Sentuhlah saya

23 October 2010

Bila Tertekan,kau buat apa?

Salam...

Tension...arghhhhh..
rasa seperti mahu terjun bangunan..
cop2..tak boleh kau tak boleh bunuh diri sebab mati dalam kemurkaan Allah S.W.T..

Tapi aku mahu mati...
aku mahu...jugak bunuh diri..

Gasak kau lah nak mati esok kalau jadi hantu jangan cari aku,
sebab aku tak kasi kau nak jugakkan..

Hahaha..
amacam..kau paham tak apa aku tulis...?
Drama gituuuu.

Ini petu kalau kau berhadapan dengan situasi orang nak bunuh dirilah..orang islam lah..kalau lain agama aku tak tahu.

Serius kalau kau cakap macam aku tulis kat atas tu confirm dia tak jadi nak bunuh diri..sebab takut jadi hantu bukan takut dengan tuhan.
Ni punca2 tekanan perasaan..

Serius wei..tekanan boleh buat kau jadi gila..
aku pernah tension yang sangat2..
aku tak boleh tido,
aku tak da selera makan,kepala aku sakit sentiasa,
muka naik jerawat sebab emosi tak stabil..

Kau cuba bayangkan kau dah umpama MAYAT hidup..diulangi mayat hidup..
kenapa?
pejam mata dan tarik nafas slow2...
Aku amik port nak tido dalam pukul 11 malam,
badan dah letih,kepala dah tak larat nak memikir,
baring je kat katil mata terus tak nak pejam,bila kau bangun ngantuk pulak..
aku habiskan masa atas katil terkebil2 biji mata nih almost 2 hours...
JAdi sudahnya ke pukul 1 pagi baru tido..
itu pun aku akan terjaga tiap2 jam @ tiap2 30 minit...
boleh bayangkan dan ianya akan berlarutan sehingga pukul 4 @ 5 pagi...
barulah kau boleh Zzzzzzzz..
tapi masa tu aku kerja kat UPM..
Semestinya pukul 6.45 aku bangun solat bagai dan siap2 pergi kerja..
Tapi mengantuk ya amat...silap2 pukul 7.45 br terjaga..

Kalau kau hari2 kau macam tu sampailah beberapa bulan kau boleh handle?
kes aku sampai ke pakar psikiatri ye?

Doktor pun tak ada ubatnya sampai buatkan aku appointment dengan pakar.

Pakar pon tak ada ubat,dia ada bagi aku ubat tido.
Tapi aku tak pernah makan..
aku jumpa pakar 2 kali je untuk sesi rawatan @ kaunseling..
lepas tu aku Lenyap..terus.

Mula2 aku ingat pun aku gila..
sebenarnya tidak,
aku terover tension dengan banyak masalah..
tapi sebenarnya aku sudah lariiiiiii jauh dari Tuhan..
Back to basic..
apa pun yang berlaku jangan lupa tuhan...

Sekarang aku dah okey,tido malam pun nyenyak..
Tak malam pun aku tido jugak,lagi2 lepas lunch,bantal tu macam memanggil2.

Pukul 11 malam aku dah hanyuttt..
Ubat yang dia bagi aku tak makan sebab aku dah ada ubat aku sendiri..

Ubatnya adalah berzikir sebelum tido,
macam aku cakap kembali kepada asal,
sambil baring dan cari feel nak membuta tu zikir jelah apa..
tak kisah,akhirnya aku berjaya terlelap sehingga pagi..dan itulah penawarnya.

Sekian kawan2 kisah penyakit misteri!!! yang mengganggu aku..
alah sebenarnya sebab aku jauhkan diri dari tuhan..
aku anggap sebagai dugaan..

Tapi punca sebenar sebab aku dah bosan hidup kat UPM,
lagilah jumpa manusia yang macam HARAM..
serius sampai hari ni aku betul2 meluat.
Tapi aku cuba belajar memaafkan..
ops! manusia tu tak termasuk dalam aspek2 punca aku tension..
dia hanya cebisan2 hidup aku yang aku menyesal pulak nak kenal..
lahanat je statement..
hahaha..

Kesimpulannya bila tertekan jangan sampai bunuh diri ye!

2 comments:

lalink7 said...

jgn tension2 along..ko tue dah nak kawen..rilex ok..

ko g spa la along..mst boleh ilangkan stres skit ok?

syazana said...

Hehehe..ok cayang..nak gi spa tak tersempat lagi.skrg adalah masa berjimat cermat..bila ada ongkos lebih insyaallah pergi spa.Tapi buat masa skrg ni buat spa sendiri je kat rumah =P