajim yang kecil.
Ajim tinggal dengan abang2 dia.
jadi kau boleh bayangkan hidup dia camana?

Hisyam cakap lagi,
Ayah Ajim akan datang jenguk dia sekali sehari,hantar duit dan makanan.
kau rasa itu cukup?

Hisyam cakap lagi,
kalau Ajim bangun lambat,memang dia tak pergi sekolah,
kalau awal dia pergilah sekolah.
Sebab Ajim memang tak boleh nak bangun sendiri,
tu pun abang dia kejutkan...lewat...kejut sebab kebetulan abang dia nak gi kerja.


Hisyam cakap lagi,
hari tu Ajim dengan abang dia jual barang2 macam kertas,botol dan apa2 lah,
untuk balik kampung jumpa emak diaorang.


Hisyam cakap lagi,
Ajim selalu sunyi kat rumah,
kalau kawan2 tak datang rumah,
dia kawan dengan KUCING je,
dia ada bela kucing dan sayang gila kat kucing tu...
kucing tu yang selalu teman dia.

Hisyam cakap lagi,
Ajim banyak cerita pasal hidup dia,
dia tak tau nak luah kat sapa...

Hisyam cakap lagi,
apa yang dia beritahu aku,
jangan tanya apa2 kat Ajim,
dia tak nak Ajim hilang percaya kat dia.

Terdiam gak aku lepas dengar cerita Ajim..
lihatlah..
aku ingat,aku je serabut..
rupanya ada lagi insan yang serabut,kecewa,sedih...
lebih teruk dari aku...

Tapi dia tak tunjuk langsung
hari2 dia ketawa...ketawa dan ketawa
hari2 dia senyum...


Tapi sebalik senyuman tu,
dia sunyi...sunyi sangat...
dia sedih...sedih sangat...


Shit!!!!
i hate this part...
aku benci nak katakan yang parents adalah punca...
aku memang tak berhak...
tapi itu ANAK...
anak adalah tanggung jawab...
sehinggalah dia ada kehidupan sendiri.

Memanglah orang akan cakap WTF..
kau bukan sapa2 dengan dia,
kau cuma bagi dia ilmu je...
jadi untuk apa kau sibuk2 amik tau pasal dia..
tak da sapa kesah pon...

tapi aku kesah...
kesah sesangat..


Hoh..
kalau kau nak tau..jadi cikgu lah paling susah dalam dunia...*sigh
bukan hanya menyampaikan ilmu..
tapi kau harus dekat dengan anak2 murid kau..
sayangi mereka...fahami mereka..

aku?
bukan nak damn diri sendiri atau mengalah..
tapi aku tak mampu...sangat2 tak mampu.
kalau tak kuat mental dan fizikal,boleh kena darah tinggi..


Untuk kes Ajim
aku tak buat apa2 pun..
aku cuma boleh nasihat,suruh dia datang sekolah selalu...
sapa yang tak risau,
lagi 2 minggu nak exam..
aku nak dia lulus..
tak dapat bagus pun tak apa lah,
janji LULUS.

aku mampu doakan yang terbaik untuk Ajim,
bukan Ajim je,anak2 murid aku yang lain pon,
semoga berjaya.

Kepada Ajim,
tabahlah,dugaan memang sentiasa datang.
Hidup tak selalunya Indah,
kalau ada orang lain yang hidup dia sentiasa indah,
itu dah memang rezeki mereka...
kita yang diuji dan teruji ni,kena ingat..
tuhan sayang kita...

Minda+hati+mental=memang nak kena kuat...
semoga Ajim faham apa itu erti kehidupan..
terima kasih dengan ungkapan..
'Ajim sayang cikgu,semoga cikgu dapat rezzeki yang banyak lagi'

bukan apa pun yang aku bagi kat dia,
cuma kertas kosong untuk dia siapkan kerja kursus dia...

okey..tak mau emo2...
aku dah luah semua...
aku nak siapkan basuh baju..
malam nak balik jumoa En.Bf...
bye...

13 May 2010

MEnyambut Hari ibu

Salam,
selamat petang,
phewww...
hari yang sangat penat...

nak update pasal menyambut hari ibu weekend hr tu.
entry basi la kan..
memandangkan empunya blog pemalas tahap gaban,
jadi semu macam meredakan blog ni sepi..
huahuahua..ayat kejis...

wokey ada sket gambar untuk dilayan.

actually ice cream cake ni untuk Tok mar
Tapi cucu2 tok mar pelahap macam pirana...
Tengok,apa kan daya Mak iza hanya mampu melayan.
Tak da lah happening giler,
sebabnya cucu yang paling dewasa aku je yang ada,
cousin2 yang lain tak balik,
aku kan pengunjung tegar yang selalu je melepak kat kampung.
ada video kitaorang menyanyi2,
tapi malas nak upload.
da nama pun memang pemalas ya amat,
jadi korang layan je lah entry kureng ni ye...
muahahaha...
okey2,untuk semua ibu2 di dunia,
Selamat Hari Ibu....
aku wakil anak2 dari seluruh dunia ingin mengucapkan
'Saya sayang mama saya'.......
p/s:Mak iza next year kalau nak celebrate beli kek besar sket okey :-p



11 May 2010

Jiwa kacau

Salam,
selamat malam.

i hate this feeling...
benci~
kenapakah?

aku rasa macam nak terduduk pun ada...
actually memang tengah duduk pon.
aku rasa down sangat,
aku tak suka rasa macam ni...
entah kenapa...

aku rasa nak marah.
mengamuk...
but...for what...

semua berpunca dari diri sendiri,
aku cuma perlukan orang yang boleh terima apa aku nak cakap,
bukan bagi pandangan dengan nada sinis...

okey,memanglah kita mengharapkan nasihat dengan cara yang lembut,
tak bermaksud nak mengada2 bagai,
cuma kalau nasihat yang lembut tu kan lagi kuat kita ingat.

Tapi en.bf bukanlah orang yang tepat untuk aku luahkan perasaan sekarang ni,
sebab dia pon tengah jiwa kacau,
mula2 perbualan kitaorang tadi okey je,
tapi bila dah hujung2,dah macam haram pon ada gak.
S**T...WTF..

kenapa aku feel macam tak best..
aku memang down gila,
secara JUJUR,aku dah tawar hati nak siapkan master ni,

Target?
entah,aku macam dah malas nak fikir pasal masa depan.
apasal?
bukankah aku orang yang sentiasa berjiwa besar,
sentiasa nak memajukan diri sendiri,
mempunyai matlamat dan cita2....hell lah...apahal ni?

semua tak kena,
adakah sebab aku dah rasa bosan dengan keadaan hidup aku?
bosan dengan masalah dan hal2 yang tak sepatutnya aku fikir.
hal2 yang sentiasa menyesakkan dada...

apa patut aku buat...F**K...
aku dah mula menyampah dengan diri sendiri,
sebab aku tak boleh nak tahan sabar,
perasaan menyampah+benci dah mula menguasai diri aku...


OMG....aku bukan orang yang macam ni.
jadi untuk kebaikan,
adalah patut aku berdepan dengan segala hal,
selesaikan satu persatu...

Dan untuk En.Bf,
aku minta maaf,
aku rasa untuk sementara ni adalah baik kalau kita tak bercakap antara satu sama lain,
sebab kalau bercakap pun,kita mesti gaduh punya.
kau amik masa bersihkan otak kau tu,dan aku amik masa basuh otak aku dulu.
Bila otak kita dah sama2 okey,barulah kita bercakap semula..


*sigh...
boleh ke aku tak bercakap dengan dia?
dialah sumber inspirasi hidup sekarang ni....
DAmn....

Hijrah

Salam,
selamat tengah hari...

Erm...aku rasa blog aku dah macam sampah je...
sebabnya aku adalah wanita pemalas yang nak update...
minta maaf kepada sapa2 yang rajin singgah ye...

Dah sebulan lebih aku duduk kat skudai ni,
hidup aku?
boring...
sebab tak da kawan..
weekend?
happy...sebab leh dating..hahaha3 motip...

aku dah mula tak keruan...
macam2 benda aku fikir sekarang ni,
bila balik kampung ni banyak pulak perancangan2 yang aku dengar...
aduhai....hati....


tajuk adalah pasal HIJRAH...
bukan penghijrahan nabi ye...
hijrah diri aku sendiri,
aku tengah memikirkan beberapa perubahan dalam hidup,
apa yang patut dan apa yang tak patut.
setakat ni memang mendapat sokongan penuh dari manusia2 yang sayang aku dan aku sayang diaorang...

Takpelah,
biarlah masa menetapkan segalanya,
aku hanya mampu merancang,
sebenarnya aku tengah pening2 ni,
aku rasa tekanan darah aku naiklah,
aku asyik marah2 kat student je...

mana tak marah,
bila kita bagi arahan tak nak ikut,
bila kita marah dia menjawab,
memang selamat lah kau,aku hantar pergi bilik disiplin...
PADAN MUKA...

aku bukan kejam okey,
selagi boleh aku tak kan hantar kau pergi bilik disiplin.
tapi bila melampau sangat,
terimalah hukuman yang setimpal dengannya ye.

Okeylah,akibat kemarahan yang melampau,
aku pun dah melalut...
bubye.....

10 May 2010

Cepatlah sembuh...

Salam,
selamat awal pagi...
:'-(


sedih...hehehe..mengada2kan?
orang lain yang demam aku yang susah hati...

En.Bf demam...
dia jarang sangat demam...
tapi bila dia dah demam...
memang teruk...

aku ni sangatlah menyusahkan,
dah tau dia demam tak boleh nak bangun pun sibuk je nak ajak jumpa bagai...
okey... orang lain tak kan faham relationship kitaorang,
kecuali keluarga dan sahabat handai yang rapat sahaja....


kenapa aku cakap macam tu?
sebab...aku dan En.Bf sangat rapat,
bukan sekadar bercinta sahaja,
dialah kawan baik aku,pendengar yang setia,orang yang selalu aku lepas marah,orang yang selalu memujuk aku,orang yang...macam2lah....
jadi bila dia sakit macam ni,
sudah pastinya aku macam ayam berak kapur...
tak tau nak buat apa,
tak da sapa nak melayan aku berbual...


Oleh kerana aku dah TERBIASA jumpa dia dahulu sebelum balik UPM @ balik rumah mama kat JB...jadi tadi aku mesti mau jumpa.Kalau tak jumpa hidup aku untuk minggu akan datang memang tak lengkap...

dan kebetulan nak mintak tolong dia poskan barang.
jadi aku gi terjah rumah dia...dan..
OMG...sedihnya tengok keadaan dia...tapi aku kan macho...
haruslah kontrol diri sendiri...
aku memang selamba okey...
depan2 mak dia aku terus pegang dahi dia...
memang sangat susah hati...
dia jarang demam...


mak dia dah pujuk ajak gi klinik,
tapi dia x nak...
aduh..kamu sayang degil betul...
lepas minum petang dengan family dia semua,
aku lepak dengan dia kat luar rumah.

aku:camana b?kamu rasa okey x sekarang ni?
En.BF:erm...badan sengal2 lah...
aku:apa nak buat,belum jadi bini,tak leh nak urutkan badan kamu.
En.Bf:tak pe lah,kepala ni rasa berat je...


aku terus urut kepala dia,biasanya kalau aku urut orang aku yang akan sendawa keluarkan angin...

banyak gila angin dia sampai nak muntah aku...
alhamdulillah lepas tu dia rasa lega sikit...
yang penting aku dapat kurangkan sikit sakit dia dah kira okeylah tu..


untuk BUAH JANTUNGKU,cepat2lah sembuh ye...
saya doakan awak cepat sihat,
cepat kembali bekerja,
cepat marah2 saya dan cepatlah membebel...
saya rindu nak bergaduh dengan awak...
bosan ni....tak da kawan nak bercakap....

09 May 2010

Rindu sama saya?

Salam...
update...

muahahaha...
confirm korang rindu aku,kalau tak pun aku yang rindu korang...
rindunya...rindunya...nak update...
perkara pertama masa on9 tadi..
haruslah menjengah segala blog yang aku follow...


lepas tu baru leh update...
kenapa menghilang?
maaf,aku sangat bz..
dan aku memang sengaja tinggalkan lappy n broadband dengan En.bf...

sebabnya kalau aku mengadap lappy je semua kerja tak siap ye noks...
haruslah berkorban minat demi masa depan..
ahaks..ayat macam celakes......

owh...bila lah nak 3 june ni...aku tak sabr2 nak berhenti jadi cikgu...
tertekan .....muahaha...bukan kerana tak ikhlas...
tapi aku rasa macam nak muntah mengajar benda2 yang diaorang sendiri tak nak berusaha...
tunggu aku bagi je....hotaklah...masing2 tak sedar bulan 9 ni PMR...

Nasiblah bukan anak2 aku...aku cuma ada anak tekak je..tu pon dah nak expired sebab menjerit tak sudah2...

kadang2 aku rasa masuk kelas yang lemah lagi best berbanding masuk kelas budak2 pandai...nak tau kenapa?
kalau masuk kelas budak2 pandai..ego diaorang tinggi..macam dah bagus..memanglah mudah masuk kelas diaorang..masuk terangkan sket2,bagi kerja,tanda buku...

tapi kalau masuk kelas budak2 yang lemah...aku lagi seronok walaupun sakit jiwa nak mengajar sampai muntah...ada je lawak bodoh yang menyakitkan hati..ada je gurauan yang mampu buat aku tersenyum...jadi terapi minda aku kadang2 adalah budak2 yang lemah ni....

cukup untuk ccerita sekolah....nanti aku sambung lagi.....

Selamat hari Ibu mama...

Salam,
selamat pagi....

SELAMAT HARI IBU MAMA...

TERIMA KASIH MAMA,
kerana...
memberikan kehidupan yang sederhana tapi SEMPURNA.

Mama,
walaupun dulu kita susah sangat,tapi mama selalu je memudahkan keadaan,
walaupun kita tak ada kereta,mama selalu je tunaikan permintaan,
walaupun dulu ayah selalu je tak da masa kitaorang membesar,mama selalu je mainkan kedua2 peranan...

walau susah macam mana pun mama tak pernah mengeluh,
tak pernah menangis,
tak pernah...tak pernah...dan tak pernah...

Mama,
kalau dulu along tak faham kenapa mama sangat GARANG,
mama selalu cubit2 along dan angah sampai lebam2,
mama selalu kejar along dan angah pakai penyangkut baju,
mama selalu je herdik dan marah2 kitaorang,
mama selalu je menjerkah kalau kitaorang tanya baik2,
mama tak pernah tunjuk kasih sayang mama dengan membelai,memujuk apatah lagi mencium kitaorang,
mama tak suka anak2 panjat2 katil mama,mama kata nanti gatal2 badan mama,
mama tak suka kitaorang minum air dari bekas mama,
mama tak suka nak suap kitaorang makan,mama suruh kitaorang makan sendiri,
mama selalu je marah2 along dan angah depan2 orang ramai,
mama selalu jerit2,mama selalu...selalu dan selalu....


Tapi bila along makin dewasa,
along faham,mama tertekan kerana suami mama kahwin lagi,
mama tak pernah mengadu kat sesiapa kecuali memendam perasaan,
mama cekalkan hati walau apa pun yang orang cakap,
makin hari mama makin cekal dan tabah.


Mama selalu pesan,
'walau siapa pun dia,dia ayah korang,tak ada dia,korang tak lahir ke dunia.apa pun yang berlaku,itu antara mama dengan dia,adil atau tidak,itu urusan dia dengan tuhan,apa pun yang dia cakap kau mesti patuh dan jangan melawan.Kalau dia terasa hati,berdosa kau sebagai anak...'


Tapi bila kitaorang dewasa,
kitaorang dah pandai...
tak kasi mama bela ayah,
tak kasi mama MANJAKAN ayah dengan pertolongan,
tak kasi mama belikan apa2 untuk ayah,
tak kasi mama pinjamkan kereta dekat ayah sebab ayah tak cermat,


sebaliknya,
kitaorang gembira kalau mama guna duit sendiri untuk,
beli apa yang mama suka tanpa fikirkan masalah,
simpan duit mama dan tebus barang kemas yang mama gadai untuk tolong ayah,
pergi shopping sampai mama penat...


dan kitaorang masih ingat untuk hormat ayah...
sebab mama selalu kata...
'buruk mana pun perangai dia,dia tetap ayah.kau kena faham dia membesar tanpa ayah,jadi dia tak tau macam mana nak tunjukkan kasih sayang dia sebagai ayah,dan kau along...dalam ramai2 anak dia,dia paling sayang kau...'

buktikan ma...kalau apa yang mama cakap itu betul...


Kalau dulu mama adalah wanita yang sangat garang,suka marah2...dan sekarang masih sama..
bezanya mama lebih memahami...lebih bersifat sebagai kawan...dan yang paling penting mama tak nampak tua pun walaupun usia dah mencecah 53 tahun....

semoga Allah S.W.T memberikan mama kesihatan yang baik,umur yang panjang,rezeki yang banyak dan halal,kebahagiaan di dunia dan akhirat...serta kehidupan yang lebih baik dari hari ini.


Dan untuk ayah...siapa pun ayah,macam mana pun ayah...along tetap sayang ayah...tanpa ayah siapalah along....


Mama selamat hari ibu yang ke-25......love you mama..always...

02 May 2010

So...so...soto...

Salam,
selamat pagi,
hahaha tajuk x da kena mengena dengan entry...
aku tak tau nak bagi tajuk apa.


Pagi2 aku dah bangun,
sebab dengar suara budak2 ni...
breakfast dengan mama...
melayan budak2 ni sekejap..
pastu aku bosan tak tau buat apa..
suke~

kenapa suke?
sebab weekend adalah waktu untuk aku freekan kepala otak aku dari segala urusan kerja..
aku rasa dah cukup terapi minda untuk beberapa bulan..

Owh...congrats to my buddy sebab berjaya submit thesis..
dan aku?
masih tak siap lagi..
mama bagi masa sampai bulan 10..
bulan 10 aku mesti dah siapkan keseluruhan tesis tu..
ada gak mama aku bebel,
kenapa aku malas..bla...bla..


aku pun tak tau kenapa..
kadang2 tanya diri sendiri gak,
apasal aku macam hilang semangat nih?
adehhhhhh...


okey2...
untuk masa depan aku kena submit gak thesis tu sem depan...
(^_^')


la ni memang malassssssssssssssss nak membaca..
tapi En.Bf kata,
since dia kenal aku,
dia dah ada hobi baru.....
iaitu.....tadaaaaaaaaaaa......MEMBACA...
dia kata aku bawak pengaruh yang kuat dalam hidup dia,
dan sekarang kalau dia ada masa dia akan baca apa jua bahan yang ada di depan mata..

okeylah nak ada urusan jap..
nanti aku sambung..
penting nih...

selamat berhari ahad...

01 May 2010

En.Bf Cepatlah....

Salam,
selamat tengah hari....



aku betul2 bengang nih...aku paling tak suka menunggu lama2...
lau setakat setengah jam tu aku ok lagi..
ni dah jalan sejam setengah...
En.Bf,awak mandi ke berendam...
kalau call memanjang karang bising....


sengallah,semalam dia yang beria nk pergi kol 12 lebih...
la ni dah 1.43 tengah hari....
bau kentut pun tak da...

Tau lah hari ni cuti,
kan dah tanya semalam nak pergi awal @ lambat,
awak sibuk kata nak kuar awal nanti leh dating bagai...
benci tau ayik kena tunggu je....


Dari mula2 kita kawan kebarangkalian saya tunggu awk lagi banyak dari awk tunggu saya...
saya x nak berkira tapi,awak tau tak....
SAYA DAH HILANG SABAR NI,AWK LAMBATTTTTTTTTTTTTT SANGAT.

kalau pasal urusan awak...
nak cepat je..
saya nak kena ikut waktu awk..
kalau lambat kena bebel..
kalau saya buat muncung...
awak bebel...
kata tak boleh sabarlah apalah...


eeeeee...apa ni?
lain kali saya pergi sendiri...
awak dah tak payah nak temankan saya...
leceh tunggu awak..
saya tak suka lambat2 sebab nanti banyak yang kita rancang tergendala...


Kalau nak bebel2 dengan saya tak payah jumpa...
buat awak sakit hati kalau saya melawan...
saya lagi sakit hati dengar awak membebel macam mak nenek...


Jadi baik saya muncung dari bercakap,
buat tambah dosa saya je sakitkan hati awak...

EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEee...x suka lah.....
Bongok...