Salam,
selamat pagi..
aku tepu tak sangatlah..
En.Tunang outstation lagi?
aku?
bukan kena tinggal tapi kalau aku ikut sama sapa nak settlekan kerja yang melambak kat opis ni.
Tak dalah melambak pun,sikit je,yang buat aku rasa melambak sebab aku sibuk buat kerja lain.
Okey..
entry hari ni aku nak cakap pasal Kahwin Vs Kawan.
Secara zahir kalau cakap pasal kahwin semua org suka termasuk aku.
Kalau kau bgtau kawan2 kau,kau nak kahwin apa reaksi diaorang?
Kawan2 aku?aku tengok diaorang happy je dengar aku nak kahwin..
tapi ada sesetengah macam tak best..kenapa?
sebab diaorang rasa lepas kahwin aku mesti berkepit dengan laki,
alah belum kahwin pon aku dah memang berkepit dengan bakal laki.
Kau nak kena faham banyak perkara,
tak semua situasi orang sama,
tak bererti bila kau dah kahwin kau tak boleh nak melepak dengan kawan2 kau..
aku pernah tanya hal macam ni kat En.Tunang..
aku:B,lepas kahwin nanti saya masih boleh melepak dengan kawan2 tak?
en.Tunang:eh mestilah boleh tapi bergantung pada situasi,kamu dah ada tanggungjawab yang besar.jadi kamu kena fahamkan kawan kamu yang bukan bila2 masa boleh jumpa dia.Kalau kamu nak melepak dengan dia,kamu mesti selesaikan tanggungjawab di rumah,tengok waktu kamu keluar pukul berapa.
Aku:ada kemungkinan kamu tak akan bagi saya keluar?
En.Tunang:Erm..bergantung pada situasi,kalau saya tak bagi kamu keluar mesti ada sebab kenapa dan mengapa?betul?selama kamu dengan saya,kalau kamu mintak izin mesti saya akan tanya 'dengan siapa?','ke mana?','Lama @ tak?'.
aku:owh,ok.sekadar bertanya,saya tak mahu terputus hubungan dengan kawan2 saya,diaorang sangat bermakna pada saya.
En.Tunang:sayang,kamu jangan risau.kalau kamu boleh laksanakan tanggungjawab kamu terhadap keluarga tak kan saya tak boleh bertolak ansur dengan kamu atas sedikit kegembiraan kamu.
Aku:Owh,terima kasih banyak2....terima kasih sebab memahami =)
Perbualan berakhir dengan baik,
ramai je aku tengok blogger2 yang sudah kahwin dok melepak dengan kawan2.
Tak jadi masalah pun siap heret anak dengan laki lagi.
Melepak dengan kawan tu penting untuk kau hilangkan stress tapi tidaklah selalu kau nak duduk melepak.
Jadi sebagai sesetengah manusia yang ada kawan2.
kau mesti faham keadaan orang lain sebelum berkata apa2,
contoh aku,
Kerja dengan En.Tunang,
makan&minum dengan dia,
solat dalam waktu yang sama,
melepak pon slalu sama2
90% hidup aku adalah dengan dia,
Tapi aku masih boleh lepak dengan kawan aku.
KEadaan hidup kita semua tak sama,
mungkin ada antara kita yang partner dia jauh,jadi dia banyak luang masa dengan kawan2..
tak salah..
Dalam beberapa hal tertentu,
contoh seperti mahu kahwin,
tentu2lah banyak luangkan masa bersama keluarga & partner kan?
tapi tak semua kawan2 faham.
Kesimpulannya kau nak kena faham situasi kawan2 kau,
sebenarnya bateri laptop sudah low..
sambung nanti.. bye2
No comments:
Post a Comment