Salam...
Selamat petang..
nah ambik kau sekali aku kasi update..
kalau senyap..senyap sesaja..sampai bersawang..
hari ni aku baik..sebab emosi aku tak stabil..ye sila kerut kening kenapa pompuan emosi tak stabil ni boleh buat entry sampai 2 untuk hr yang sama..
Tak perlu kerut sangat sebab nama pon emosi tak stabil..hahaha
Ssejak dewasa ini..cehh..sebenarnya aku nak bagitau bulan aku akan menjadi..muda kembali iaitu 25 tahun..muda kan?kan?kan?
aku banyak baca blog pasal B2B..
seronok baca pasal persiapan orang sebab aku punya persiapan adalah sangat3 lembab macam siput,okey tak baik kaitkan siput dengan kelambatan aku membuat persiapan..
Semua terletak kat tangan aku..
erk..kalau sibuk survey sana-sini,beli segala macam barang tapi kursus tak pergi pun tak guna juga kan?
Hahaha...
hujung bulan ini kami plan mahu pergi kursus kahwin..
bercadang...
Hahaha..lagi sekali macam hampeh..
ye kerja cari duit sampai mati pun belum tentu cukup,
kami kena sedar tidak boleh terlalu mengejar keduniaan...
Jadi harus set masa untuk pergi kursus,
walaupun tahu akan mengantuk semasa ceramah diberikan kecuali yang bagi ceramah suka buat lawak sehingga aku keluar air mata menahan ketawa..
Kursus kahwin kan?
tak kan i nak gelak macam cik pon mengilai kan?kan?
haruslah control seperti puteri2 raja zaman dulu kala...
ketawa halus je bunyinya..
tapi kalau aku ketawa halus macam tu mesti bertuah bakal suami sebab dapat isteri sopan santun sangat..
*tiba2 terfikir kalau aku berubah jd macam tu confirm En.Tunang gelakkan aku guling2 ceitt..
Cepat betul masa berlalu,
kami masih tak kuruskan badan lagi..hahaha
mama dah sound2 badan aku gemuk macam beruang..
kau tengok memang genetik nak kaitkan binatang menjadi perumpamaan.
Barang hantaran memang sudah mula beli sket2..
kau gila nak beli semua mana mahu datang ongkos pak?
En.Tunang?lelaki itu pun sudah hampir botak kerana mahu mencari duit yang banyak untuk menjadikan bakal isterinya bergaya seperti mami jarum..
hahaha..bukan bermulut seperti mereka ya...
Mahu kahwin ni,
aku tak da lah sangat2 demand mahu segala2nya branded.
dah jadi semcam tak kisah pulak..
asal kahwin..
tapi bila dianugerahkan mama yang sangat cerewet hal2 memilih andaman,
kau harus redha okey..
segala-mala yang aku kata cantik dan tunjuk kat depan dia..
semua tak cantik..
dia nak aku survey andaman dekat JB juga,
bagi dia andaman dekat JB semua hebat2..
entah..
aku ni malas nak bertekak..
Masa Tunang hari tu pun barang2 hantaran semua mama aku yang settle..
what do you expect..
Aku tak berkerja,jadi aku beli mana yang mampu..
yang tak mampu semua mama aku settle,
tapi untuk kahwin ini,
aku mahu settle sendiri,
dia hanya boleh tentukan warna tema sahaja..
amacam baik tak aku..
Mama aku suka warna pink..
aku suka warna yang menyerlah macam merah,hitam,kuning dan hijau..
pink sangat lembut..
ayah aku suka hijau..
jadi untuk tidak mereka bergaduh..
aku cuma pilih warna untuk nikah..cream..
sanding pink
malam berinai hijau
nikah cream
hahahaha macam adil tak?
sila senyum ye wahai orang tua ku..
Biar bagi puas hati dua2..
mesti pelik aku yang nak kahwin apasal orang tua yang tentukan kaler..
kau ingat ada aku kisah..
hahaha
lagilah aku ni bukan jenis manusia yang kreatif..
jadi sila bayangkan macam mana aku nak gubah barang hantaran secara bersendirian..
jangan kerut dahi lagi..
kalau payah..aku kasi letak je segala barang atas dulang hantaran..kasi tepek bunga 1 @ @2 kuntum..amacam bernas?
Jurnal?
aku tengok Perempuanku sudah ada blog perkahwinan..
see..,aku ingat dia gila dengan shopping je..
rupanya gila dengan blog jugak..
hahaha..perempuan kau memang gila..
Masih sempat buat blog baru walaupun sibuk memotong buah dan sayur.. =p
dah tengok dia punya blog baru..
Eh..okey mahu kemas2 dan balik..
kepala tepu..
kalau boleh malam mahu study..aku dah lama lupakan tesis ni harus bertaubat untuk study..
bye...
3 comments:
oi. sempat lagi kutuk aku tu. takpe. aku tetap sayang kau even kita dah tak boleh keluar malam-malam lagi. ni semua persediaan sebelum jadi bini-bini orang. tahu?
tak lama kawin lah awak yer..
bestnyer....
Babe:Hohoho..tak leh kuar malam sebab bapa mertuaku risau,aku drive sorang2,lagipun ada insiden yan g berlaku.Ye tengah belajar la ni..
k.lyn:tak lama dah nak jadi sekejap pun k.lyn hahaha..ni tengah mengira bulan je..
Post a Comment