Sentuhlah saya

29 March 2011

Kad Jemputan

Assalammualaikum w.b.t Selamat tengah hari... Kad jemputan dah siap.. Kepada sesiapa yang sudi datang,mahu datang dan berdekatan dengan lokasi dijemput hadir ke majlis aku bertempat di
DEWAN SRI BAYU SENGGARANG,

JALAN BESAR 83200 SENGGARANG,

BATU PAHAT,JOHOR.




Kalau nak kad jemputan sila emailkan nama penuh dan alamat.



Kehadiran korang amat ditunggu,

sila email dengan kadar segera (^_^)



Aku ni bukan cam orang sangat tapi kalau kau bagitau yang kau baca belog aku.Maka aku terus kenal dan2..hehehe..cepat email ye....

23 March 2011

Hari ni mood mengada-ngada =p

Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi =)

Dear blog,

Hari ni aku mula menghitung hari-hari yang bakal berlalu,
Hidup aku mula kelam-kabut dan serabut,
Duit mengalir macam air terjun,
Persiapan berjalan lancar seperti yang dirancang.Alhamdulillah,syukur kepada tuhan.

Aku cuma mahu luahkan perasaan yang tak terluah.*bunyi macam orang sakit jiwa pun ada gak ni.

Masa berlalu dengan cepat,
Bulan Mac hampir berakhir.*sigh

Hujung bulan hadapan dengan izin tuhan aku akan menjadi isteri kepada seseorang.*sebak
Tapi bila difikir-fikirkan aku jadi takut.*sigh

Sebab tanggung jawab aku akan menjadi berat,ke mana sahaja membawa maruah suami bersama.

Aku tak tahu sama ada aku mampu atau tak.sedangkan nak buat tesis je aku rasa macam dah putus asa.

Beratnya nak melepaskan nafas dalam dada ni.
Kalau selalu aku bangun lambat dan tak solat subuh,
lepas ni aku kena bangun walaupun alarm baru bunyi sekali.
Kena kejut suami dan tunaikan solat berjemaah.*sigh
Aku mengeluh bukan kerana solat ,tapi boleh ke aku bangun awal memandangkan aku dan dia TIDUR MATI.Silap-silap bapak mertua tukang ketuk pintu kejut suruh bangun =p

Sediakan baju untuk dia pakai dan buat sarapan pagi.
Ini kerja mudah,kalau setakat basuh baju mesin dah ada,nak gosok baju seterika pun ada.Kalau rasa-rasa sibuk sangat sampai tak sempat nak gosok...Laundry pun dekat hahahahaha..hulur duit settle =p

Kalau bab masak,setakat yang ringan-ringan tu pandailah,sarapan pagi budak tadika pun boleh buat.Bagi roti kosong sapu NUTELLA dan air teh o panas..settle..tapi tak kan hari-hari nak bagi roti?tak pe jangan risau,bapak mertua kan pergi solat subuh kat surau,kirim dia beli sarapan.Kalau tak pun aku merempit naik skuter bapak mertua aku pergi beli sarapan.settle =p

Makan tengah hari..phewww...kes berat.Dua-dua kerja,walaupun aku tak adalah nak kerja sangat =p
Mak mertua ada di rumah,sudah tentu makan tengah hari akan berjalan lancar seperti biasa..lalala~
Tapi kalau mertua pergi berjalan ke mana-mana atau lepak di rumah anak yang lain?aku nak bagi suami makan apa?huhuhuhuhu nasi bungkus sudah =p
settle.Malam aku masak lah apa yang patut,nasi putih+telur+kicap settle =p

Kemas rumah.Hanya akan aku jalankan ketika hujung minggu.Kalau hari-hari biasa balik kerja kena kemas rumah,tak pun bangun pagi awal-awal terus kemas rumah.*erk mesti mertua aku demam terkejut sebab aku terlebih rajin.tak pe HOLD dulu nanti lepas habis majlis rumah lelaki kita sambung fikir.

Masa kursus kahwin hari tu,Imam tu ada tanya kat kaum lelaki ni.'Kalau balik rumah,awak nak isteri buat apa?'.Bakal suami aku jawab 'saya nak dia sambut saya'.
Atenya bang,sedar sikit pukul 5 baru saya ada kat rumah, dibuatnya awak ajak lepak minum petang?hahahahaha..maka tiada yang berasambutlah.huahuahuahuahua

Betapa cepat masa berlalu.
November ini genap 7 tahun kami berkenalan+berkawan+bercinta+bergaduh.
Masin mulut dia bila dia kata
'Kita kahwin tahun ke-6 jalan tahun ke-7'

Hahahaha..dia kata duit simpanan dia tak banyak nak kahwin ni,tapi dia nekad sebab nak menghalalkan yang haram.Yelah,kalau keluar kan pegang-pegang tangan..sebenarnya macam tak best juga.Lagipun dah lama kawan.Nak tunggu apa lagi.

Semakin hari En.Tunang semakin matang.Dia dah tak tengking-tengking aku :'-)
Dia semakin COOL dan penyabar :-)
Dia semakin sayang aku..ops..hahaha..*eh ni aku yang cakap,dia tak cakap apa-apa =p
Dia semakin bijak mengawal emosi dia dan juga emosi aku.

Serius benda yang paling aku tak sangka,dia sudah pandai MEMUJUK.lalalaala~
kata dapat bini garang macam singa dan panas baran,haruslah tahu cara-cara dan kaedah kan~

*tiba-tiba feel nak kahwin cepat-cepat..hahaha gatal~

TAdi macam takut ya amat..ye memang takut pun.
Tahun lepas tunang macam mengejut je,lepas tu tak lama nak kahwin dah ni..lagi macam'eh..kenapa aku kahwin cepat sangat?'
hahahaha..padahal tak sedar diri,Oktober ni dah 26 tahun..huahuahuahuahua..dah tua?..tak..i masih muda okey.... =p

*aku rasa baik kau abaikan je entry ni..aku tengah gila ni..hahahaha

21 March 2011

Saya Senyum sampai ke telinga =)

Assalammualaikum w.b.t

Selamat pagi Malaysia =)

Isnin yang menenangkan walau hati ku kerisauan..OMG kad jemputan tak siap lagi..tarik nafas..lepas...aku nekad..kalau minggu ni x dapat first draft utk kad,aku tempah kat org lain.hahaha..karang aku tak terjemput orang plak..payah.

KAwan2 dah asyik tanya..'kata nak kahwin,kad jemputan mana'..ler...x siap lagi der.. =(

argh...malas nak cerita pasal kad...sebab....

aku tengah senyum-senyum...
aku tengah sengih-sengih macam kerang busuk...
Aku dapat hadiah birthday yang terlewat 5 bulan..tapi yang tak bestnya kena letak atas dulang hantaran..hahahaha

TAk pe..yang penting walaupun lewat..berbaloi-baloi..lalalala~


aku senyum lagi..senyum sampai pengsan..
aku nak tepek gambar present kat sini..tunang aku x bagi.nanti surprise..hahaha
eh ada surprise lagi..aku pun tak tahu..hahahaha..pedulilah..orang memberi kita menerima..lalala~


*entry tak bermotif..di pagi isnin yang merah jambu..lalalala~

17 March 2011

Petua untuk cantik

Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi..hehehe

Tajuk entry memang aku nak bagi kau petua..petua untuk cantik.

TApi awal-awal aku pesan kau jangan harap aku nak bagi petua menggunakan timun,tomato,madu,susu dan sebagainya.

Itu semua tiada kena mengena mahu pun yang sudah dikupas,dipotong dan dimakan..tak ada kaitan okey.

Bulan lepas kan ada aku mengadu kat dalam belog sebab muka aku banyak parut chickenpop kan,serius aku down gila =(

Sedih ya amat,sebab ada makcik aku sound aku sambil gelak dia cakap macam ni

"eee..apalah muka berbelang teruk macam ni,kan nak jadi pengantin"

Dalam hati memang aku mencarut,dada siap berombak tahan marah..

Dalam hati:

"B**I betullah,hamsap,suka sangat nak cari kekurangan aku.Tak boleh betul nak tengok aku positif sikit"

Keluar dari mulut:

"dah nak sakit nak buat macam mana,tuhan nak bagi bukan kita mintak,sekurang-kurangnya tak kena masa nak kahwin.Yang penting bersyukur masih hidup dan insyaallah akan berkahwin"

EEEEEEEEEEEE....lepas je makcik aku tu blah,aku terus amukan berdarah...
Siap sms En.Tunang nak mengadu..

Tapi kau tahulah kalau lelaki kan,ada dia kisah.Erk..tapi tunang aku tu mulut dia laser dari aku tau.boleh bernanah je hati kau kalau kena.Hahahaha =p

En.Tunang suruh sabar banyak-banyak, dia siap belikan aku BIO OIL untuk hilangkan parut kat muka dan INNERSHINE PATI PRUNE untuk merawat muka dari dalaman.

Ini ikhtiar kitaorang je supaya muka aku elok.
Setakat ni hampir sebulan menjalankan eksperimen ke atas wajah sendiri,ALHAMDULILLAH parut semakin berkurangan kesan menggunakan BIO OIL,dan muka semakin BERCAHAYA dengan INNERSHINE *sambil buat gaya macam MAYA KARIN dalam iklan. =p

Bab INNERSHINE tu aku tak berani komen,aku tengah struggle minum,hari-hari...aku ulangi hari-hari.Hamba sedar diri,kulit muka berkerak dan tak elok..maka hamba berusaha untuk mencantikkan pemberian Allah S.W.T.Ni sebelum kahwin niat untuk diri sendiri,lepas kahwin terus tukar niat CANTIK UNTUK SUAMI..hahahaha =p

Tapi INNERSHINE mahal seyh,sekotak besar RM25.90 kalau kau beli kat GUARDIAN dalam tu ada 6 botol je.Kalau kau beli kat WATSON ada murah sikit..lalala~

Dalam sebulan aku spend RM120+++ untuk INNERSHINE je..eh bukan aku..hahaha kau tau sapa yang kena belikan kan?Tapi yang lepas ni aku beli sendiri,sebab kesian bakal suami. Segan pulak aku nak mintak-mintak kali ni, ada duit biarlah aku beli sendiri.KAdang-kadang ada duit pun aku pura-pura tak ada duit..*eh taktik ni sangat berkesan =p

Ok2..melalut,itu hanyalah usaha dan ikhtiar untuk mengembalikan kulit muka seperti sebelum sakit.

Sebenarnya untuk cantik ni mudah je,emosi+mental kau sendiri.Kalau dalam kepala kau set yang kau tu cantik,dalam hati kau yakin yang kau tu cantik,maka insyaallah kau akan jadi CANTIK secara semulajadi.

Biar orang pandang kau dengan persepsi apa sekalipun,biar orang nak kata apa sekalipun,yang penting kau tahu yang kau tu CANTIK.

Ni adalah salah satu cara nak UPkan diri kau sendiri,eh ni cara akulah nak menaikkan semula keyakinan diri aku berhadapan dengan orang lain.Kalau tak asyik rasa rendah diri sebab muka banyak bekas chickenpop.

JAdi En.Tunang nasihatkan aku supaya fokus dengan diri sendiri.

En.Tunang:sayang,jangan lemah semangat.Cantik tu datang dari dalam.Dai hati awk sendiri.

Aku:saya sedihlah,dah nak kahwin,muka saya tak elok lagi.. *menangis

En.Tunang:awak stress ni bila orang asyik tegur je pasal muka awak.

Aku:erm...*tunduk sambil menangis lagi.

En.Tunang:Saya ajar awk satu cara,mudah je.Besok,bangun je dari tido terus pegang muka awk dan cakap 'aku cantik,dan aku adalah wanita paling cantik'.

Aku:Eh,boleh ke macam tu?

En.Tunang:Ini kena fokus,sebab ini keyakinan awk terhadap diri sendiri,orang lain tak boleh tolong,saya pun tak boleh tolong.Ingat,tuhan bagi kecantikan itu sebagai pinjaman.Dah 25 tahun hidup dengan muka yang cantik,tuhan baru 'tarik' sikit awak dah sedih macamlah awk cacat kan?BErsyukur sekurang-kurangnya,awk 'sempurna' berbanding orang lain.

Aku:Erm..betul juga ye.

En.Tunang:Perempuan kalau mekap tebal camana pun,tapi dia masih tak yakin dengan diri dia,orang tak kan nampak kat mana kecantikan perempuan tu.Jadi,walau tak cantik atau tak hensem mana pun kita,tanam dalam diri sendiri 'aku cantik',Insyaallah awk akan yakin yang awk lebih cantik berbanding orang lain.Tak perlu orang lain tahu apa yang awak fokuskan,yang penting diri awk sendiri tahu yang awk CANTIK dah cukup.

Aku: (^_^)

BEtul tak cakap aku,semua orang nak kelihatan cantik waima budak-budak sekolah tadika pun dah tahu apa itu lipstick.Kecuali aku,umur 23 baru nak belajar pakai lipstick.ceh~

Pengajaran di sini,kau tak perlu mekap tebal-tebal untuk cantik,kau tak perlukan kosmetik yang mahal gila untuk cantik.Sebab semuanya datang dari dalam diri kau sendiri.

Kau pernah dengar tak kata-kata macam,'CANTIK ITU SEBENARNYA DARI HATI'.

Lagi kau kalau dengar orang-orang yang agak rasional tentang cantik ni,dia mesti cakap 'PEREMPUAN KALAU HATINYA CANTIK,MAKA CANTIKLAH LUARANNYA'.

Itu adalah salah satu cara,dan yang ingin aku kongsikan di sini untuk keyakinan kita bersama,memandangkan kita semua cantik dan handsome,maka tanamkan dalam diri sendiri 'AKU CANTIK' @ 'AKU HANDSOME'.

Sebab PESONA kita hanya orang lain yang nampak,tapi bagi aku,asal kau yakin yang kau itu CANTIK sudah memadai.

(^_^) Sharing is Caring

16 March 2011

Goodies

Assalammualaikum w.b.t
selamat petang.

Aku nak menulis tapi tak tahu nak tulis macam mana.

kebelakangan ni aku rasa keadaan diri aku sangat teruk..serius bad..
Ingatan aku palingggggggggg teruk..ya Allah..
aku sampai lupa nak renew lesen,renew roadtax damn it...teruk gila perangai.

Borang nikah dari last week aku janji nak settle,sampai la ni aku tak kasi settle lagi,
apasal ni?
aku macam 'lemau' lah.. =(

Mungkin aku penat sangat kot,
Aku tak da betul2 rest dalam seminggu..ada je benda aku buat.

Semalam sudah bermula operasi untuk menyempurnakan goodies.
Bukan bagi apa pun,tapi adalah sikit cenderahati untuk tetamu.
Tu semua idea mama,dan yang melengkapkan idea itu adalah aku.
Nak tunggu mama aku buat..adeh..aku suruh confirmkan dengan DJ pun dia main tangguh-tangguh sampai tak dapat,
nasiblah ayah aku cergas dan tangkas dia terus hire kawan dia untuk majlis aku.

Aku tak boleh nak harap mama aku sepenuhnya untuk agenda-agenda lain.
yelah mama aku bukan duduk serumah dengan aku.
Hahahaha,lagi 2 hari nak nikah baru mama aku ambil cuti.
power tak mama aku?
hahaha..sebab bukan ada apa pun yang dia nak sibukkan sangat.

Tapi sejujurnya dari hatilah,
aku nak sangat supaya masa cepat berlalu,
penat seyh...tak tertahan badan menanggung keletihan.

BAnyak benda lagi nak buat.
Nampak gayanya lepas kahwinlah baru aku boleh fokus balik pada tesis aku.
Ni menaip pun aku kerja menguap je.

Semalam struggle gila..
balik je terus gigih siapkan goodies,
berhenti sekejap mandi dan solat maghrib,lepas tu sambung lagi.
Tak banyak pun aku buat semalam..tapi sampai terlentok gak lah..hahaha.

Nak tahu apa isinya?
hahahaha..sila datang majlis aku.
Nanti kad dah siap aku mintak alamat.

Kad tak siap2 lagi tarikh semakin hampir.
bingung aku dibuatnya hahaha *sempat lagi ketawa =p

Sebelum tetap tarikh lagi aku dah sound mama awal-awal.
Jangan nak buat macam-macam sebab kami tak mahu menyusahkan orang lain.
Buat benda simple supaya aku boleh selesaikan tanpa mintak bantuan orang lain.
Dan dia tunaikan.
Aku tak suka nak susahkan orang lain dan susahkan diri sendiri.

Kalau boleh aku nak buat sesimple yang mungkin.
Aku tak nak orang expect lebih pada majlis aku.
sebab semuanya simple sangat-sangat.

TApi bila difikir-fikirkan,
En.Tunang agak over excited..eh dia dengan mak dia..excited gila,
Aku risau kalau semuanya lari bajet,tapi dia relax je.
Jadi aku malas nak cakap banyak.

Kalau ikut aku..
tak perlu nak beli perabot baru,
tak perlu renovate bilik,
tak perlu dan tak perlu...

Sayang duit *sigh..

Adakah duit aku yang keluar.opkos tak.
Sebab bilik pengantin belah aku memang aku tak hias apa pun.MEmang aku dah cakap awal-awal dengan dia,aku tak melebihkan bilik sebab kat rumah nenek aku,aku emmang tak da bilik..huahuahuahuahua..

lagipun lepas kahwin aku duduk bilik dia....jadi aku lepas kahwin cuci kaki sajalah..hahaha

Erk..bunyi macam keji ek..aku tengah kusut ni nak gubah hantaran macam mana..pening...pening...pening...

15 March 2011

Kepoh betullah

Assalammualaikum w.b.t

Ok ni entry kesedaran untuk korang yang mulut macam hamsap kat luar sana..
kalau kau terbaca pun ada aku kisah hahaha..

*sesiapa yang tak berperangai sedemikian sila ambil pengajaran.

Secara normal lah kan,kau mesti suka bergosip betul?
terutamanya kalau dengan kawan perempuan.

Aku nak bagitau cara bergosip dengan betul dan mengurangkan dosa kau.
*gosip still berdosa ok sebab ianya boleh menjurus kepada mengumpat.

Kau kalau nak bercakap pasal orang,dapatkan fakta yang sahih dan betul,jangan main aci redah je bercakap,ingat sikit kadang-kadang dalam kalangan kawan-kawan kita ni ada mulut penyampai yang lagi dasyat dari dari halilintar dan petir okey.

Ni tak kalau dah bla...bla..bla..bla..*kau burukkan orang tu hujung-hujung kau boleh cakap 'ni aku tak tahulah betul ke tak',what the Fuck.Kau gilos,kawan-kawan lain siap melopong mulut dengar kau bercerita.kalau tak pasti kau jangan cakap apa-apa.

Eh,coursemate aku pun ramai okey mulut macam lahanat.

Aku ada sorang kawan,dia sangat pendian dan bercakap bila perlu.Tak dalah nak perlu sangat dengan aku boleh je borak lama-lama.Tapi aku selalu pesan dengan dia,jangan percayakan orang sekeliling sangat-sangat.KErana....kawan ni baik dengan seorang lecturer,lecturer lelaki.Maka selalu jadi bahan umpatan dan keji-mengeji orang lain.Hakikatnya hanya dia,family dia,aku dan kawan-kawan rapat sahaja yang tahu selain tuhan lah kan.

Segala cerita dia dalam poket aku.Pernah satu masa,ada seorang Hamba ni..*mulut aku memang macam haram jadah ye.
Masa ni situasinya kitaorang berbual beramai-ramai di fakulti

Hamba:Isk untunglah dia,yuran dia Dr.*** tolong bayarkan,siap hantar pergi settle segala urusan lagi.

Aku:eh mana kau tau Dr.*** yang bayarkan?

Hamba:Dia kan kerja bawah Dr.*** mestilah kena support,lagipunkan bakal isteri nombor 2.

Tak ke hamsap punya mulut.Aku tak sangka wei dia ni boleh cakap macam ni,muka lawa,pakai tudung pun lawa,perangai elok sekali mulut bau bangkai.

Aku:kalau aku cakap,apa yang kau cakap ni tak betul,kau nak pergi mintak maaf dengan dia?

Hamba:eh,salah ke apa yang aku cakap?jadi kau tahulah semua pasal dia.

Aku:Dia bayar yuran pakai duit sendiri,dia tak pernah di support pun.Semua duit simpanan dia.

Hamba:lah ye ke?kenapa tak cakap awal-awal.

Aku:kejadah,hal orang nak kepoh-kepoh.

See..belajar tinggi melangit,perangai macam lahanat.Tu belum ambil Phd lagi,perasaan buruk sangka je dah lebih.

Tu satu kes,ni lagi satu hal.Orang dah tag kau dalam FB jemput pergi majlis tu,kau pergi je lah.Ni tak macam-macam soalan.Apasal tak jemput sendiri,apasal tak kecoh-kecoh bgtau satu kampung.Aku macam nak lempang je.KArang kalau aku sound kau kepoci kau bengang plak.YE..aku dengan pompuan mulut lebih ni slalu je berbual,tapi tak kena sun....sebab dia ni cakap asyik nak menyakitkan hati.Kau silap r kalau kena dengan aku.AKu memang bahagian menadah je kalau kau cakap-cakap,bila aku tak tahan aku kasi 'smash' satu kali,kasi kau senyap terus.Boleh?

BAbe kita belajar tinggi-tinggi dowh,adab hidup mesti mau ada.Ni kau perangai dah memang kampung gila atau kau memang dasar kepoci aku tak tau lah.Aku bukan nak guna ayat 'orang kampung' sesuka hati.Sebab orang kampung pon sekarang dah moden dan aku pun memang asal kampung ok.

Serius aku kalau nak bergosip atau mengumpat,aku ni pilih bulu.Bukan suka-suka nak mengumpat dengan orang-orang sebarangan.Aku kalau nak mengumpat,aku cari orang yang mentaliti dia high class sikit.Hahaha,sebab bahasa dan ayat yang keluar lagi logik akal berbanding dengan mulut-mulut kepoci macam hamsap.

KAdang-kadang benda kecik boleh jadi besar,lagi kalau geng-geng kepoci ada ramai.adeh..masing-masing mentaliti dalam tempurung,memang sengal lah tu.

Kadang-kadang diaorang ni jenis memerhati,apa yang orang lain pakai,apa jenama kasut orang tu,handbag jenama apa,mekap beli kat mana.Kalau tak kena kat mata diaorang mulalah mengumpat dengan kawan-kawan seperjuangan.

Bagi aku selagi orang tak mintak duit kita,suka hatilah nak beli apa dan nak pakai apa.Atenya kita bukan membogel pun di jalanan.

Aku bukan orang yang baik,tapi aku jenis orang yang melindungi orang lain secara berlebihan.
Lebih-lebih lagi kawan aku yang dikata dan aku tahu kebenarannya,memang aku akan betah habis-habisan,kalau fakta yang keluar dr mulut kepoci adalah tak betul.

Gosip tu tak salah,sebab kau yang tanggung dosa sendiri kan,tapi tak perlu nak sibuk-sibuk sangat hal orang.sebab tu dekat U,kadang-kadang aku lebih senang sendiri.Diaorang ni nama je belajar tinggi,dekat U pun ada group masing-masing.Kalau kau tengok perangai memang macam budaklah...hahaha =p

EEEEEEEEE....aku tak tahu kenapa aku bengang betul hari ni dengan si kepoci..
Aku hengat kalau dia kahwin esok dia mesti masuk tiap-tiap kampung bawak gendang bagitahu pasal majlis dia.Tak payah bagi kad,jimat.

Nasihat aku kalau kau ada kawan kepoci ni,jauhkanlah diri kau.NAnti kau kena penyakit berjangkit.eeeee..lagi teruk daripada A.I.D.S.Kena penyakit Kepoci ni silap-silap sampai mati pun tak dapat kemaafan dari orang lain.

Nota kepala:sila ambil pengajaran,jangan terjebak dengan wabak kepoci.

Baju Nikah lagi...

Assalammualaikum w.b.t

Selamat pagi (^_^)

Minggu ni sibuk,minggu depan sibuk,minggu akan datang pun sibuk,
aku rasa selagi aku tak kahwin...aku memang akan sibuk tiap-tiap minggu..
Tiap-tiap hujung minggu ada majlis perkahwinan,dan perut aku dah buncit penuh dengan nasi minyak..hahaha tak payah tunggu makan nasi minyak dah memang buncit sejak azali sebab makan banyak =p

kalau sebelum ni aku menghitung bulan dan hari ni aku dah mula untuk menghitung hari..OMG
Penghujung bulan 4 semakin hampir...lalalala~

Semalam baru aku hantar tempah baju nikah =p
Taylor kata dia boleh siapkan sebelum tarikh aku nikah.
Harap-haraplah kan.

Secara tak rasmi aku dah ada 2 pasang baju nikah.
Amacam over x?
bukan aku okey ni semua perihal mama aku.Dia nak sangat aku pakai baju kurung moden.
JAdi dia pergi Jakel dan cari kain yang dia sangat-sangat berkenan.
Aku?
KAlau orang nak memberi tu laju je aku tadah.

Aku Tak kuasalah nak membantah bagai.
Dia emak kan..
selagi tak over bajet aku,kira okeylah tu.
LAgipun Kedua-dua baju nikah dia yang belikan.
lAgi aku nak banyak bunyi.

Ikut aku,aku nak pakai kaftan je..
tapi semua orang tak kasi..hahaha
tak pe selagi boleh layankan kita layankan..lalala

Dah dekat nak kahwin ni baru aku rasa aku hampir pokai..hahaha
serius weh duit aku habis...

Tapi tak pe lepas kahwin aku kumpul balik..katanya jobless kan..memanglah tak da duit.

Okey pasal baju nikah yang baru ni plak.Sepatutnya harga untuk 4 meter kain dan lining adalah RM450.00 tambah upah lagi RM120.00 boleh jadi jumlah keseluruhan ialah RM570.00.
Hampir RM600.00.

Tapi saya bangga mempunyai mama yang rajin beli kain serta pandai mintak harga kurang hahaha..

Dari RM450.00 mama aku tawar sehinggalah RM250.00..
percaya?...sila percaya.Mama aku kalau bab manawar orang kaya pun boleh bankrap.
Dan yang mewarisinya ialah bakal menantu dia..En.Tunang hahaha.

Kalau aku ni bukan pandai menawar sangat,silap2 lepas potong kain je aku terus bayar hahaha.

TApi masa kat Gulatis hari tu aku belajar menawar gak lah sampaikan staff kat situ nak pengsan kira harga aku.Hahaha..

Aku beli Kain untuk dibuat baju hantaran,aku ambil pakej RM350.00, siap dengan baju melayu untuk lelaki.

Tapi aku pilih kain untuk lelaki suka-suka hati aku,maksudnya aku tak ambil pun kain yang termasuk dalam pakej tu.

Nah sekali total adalah RM398.00.Haruslah aku mintak kurang banyakkan..
Sampai terdiam staff lelaki tu.Dia kira-kira,last dia boleh bagi aku RM380.00.
Aku tak mengalah,aku mintak lagi,sampai dia hampir menangis.


Aku:APa mahal kebenor RM380.00.BAgi je lah harga asal tu RM350.00

Staff:Tak boleh kak,sebab kain baju lelaki ni akak ambil yang mahal.

Aku:tak da maknanya okey,tu yang last sekali.Tak da,saya nak RM350.00 jugak.Nak bagi atau tak?

Staff:Kak,saya bagi RM360.00..last dah ni.

Aku:tak mahu,saya nak ambil kain lain lagi ni.KAlau spend banyak-banyak dekat situ nanti tak dapat baju lain.

Staff:LAst dah ni kak,dah tak boleh nak lari lagi.

Aku:Last RM350.00,kalau bagi harga tu saya tambah kain lain.

Staff:ok-ok lah kak,RM350.00 *sambil geleng-geleng kepala..

Hahahahahaa..kau hengat aku murah hati?
Ni semua penangan mama dengan En.Tunang lah,ajar aku mintak diskaun sampai macam tu sekali.Tapi mama aku lagi over okey.Kau cakaplah kain apa jenis dia mesti tahu rate harga.Aku ingat kalau mama aku tak kerja dengan kerajaan mesti dia dah jadi tokey kain sekarang ni..hahaha =p

Jadi total RM600++ telah menjadi RM370.00..sila senyum sekarang..lalalala

Aku ada tengok French lace gak,tapi erm..mahal,aku hampir-hampir beli okey Gucci lace.semeter adalah RM500.00.En.Tunang dah geleng-geleng kepala je.
Kalau aku dah suka,kau cakap apa pun,ada aku kisah.
Dari luar kedai tengok memang cantik,aku sampai tengok lace tu dah kurang berkenan.
Mungkin ada tempat lain yang lagi cantik kot.Entah,aku ni kan tak pandai nak menilai kain..less is more kot...hahaha.

TAk pe yang penting aku suka dengan apa yang ada.
Lagi nak dekat majlis ni,lai tak kisah di buatnya.
Aku sekarang dah jadi manusia 'asal boleh'..hahaha

Nak suruh aku D.I.Y..ya ampun...x tersempat yang.
Semalam bincang light-light dengan mama aku pasal agenda majlis,goodies..huahuahuahua..semua mama aku settle.Aku senyum-senyum je.
Mama aku siap pesan dia nak pak andam aku solek aku cantik-cantik dia nak aku 'meletops' hari tu.hahaha..overexcited ni.

Bagi aku semua pengantin cantik masa hari majlis tuh.yolah dah kena tepek mekap tebal-tebal mana nak nampak kesan jerawat.Lepas tu pakai kaler-kaler kat mata,bulu mata palsu lagi..hah amik kau mau tak meletops.

Minggu ni mesti kasi settle borang nikah,tak boleh tangguh lagi dah.Lusa mesti kasi hantar pejabat agama.

Next week kena pastikan kad jemputan siap,mesti..mesti..dan mesti.

Eh,kalau tag event kat dalam facebook sekarang ni,awal sangat x?
Hahaha..over okey..lalala~





Baju dalam gambar ni ala-ala baju nikah aku yang first.
*Kredit to Uncle Google
Aku nak pakai macam ni sebenarnya,lepas nikah terus tido..ops..hahaha
*Kredit to Uncle Google


Yang ni macam menampakkan punggung aku besar..hahaha..tapi boleh je.
*kredit to uncle google
Hahahaha..kesimpulannya buat kurung moden je..soon aku memang memerlukan baju kaftan tu.Hahahaha..tak tau kenapa macam dah berkenan sangat.lalala~


12 March 2011

Nanti dululah

Assalammualaikum w.b.t

Selamat pagi Malaysia..

Hari ni hari sabtu dan hari sabtu banyak wedding..betul kan?

HAri ni je aku ada 4 majlis nak kena attend..phewww...

Banyak nak kn buat ni..terkejar-kejar yop..lalala~

Semalam masa minum petang,tiba-tiba En.Tunang tanya aku,

En.Tunang:Toyota Wish cantik tak?

Aku:Cantik,kenapa?

En.Tunang:Besar kan?selesa pun ye juga.

Aku:harga pun selesa bang oi.

En.Tunang:hahahaha..kan?...kata pun besar dan selesa haruslah harga pun sama.

Aku:hahaha..tiba-tiba je tanya apasal?awak nak beli ke?

En.Tunang:Hahahaha...macam ada bau-bau je.

Aku:Awak nak beli dalam masa terdekat ke?

En.Tunang:Saya tengah confuse,antara toyota wish dengan Honda kegemaran awak tu.

Aku:hahaha..duit awak,suka hati awak lah.Jangan ikutkan saya.

En.Tunang:TApi nak kahwin ni kan?

Aku:Abang,saya rasa kereta tu 10 tahun akan datang pun boleh beli rasanya.

En.Tunang:awak tak nak?

Aku:bukan tak nak,tapi tak perlu buat masa ni.NAnti lepas kahwin kita bincang balik.

En.Tunang:saya rasa macam mimpi je awk cakap macam tu..hahahaha =p

Aku:Hoi..sepak laju-laju mahu?hahahaha =p

Alah lagipun benda tak penting,bukan ada anak 4 pun nak beli sekarang,betul?Kancil aku tu hidup lagi.Tunggu sampai tak boleh gerak dan dah jadi tukun baru aku fikir nak beli baru.Saya kan bakal isteri yang berhemah..hahaha..menjaga harta suami itu penting..hahahahaa =p

*motip,padahal aku nak mintak duit dia nak pergi shopping..lalala~

11 March 2011

Ada 'orang' tumpang =p

Assalammualaikum w.b.t

Selamat pagi..
hari jumaat yang tenang dan indah..
syukur masih bernafas...

Owh..tajuk aku..lalala~
aku nak cerita kisah yang agak seram.
Untuk aku seramlah,untuk kau aku tak tau...takut2 tak seseram kisah kau kan.

Secara zahir kita hidup kat muka bumi Allah ni kan dengan makhluk2 yang lain jugak kan?
MAksud aku dengan makhluk2 yang kita x nampak hehehe..
ceritanya begini..

Isnin lepas aku nak habiskan masa dengan pompuan yang selalu buatkan aku bercakap tak berhenti..hahaha..my Oz girl..

Dia sms aku ajak lepak minum malam tu,
MALAM okey hahaha..

Jadi sebelum melepak kitaorang decide nak pergi aerobik kat gym kawan kitaorang,saja je nak mencuba suasana baru.

PErjalanan dari rumah atuk ke lokasi kejadian mengambil masa kira2 20 minit,kalau aku bawak laju r.Nama pun jalan kampung dan aku ikut jalan pintas =)

Masa otw pergi memang xda apalah kan.LEpas aerobik bagai kitaorang lepak mamak..

hohohoho,aku x makan okey..minum je tu pon air panas..tgh diet katanya =p

borak macam nak gila,lepas mengumpat bagai 'alarm' pun call...hahaha 'alarm' ye aku panggil En.tunang..dia dah sound2 suruh balik sebab dah lewatkan,janji pukul 10.30 nak balik..dah sampai pukul 11 malam aku masih lepak kat mamak.

Haruslah salam2 peluk cium dan blah..hahaha

Mula2,aku drive okey je..x da rasa apa2..
Jalan gelap sunyi dan sangat menakutkan..
selalu tak da lah nak rasa2 takut ke apa kan..
Tapi malam tu rasa mcm x best..
lepas tu aku mulalah fikir merepek2

Kalau tiba-tiba ada pompuan cantik tahan kereta aku ke..
Kalau ada benda duduk atas bumbung kereta..
KAlau ada orang menumpang kereta aku ke..
OMG..BENDA itu macam dengar2 je apa yang aku fikir..
Dan DIA memang menumpang okey..

Hahahaha..ok aku takut sebenarnya.

MAta aku ni kan gatal suka sangat tengok cermin pandang sisi dan cermin tengah tu.
MAsa mula2 aku tak perasan sampailah aku potong satu kereta ni,
aku tengok kat cermin tengah tu..
'Eh kepala orang...sapa yang tumpang?'

Aku ingat sebab pantulan cahaya dari lampu kereta belakang..
aku siap gosok-gosok mata okey..
aku tengok lagi kat cermin tu 2,3 kali..
memang sah kepala orang kat belakang seat aku..
DAmn it..

Dia macam duduk bersandar dan lebih rendah dari aku,
aku cuma nampak kepala DIA je.
Aku terus baca ayat-ayat yang aku tahu.
mula-mula memang tunggang-langgang ayat-ayat aku tu.
Lepas tu aku tarik nafas dalam-dalam..
aku tenangkan diri dan baca secara perlahan dan teratur..

Lama juga lah dia tumpang aku..
Kenapa masa tu aku rasa macam jauh je perjalanan aku..
sebab tak sampai-sampai kan..
hahaha..lepas tu jalan berkabus..
sejuk dan gelap..
ye cukup sifat untuk cerita seram..

Sampai satu tempat aku tengok lagi DIA dah tak da..
Phewww....

Aku betul-betul insaf ,lepas ni dengar cakap bakal suami..
jangan balik lewat dan jangan sorang-sorang..
TApi aku bersyukur gak,nasiblah hantu..kalau orang?
Hantu memang menakutkan tapi hantu tak sejahat orang.
Aku cakap berdasarkan hidup kita sekarang ni.
Sekurang-kurangnya dia tumpang je tak samun atau rogol aku.

OMG..jauh aku fikir..nauzubillah..aku insaf keluar malam hehehe..
kepada sesiapa yang wanita di luar sana..janganlah keluar malam dan balik lewat-lewat ye..
sebab kena kejar dengan hantu aalah lebih baik dari kena kejar dengan orang.

Sebab aku faham perasaan kena kejar dengan orang..
menakutkan..lebih takut dari kau TERPAKSA tumpangkan hantu.
Pheww..dua-dua pengalaman buatkan aku rasa lebih takut mahu berjimba di malam hari..huhuhuhu..lepas ni aku duduk rumah je lah malam-malam =p

10 March 2011

GOLD SLIMMING PATCH (^_^)

*Melekat sampai tanggal,hehehe..entry lain sila ke bawah.

Assalammualaikum w.b.t
Okey,dah tiada rahsia lagi hehehe..

Aku pernah cakap dalam entry lepas berat badan aku turun beberapa kilogram kan?
*walaupun sikit aku amat bersyukur,sekurang-kurangnya lemak degil telah keluar sedikit.

Aku bukan jenis yang nak makan-makan ubat diet bagai,dan aku pulak memang susah nak percaya dengan makanan diet.

Aku mencari alternatif lain dengan memakai korset (PB) ditambah dengan pemakaian GOLD SLIMMING PATCH.


ye..bunyi macam biasakan kau dengar pasal tampal-tampal kat kaki ni.

Produk lebih kurang dengan DETOX FOOT PATCH.
TAPI GOLD SLIMMING PATCH selain menyingkirkan toksin,ia juga mampu menyingkirkan lemak-lemak degil dalam badan.

Kalau kau pernah cuba DETOX FOOT PATCH,toksin yang keluar akan berwarna coklat dan kehitam-hitaman kan?

Tapi untuk GOLD SLIMMING PATCH ni,hasil yang keluar akan berwarna kuning.Iaitu warna lemak degil kau dalam badan.

Aku gunakan dalam masa 2 minggu dengan sangat disiplin dan konsisten membantu aku hilang sebanyak 2kg.

Menggunakan GOLD SLIMMING PATCH bukan sahaja boleh menurunkan berat badan malah buat kau rasa segar pada keesokan harinya.



Contoh GOLD SLIMMING PATCH yang didatangkan dalam pek.Setiap1pek mengandungi 10 keping = 5 pasang

Kenapa GOLD?tengok pad herba dia kan berwarna GOLD itu yang membezakan pad detox biasa dan slimming.

Okey cakap banyak pun tak best,jadi testimoni adalah aku sendiri.
Berikut adalah cara-cara pemakaian =)
Tampal permukaan GOLD itu di atas permukaan gam patch, maka permukaan berwarna putih tu akan menghadap telapak kaki kau.



Pakai sebelum tido,gunakan selama 4-8 jam.Untuk lebih efisien,kau cukupkan tido selama 8 jam.Maka lemak akan betul2 memenuhi pad kau tu.



Tadaaa.....ini adalah lemak yang keluar dari badan aku,owh sebenarnya kaler dia kunig-kunig coklat,tapi aku x da camera mahal,bb pon bolehlah ye.
Tapi aku lebih tujukan produk ini untuk bakal-bakal pengantin di luar sana,marilah kita sama-sama jaga kesihatan untuk menjayakan majlis masing-masing ye.Eh mak pengantin pun boleh pakai juga,asalkan tidak terlibat dengan situasi-situasi berikut:-
(1)Anda Hamil
(2)Anda menyusukan bayi
(3)Anda merancang untuk hamil
(4)Anda mempunyai penyakit-penyakit yang berisiko tinggi.
Harga untuk GOLD SLIMMING PATCH
PROMOSI PENGURANGAN HARGA =)
SEBAB NAK HABISKAN STOCK YE KAWAN2
1 pek (10 keping) RM20.00 TIDAK TERMASUK POSTAGE.
Tapi kalau beli lebih dari 2 pek,harga akan turun menjadi RM18.00 sepek =)
Jadi sesiapa yang nak kurus dan seangkatan dengan aku.Dipersilakan email aku noorsyazana_1985@yahoo.com.
Nak kurus tak? nak kurus tak?
email cepat-cepat ye =)







09 March 2011

Gubahan Bahan Hantaran

Asslammualaikum w.b.t

Selamat siang..hahahaha..
ok..over sikit =p

Aku dilanda sakit kepala yang teruk..secara fizikalnya tak nampak teruk sebab aku masih menjalani kehidupan normal seperti manusia lain,kecualilah terdapat alien di muka bumi ini yang nak menjalani kehidupan seperti aku.

Malam tadi aku tak boleh tido dengan lena....sampaikan aku boleh mimpi EN.Tunang jadi Zombie..kejar aku sebab nak peluk aku kuat2..apakah?

Mimpi je ok..dah lah mata dia bulat,keliling mata lebam pulak..sampai terjaga aku..hahaha teruk~.
Kalau tunang aku tahu ni cfirm dia gelakkan aku..nampak sangat tak sabar nak kahwin.
Kot ye pon x sabar nak kahwin jangan lah jadi zombie dalam mimpi aku..takut dowh.

Sekarang aku dah bingung..mama aku beli kain lain untuk baju nikah..
Baju nikah dah ada 2 pasang..OMG..
aku ni dah malas nak bising2,duit mak aku kan.Biarlah dia..

Tapi aku pening mana nak hantar jahit ni..hush..hush...hush..
KAd jemputan tak siap lagi ok...
Siapa nak tolong aku buat hantaran..

Ok,mari kita pening2 bab buat hantaran ni...
aku nak simple deco je..
tak mahu leceh2..
hujung2 pun diaorang bukan pakai segala hiasan tu.
FMIL tak kasi membazir duit untuk gubahan hantaran.
dia kata simple je sudah..hahaha macam tau2 bakal menantu tak da kerja ye makcik =p


Aku ada tempah Fresh flower,tapi tak banyak..sekadar suka2..boleh gitu?
hahahaha..
weh aku memang x da idea ni..
DIY?welawei..sekarang memang tak boleh nak fikir..tak tahulah nanti tiba2 terDIY plak kan?
orang kata kalau dah terdesak benda tak mungkin pun boleh jadi mungkin.

Antara contoh pilihan hati adalah seperti berikut:'TERIMA KASIH PAKCIK GOOGLE'





Tapi aku lebih suka yang pertama dengan yang kedua.Sebab bunga tak banyakkan.
LEss is more what..hahaha..cakap jelah kau kedekut kan senang.
NAk kahwin kau memang kena ada sifat macam ni sikit,
sebab banyak benda kau nak kena beratkan lagi.
JAngan terlalu over dalam satu2 hal.
Maksud aku,sebelum kau beli sesuatu kau kena plan dulu.
Serius...
aku tak nak survey banyak barang..
Sebab kau akan bingung dan silap2 kau boleh over bajet.
Aku selalu set dalam kepala,apa yang aku nak beli dan macam mana rupa barang yang aku nak tu.HAhahaha..sebab tu aku boleh completekan barang hantaran dalam satu hari je.
YAng penting fokus ma..eh tak yang penting duit..x da duit kau x boleh beli apa2...
Tapi kalau partner kau sudi nak keluarkan duit dia,
apa lagi terus je cakap..YES....hahaha
EH..melalut..aku ada keja nak buat.aku tengah x senang duduk ni,kad x siap lagi.matilah aku.



07 March 2011

Busy Bee

Assalammualaikum w.b.t

Maaf tiada apa mahu diceritakan..

sebab tuan belog sangat sibuk macam nak pengsan..

-tengah gelabah kad jemputan tak siap...

-penattt..sebab semalam shopping di IKEA dengan kasut tumit tinggi..damn it..lupa bawak sandal.

-Memilih hari untuk kemas bilik...

-Mama ada belikan kain baru untuk dibuat baju untuk nikah...sedangkan untuk nikah sudah ada baju sebenarnya..

-Tudung nikah tak cari lagi..

-Pre Weds...tak tahu bila boleh shoot..sebab bakal pengantin sibuk tiap2 minggu...

-Kekeringan idea,buntu kerana semua orang kerja dan busy..tiada siapa yang boleh bantu untuk gubah hantaran.

KEsimpulannya aku berada dalam waktu kritikal,sekian terima kasih.

03 March 2011

Saya dan Cikgu apa kaitannya...

Assalammualaikum w.b.t

Selamat pagi....

=)

Aku tengah bersuka ria depan pc..
aku malas nak study,aku malas nak cari kerja,aku malas nak berfikir..sebab aku malas.

Iklan untuk DPLI dah keluar,tapi x da pengkhususan subjek Bahasa Melayu.
JAdi aku berfikiran sama ada mahu beli nombor pin kat BSN atau x.

Sebab kawan aku kata,kalau tak ada pengkhususan macam yang dia nak,buat rugi je.

Semalam aku ada bincang hal ni dengan En.Tunang.
Dia suruh cuba je.
TApi hati aku tak yakin.
Ops bukan ikut hati ok.tapi aku rasa mcm berat je nak mohon.hahaha..motip memang aku x nak jadi cikgu.

Semua orang paksa2 aku jadi cikgu,sampaikan cikgu2 kat sekolah tempat aku mengajar yang lepas suruh mama aku call aku kalau ada cikgu2 yang nak cuti bersalin.

Hahahaa..what the...
diaorang kata aku ada bakat jadi cikgu...Garang..muahaha..

Phewww...aku bukan tak nak..
tapi bukan mudah untuk mendidik..bukan mudah tahu.
kau ingat kau masuk kelas bagi kerja kat budak2 lepas tu budak terus boleh score A dalam exam?

Hahahaha..
pengalaman aku...ajar Bahasa Melayau PMR..DAmn it..
KArangan 'aku sebuah kereta' pon budak2 tak boleh buat ok.
Budak Form 3 tau..sedangkan itu karangan budak darjah 4.

KAu ingat senang nak melangkah masuk kelas dengan perasaan x ikhlas?
kau menyampaikan ilmu mesti ikhlas,
baru budak2 boleh dapat apa yang kau nak sampaikan.

Bukan senang,
baru aku tahu sakitnya jiwa cikgu2 aku dahulu sebab dapat murid yang sengal macam aku.

hahaha..

Ada yang kata masa DPLI ni x boleh pregnant..tp aku x tau betul ke x.


Aku:Abang,DPLI kali ni pengambilan Julai tau.

En.Tunang:ok,habis tu.

AKu:Kalau lah..ni kalau tau.Ada rezeki saya dapat dan masa tu preggy plak.Camana?

En.Tunang:Nak buat macam mana,tolak je lah.

AKu:pulak...

En.Tunang:Hehehe..yang penting cuba je dulu.besok beli nombor pin.JAngan banyak alasan yang.Bukan tak tahu awak tu x nak jadi cikgu.

Aku:hahahahaha =p

Aku risau,sebab..yelah aku kerja dengan dia.LEpas tu ada suara2 sumbang kata.lepas kahwin mesti aku x kerja.

welawei..patah semanagat i nak cari duit nak pergi berjalan dan beli designer handbags tau...

Aku slalu tya En.Tunang.Dia risau tak tengok aku tak kerja.
Dia kata dia ok je.sebab memang belum rezeki aku.nak buat macam mana...

YE..rezeki aku adalah menghabiskan duit dia..hahaha macam banyak je duit dia aku nak kerjakan. =p

Weh..aku nak kerja lah.Aku ni bukan kisah,janji cukup makan,boleh bayar PTPTN,boleh shopping dan boleh save sikit untuk study lagi *verangans..cukup2lah master ni tak habis2 hahaha.


Wah..camana dengan plan aku ni..kenapa semua jadi kelam kabut...huwa pening...
Tunang aku sibuk suruh jadi cikgu..kenapakah?

Susahlah,aku bukan memilih..tapi sekarang ni aku pulak kerisauan tak da kerja.

Ada kawan aku kata aku adalah wanita hebat sebab tak kerja boleh kahwin..hahahaha..
sengal...dah sampai masa aku nak kahwin dan aku dah gatal nak kahwin..erk..hahaha..

Eh.ok lah..aku nak pergi mecari resepi2 baru..bye2.

02 March 2011

Balang-balang Manisan =)

Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi semua..

Dengan harapan pagi kau lebih indah dari semalam.
Huhuhuhu..
semalam adalah luahan hati yang tak terluah.

TApi malas nak layan perasaan..
mari kita mula balik dengan kerja-kerja persiapan untuk majlis.

Untuk pengetahuan kau,
kesemua hal2 yang berkaitan barang hantaran, andaman, baju dan segala macam kecuali katering dan goodies adalah bahagian aku. =)

Dengan bangganya kali ni aku boleh buat ikut suka hati aku lalala~
mama aku tak banyak komen,sebab aku dah sound dia awal2..
Hahahaha *kejam dowh jadi anak

Bukanlah sound yang macam anak derhaka tu,aku cakap lembut2 je..
sebab aku tak mahu ada konflik timbul.
Aku tak tahulah kalau mak orang lain,tapi mama aku ni nampak je macam tak kisah..tapi cerewet..huwaaaaa....*pengsan

Ok biarkan mama aku bahagia dengan idea ye..dia over excited okey..but i like~

Sibuk menjelajah blog B2B..aku suka dengan idea..Balang-balang manisan ni..
sangat manis~..... (^_^)

Aku tiba-tiba berangan nak amik satu port untuk aku letak segala balang-balang manisan ni dengan kek-kek cawan yang comel..hahaha..verangans..

sbnrnya..idea balang-balang ni,sebab aku malas nak deco dulang hantaran..
*mati..sapa nak tolong ni..kawan2 semua kerja.


Aku ni bukanlah suka sangat candy2 bagai ni,aku suka tengok je.TApi macam sweet kan..hahaha





*credit pics to Uncle G =)

Aku masih survey balang2 yang murah dan cantik...MIL suruh aku beli kat kedai RM2 je.sebab dia beli balang2 kat situ cantik2 dan murah2..kena pergi survey ni...

01 March 2011

Sedih =(

Assalammualaikum w.b.t



Selamat pagi,

hari ni pagi yang sangat tenang,

tapi hati aku tak setenang dan sebest pagi ni.

hehehehe



ye...aku sedih~

aku tak tahu nak cerita macam mana..

aku tengah marah yang amat.



TApi aku dah agak cool sikit berbanding malam tadi.

Hati aku kosong...

aku tak suka rasa macam ni...

bila hati aku kosong aku tak kan fikir perasaan orang lain.



Jangan risau aku tak da mood nak buat entry amukan berdarah atau meroyan macam selalu walaupun tahap amukan aku kali ni amat dasyat.



Maksudnya kalau aku terlalu marah aku akan cepat cool tapi dalam hati masih SAKIT.



Phewwww...

i need someone to talk with...

Aku perlukan ketenangan sementara..

mungkin terlalu sibuk sampaikan masa untuk diri sendiri pun tak ada.



Tapi apa yang berlaku semalam betul2 buat aku kecewa dan patah hati.

cakaplah apa pun kalau aku kata tak maka tak lah.

kau sujud mintak maaf pun aku tak kan hirau kan.



Such a jerk

aku ni macam manusia tak ada pegangan pulak...hehehehe



Aku boleh maafkan cuma kalau hati dah terluka,

baik macam mana pun sakit dan pedih tu masih terasa lagi...

sakit sangat...



Tuhan je yang tahu...



pergi kerja dengan mata bengkak2 adalah tak best.

aku rasa macam dah tak da semangat nak kerja kat sini lagi.

aku nak merantau..tapi lagi 2 bulan nak kahwin.



Mintak tangguh boleh tak?

hahahaha

aku nak cari kerja dulu.



Banyak sangat dugaan dan kesakitan ni..

aku dah tak boleh nak terima lagi...

phewww...manusia biasa yang cuba bertahan dengan kesakitan hehehe..

tapi dah tak mampu =)



Hehehehe..

kalau benda biasa mungkin aku tak marah sangat..

tapi aku sangat merajuk sekarang ni.

sampai rasa nak lari ke upm

duduk sana tak mahu balik lagi dah..hahaha



Ada ke patut nak lari ke UPM opkos ler senang org nak cari.

Habis mana aku nak lari?

ongkos tak banyak..hahaha

UPM paling dekat dan jimat kos.



HAhahaha lempang diri sendiri.

Okeylah..aku nak tenangkan hati kejap...nanti bila dah okey aku sambung lagi ye..

Aku sempat blog walking tapi x tgal jejak..nanti ada masa lebih kita main komen2 hahaha