Sentuhlah saya

09 February 2011

Buat je lah apa pun =p

Assalammualaikum w.b.t
selamat pagi.

Chickenpop tak baik lagi,
gatal-gatal dan tangan aku pun gatal je nak garu.

Dah berapa hari ni satu kerja pun aku tak boleh buat.
Tapi nekad lepas publish post ni aku nak buka buku study hehehehe...
*semangat...semangat

owh,aku ada benda nak publish nak share dengan kau sebenarnya,
yolah kau kan tahu aku dalam proses berusaha menurunkan berat badan.
Hehehe..insyaallah besok aku publish buat sticky entry lagi *poyos.

Hah tengok melalut lagi,
aku nak update pasal perancangan majlis kahwin aku ni,
memandangkan aku tak sihat,maka banyak hal tertangguh,
tapi jangan risau banyak gak hal aku dah settle.

Tadi pagi *pukul 10 tu pagi ke?
mama aku call,

Mama: long,mama ingat nak bagi ******* sebagai giftlah.
aku:Terpulang mama lah,along ok je.
Mama:separuh dari gift ayah dah tempah.
Aku:Mama buatlah apa yang patut,along ok je.
Mama:untuk kawan-kawan awak dari jauh nak bagi apa?
aku:entah,kita tak fikir apa-apa lagi,apa mama sediakan kita bagi je lah.
Mama:hah ye lah,nanti mama cari.Awk makan pantang,cepat baik nanti.
aku:baik.

see,aku anak yang baik kan?
malas nak menimbulkan konflik,
aku kena faham satu perkara yang mama aku terlalu excited sebab nak terima menantu untuk pertama kalinya.

Jadi bab2 katering dan gift memang bahagian mama aku.aku x campur.
Buat apa nak pening2 kan,buat part aku cukuplah.Lagipun aku ni jenis bukanlah ambil kisah sangat.Hahahaha


see,kesian laki aku esok.Dapat bini asal boleh je..
hehehehe...jangan tertipu ye kak tipah sekalian.
aku ni jenis cerewet tapi bukan dalamsemua hal.
Dan aku x suka nak manage benda2 macam ni,
dalam kepala aku hanyalah duit,habiskan tesis dan kerja.


Sebab bagi aku kahwin itu pasti.
mula2 dulu memanglah aku inginkan majlis yang bertema bagai,
tapi dah sampai la ni,aku buat yang mana termampu,simple je.

Owh,aku dah hilang beberapa kilogram...lalalala~
sebab makan pantang kan?
Bosan okey makan nasi dengan lauk ikan singgang je,
memang sehari sekali je lah aku menghadap nasi.

Selebihnya,kalau lapar aku makan epal merah,biskut dan air milo.
aku banyakkan minum air putih.
see,kalau sakit aku sangat berdisiplin.hahahaha

Tapi ada satu lagi rahsia lain yang aku janji akan published besok.
Tunggu ye.....

Tapi nak kahwin ni seriuslah,aku sempoi je.
Mungkin sebab barang2 hantaran dah settle awal kot.
tinggal nak jumpa photographer dan tempah kad jemputan bulan ni.
Ops hujung bulan mahu ke pejabat agama,nikah...tetttttttt
hahahaha....x lah...mahu kasi settle borang nikah..kata nak kahwin..lalalala~
nak kahwin..... =p

2 comments:

lily lotus said...

sempoi pun takpe, janji dapat kahwin..huhuhu

syazana said...

lily lotus:
Hahahaha..kan?
nak kahwin je ni..*mood gatal =p