Sentuhlah saya

21 October 2010

Kenangan lama =)

Salam,
Selamat sejahtera ke atas kamu semua..
aku semakin sihat dan bertambah bolatttt..
jangan terkejut kalau aku kasi tepek gambar aku senyum selebar2nya dengan membawa badan yang sudah semakin tough ini..bahagia katanya..walaupun keadaan adalah sangat kusut sekarang ni..

Beberapa hari yang lepas..
aku tergerak hati untuk PM EXBF (exboyfriend) aku..
Kebetulan hari lahir dia jatuh pada 10 Oktober..
sememangnya ingatan aku kuat,alhamdulillah.Aku memang ingat hari lahir manusia2 sekeliling..
EXBF aku yang second pon aku ingat..
*hey along berapa ramaikah EXBF anda?..motip..ingat aku ni lawa sangat sampai nak berboipren reramai...

YAng aku nak cerita ni EXBF aku yang first zaman2 skolah dulu,
Kitaorang putus pasal dia yang mintak putus..bukan aku hokey,
Dengan alasan masa tu dia tak amik SPM,tak nak masa depan aku musnah kalau aku dengan dia.Hahaha..kejadah dia mintak putus seminggu lagi nak SPM..cibais..jahanam keputusan aku Terukkkk..akibat terlalu emo..benci~

Hahaha..tapi aku tak kisah pon kini,
sebab i sudah Ada..tettttt..sudah mahu kahwin pon..
welawei..aku PM dia bukan sebab nak dengan dia balik..no..no..no..
sebab atas dasar kawan.
Dia sangat baik dengan aku,jadi kenapa aku mesti layan dia seperti pesalah,sedangkan dia cuba untuk mintak maaf dengan aku sejak 7 tahun lepas.

Kalau kau ada baca entry sebelum ni,dia memang ada cari aku.MAsa tu aku belum tunang lagi.
Kenangan memang susah nak lupa tak bermaksud sayang kat dia tu ada lagi.Kitaorang tak ada masalah pon,punca SPM aku teruk memang aku yang teruk tak belajar,aku main2..sangat teruk.Dia tak ada kena mengena kalau ada pon sikit je sebab menyebabkan emosi aku terganggu.

Kami berbalas msg dalam PM sahaja,
bertanya khabar.Aku?AKu ok je..
kan aku dah cakap dia baik,mungkin sebab memang bukan jodoh kami.
Lagipun hal dah berlalu 7 tahun lepas..kan lama tu..
Lagipun dia dah mintak maaf dan aku pun tak ada simpan apa2 dalam hati.
cuma kesian kat dialah belum ada GF lagi,
aku doakan semoga dia cepat2 bertemu GF agar tidak kesepian ceitt..haha
tapi aku ikhlas..haha..

Dulu bila aku cakap kahwin je nak jemput dia,
dia cakap tak nak datang sebab takut terasa hati..
sekarang ni bila aku cakap dia pulak yang beria2 nak datang..
Tapi tak tahu lah kan hati manusia siapa yang tau..
yang penting aku optimis..tak simpan apa2 perasaan kat dia..
Lagipun kami kawan dari zaman muda2 dulu..apa org kata putik2 remaja..haha

Lama sei aku kenal dia..since 2001..
Bila kita bertambah matang kita boleh beza mana satu kenangan dan mana satu Realiti.
Alhamdulillah setakat ni aku tak pernah tergugat dengan kenangan,
Malah semakin kuat sebab kenangan banyak ajar aku agar beringat tentang masa hadapan..

My En.Tunang?
i dont know..lately dia sangat sensitif..
Terlalu..tapi aku suka..
aku ni kan bendul..kalau dia cakap tak suka tu brlah aku tau dia tak suka..
serius aku bendul..
kau tanya tunang aku,aku ni jujur je ikut je apa orang cakap..
tapi bergantung gak..hahahaha..

KAdang2 En.Tunang geleng kepala je sebab aku ni SENGAL..
serius wei..kadang2 soalan yang keluar dari mulut aku ni tak tercapai dek akal..

Weih..aku ni melalut jap..aku kena submit tesis by this december kalau tak kena bayar yuran mahal..aku tengah mencuba ni..sila doa2kan aku ye...aku sangat2 stuck sekarang ni..sangat memerlukan sokongan moral..bla..bla..bla..melaka maju..tiba2..hahaha

okey,nanti aku rajin aku sambung ye..bye2....

3 comments:

lalink7 said...

caiyok2 dear...<--sokongan moral..
hehe =p

Lyn Yusoff said...

jgn dikenang lagi kisah lama..
hehehhee

syazana said...

Husna:thanks cayang =)

K.lyn:Hehehe..kisah lama tu pembelajaran secara realiti =)