Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi =)
Huahuahuahua..besok sudah kerja ...malas
Semalam aku dok asyik merengek dengan En.Tunang sebab nak keluar merayap.
Bosan kau tahu tak? 2 minggu sakit aku asyiklah membesar dengan sihat di dalam rumah.
Tipulah kalau tak da keluar,
keluar pergi klinik,beli barang keperluan..
tapi beli barang tu aku memang tunggu dalam kereta.
Paling buat aku risau,
muka aku berbekas2 tahu..huwawawa..
En.Tunang bersungguh2 belikan macam2..
dia suruh aku cuba Bio oil dan innershine pati prune.
Owh..En.Tunang sayang juga kamu dengan saya..hiks..hahaha *mengada =p
Okey..entry weekend biasanya memang lebih kepada merepek..
oleh kerana aku asyik merengek nak keluar dan dia dah tak kuasa nak marah-marah tapi akhirnya dia marah jugak..hahaha..tapi bila aku nak keluar dia tak kasi..
eeeeeee,aku tak fahamlah sejak bila dia dah pandai mengongkong ni?
selalu okey je,alasan dia sejak 2 minggu lepas..
"sayang awk tu tak sihat lagi"
eeeee...kena chickenpox macam kena sakit apa je tau dia ni...bingung aku.
Dahlah menu makan dia kawal ketat gila..
semalam baru aku rasa nikmat dunia..kari ayam..heaven dowh =)))
Owh,tapi setelah dinasihat dengan atuk aku,kalau nak kurus kena makan menu orang sakit.
dan aku berjaya bertahan selama 2 minggu ini dengan lauk singgang..yeay..berat badan telah turun.*tepuk tangan untuk diri sendiri =)
Okey aku suka menyimpang kan..hahaha
sebenarnya aku tengah keliru ni...
Dari tahun lepas aku nak curlkan balik rambut aku..
sebab sebelum kahwin ni aku memang nak buat sekali.
Mula2 okeylah sebab belum beli barang hantaran,tapi sekarang duit dah macam air kan,maka tak boleh nak buat rambut bagai.Kaler rambut?hulalala...bakal suami i tak suka.
Kan aku ada cakap tadi yang aku merengek nak keluar jalan2 pergi salon cuci rambut + potong rambut semua..tapi memandangkan hari ni dia nak bawak aku keluar maka memanglah dia tak kasi aku keluar sendiri kan.
Oleh sebab aku dah bengang ya amat..aku pon cakap macam ni
aku:okey,kalau abang tak kasi sangat keluar,besok kena hantar sayang ke salon.
En.Tunang:boleh je
Aku:abang kena bayarkan sekali,sebab kalau sayang pergi sendiri abang tak payah keluar duit.
En.Tunang:boleh je...janji awk tak keluar sendiri.
Aku:saya bukan nak basuh rambut dan potong je tau,saya nak curlkan sekali.Hahaha
En.Tunang:erk,macam tu pulak.Okeylah,janji jangan merengek nak keluar lagi.Besok abang bawak sayang pergi salon.
Aku:betul ni?
En.Tunang:ye,betul.Jangan membebel,jangan merajuk dan jangan merengek.
Aku:beres,bisa diatur...hehehehe
Hahahahaha..
aktiviti mengepau telah bermula..sapa suruh offer duit sendiri kan,kau ingat kau bijak?aku lagi bijak buat trick okey.
Hahahaa...
tapi aku tengah berfikiran lagi,sebab nak kahwin lagi 2 bulan dan beberapa hari.maksud aku,mungkin duit untuk curlkan rambut boleh buat untuk benda lain..eh entahlah.
Sebab next month kitaorang dah nak shoot untuk pre wedding.
Dia ada ura2 nak pakai baju sama dan nak belanja baju baru..ye duit juga tu.*sigh
Dah orang nak belanja aku pulak yang keliru.
sebab it will cost him RM300++++ untuk aku curlkan rambut.
Sayang duitlah,dia tu selalu je keluar duit tak fikir tau.
Jadi aku ada masa beberapa jam untuk buat pilihan..fikir...fikir...fikir..
nak curlkan atau tak,sebab tak lama aku mesti nak pakai tudung,tapi curlkan rambut tu kepuasan diri sendiri je.*sigh..
Tengoklah nanti camana.
2 comments:
bestnya hidup :) hihihi...
lily lotus:
best,hehehe alhamdulillah.Sendiri mahu belanja,sila tadah kepala je lah =p
Post a Comment