Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi,
aku masih kat rumah membesarkan badan..ops..
dalam proses menguruskan badan ok.hehehe
ok mari tegak kepada kebenaran haha..
motif aku menulis hari ni.
Kelmarin aku ada bercakap dengan seseorang,
dia kata aku dalam keadaan tak stabil sebab mahu bertukar kehidupan
maksudnya daripada single kepada couple..
Puncanya sebab aku terlepas marah kat dia hari tu,
mungkin salah aku kot sebab tak mampu nak mengawal amarah.
Tapi salah dia juga sebab main2kan aku.
hahaha
ok forget about him.
Tapi aku tertarik dengan pandangan dia terhadap aku.
dia kata aku macam tertekan menghadapi perubahan hidup ni memandangkan x lama lagi aku nak berkahwin.Aku?hahahaha
hanyalah bagi alasan yang aku tak terfikir pun.Alasan yang memang benar tapi bukanlah alasan yang benar masa tu.hahaha
Untuk apa aku beritahu dia perkara sebenar,
maksudnya kenapa aku marah2 hari tu,
Kalau kau amik keputusan untuk berkahwin dengan lelaki yang kau cinta,
adakah kau sudah berani dan jamin yang kau akan menghadapi susah senang bersama2 lelaki itu?
Tak payah jawab,kau fikir sendiri.
Aku akui,aku yang melamar tunang aku.
Aku ajak dia kahwin okey,sbb dia takut dengan komitmen.
But now,dia yang tak sabar2 mahu kahwin...sometimes..dia akan bahasakan diri dia DADDY kalau kitaorang tengah bercerita pasal masa depan?
Excited?haruslah noks...
Tunang aku tu bukan senang dia nak berperangai sedemikian..hahaha
maksudnya dia dah bersedia dengan tanggung jawab dia.
Pasal susah dan senang..
hahaha....kalau aku tak yakin yang aku mampu hadapinya,aku tak kahwin.
Kau ingat senang nak menghadapi saat susah dengan orang lain?
kau sendiri susah je dah rasa macam stress yang amat,jadi kenapa kau nak bebankan diri kau betul?
Tapi itulah namanya pengorbanan dan perkongsian.
Susah mcm mana yang kawan aku tu maksudkan,aku tak tahu.
Tapi kami pernah lalui saat yang lebih sukar dari keadaan kami tak ada duit.
Hehehe..banyak kalau nak dikira...itu semua hidup.
aku kenal tunang aku dari dia tak berharta langsung,
Dia naik motor Ex5 je okey masa tu.
Baru habis belajar kat IKBN.
Lepas tu dia mula bekerja dengan abang ipar dia.
Pakai weagen buruk (aku tak tau nak eja nama kereta tu)
masuk kereta tepuk seat je keluar debu2 tanah merah,hahaha....
tak ada aircond,wiper rosak..kitaorang pakai stokin buruk untuk bersihkan cermin kereta.
see....susahkan?sampai malu tunang aku masa tu,dia kata org lain bawak gf naik kereta best,dia bawak aku naik kereta buruk.
Berapa lama amik masa untuk hidup lebih baik dari dulu..
maksud aku..senang2 ke dia nak bawak kereta yang lebih selesa macam hari ni.
Daripada weagen buruk bertukar kepada kereta gajah.
Jatuh bangun dia,semua depan mata aku.
Tapi bila tunang aku senang,alhamdulillah dia tak pernah lupakan parents dia dengan aku.
Jadi aku terfikir apa maksud sebenar kawan aku tu.hehehe
Nice..pendapat orangkan berbeza2.
mungkin kawan aku tu rasa yang aku ni tertekan sebab perubahan dunia,
kat mana aku akan hidup berdua kejap lagi.
Hahahahahaha.
if he knows how excited i am...
Hati..siapa yang boleh baca betul?
Pening nak rancang majlis besar,
kena berjimat sebab duit yang mengalir sangat banyak...pheww
nak kena jaga hati kedua2 belah pihak...
nak kena kurangkan berat badan...hahaha
macam2 okey kau nak fikir..
lebih2 lagi tesis aku tak siap2 lagi ni.
This is my last semester..huwarghhhh someone kill me please..hahaha
gila...
Untuk pengetahuan kawan aku tu,kalau dia baca blog akulah...
Aku tak sabar nak habiskan study,aku tak sabar2 nak dapat kerja yang best supaya aku boleh langsaikan hutang Ptptn.
Aku tak sabar2 nak bernikah,nak dapat title PUAN,nak buat anak cepat2..hahaha..okey..best tak?
bab buat anak tu,tunang aku yang dah tak sabar.sebab dia kata asyik agah anak orang je.
Aku tak sabar nak kongsi hidup dengan orang lain.
Aku tak sabar nak bangun pagi dan terus mengadap muka laki aku.Boleh macam tu?
hahahahahahaha =p
ok peeps...enjoy ur love till death hahaha...
sebab hari2 aku meraikan cinta =))))
No comments:
Post a Comment