Sentuhlah saya

16 March 2011

Goodies

Assalammualaikum w.b.t
selamat petang.

Aku nak menulis tapi tak tahu nak tulis macam mana.

kebelakangan ni aku rasa keadaan diri aku sangat teruk..serius bad..
Ingatan aku palingggggggggg teruk..ya Allah..
aku sampai lupa nak renew lesen,renew roadtax damn it...teruk gila perangai.

Borang nikah dari last week aku janji nak settle,sampai la ni aku tak kasi settle lagi,
apasal ni?
aku macam 'lemau' lah.. =(

Mungkin aku penat sangat kot,
Aku tak da betul2 rest dalam seminggu..ada je benda aku buat.

Semalam sudah bermula operasi untuk menyempurnakan goodies.
Bukan bagi apa pun,tapi adalah sikit cenderahati untuk tetamu.
Tu semua idea mama,dan yang melengkapkan idea itu adalah aku.
Nak tunggu mama aku buat..adeh..aku suruh confirmkan dengan DJ pun dia main tangguh-tangguh sampai tak dapat,
nasiblah ayah aku cergas dan tangkas dia terus hire kawan dia untuk majlis aku.

Aku tak boleh nak harap mama aku sepenuhnya untuk agenda-agenda lain.
yelah mama aku bukan duduk serumah dengan aku.
Hahahaha,lagi 2 hari nak nikah baru mama aku ambil cuti.
power tak mama aku?
hahaha..sebab bukan ada apa pun yang dia nak sibukkan sangat.

Tapi sejujurnya dari hatilah,
aku nak sangat supaya masa cepat berlalu,
penat seyh...tak tertahan badan menanggung keletihan.

BAnyak benda lagi nak buat.
Nampak gayanya lepas kahwinlah baru aku boleh fokus balik pada tesis aku.
Ni menaip pun aku kerja menguap je.

Semalam struggle gila..
balik je terus gigih siapkan goodies,
berhenti sekejap mandi dan solat maghrib,lepas tu sambung lagi.
Tak banyak pun aku buat semalam..tapi sampai terlentok gak lah..hahaha.

Nak tahu apa isinya?
hahahaha..sila datang majlis aku.
Nanti kad dah siap aku mintak alamat.

Kad tak siap2 lagi tarikh semakin hampir.
bingung aku dibuatnya hahaha *sempat lagi ketawa =p

Sebelum tetap tarikh lagi aku dah sound mama awal-awal.
Jangan nak buat macam-macam sebab kami tak mahu menyusahkan orang lain.
Buat benda simple supaya aku boleh selesaikan tanpa mintak bantuan orang lain.
Dan dia tunaikan.
Aku tak suka nak susahkan orang lain dan susahkan diri sendiri.

Kalau boleh aku nak buat sesimple yang mungkin.
Aku tak nak orang expect lebih pada majlis aku.
sebab semuanya simple sangat-sangat.

TApi bila difikir-fikirkan,
En.Tunang agak over excited..eh dia dengan mak dia..excited gila,
Aku risau kalau semuanya lari bajet,tapi dia relax je.
Jadi aku malas nak cakap banyak.

Kalau ikut aku..
tak perlu nak beli perabot baru,
tak perlu renovate bilik,
tak perlu dan tak perlu...

Sayang duit *sigh..

Adakah duit aku yang keluar.opkos tak.
Sebab bilik pengantin belah aku memang aku tak hias apa pun.MEmang aku dah cakap awal-awal dengan dia,aku tak melebihkan bilik sebab kat rumah nenek aku,aku emmang tak da bilik..huahuahuahuahua..

lagipun lepas kahwin aku duduk bilik dia....jadi aku lepas kahwin cuci kaki sajalah..hahaha

Erk..bunyi macam keji ek..aku tengah kusut ni nak gubah hantaran macam mana..pening...pening...pening...

4 comments:

lily lotus said...

fuhh..akak baca pun penat. sabar ekk..dah selesai sok mesti lega habis..masa tu concentrate kat honeymoon jerrr :D

syazana said...

lily lotus:
Penat sangatttttttttttt
sampai x sabar bila nak kahwin..hahaha =p

Pn. Marliana said...

me too.. selagi tak settle majlis.. selagi tu ati tak tenang ... byk sgt nak kene settlekan ... sesama la kte kuat kan diri k syazana ... sbb me too tak sabar nak kawen..

u nanti tgl mana pas kawen? meaning area mana?

syazana said...

Fuh harap2 kali ni balas komen menjadilah ye..sebab internet macam hamsap =(

Ms Marliana:
KAn?penat memikir macam2
Tak sabar nak kahwin tu ye jugak..lalala~

Lepas kahwin stay dengan in law,kat Batu Pahat,Johor =)