Sentuhlah saya

18 February 2011

Bercerai kasih =(

Assalammualaikum w.b.t

aku harap kau yang tengah jengah blog aku ni sihat sahaja hendaknya.
*amacam mukadimah aku best x? hahaha =p

Aku sbnrnya nak update pasal persiapan majlis aku,tapi malas nak bluetooth gambar,kasi hold lah.hahaha

Sejak kebelakangan ni,aku rasa macam lemah semangat sikit nak kahwin,
sebab dengar cerita yang tak best pasal kawan-kawan aku yang dah berkahwin.
ops! bukan semua yang tak best,yang best memang paksa aku kahwin cepat-cepat.

*sigh
susah untuk aku bercerita sebenarnya.
=((((((

bulan lepas ada kawan lama mengadu dengan aku perihal rumah tangga dia.
=(
dia tengah failkan perceraian,punca suami dia tak bertanggung jawab.
ada anak kecil seorang,baru berusia setahun lebih.

Dan baru semalam aku berjumpa dengan seorang kawan,
sudah bercerai dengan isterinya,punca dia kata salah isteri.
sebelum ni pun memang isteri dia ada buat hal.
anak dah 2.kecil-kecil lagi.

Another sad story...
kawan yang lain pula..
selalu kena pukul dengan suami.

Aduhai...hidup...
lemah semangat aku dengar pasal benda-benda tak seronok ni.

Yelah aku ni kan suka fikir kalau dah kahwin tu mesti happy ending..
tapi hidup tak selalunya indahkan..

Mama selalu pesan,perkahwinan ni umpama perjudian.
phewww..aku takut kadang2.

Yelah,kalau boleh aku tak mahu lalui macam mama,dimadukan.
Kesian mama,tapi dia selalu pesan dengan aku..'kalau nak cari lelaki,cari yang akan sayang kau sehingga kau mati'.

Kadang2 aku tak faham apa maksud mama,kita tak boleh jangka,kita tak tahu kan apa yang akan berlaku esok?

Aku selalu minta pada tuhan agar aku mendapat hidup yang bahagia sehingga ke hujung nyawa.i'm sick of my past..huhuhuhu penat.kerana satu hal meleret2 sampai ke macam2 hal.

En.Tunang selalu pesan dengan aku,
'Tak pe lah yang,tu bahagian masing-masing,yang penting kita doa banyak2 gandakan usaha supaya kita bahagia'.

Siapa yang nak bersedih je kan,aku harap sangat yang aku layak untuk bahagia.Lepas dari segala keperitan lalu,huhuhuhuhu *tinggi sangat kemahuan.

Kalau bercerai tak ada anak mungkin aku tak terfikir macam ni sekali kot,tapi kawan2 aku bercerai diaorang dah ada anak okey.

Kau boleh bayangkan macam mana masa depan budak tu,ok..aku bukan sesiapa nak menilai.Tapi sikit sebanyak emosi diaorang akan terganggu,trust me.

Sakit tahu tak emosi budak-budak,memang aku tak tahu masa depan diaorang.
Tapi kau bayangkan orang sekeliling,mungkin kalau dapat makcik mulut jahat macam makcik aku dulu..

Bayangkan apa yang dia cakap masa ayah aku bernikah dengan mak tiri aku,

"padanlah muka kau,tu ayah yang kau sanjung-sanjung dah ada mak lain.kau dah tak da tempat nak bermanja"

Dia cakap siap tangan tunjuk2 kat muka aku okey,walaupun dah 18 tahun yang lepas,aku tetap ingat sampai hari ni.Kesan tak pada emosi budak2,dibuatnya ingatan dia macam aku?

Kalau dia tak fikir dengan baik mesti dia simpan dendam.phewwwww..

Bergenang air mata aku masa tu,serius aku sedih kenapa dia cakap mcm tu dengan aku.
Yang aku tahu aku tengok mama menangis,arwah atuk pandang aku dengan sayu.

Huhuhuhuhu...but i'm tough okey..hahaha

Apa yang berlaku berbelas tahun lepas,tersimpan kemas dalam kepala aku.Apa yang ayah aku cakap sebelum dia bernikah,apa yang mama aku gaduhkan dengan ayah aku sebelum tu,apa yang makcik-makcik aku cakap..hahaha..dan perkara yang paling kau kena tahan adalah pandangan orang lain terhadap ayah kau.

Hahahahaha..selalunya yang negatiflah kan..
Sama ada telinga kau tahan atau tak je lah.
Tapi kalau yang kau sindir tu budak umur 8 tahun,apa reaksi dia agak2 kau?
hahahahaha...

Dahlah..aku cuma terfikir emosi anak2 kawan2 aku tu je.lain tak da..past is past lah kan.
Tapi apa kata kita amik iktibar, semoga kita beerfikir dulu sebelum berbuat sesuatu =)

2 comments:

lalink7 said...

sabar kawan...jgn fikir yang bukan2 lah..lagi brpe bulan mau kawen..xpyh fikir sangat..pilihan ko tue memang tepat aku rasa ko xperlu risau sebab Bad mmg yg terbaik utk kau..

well..org yg bufday 26 jun baik-baik ok =D =p wexxx

syazana said...

lalink7:
Hopefully babe.
Aku sangat2 mintak kat tuhan,supaya aku bahagia.

Yang dah lepas tu aku jadikan sebagai pengalaman dan pengajaran.
entah mungkin dugaan secara psikologi kot,lagi2 hari makin hampir.