Sentuhlah saya

16 February 2011

Kadang-kadang jemu

Assalammualaikum w.b.t
selamat pagi....

Huhuhuhu..aku ni suka blog walking tanpa tinggal komen.
Kalau aku tinggal komen maksudnya blog kau best..hahaha
tak juga,kadang entry kau best tapi bila nak komen kau tahu je lah kalau kat kampung line broadband macam apa,baca boleh nak komen macam haram hahaha..


Aku suka buat entry tak bermotif kan?
hahaha..
kenyataan..kadang2 blogging ni buat aku jemu.
hahaha..kadang2 tak tahu nak share apa dengan kau.aku rasa nak tepek cerita aku pun nanti mesti kau boring.

Balik2 pasal hidup aku yang tak semenggah dan En.Tunang.
Tapi nak buat macam mana dah itu je hidup aku.
Tak kan kau tahu part loser aku,commonlah tak cool okey.
hahaha =p

Fine,aku suka baca blog2 orang pemes ni..
yelah kalau dah pemes mesti sebab blog kau best..betul?
hahaha...ok..meleret.

sambil menikmati ferrero rocher hasil pau tunang aku,hahaha..aku buat entry kesedaran kat sini.

Ni untuk diri sendiri,
hahaha..kalau kau nak simpan untuk kau pon okey je.

Niat asal aku berblogging hanyalah kerana LEcturer aku yang suruh sebab nak dapat A untuk subjek 'bahasa dalam multimedia'.Lain x da...lama seyh aku menyepi dari blog.sampai aku lupa password untuk blog ni.

aku terjebak berblogging sebab pengaruh sifu pinko..hahaha..hanya dia tahu dia siapa =p
sampailah hari ni,sentiasa rajin update,tapi bergantung pada situasi juga.bukan selalu aku update.

Lebih kepada wadah luahan kemarahan.Hahaha..aku perempuan emo dan baran okey..sensitif..=p

Aku buat blog bukan dengan niat nak cari duit,tapi terjebak juga..haha loser..
kadang2 tolong kawan2 promote produk macam entry terlekat kat atas tu.

Tapi dalam dunia blog ni,makin lama makin teruk,sebab ada je persengketaan antara blogger,kalau tak ada pun suka mengutuk blogger lain.pheww....sebab tu aku jarang meninggalkan jejak kecuali blog yang aku betul2 mengikuti.

Hahaha..kau tulis blog untuk apa?
jawab sendiri dalam hati..
aku selalu tanamkan dalam diri,kalau aku x suka dengan blogger sama ada dia kekwat atau apa pun,dah tak payah baca blog dia.senang kan?

Maka tak da batu api,gunting dalam lipatan...hahaha
Kadang2 terloncat2 blog orang,kadang2 terbaca entry amukan berdarah orang..hahaha
baca je,tapi aku tak nafikan dalam dunia blog ni ramai batu api,
jadi kau nak kena berhati2 cari kawan dalam alam blog ni.

Sebab tu aku tya,kau berblogging untuk apa?
duit?
kawan?
share ilmu?
sebagai diary?

kan?hahaha sila fikirkan?
bukan apa,
kadang2 kesian tengok ada beberapa blogger kena hentam,
kadang2 atas alasan tak munasabah..

Try to be nice =)
kau tak rugi apa.

Sebagai manusia berakal kau nak kena tahu beberapa hukum manusia,
manusia memang tak kan lari dari bersifat angkuh walau sikit.
percayalah cakap aku..tak kira dari segi apa..jangan nafikan.
Hahaha
sebab aku manusia.kalau aku hantu mungkin aku tak heran pasal hal dunia.
kan?

Aku simple,kalau aku tak suka atau aku rasa blog dia tak kena dengan aku,
aku terus tak baca.simple..tak da kaitan dengan hati dan perasaan lagipun kau x kacau dia dan dia tak kacau..mudahkan?

Bagi aku,apa pun yang berlaku antara blogger yang ada masalah ni,
janganlah kita jadi batu api...
serius..aku kadang2 meluat gak hahaha...baca2 komen2 diaorang,serang balas bagai..huhuhuhu..
aku jadi takut nak menjalinkan hubungan dengan kawan2 di alam ni.

Serius aku tak ramai kawan dalam dunia belog.
Aku ada baca satu belog yang sangat sempoi..
dia berbelog sebab dia suka untuk bercerita,
bukan untuk berkawan dan sebagainya..see

kena hentam dengan cik anon pun,
dia relax sesaja..sebab bagi dia,dia hanya menulis kebenaran.

Aku pernah jadi pembela kawan aku,
blog dia kena serang dengan sorang minah ni,
bukan sorang okey,minah ni siap ajak kaum dia.

HAruslah aku bela kawan aku,
sebab kawan aku blog benda2 biasa,
tak menyakitkan hati orang pun..

'kalau tak nak baca,jangan sibuk2 nak komen entah apa2'

aku x hengat aku maki apa dengan pompuan2 tu,
tapi bagi kalau kau TAK SUKA tak payah baca senang kan?

Kau x da dosa nak sakitkan hati orang.

Ini hanya entry luahan kejemuan tengok perang dalam blog..haha
apa pon masalah orang aku tak nak amik tahu..kadang2 tertahu gak haha...
gosip kan?

adeh..kenapalah..aku selalu terbaca blog2 orang yang kena hentam bagai nak gila..muahaha
aku plak yang bengong..

ok2...anggap je lah ni nasihat kita bersama ye..jaga blog masing2 sudah. =p
peace no war.

No comments: