Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi..hehehe
Tajuk entry memang aku nak bagi kau petua..petua untuk cantik.
TApi awal-awal aku pesan kau jangan harap aku nak bagi petua menggunakan timun,tomato,madu,susu dan sebagainya.
Itu semua tiada kena mengena mahu pun yang sudah dikupas,dipotong dan dimakan..tak ada kaitan okey.
Bulan lepas kan ada aku mengadu kat dalam belog sebab muka aku banyak parut chickenpop kan,serius aku down gila =(
Sedih ya amat,sebab ada makcik aku sound aku sambil gelak dia cakap macam ni
"eee..apalah muka berbelang teruk macam ni,kan nak jadi pengantin"
Dalam hati memang aku mencarut,dada siap berombak tahan marah..
Dalam hati:
"B**I betullah,hamsap,suka sangat nak cari kekurangan aku.Tak boleh betul nak tengok aku positif sikit"
Keluar dari mulut:
"dah nak sakit nak buat macam mana,tuhan nak bagi bukan kita mintak,sekurang-kurangnya tak kena masa nak kahwin.Yang penting bersyukur masih hidup dan insyaallah akan berkahwin"
EEEEEEEEEEEE....lepas je makcik aku tu blah,aku terus amukan berdarah...
Siap sms En.Tunang nak mengadu..
Tapi kau tahulah kalau lelaki kan,ada dia kisah.Erk..tapi tunang aku tu mulut dia laser dari aku tau.boleh bernanah je hati kau kalau kena.Hahahaha =p
En.Tunang suruh sabar banyak-banyak, dia siap belikan aku BIO OIL untuk hilangkan parut kat muka dan INNERSHINE PATI PRUNE untuk merawat muka dari dalaman.
Ini ikhtiar kitaorang je supaya muka aku elok.
Setakat ni hampir sebulan menjalankan eksperimen ke atas wajah sendiri,ALHAMDULILLAH parut semakin berkurangan kesan menggunakan BIO OIL,dan muka semakin BERCAHAYA dengan INNERSHINE *sambil buat gaya macam MAYA KARIN dalam iklan. =p
Bab INNERSHINE tu aku tak berani komen,aku tengah struggle minum,hari-hari...aku ulangi hari-hari.Hamba sedar diri,kulit muka berkerak dan tak elok..maka hamba berusaha untuk mencantikkan pemberian Allah S.W.T.Ni sebelum kahwin niat untuk diri sendiri,lepas kahwin terus tukar niat CANTIK UNTUK SUAMI..hahahaha =p
Tapi INNERSHINE mahal seyh,sekotak besar RM25.90 kalau kau beli kat GUARDIAN dalam tu ada 6 botol je.Kalau kau beli kat WATSON ada murah sikit..lalala~
Dalam sebulan aku spend RM120+++ untuk INNERSHINE je..eh bukan aku..hahaha kau tau sapa yang kena belikan kan?Tapi yang lepas ni aku beli sendiri,sebab kesian bakal suami. Segan pulak aku nak mintak-mintak kali ni, ada duit biarlah aku beli sendiri.KAdang-kadang ada duit pun aku pura-pura tak ada duit..*eh taktik ni sangat berkesan =p
Ok2..melalut,itu hanyalah usaha dan ikhtiar untuk mengembalikan kulit muka seperti sebelum sakit.
Sebenarnya untuk cantik ni mudah je,emosi+mental kau sendiri.Kalau dalam kepala kau set yang kau tu cantik,dalam hati kau yakin yang kau tu cantik,maka insyaallah kau akan jadi CANTIK secara semulajadi.
Biar orang pandang kau dengan persepsi apa sekalipun,biar orang nak kata apa sekalipun,yang penting kau tahu yang kau tu CANTIK.
Ni adalah salah satu cara nak UPkan diri kau sendiri,eh ni cara akulah nak menaikkan semula keyakinan diri aku berhadapan dengan orang lain.Kalau tak asyik rasa rendah diri sebab muka banyak bekas chickenpop.
JAdi En.Tunang nasihatkan aku supaya fokus dengan diri sendiri.
En.Tunang:sayang,jangan lemah semangat.Cantik tu datang dari dalam.Dai hati awk sendiri.
Aku:saya sedihlah,dah nak kahwin,muka saya tak elok lagi.. *menangis
En.Tunang:awak stress ni bila orang asyik tegur je pasal muka awak.
Aku:erm...*tunduk sambil menangis lagi.
En.Tunang:Saya ajar awk satu cara,mudah je.Besok,bangun je dari tido terus pegang muka awk dan cakap 'aku cantik,dan aku adalah wanita paling cantik'.
Aku:Eh,boleh ke macam tu?
En.Tunang:Ini kena fokus,sebab ini keyakinan awk terhadap diri sendiri,orang lain tak boleh tolong,saya pun tak boleh tolong.Ingat,tuhan bagi kecantikan itu sebagai pinjaman.Dah 25 tahun hidup dengan muka yang cantik,tuhan baru 'tarik' sikit awak dah sedih macamlah awk cacat kan?BErsyukur sekurang-kurangnya,awk 'sempurna' berbanding orang lain.
Aku:Erm..betul juga ye.
En.Tunang:Perempuan kalau mekap tebal camana pun,tapi dia masih tak yakin dengan diri dia,orang tak kan nampak kat mana kecantikan perempuan tu.Jadi,walau tak cantik atau tak hensem mana pun kita,tanam dalam diri sendiri 'aku cantik',Insyaallah awk akan yakin yang awk lebih cantik berbanding orang lain.Tak perlu orang lain tahu apa yang awak fokuskan,yang penting diri awk sendiri tahu yang awk CANTIK dah cukup.
Aku: (^_^)
BEtul tak cakap aku,semua orang nak kelihatan cantik waima budak-budak sekolah tadika pun dah tahu apa itu lipstick.Kecuali aku,umur 23 baru nak belajar pakai lipstick.ceh~
Pengajaran di sini,kau tak perlu mekap tebal-tebal untuk cantik,kau tak perlukan kosmetik yang mahal gila untuk cantik.Sebab semuanya datang dari dalam diri kau sendiri.
Kau pernah dengar tak kata-kata macam,'CANTIK ITU SEBENARNYA DARI HATI'.
Lagi kau kalau dengar orang-orang yang agak rasional tentang cantik ni,dia mesti cakap 'PEREMPUAN KALAU HATINYA CANTIK,MAKA CANTIKLAH LUARANNYA'.
Itu adalah salah satu cara,dan yang ingin aku kongsikan di sini untuk keyakinan kita bersama,memandangkan kita semua cantik dan handsome,maka tanamkan dalam diri sendiri 'AKU CANTIK' @ 'AKU HANDSOME'.
Sebab PESONA kita hanya orang lain yang nampak,tapi bagi aku,asal kau yakin yang kau itu CANTIK sudah memadai.
(^_^) Sharing is Caring
3 comments:
TQ for the tip syazana.. kte pon selalu down sbb makin dkt nak kawen... jerawat timbul n naik bagai cendawan tumbuh lepas ujan... tense gle.. blum lagi org komen muke mcm bulan.. tapi... betul la.. yang penting kte kene yakin dgn 'kecantikan' dan 'keunikan' diri sendiri.. hargai pe ader .. n usaha ke arah lebih cantik dan niat untuk bakal suami terchenta...
Ms Marliana:
Sebenarnya semuanya berpunca dari kita sendiri.Kalau orang tua-tua suruh senyum selalu supaya awet muda,betullah petua tu.Bila kita senyum hari yang kita lalui akan 'senyum' juga.
Now,i tanamkan dalam diri 'Aku Cantik' hehehe walaupun tak da orang tahu.YAng penting yakin dengan diri sendiri (^_^).
Selamat Mencuba.
As'kum
Bagi memastikan diri cantik, terlebih dahulu kena pastikan kesihatan tu elok. Salah satu petua untuk cantik adalah dgn:
Menghapuskan Kuman dan Sarang Resdung supaya kulit sihat cerah
Semoga info tu membantu. Thanks.
Post a Comment