Sentuhlah saya

23 March 2011

Hari ni mood mengada-ngada =p

Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi =)

Dear blog,

Hari ni aku mula menghitung hari-hari yang bakal berlalu,
Hidup aku mula kelam-kabut dan serabut,
Duit mengalir macam air terjun,
Persiapan berjalan lancar seperti yang dirancang.Alhamdulillah,syukur kepada tuhan.

Aku cuma mahu luahkan perasaan yang tak terluah.*bunyi macam orang sakit jiwa pun ada gak ni.

Masa berlalu dengan cepat,
Bulan Mac hampir berakhir.*sigh

Hujung bulan hadapan dengan izin tuhan aku akan menjadi isteri kepada seseorang.*sebak
Tapi bila difikir-fikirkan aku jadi takut.*sigh

Sebab tanggung jawab aku akan menjadi berat,ke mana sahaja membawa maruah suami bersama.

Aku tak tahu sama ada aku mampu atau tak.sedangkan nak buat tesis je aku rasa macam dah putus asa.

Beratnya nak melepaskan nafas dalam dada ni.
Kalau selalu aku bangun lambat dan tak solat subuh,
lepas ni aku kena bangun walaupun alarm baru bunyi sekali.
Kena kejut suami dan tunaikan solat berjemaah.*sigh
Aku mengeluh bukan kerana solat ,tapi boleh ke aku bangun awal memandangkan aku dan dia TIDUR MATI.Silap-silap bapak mertua tukang ketuk pintu kejut suruh bangun =p

Sediakan baju untuk dia pakai dan buat sarapan pagi.
Ini kerja mudah,kalau setakat basuh baju mesin dah ada,nak gosok baju seterika pun ada.Kalau rasa-rasa sibuk sangat sampai tak sempat nak gosok...Laundry pun dekat hahahahaha..hulur duit settle =p

Kalau bab masak,setakat yang ringan-ringan tu pandailah,sarapan pagi budak tadika pun boleh buat.Bagi roti kosong sapu NUTELLA dan air teh o panas..settle..tapi tak kan hari-hari nak bagi roti?tak pe jangan risau,bapak mertua kan pergi solat subuh kat surau,kirim dia beli sarapan.Kalau tak pun aku merempit naik skuter bapak mertua aku pergi beli sarapan.settle =p

Makan tengah hari..phewww...kes berat.Dua-dua kerja,walaupun aku tak adalah nak kerja sangat =p
Mak mertua ada di rumah,sudah tentu makan tengah hari akan berjalan lancar seperti biasa..lalala~
Tapi kalau mertua pergi berjalan ke mana-mana atau lepak di rumah anak yang lain?aku nak bagi suami makan apa?huhuhuhuhu nasi bungkus sudah =p
settle.Malam aku masak lah apa yang patut,nasi putih+telur+kicap settle =p

Kemas rumah.Hanya akan aku jalankan ketika hujung minggu.Kalau hari-hari biasa balik kerja kena kemas rumah,tak pun bangun pagi awal-awal terus kemas rumah.*erk mesti mertua aku demam terkejut sebab aku terlebih rajin.tak pe HOLD dulu nanti lepas habis majlis rumah lelaki kita sambung fikir.

Masa kursus kahwin hari tu,Imam tu ada tanya kat kaum lelaki ni.'Kalau balik rumah,awak nak isteri buat apa?'.Bakal suami aku jawab 'saya nak dia sambut saya'.
Atenya bang,sedar sikit pukul 5 baru saya ada kat rumah, dibuatnya awak ajak lepak minum petang?hahahahaha..maka tiada yang berasambutlah.huahuahuahuahua

Betapa cepat masa berlalu.
November ini genap 7 tahun kami berkenalan+berkawan+bercinta+bergaduh.
Masin mulut dia bila dia kata
'Kita kahwin tahun ke-6 jalan tahun ke-7'

Hahahaha..dia kata duit simpanan dia tak banyak nak kahwin ni,tapi dia nekad sebab nak menghalalkan yang haram.Yelah,kalau keluar kan pegang-pegang tangan..sebenarnya macam tak best juga.Lagipun dah lama kawan.Nak tunggu apa lagi.

Semakin hari En.Tunang semakin matang.Dia dah tak tengking-tengking aku :'-)
Dia semakin COOL dan penyabar :-)
Dia semakin sayang aku..ops..hahaha..*eh ni aku yang cakap,dia tak cakap apa-apa =p
Dia semakin bijak mengawal emosi dia dan juga emosi aku.

Serius benda yang paling aku tak sangka,dia sudah pandai MEMUJUK.lalalaala~
kata dapat bini garang macam singa dan panas baran,haruslah tahu cara-cara dan kaedah kan~

*tiba-tiba feel nak kahwin cepat-cepat..hahaha gatal~

TAdi macam takut ya amat..ye memang takut pun.
Tahun lepas tunang macam mengejut je,lepas tu tak lama nak kahwin dah ni..lagi macam'eh..kenapa aku kahwin cepat sangat?'
hahahaha..padahal tak sedar diri,Oktober ni dah 26 tahun..huahuahuahuahua..dah tua?..tak..i masih muda okey.... =p

*aku rasa baik kau abaikan je entry ni..aku tengah gila ni..hahahaha

4 comments:

lalink7 said...

semoga impian ko tue tercapai along..

ehh bukan ke ko bijak didapur..?? hhehehehe..

syazana said...

lalink7:
Amin mudah2han..

HEbat di dapur?huahuahuahuahua..harap2 boleh lebih hebat,tapi aku dah lama tak memasak.

Pn. Marliana said...

u siap boleh imagine ek ... i pon jenis tdo mati... tapi naseb abik tunang jenis senang bgn... Pk positive... Kahwin tu perkara yang baik ... mayb part mula2 je nak adjust dr ... tak pandai masak sume leh praktis janji ader orng sudi mkn... n kawen ni jugak utk mengajar kte lebih bertanggugjwb & bertolak ansur... klu ikutkan raser takut dan ready.. sampai ble pon tak kawen... huhuhuhu

syazana said...

Ms MArliana:
betul,sebab tu kitaorang nekad je kahwin ni,lagipun dah lama kawan.parents pun dah bising2 je kan.Pheww..tapi nak membuat persiapan kahwin ni..pengsan..sebab penat~