Sentuhlah saya

11 March 2011

Ada 'orang' tumpang =p

Assalammualaikum w.b.t

Selamat pagi..
hari jumaat yang tenang dan indah..
syukur masih bernafas...

Owh..tajuk aku..lalala~
aku nak cerita kisah yang agak seram.
Untuk aku seramlah,untuk kau aku tak tau...takut2 tak seseram kisah kau kan.

Secara zahir kita hidup kat muka bumi Allah ni kan dengan makhluk2 yang lain jugak kan?
MAksud aku dengan makhluk2 yang kita x nampak hehehe..
ceritanya begini..

Isnin lepas aku nak habiskan masa dengan pompuan yang selalu buatkan aku bercakap tak berhenti..hahaha..my Oz girl..

Dia sms aku ajak lepak minum malam tu,
MALAM okey hahaha..

Jadi sebelum melepak kitaorang decide nak pergi aerobik kat gym kawan kitaorang,saja je nak mencuba suasana baru.

PErjalanan dari rumah atuk ke lokasi kejadian mengambil masa kira2 20 minit,kalau aku bawak laju r.Nama pun jalan kampung dan aku ikut jalan pintas =)

Masa otw pergi memang xda apalah kan.LEpas aerobik bagai kitaorang lepak mamak..

hohohoho,aku x makan okey..minum je tu pon air panas..tgh diet katanya =p

borak macam nak gila,lepas mengumpat bagai 'alarm' pun call...hahaha 'alarm' ye aku panggil En.tunang..dia dah sound2 suruh balik sebab dah lewatkan,janji pukul 10.30 nak balik..dah sampai pukul 11 malam aku masih lepak kat mamak.

Haruslah salam2 peluk cium dan blah..hahaha

Mula2,aku drive okey je..x da rasa apa2..
Jalan gelap sunyi dan sangat menakutkan..
selalu tak da lah nak rasa2 takut ke apa kan..
Tapi malam tu rasa mcm x best..
lepas tu aku mulalah fikir merepek2

Kalau tiba-tiba ada pompuan cantik tahan kereta aku ke..
Kalau ada benda duduk atas bumbung kereta..
KAlau ada orang menumpang kereta aku ke..
OMG..BENDA itu macam dengar2 je apa yang aku fikir..
Dan DIA memang menumpang okey..

Hahahaha..ok aku takut sebenarnya.

MAta aku ni kan gatal suka sangat tengok cermin pandang sisi dan cermin tengah tu.
MAsa mula2 aku tak perasan sampailah aku potong satu kereta ni,
aku tengok kat cermin tengah tu..
'Eh kepala orang...sapa yang tumpang?'

Aku ingat sebab pantulan cahaya dari lampu kereta belakang..
aku siap gosok-gosok mata okey..
aku tengok lagi kat cermin tu 2,3 kali..
memang sah kepala orang kat belakang seat aku..
DAmn it..

Dia macam duduk bersandar dan lebih rendah dari aku,
aku cuma nampak kepala DIA je.
Aku terus baca ayat-ayat yang aku tahu.
mula-mula memang tunggang-langgang ayat-ayat aku tu.
Lepas tu aku tarik nafas dalam-dalam..
aku tenangkan diri dan baca secara perlahan dan teratur..

Lama juga lah dia tumpang aku..
Kenapa masa tu aku rasa macam jauh je perjalanan aku..
sebab tak sampai-sampai kan..
hahaha..lepas tu jalan berkabus..
sejuk dan gelap..
ye cukup sifat untuk cerita seram..

Sampai satu tempat aku tengok lagi DIA dah tak da..
Phewww....

Aku betul-betul insaf ,lepas ni dengar cakap bakal suami..
jangan balik lewat dan jangan sorang-sorang..
TApi aku bersyukur gak,nasiblah hantu..kalau orang?
Hantu memang menakutkan tapi hantu tak sejahat orang.
Aku cakap berdasarkan hidup kita sekarang ni.
Sekurang-kurangnya dia tumpang je tak samun atau rogol aku.

OMG..jauh aku fikir..nauzubillah..aku insaf keluar malam hehehe..
kepada sesiapa yang wanita di luar sana..janganlah keluar malam dan balik lewat-lewat ye..
sebab kena kejar dengan hantu aalah lebih baik dari kena kejar dengan orang.

Sebab aku faham perasaan kena kejar dengan orang..
menakutkan..lebih takut dari kau TERPAKSA tumpangkan hantu.
Pheww..dua-dua pengalaman buatkan aku rasa lebih takut mahu berjimba di malam hari..huhuhuhu..lepas ni aku duduk rumah je lah malam-malam =p

No comments: