Sentuhlah saya

14 October 2010

B.e.N.g.A.n.G

Salam,
ye..aku tengah bengang walaupun kejadian telah berlaku beberapa puluh jam yang lepas...

Peristiwa berlaku di sebuah kedai emas di Bandar Batu Pahat..
Aku dengan En.Tunang nak tempah cincin perkahwinan..
ops bukan untuk i okey..untuk En.Tunang..
Mata cincin adalah pemberian nenek aku..
Batu firus..*betul tak ejaan..?
memandangkan En.Tunang tak boleh pakai emas kuning,jadi kita tempahkan suasa..
entah aku ni ikut je cakap orang2 tua..supaya ada tanda sikit kat tangan dia tuh..
Karang kalau dah kahwin tak dalah jari kosong orang ingat masih bujang lagi....
banyak lemak ko banggg...

Kitaorang pon memilih design dengan kusyuk,
lepas bagi deposit dan mata cincin tu,
En.Tunang berkata2 dalam nada gurauan..

En.Tunang:u jangan letak sepah2 eh batu cincin tu..orang bagi saya sayang.
Pekerja:lor..u dah tempah mesti kasi jaga baik meh..
En.Tunang:jangan sampai tertukar tau..hehehehe
Pekerja:hei..batu i lagi mahal dan cantik dari batu u ni tau,kalau u cakap macam tu ambil nih..deposit u dengan batu ni..

Aku dan En.Tunang berpandangan..suasana menjadi tegang..
aku terpinga2 apasal mamat cina ni emo semacam..
semua orangpandang aku dengan En.Tunang macam pesalah..

En.Tunang:Eh,nak emo apasal?Dah sayang jom blah,macam dia je yang ada kedai emas pergi mampuslah banyak lagi kedai lain.

Aku menurut kata..
see...
mau tak bengang,banyak beb kedai emas lain,
aku ke situ atas saranan Future mum,sebab boleh dapat murah dan memang kenal dengan bos kedai tu..
tapi dek kerana pekerja sudah macam haram..
kami pon membatalkan niat untuk menempah cincin pada hr tersebut..

Kesimpulannya..aku konpius kenapa dia touching?
siapa yang sedang period..?
aku atau dia?atau En.Tunang hahaha...
Lelaki period gak ke?

Tak pe lah aku cari kedai lain je nanti..
serasanya...kalau tak pandai layan pelanggan tak payah bukak kedai buat terlungkup je..

*aku bukan sekadar nak spend beberapa ratus tau kat situ,malah beribu memandangkan nak mencari barang kemas..

2 comments:

{ Miss Syahira } said...

beb, better kau report kat boss dia. bukan apa, perkara ni kena dimaklumkan pada boss sebab nanti boleh beri nama tak baik pada kedai tu.

syazana said...

Hahaha..aku mengadu dengan kakak ipar aku,itu anak boss,sombong tak bertempat memang terlungkup r bisenes bapak dia esok.