Salam,
selamat petang...
Aku tak tahu mahu cerita apa..
aku rasa mungkin sudah mahu period,
emosi swing2..
mungkin pening mahu buat tesis.
tapi tidak buat apa lagi *sigh
Mari kita berdiskusi petang,
selalu kita minum petang kan?
hari ni diet sket ye..mahu kahwin harus jaga badan..
kau yang baca ni pon terpaksa ikut diet..
kalau tak..heipp..biasa ni makan sesaja..
Kau pernah dengar tak ada antara kawan2 kau yang selalu ikut cakap partner..
erm..contohnya Bf @ tunang...
kalau suami tu lainlah,dah memang patut dengar cakap suami okey..kalau tak dengar berdosa.
Sebenarnya kalau tak nak dengar cakap suami baik kau hidup sorang2.
Kau rasa Patut ke kiat terlalu ikut cakap bf,
Bagi aku kalau dah tunang ada ikatan,mungkin boleh dipertimbangkan..
tapi yang belum ada apa2 ni..
maksudnya kalau nak pergi mana2 kita mintak izin dan bagitahu tapi kalau bf tak kasi terus tak boleh pergi..
kadang2 bukan pergi dengan lain jantina dengan perempuan..
alah,macam nak hang out dengan gegirl aje..
window shopping atau apa2..
maksud aku kadang2 ada je lelaki2 yang tak relevan..
tak mengizinkan dalam keadaan seolah2 dia ada kuasa veto...
Tak salah kau tak bagi,
tapi kalau setakat nak tengok majlis kahwin kawan..
tak kan tak boleh?
hell tau tak..
sebagai lelaki patutnya boleh fikir..bukan main sembur je 'tak boleh'
Kadang2 fikirkan juga perasaan kawan yang kahwin,
mungkin dia teringin kawan2 baiknya meraikan kebahagiaan..
Kadang2 aku geli je dengar..
'nak wat camana terpaksa ikut cakap laki'
heh..kahwin pon belum okey...
jangan nak poyo sangat..
Aku pon bukan bagus sangat..
kalau aku mintak izin dan bgtau En.Tunang nak ke mana2
dia akan tanya 'ke mana','dengan siapa','buat apa'
kalau dia rasa penting untuk aku atau aku boleh hilangkan stress..
dia 'on' je,janji dengan perempuan.
Tapi tak dalah semua permintaan aku dibenarkan,
kadang2 dia bising juga,tapi kalau aku dah nak jugak dia bg je..
takut aku merajuk..sebab bagi aku kalau setakat nak lepak2 minum dengan kawan2 perempuan nak gosip2 bagai dan bincang macam2 hal tak da makna nak kata 'tidak'.
Mungkin aku kecik hati kawan2 dari upm hr tu tak datang masa aku tunang,
aku bukanlah nak berkira sangat,
tapi aku nak berkongsi waktu gembira aku dengan diaorang.
Kawan aku yang sibuk gila kerja pon sanggup datang.
Tapi apakan daya diaorang ada urusan sendiri,
jadi aku maafkan,lagipun tunang je..bukan kahwin..
mungkin aku terlalu mengharap diaorang datang jadi aku sedih =(
pasal yang aku cakap kat atas tu berkenaan dengan beberapa orang yang berkaitan aku,
kawan mungkin..
aku ajak pergi majlis kawan lain dan diaorang tak nak pergi dengan alasan bf tak bagi..
jadi aku abaikan walaupun bengkek..
bagi aku adalah bagus kalau kau dapat meraikan walimatul urus orang lain,
mana tau 'berkat' kahwin tu kena kat kau..
Aku tak tau kenapa tulis macam ni mungkin emo,
sebab aku pernah nampak muka sedih pengantin sebab kawan baik dia tak dapat datang kerana alasan bf tak bagi..
Balik dari majlis aku siap brainwash En.Tunang..
please janganlah ada sikap macam tu..
jangan..jangan..jangan..halang aku kalau benda itu ada kebaikan atau boleh datangkan kegembiraan pada orang lain.
JAdi untuk majlis aku nanti,aku tak nak mengharap lagi,
aku akan menjemput semua kenalan,
Terpulang mahu datang atau tak..
kerana kalau mengharap lagi sakit hati dan kecewa kalau apa yang kau harapkan tak tercapai
='(
Tapi nasiblah my best buddies semua ada...
jadi tak da lah aku nak sedih2 kan?kan?
En.Tunang lagi kejam siot..
dia leh cakap
'kenapa awak susah hati orang datang atau tak?yang penting kita jemput dengan seikhlas hati.Kalau diaorang tak nak datang majlis awak terpulang,besok majlis dia awak tak payah pergi'
hohoho ...kejam..aku tak da niat nak balas dendam..
Kalau hak masing2..
tapi atok kata kalau orang dah menjemput kita 'wajib' pergi kecuali ada hal2 yang tak boleh dielak...
Hahaha..
eh abaikan entry ni aku tengah emo sebenarnya sebab tak puas hati...
Nasiblah kalau ada bf2 kau yang terbaca entry aku ni...
mesti menyampah je dengan apa aku tulis...
OPs,aku dah tak boleh lepak dengan perempuanku malam2..sebab berlaku insiden yang tak diingini,aku menyebabkan ,En.Tunang,Bakal ibu mertua dan bakal bapa mertuaku tak boleh tidur malam sebab risaukan aku....ye..aku silap...
JAdi kalau nak lepak harus lepak siang..mereka risau aku drive sorang2 balik rumah atok.
Perjalanan jauh dan ada tempat2 yang gelap..
maka aku kena ikut nasihat untuk kebaikan..
sebenarnya dah banyak kali bakal bapa mertuaku cakap yang dia risau kalau aku balik malam2..
Aku cuma boleh balik malam kalau En.Tunang yang hantar..see2..
hahaha..kesayangankah?ceitt perasan... =p
Eh,perasan tak?aku suka menyimpang kan..suka je merepek2...
itu tandanya aku lapar..hahahaha motip mahu makan =p
okey mahu solat dan MAKAN..LAPAR....BYE.
No comments:
Post a Comment