Assalammualaikum w.b.t
Ok ni entry kesedaran untuk korang yang mulut macam hamsap kat luar sana..
kalau kau terbaca pun ada aku kisah hahaha..
*sesiapa yang tak berperangai sedemikian sila ambil pengajaran.
Secara normal lah kan,kau mesti suka bergosip betul?
terutamanya kalau dengan kawan perempuan.
Aku nak bagitau cara bergosip dengan betul dan mengurangkan dosa kau.
*gosip still berdosa ok sebab ianya boleh menjurus kepada mengumpat.
Kau kalau nak bercakap pasal orang,dapatkan fakta yang sahih dan betul,jangan main aci redah je bercakap,ingat sikit kadang-kadang dalam kalangan kawan-kawan kita ni ada mulut penyampai yang lagi dasyat dari dari halilintar dan petir okey.
Ni tak kalau dah bla...bla..bla..bla..*kau burukkan orang tu hujung-hujung kau boleh cakap 'ni aku tak tahulah betul ke tak',what the Fuck.Kau gilos,kawan-kawan lain siap melopong mulut dengar kau bercerita.kalau tak pasti kau jangan cakap apa-apa.
Eh,coursemate aku pun ramai okey mulut macam lahanat.
Aku ada sorang kawan,dia sangat pendian dan bercakap bila perlu.Tak dalah nak perlu sangat dengan aku boleh je borak lama-lama.Tapi aku selalu pesan dengan dia,jangan percayakan orang sekeliling sangat-sangat.KErana....kawan ni baik dengan seorang lecturer,lecturer lelaki.Maka selalu jadi bahan umpatan dan keji-mengeji orang lain.Hakikatnya hanya dia,family dia,aku dan kawan-kawan rapat sahaja yang tahu selain tuhan lah kan.
Segala cerita dia dalam poket aku.Pernah satu masa,ada seorang Hamba ni..*mulut aku memang macam haram jadah ye.
Masa ni situasinya kitaorang berbual beramai-ramai di fakulti
Hamba:Isk untunglah dia,yuran dia Dr.*** tolong bayarkan,siap hantar pergi settle segala urusan lagi.
Aku:eh mana kau tau Dr.*** yang bayarkan?
Hamba:Dia kan kerja bawah Dr.*** mestilah kena support,lagipunkan bakal isteri nombor 2.
Tak ke hamsap punya mulut.Aku tak sangka wei dia ni boleh cakap macam ni,muka lawa,pakai tudung pun lawa,perangai elok sekali mulut bau bangkai.
Aku:kalau aku cakap,apa yang kau cakap ni tak betul,kau nak pergi mintak maaf dengan dia?
Hamba:eh,salah ke apa yang aku cakap?jadi kau tahulah semua pasal dia.
Aku:Dia bayar yuran pakai duit sendiri,dia tak pernah di support pun.Semua duit simpanan dia.
Hamba:lah ye ke?kenapa tak cakap awal-awal.
Aku:kejadah,hal orang nak kepoh-kepoh.
See..belajar tinggi melangit,perangai macam lahanat.Tu belum ambil Phd lagi,perasaan buruk sangka je dah lebih.
Tu satu kes,ni lagi satu hal.Orang dah tag kau dalam FB jemput pergi majlis tu,kau pergi je lah.Ni tak macam-macam soalan.Apasal tak jemput sendiri,apasal tak kecoh-kecoh bgtau satu kampung.Aku macam nak lempang je.KArang kalau aku sound kau kepoci kau bengang plak.YE..aku dengan pompuan mulut lebih ni slalu je berbual,tapi tak kena sun....sebab dia ni cakap asyik nak menyakitkan hati.Kau silap r kalau kena dengan aku.AKu memang bahagian menadah je kalau kau cakap-cakap,bila aku tak tahan aku kasi 'smash' satu kali,kasi kau senyap terus.Boleh?
BAbe kita belajar tinggi-tinggi dowh,adab hidup mesti mau ada.Ni kau perangai dah memang kampung gila atau kau memang dasar kepoci aku tak tau lah.Aku bukan nak guna ayat 'orang kampung' sesuka hati.Sebab orang kampung pon sekarang dah moden dan aku pun memang asal kampung ok.
Serius aku kalau nak bergosip atau mengumpat,aku ni pilih bulu.Bukan suka-suka nak mengumpat dengan orang-orang sebarangan.Aku kalau nak mengumpat,aku cari orang yang mentaliti dia high class sikit.Hahaha,sebab bahasa dan ayat yang keluar lagi logik akal berbanding dengan mulut-mulut kepoci macam hamsap.
KAdang-kadang benda kecik boleh jadi besar,lagi kalau geng-geng kepoci ada ramai.adeh..masing-masing mentaliti dalam tempurung,memang sengal lah tu.
Kadang-kadang diaorang ni jenis memerhati,apa yang orang lain pakai,apa jenama kasut orang tu,handbag jenama apa,mekap beli kat mana.Kalau tak kena kat mata diaorang mulalah mengumpat dengan kawan-kawan seperjuangan.
Bagi aku selagi orang tak mintak duit kita,suka hatilah nak beli apa dan nak pakai apa.Atenya kita bukan membogel pun di jalanan.
Aku bukan orang yang baik,tapi aku jenis orang yang melindungi orang lain secara berlebihan.
Lebih-lebih lagi kawan aku yang dikata dan aku tahu kebenarannya,memang aku akan betah habis-habisan,kalau fakta yang keluar dr mulut kepoci adalah tak betul.
Gosip tu tak salah,sebab kau yang tanggung dosa sendiri kan,tapi tak perlu nak sibuk-sibuk sangat hal orang.sebab tu dekat U,kadang-kadang aku lebih senang sendiri.Diaorang ni nama je belajar tinggi,dekat U pun ada group masing-masing.Kalau kau tengok perangai memang macam budaklah...hahaha =p
EEEEEEEEE....aku tak tahu kenapa aku bengang betul hari ni dengan si kepoci..
Aku hengat kalau dia kahwin esok dia mesti masuk tiap-tiap kampung bawak gendang bagitahu pasal majlis dia.Tak payah bagi kad,jimat.
Nasihat aku kalau kau ada kawan kepoci ni,jauhkanlah diri kau.NAnti kau kena penyakit berjangkit.eeeee..lagi teruk daripada A.I.D.S.Kena penyakit Kepoci ni silap-silap sampai mati pun tak dapat kemaafan dari orang lain.
Nota kepala:sila ambil pengajaran,jangan terjebak dengan wabak kepoci.
2 comments:
sape la mulut puaka tuee...suka2 hati tuduhh dahle xtau citee..isk..isk..isk..
tp rasa aku..aku tau sape org tue..huhuhu..
lalink7:
Hahahaha...
Post a Comment