Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi (^_^)
Minggu ni sibuk,minggu depan sibuk,minggu akan datang pun sibuk,
aku rasa selagi aku tak kahwin...aku memang akan sibuk tiap-tiap minggu..
Tiap-tiap hujung minggu ada majlis perkahwinan,dan perut aku dah buncit penuh dengan nasi minyak..hahaha tak payah tunggu makan nasi minyak dah memang buncit sejak azali sebab makan banyak =p
kalau sebelum ni aku menghitung bulan dan hari ni aku dah mula untuk menghitung hari..OMG
Penghujung bulan 4 semakin hampir...lalalala~
Semalam baru aku hantar tempah baju nikah =p
Taylor kata dia boleh siapkan sebelum tarikh aku nikah.
Harap-haraplah kan.
Secara tak rasmi aku dah ada 2 pasang baju nikah.
Amacam over x?
bukan aku okey ni semua perihal mama aku.Dia nak sangat aku pakai baju kurung moden.
JAdi dia pergi Jakel dan cari kain yang dia sangat-sangat berkenan.
Aku?
KAlau orang nak memberi tu laju je aku tadah.
Aku Tak kuasalah nak membantah bagai.
Dia emak kan..
selagi tak over bajet aku,kira okeylah tu.
LAgipun Kedua-dua baju nikah dia yang belikan.
lAgi aku nak banyak bunyi.
Ikut aku,aku nak pakai kaftan je..
tapi semua orang tak kasi..hahaha
tak pe selagi boleh layankan kita layankan..lalala
Dah dekat nak kahwin ni baru aku rasa aku hampir pokai..hahaha
serius weh duit aku habis...
Tapi tak pe lepas kahwin aku kumpul balik..katanya jobless kan..memanglah tak da duit.
Okey pasal baju nikah yang baru ni plak.Sepatutnya harga untuk 4 meter kain dan lining adalah RM450.00 tambah upah lagi RM120.00 boleh jadi jumlah keseluruhan ialah RM570.00.
Hampir RM600.00.
Tapi saya bangga mempunyai mama yang rajin beli kain serta pandai mintak harga kurang hahaha..
Dari RM450.00 mama aku tawar sehinggalah RM250.00..
percaya?...sila percaya.Mama aku kalau bab manawar orang kaya pun boleh bankrap.
Dan yang mewarisinya ialah bakal menantu dia..En.Tunang hahaha.
Kalau aku ni bukan pandai menawar sangat,silap2 lepas potong kain je aku terus bayar hahaha.
TApi masa kat Gulatis hari tu aku belajar menawar gak lah sampaikan staff kat situ nak pengsan kira harga aku.Hahaha..
Aku beli Kain untuk dibuat baju hantaran,aku ambil pakej RM350.00, siap dengan baju melayu untuk lelaki.
Tapi aku pilih kain untuk lelaki suka-suka hati aku,maksudnya aku tak ambil pun kain yang termasuk dalam pakej tu.
Nah sekali total adalah RM398.00.Haruslah aku mintak kurang banyakkan..
Sampai terdiam staff lelaki tu.Dia kira-kira,last dia boleh bagi aku RM380.00.
Aku tak mengalah,aku mintak lagi,sampai dia hampir menangis.
Aku:APa mahal kebenor RM380.00.BAgi je lah harga asal tu RM350.00
Staff:Tak boleh kak,sebab kain baju lelaki ni akak ambil yang mahal.
Aku:tak da maknanya okey,tu yang last sekali.Tak da,saya nak RM350.00 jugak.Nak bagi atau tak?
Staff:Kak,saya bagi RM360.00..last dah ni.
Aku:tak mahu,saya nak ambil kain lain lagi ni.KAlau spend banyak-banyak dekat situ nanti tak dapat baju lain.
Staff:LAst dah ni kak,dah tak boleh nak lari lagi.
Aku:Last RM350.00,kalau bagi harga tu saya tambah kain lain.
Staff:ok-ok lah kak,RM350.00 *sambil geleng-geleng kepala..
Hahahahahaa..kau hengat aku murah hati?
Ni semua penangan mama dengan En.Tunang lah,ajar aku mintak diskaun sampai macam tu sekali.Tapi mama aku lagi over okey.Kau cakaplah kain apa jenis dia mesti tahu rate harga.Aku ingat kalau mama aku tak kerja dengan kerajaan mesti dia dah jadi tokey kain sekarang ni..hahaha =p
Jadi total RM600++ telah menjadi RM370.00..sila senyum sekarang..lalalala
Aku ada tengok French lace gak,tapi erm..mahal,aku hampir-hampir beli okey Gucci lace.semeter adalah RM500.00.En.Tunang dah geleng-geleng kepala je.
Kalau aku dah suka,kau cakap apa pun,ada aku kisah.
Dari luar kedai tengok memang cantik,aku sampai tengok lace tu dah kurang berkenan.
Mungkin ada tempat lain yang lagi cantik kot.Entah,aku ni kan tak pandai nak menilai kain..less is more kot...hahaha.
TAk pe yang penting aku suka dengan apa yang ada.
Lagi nak dekat majlis ni,lai tak kisah di buatnya.
Aku sekarang dah jadi manusia 'asal boleh'..hahaha
Nak suruh aku D.I.Y..ya ampun...x tersempat yang.
Semalam bincang light-light dengan mama aku pasal agenda majlis,goodies..huahuahuahua..semua mama aku settle.Aku senyum-senyum je.
Mama aku siap pesan dia nak pak andam aku solek aku cantik-cantik dia nak aku 'meletops' hari tu.hahaha..overexcited ni.
Bagi aku semua pengantin cantik masa hari majlis tuh.yolah dah kena tepek mekap tebal-tebal mana nak nampak kesan jerawat.Lepas tu pakai kaler-kaler kat mata,bulu mata palsu lagi..hah amik kau mau tak meletops.
Minggu ni mesti kasi settle borang nikah,tak boleh tangguh lagi dah.Lusa mesti kasi hantar pejabat agama.
Next week kena pastikan kad jemputan siap,mesti..mesti..dan mesti.
Eh,kalau tag event kat dalam facebook sekarang ni,awal sangat x?
Hahaha..over okey..lalala~
No comments:
Post a Comment