Sentuhlah saya

27 October 2010

?????????

Salam...
Aku rasa hari ni aku lebih baik dari semalam..

KEnapakah?hahaha
tak nak cakap banyak..
kalau ada baca entry sebelum ni tahulah aku tengah amukan berdarah..
haha..

Untuk Lelaki yang rasa diri dia dah cukup bagus...
ini jawapan aku,setakat hari inilah.

Aku pilih Tunang aku sebab yang aku sendiri pun tak tau.Kenapa aku suka dia,kenapa aku cinta dia.BEtul cakap kau,aku boleh dapat yang lebih baik dan bagus.Tapi hati aku terbuka hanya untuk dia,sedangkan aku tak tahu dia siapa,aku tak pernah ambil tahu apa status dia,yang aku tau,aku bangun pagi dan terfikirkan dia.Itu pun setelah 2 bulan kitaorang berjumpa.KAu rasa?

Aku kenal dia,dia tiada harta,walau sesen.Mungkin dalam bank adalah duit sikit tapi tak lah BANYAK macam sekarang.NAik motor EX5 je,masih belajar dekat pusat kemahiran.Balik hujung minggu pun dia naik bas.KAu rasa kenapa aku suka dia?

Aku tak da jawapan yang spesifik...
YAng aku tahu bangun tidur je aku dah terfikirkan dia sedangkan aku tak cam langsung wajah dia masa tu.

Kau kata dia lelaki yang tak baik..
BAgus kenyataan kau..
Dia memang tak baik dan sempurna..
tapi kenapa aku suka dia?
sedangkan dalam waktu yang sama ada je beberapa lelaki lain yang lagi kaya-raya,kuat iman,pakai kereta mewah dah stabil kedudukan ekonominya,kalau kahwin pun aku tinggal CUCI KAKI je tak payah berusaha macam sekarang.

Aku tak ada jawapan....

Aku berdiri di sebelah dia sejak 6 tahun lepas..
dia bukan sesiapa..tiada harta,tiada kekuatan..jiwa yang kusut.

Tapi dia berjaya mengubah aku..
supaya menjadi manusia yang lebih prihatin,lebih peka dengan hal2 hidup,bertanggung jawab,bijak dalam membuat keputusan,terlalu banyak dia bantu aku...

Kau tahu..dia bukan lah lelaki yang baik kerana sering alpa dengan hal2 duniawi,jarang solat (dahulu),kurang memikirkan soal diri sendiri.Sekarang dia dah lain..lain sangat.
Setiap hari dia akan hadiahkan aku dengan senyuman,sebab dia rasa gembira kini hidup dia lebih berkat.Alhamdulillah dia berusaha mendekatkan diri dengan tuhan,dia mampu membimbing aku..

Sebagai seorang wanita yang datang daripada latar belakang keluarga yang agak serabut..
apa lagi yang aku harapkan?
kalau aku nak lelaki yang baik,aku sendiri tak baik pun..
Kalau aku nak lelaki yang beriman,aku sendiri tak beriman sangat pun,
kalau aku ingin lelaki yang sempurna,aku sendiri tidak sempurna pun..

Kami berusaha untuk menjadi yang lebih baik,
kami lebih yakin dengan rezeki Allah S.W.T..
Dan kami lebih yakin kini ketika menuju perjalanan untuk menghalalkan yang haram..
kau rasa?

Aku bukan wanita yang buta kerana cinta..
aku terima dia seadanya seperti mana dia terima aku seadanya..
kami belum cukup berusaha dan kami sedang berusaha..
Andai kata,dia bukan jodoh yang terbaik untuk aku satu hari nanti..
aku redha kerana RAhsia Allah tiada siapa yang tahu..
Aku lebih suka berpegang kepada prinsip 'ada hikmah di sebalik kejadian'

Dan kini bukan aku sahaja yang berpegang kepada prinsip ini,
malah lelaki yang aku cinta juga memegang prinsip yang sama..
Kami mencuba untuk berusaha dan meminta kepada Allah..apa yang disuratkan kami tak tahu.

Untuk kau yang aku tak tau kenapa..
Tolonglah...tolong jangan ganggu hidup kami...
Sebab aku tak tahu tahap kesabaran aku sampai takat mana..
aku takut aku akan membalas lebih buruk lagi dari apa yang kau dah buat.

Aku cuma harap kau bersihkan hati kau yang busuk tu,
semoga kau anak-beranak hidup bahagia.

3 comments:

lalink7 said...

yunk..buat tagg psl mrh nnt ye..hehe =))

lily lotus said...

tu dia. sapelah mangkuk sakitkan hati u ni. sabar kay

syazana said...

lalink:okey nanti aku buat.. =)


Lily lotus:Tengah cuba bersabar sbb tu jdkan blog sbg platform untuk luah perasaan =)