Sentuhlah saya

20 February 2011

Hadiah sebab membebel dan merajuk? =p

Assalammualaikum w.b.t

Selamat pagi =)

Huahuahuahua..besok sudah kerja ...malas

Semalam aku dok asyik merengek dengan En.Tunang sebab nak keluar merayap.
Bosan kau tahu tak? 2 minggu sakit aku asyiklah membesar dengan sihat di dalam rumah.

Tipulah kalau tak da keluar,
keluar pergi klinik,beli barang keperluan..
tapi beli barang tu aku memang tunggu dalam kereta.

Paling buat aku risau,
muka aku berbekas2 tahu..huwawawa..
En.Tunang bersungguh2 belikan macam2..
dia suruh aku cuba Bio oil dan innershine pati prune.

Owh..En.Tunang sayang juga kamu dengan saya..hiks..hahaha *mengada =p

Okey..entry weekend biasanya memang lebih kepada merepek..
oleh kerana aku asyik merengek nak keluar dan dia dah tak kuasa nak marah-marah tapi akhirnya dia marah jugak..hahaha..tapi bila aku nak keluar dia tak kasi..


eeeeeee,aku tak fahamlah sejak bila dia dah pandai mengongkong ni?
selalu okey je,alasan dia sejak 2 minggu lepas..

"sayang awk tu tak sihat lagi"

eeeee...kena chickenpox macam kena sakit apa je tau dia ni...bingung aku.

Dahlah menu makan dia kawal ketat gila..
semalam baru aku rasa nikmat dunia..kari ayam..heaven dowh =)))

Owh,tapi setelah dinasihat dengan atuk aku,kalau nak kurus kena makan menu orang sakit.
dan aku berjaya bertahan selama 2 minggu ini dengan lauk singgang..yeay..berat badan telah turun.*tepuk tangan untuk diri sendiri =)

Okey aku suka menyimpang kan..hahaha
sebenarnya aku tengah keliru ni...
Dari tahun lepas aku nak curlkan balik rambut aku..
sebab sebelum kahwin ni aku memang nak buat sekali.

Mula2 okeylah sebab belum beli barang hantaran,tapi sekarang duit dah macam air kan,maka tak boleh nak buat rambut bagai.Kaler rambut?hulalala...bakal suami i tak suka.

Kan aku ada cakap tadi yang aku merengek nak keluar jalan2 pergi salon cuci rambut + potong rambut semua..tapi memandangkan hari ni dia nak bawak aku keluar maka memanglah dia tak kasi aku keluar sendiri kan.

Oleh sebab aku dah bengang ya amat..aku pon cakap macam ni

aku:okey,kalau abang tak kasi sangat keluar,besok kena hantar sayang ke salon.

En.Tunang:boleh je

Aku:abang kena bayarkan sekali,sebab kalau sayang pergi sendiri abang tak payah keluar duit.

En.Tunang:boleh je...janji awk tak keluar sendiri.

Aku:saya bukan nak basuh rambut dan potong je tau,saya nak curlkan sekali.Hahaha

En.Tunang:erk,macam tu pulak.Okeylah,janji jangan merengek nak keluar lagi.Besok abang bawak sayang pergi salon.

Aku:betul ni?

En.Tunang:ye,betul.Jangan membebel,jangan merajuk dan jangan merengek.

Aku:beres,bisa diatur...hehehehe

Hahahahaha..
aktiviti mengepau telah bermula..sapa suruh offer duit sendiri kan,kau ingat kau bijak?aku lagi bijak buat trick okey.

Hahahaa...
tapi aku tengah berfikiran lagi,sebab nak kahwin lagi 2 bulan dan beberapa hari.maksud aku,mungkin duit untuk curlkan rambut boleh buat untuk benda lain..eh entahlah.

Sebab next month kitaorang dah nak shoot untuk pre wedding.
Dia ada ura2 nak pakai baju sama dan nak belanja baju baru..ye duit juga tu.*sigh

Dah orang nak belanja aku pulak yang keliru.
sebab it will cost him RM300++++ untuk aku curlkan rambut.

Sayang duitlah,dia tu selalu je keluar duit tak fikir tau.
Jadi aku ada masa beberapa jam untuk buat pilihan..fikir...fikir...fikir..
nak curlkan atau tak,sebab tak lama aku mesti nak pakai tudung,tapi curlkan rambut tu kepuasan diri sendiri je.*sigh..

Tengoklah nanti camana.

19 February 2011

Perancangan seterusnya =)

Assalammualaikum w.b.t

Selamat sejahtera ke atas kamu =)

Hehehe...smiling for few minutes

Hehehe..i keep asking him about my future...what to do..i'm jobless...have no money..

Only smiling and answer my question like this..

'Sabar,rezeki tu ada cuma belum nak dapat je.Usaha lebih lagi,minta dengan Allah supaya segala urusan dipermudahkan.'

Aku ada bagi beberapa cadangan kepada En.Tunang tetapi belum sediakan proposal yang sepatutnya.

Lambat atau cepat aku mesti laksanakan juga.Kalau itu adalah masa depan tak salah aku mencuba sebab bukan senang nak senang. =)

Hehehehe..sebelum ni dia selalu membangkang but now..rasanya dia dah faham apa kehendak hati aku..

Aku harap kau pon sama doakan yang terbaik untuk segala perancangan aku.

Hehehehehe...

Mama pun merestui segala perjalanan aku..apa yang lebih penting adalah ilmu dan keyakinan.

Fokus...fokus...fokus...insyaallah..pemikiran yang positif akan hasilkan keputusan yang positif..hehehe

Ok..mari habiskan belajar dan teruskan sesuatu yang lain...aku dah penat asyik mengadap study yang tak habis ni..hahahaha =p


Semoga segala urusan aku dipermudahkan,walaupun perancangan ini akan mengambil masa yang agak panjang.

18 February 2011

Bercerai kasih =(

Assalammualaikum w.b.t

aku harap kau yang tengah jengah blog aku ni sihat sahaja hendaknya.
*amacam mukadimah aku best x? hahaha =p

Aku sbnrnya nak update pasal persiapan majlis aku,tapi malas nak bluetooth gambar,kasi hold lah.hahaha

Sejak kebelakangan ni,aku rasa macam lemah semangat sikit nak kahwin,
sebab dengar cerita yang tak best pasal kawan-kawan aku yang dah berkahwin.
ops! bukan semua yang tak best,yang best memang paksa aku kahwin cepat-cepat.

*sigh
susah untuk aku bercerita sebenarnya.
=((((((

bulan lepas ada kawan lama mengadu dengan aku perihal rumah tangga dia.
=(
dia tengah failkan perceraian,punca suami dia tak bertanggung jawab.
ada anak kecil seorang,baru berusia setahun lebih.

Dan baru semalam aku berjumpa dengan seorang kawan,
sudah bercerai dengan isterinya,punca dia kata salah isteri.
sebelum ni pun memang isteri dia ada buat hal.
anak dah 2.kecil-kecil lagi.

Another sad story...
kawan yang lain pula..
selalu kena pukul dengan suami.

Aduhai...hidup...
lemah semangat aku dengar pasal benda-benda tak seronok ni.

Yelah aku ni kan suka fikir kalau dah kahwin tu mesti happy ending..
tapi hidup tak selalunya indahkan..

Mama selalu pesan,perkahwinan ni umpama perjudian.
phewww..aku takut kadang2.

Yelah,kalau boleh aku tak mahu lalui macam mama,dimadukan.
Kesian mama,tapi dia selalu pesan dengan aku..'kalau nak cari lelaki,cari yang akan sayang kau sehingga kau mati'.

Kadang2 aku tak faham apa maksud mama,kita tak boleh jangka,kita tak tahu kan apa yang akan berlaku esok?

Aku selalu minta pada tuhan agar aku mendapat hidup yang bahagia sehingga ke hujung nyawa.i'm sick of my past..huhuhuhu penat.kerana satu hal meleret2 sampai ke macam2 hal.

En.Tunang selalu pesan dengan aku,
'Tak pe lah yang,tu bahagian masing-masing,yang penting kita doa banyak2 gandakan usaha supaya kita bahagia'.

Siapa yang nak bersedih je kan,aku harap sangat yang aku layak untuk bahagia.Lepas dari segala keperitan lalu,huhuhuhuhu *tinggi sangat kemahuan.

Kalau bercerai tak ada anak mungkin aku tak terfikir macam ni sekali kot,tapi kawan2 aku bercerai diaorang dah ada anak okey.

Kau boleh bayangkan macam mana masa depan budak tu,ok..aku bukan sesiapa nak menilai.Tapi sikit sebanyak emosi diaorang akan terganggu,trust me.

Sakit tahu tak emosi budak-budak,memang aku tak tahu masa depan diaorang.
Tapi kau bayangkan orang sekeliling,mungkin kalau dapat makcik mulut jahat macam makcik aku dulu..

Bayangkan apa yang dia cakap masa ayah aku bernikah dengan mak tiri aku,

"padanlah muka kau,tu ayah yang kau sanjung-sanjung dah ada mak lain.kau dah tak da tempat nak bermanja"

Dia cakap siap tangan tunjuk2 kat muka aku okey,walaupun dah 18 tahun yang lepas,aku tetap ingat sampai hari ni.Kesan tak pada emosi budak2,dibuatnya ingatan dia macam aku?

Kalau dia tak fikir dengan baik mesti dia simpan dendam.phewwwww..

Bergenang air mata aku masa tu,serius aku sedih kenapa dia cakap mcm tu dengan aku.
Yang aku tahu aku tengok mama menangis,arwah atuk pandang aku dengan sayu.

Huhuhuhuhu...but i'm tough okey..hahaha

Apa yang berlaku berbelas tahun lepas,tersimpan kemas dalam kepala aku.Apa yang ayah aku cakap sebelum dia bernikah,apa yang mama aku gaduhkan dengan ayah aku sebelum tu,apa yang makcik-makcik aku cakap..hahaha..dan perkara yang paling kau kena tahan adalah pandangan orang lain terhadap ayah kau.

Hahahahaha..selalunya yang negatiflah kan..
Sama ada telinga kau tahan atau tak je lah.
Tapi kalau yang kau sindir tu budak umur 8 tahun,apa reaksi dia agak2 kau?
hahahahaha...

Dahlah..aku cuma terfikir emosi anak2 kawan2 aku tu je.lain tak da..past is past lah kan.
Tapi apa kata kita amik iktibar, semoga kita beerfikir dulu sebelum berbuat sesuatu =)

17 February 2011

Tak stabil sebab nak kahwin?

Assalammualaikum w.b.t



Selamat pagi,

aku masih kat rumah membesarkan badan..ops..

dalam proses menguruskan badan ok.hehehe



ok mari tegak kepada kebenaran haha..

motif aku menulis hari ni.



Kelmarin aku ada bercakap dengan seseorang,

dia kata aku dalam keadaan tak stabil sebab mahu bertukar kehidupan

maksudnya daripada single kepada couple..



Puncanya sebab aku terlepas marah kat dia hari tu,

mungkin salah aku kot sebab tak mampu nak mengawal amarah.

Tapi salah dia juga sebab main2kan aku.

hahaha

ok forget about him.



Tapi aku tertarik dengan pandangan dia terhadap aku.

dia kata aku macam tertekan menghadapi perubahan hidup ni memandangkan x lama lagi aku nak berkahwin.Aku?hahahaha

hanyalah bagi alasan yang aku tak terfikir pun.Alasan yang memang benar tapi bukanlah alasan yang benar masa tu.hahaha



Untuk apa aku beritahu dia perkara sebenar,

maksudnya kenapa aku marah2 hari tu,



Kalau kau amik keputusan untuk berkahwin dengan lelaki yang kau cinta,

adakah kau sudah berani dan jamin yang kau akan menghadapi susah senang bersama2 lelaki itu?

Tak payah jawab,kau fikir sendiri.



Aku akui,aku yang melamar tunang aku.

Aku ajak dia kahwin okey,sbb dia takut dengan komitmen.

But now,dia yang tak sabar2 mahu kahwin...sometimes..dia akan bahasakan diri dia DADDY kalau kitaorang tengah bercerita pasal masa depan?



Excited?haruslah noks...

Tunang aku tu bukan senang dia nak berperangai sedemikian..hahaha

maksudnya dia dah bersedia dengan tanggung jawab dia.



Pasal susah dan senang..

hahaha....kalau aku tak yakin yang aku mampu hadapinya,aku tak kahwin.

Kau ingat senang nak menghadapi saat susah dengan orang lain?

kau sendiri susah je dah rasa macam stress yang amat,jadi kenapa kau nak bebankan diri kau betul?



Tapi itulah namanya pengorbanan dan perkongsian.

Susah mcm mana yang kawan aku tu maksudkan,aku tak tahu.

Tapi kami pernah lalui saat yang lebih sukar dari keadaan kami tak ada duit.

Hehehe..banyak kalau nak dikira...itu semua hidup.



aku kenal tunang aku dari dia tak berharta langsung,

Dia naik motor Ex5 je okey masa tu.

Baru habis belajar kat IKBN.



Lepas tu dia mula bekerja dengan abang ipar dia.

Pakai weagen buruk (aku tak tau nak eja nama kereta tu)

masuk kereta tepuk seat je keluar debu2 tanah merah,hahaha....

tak ada aircond,wiper rosak..kitaorang pakai stokin buruk untuk bersihkan cermin kereta.

see....susahkan?sampai malu tunang aku masa tu,dia kata org lain bawak gf naik kereta best,dia bawak aku naik kereta buruk.



Berapa lama amik masa untuk hidup lebih baik dari dulu..

maksud aku..senang2 ke dia nak bawak kereta yang lebih selesa macam hari ni.

Daripada weagen buruk bertukar kepada kereta gajah.

Jatuh bangun dia,semua depan mata aku.



Tapi bila tunang aku senang,alhamdulillah dia tak pernah lupakan parents dia dengan aku.

Jadi aku terfikir apa maksud sebenar kawan aku tu.hehehe



Nice..pendapat orangkan berbeza2.

mungkin kawan aku tu rasa yang aku ni tertekan sebab perubahan dunia,

kat mana aku akan hidup berdua kejap lagi.

Hahahahahaha.

if he knows how excited i am...

Hati..siapa yang boleh baca betul?





Pening nak rancang majlis besar,

kena berjimat sebab duit yang mengalir sangat banyak...pheww

nak kena jaga hati kedua2 belah pihak...

nak kena kurangkan berat badan...hahaha

macam2 okey kau nak fikir..

lebih2 lagi tesis aku tak siap2 lagi ni.

This is my last semester..huwarghhhh someone kill me please..hahaha

gila...



Untuk pengetahuan kawan aku tu,kalau dia baca blog akulah...

Aku tak sabar nak habiskan study,aku tak sabar2 nak dapat kerja yang best supaya aku boleh langsaikan hutang Ptptn.



Aku tak sabar2 nak bernikah,nak dapat title PUAN,nak buat anak cepat2..hahaha..okey..best tak?

bab buat anak tu,tunang aku yang dah tak sabar.sebab dia kata asyik agah anak orang je.

Aku tak sabar nak kongsi hidup dengan orang lain.

Aku tak sabar nak bangun pagi dan terus mengadap muka laki aku.Boleh macam tu?

hahahahahahaha =p

ok peeps...enjoy ur love till death hahaha...
sebab hari2 aku meraikan cinta =))))

16 February 2011

Kadang-kadang jemu

Assalammualaikum w.b.t
selamat pagi....

Huhuhuhu..aku ni suka blog walking tanpa tinggal komen.
Kalau aku tinggal komen maksudnya blog kau best..hahaha
tak juga,kadang entry kau best tapi bila nak komen kau tahu je lah kalau kat kampung line broadband macam apa,baca boleh nak komen macam haram hahaha..


Aku suka buat entry tak bermotif kan?
hahaha..
kenyataan..kadang2 blogging ni buat aku jemu.
hahaha..kadang2 tak tahu nak share apa dengan kau.aku rasa nak tepek cerita aku pun nanti mesti kau boring.

Balik2 pasal hidup aku yang tak semenggah dan En.Tunang.
Tapi nak buat macam mana dah itu je hidup aku.
Tak kan kau tahu part loser aku,commonlah tak cool okey.
hahaha =p

Fine,aku suka baca blog2 orang pemes ni..
yelah kalau dah pemes mesti sebab blog kau best..betul?
hahaha...ok..meleret.

sambil menikmati ferrero rocher hasil pau tunang aku,hahaha..aku buat entry kesedaran kat sini.

Ni untuk diri sendiri,
hahaha..kalau kau nak simpan untuk kau pon okey je.

Niat asal aku berblogging hanyalah kerana LEcturer aku yang suruh sebab nak dapat A untuk subjek 'bahasa dalam multimedia'.Lain x da...lama seyh aku menyepi dari blog.sampai aku lupa password untuk blog ni.

aku terjebak berblogging sebab pengaruh sifu pinko..hahaha..hanya dia tahu dia siapa =p
sampailah hari ni,sentiasa rajin update,tapi bergantung pada situasi juga.bukan selalu aku update.

Lebih kepada wadah luahan kemarahan.Hahaha..aku perempuan emo dan baran okey..sensitif..=p

Aku buat blog bukan dengan niat nak cari duit,tapi terjebak juga..haha loser..
kadang2 tolong kawan2 promote produk macam entry terlekat kat atas tu.

Tapi dalam dunia blog ni,makin lama makin teruk,sebab ada je persengketaan antara blogger,kalau tak ada pun suka mengutuk blogger lain.pheww....sebab tu aku jarang meninggalkan jejak kecuali blog yang aku betul2 mengikuti.

Hahaha..kau tulis blog untuk apa?
jawab sendiri dalam hati..
aku selalu tanamkan dalam diri,kalau aku x suka dengan blogger sama ada dia kekwat atau apa pun,dah tak payah baca blog dia.senang kan?

Maka tak da batu api,gunting dalam lipatan...hahaha
Kadang2 terloncat2 blog orang,kadang2 terbaca entry amukan berdarah orang..hahaha
baca je,tapi aku tak nafikan dalam dunia blog ni ramai batu api,
jadi kau nak kena berhati2 cari kawan dalam alam blog ni.

Sebab tu aku tya,kau berblogging untuk apa?
duit?
kawan?
share ilmu?
sebagai diary?

kan?hahaha sila fikirkan?
bukan apa,
kadang2 kesian tengok ada beberapa blogger kena hentam,
kadang2 atas alasan tak munasabah..

Try to be nice =)
kau tak rugi apa.

Sebagai manusia berakal kau nak kena tahu beberapa hukum manusia,
manusia memang tak kan lari dari bersifat angkuh walau sikit.
percayalah cakap aku..tak kira dari segi apa..jangan nafikan.
Hahaha
sebab aku manusia.kalau aku hantu mungkin aku tak heran pasal hal dunia.
kan?

Aku simple,kalau aku tak suka atau aku rasa blog dia tak kena dengan aku,
aku terus tak baca.simple..tak da kaitan dengan hati dan perasaan lagipun kau x kacau dia dan dia tak kacau..mudahkan?

Bagi aku,apa pun yang berlaku antara blogger yang ada masalah ni,
janganlah kita jadi batu api...
serius..aku kadang2 meluat gak hahaha...baca2 komen2 diaorang,serang balas bagai..huhuhuhu..
aku jadi takut nak menjalinkan hubungan dengan kawan2 di alam ni.

Serius aku tak ramai kawan dalam dunia belog.
Aku ada baca satu belog yang sangat sempoi..
dia berbelog sebab dia suka untuk bercerita,
bukan untuk berkawan dan sebagainya..see

kena hentam dengan cik anon pun,
dia relax sesaja..sebab bagi dia,dia hanya menulis kebenaran.

Aku pernah jadi pembela kawan aku,
blog dia kena serang dengan sorang minah ni,
bukan sorang okey,minah ni siap ajak kaum dia.

HAruslah aku bela kawan aku,
sebab kawan aku blog benda2 biasa,
tak menyakitkan hati orang pun..

'kalau tak nak baca,jangan sibuk2 nak komen entah apa2'

aku x hengat aku maki apa dengan pompuan2 tu,
tapi bagi kalau kau TAK SUKA tak payah baca senang kan?

Kau x da dosa nak sakitkan hati orang.

Ini hanya entry luahan kejemuan tengok perang dalam blog..haha
apa pon masalah orang aku tak nak amik tahu..kadang2 tertahu gak haha...
gosip kan?

adeh..kenapalah..aku selalu terbaca blog2 orang yang kena hentam bagai nak gila..muahaha
aku plak yang bengong..

ok2...anggap je lah ni nasihat kita bersama ye..jaga blog masing2 sudah. =p
peace no war.

15 February 2011

2 Bulan 14 hari

Assalammualaikum w.b.t

Buang tebiat taip entry maghrib2 nih,
setan berkeliaran banyak hahaha...

sekrang aku dah mula keliru..
memang pada aku nampak simple..
aku kena chickenpox je
tapi nasihat punyalah banyak.

Jangan mandilah,jangan itulah..
jangan inilah...huwaaaa...pening.
Tak tahu nak ikut nasihat mana satu.

Owh..
Tadi lepak2 dengan en.Tunang..haruslah meredakan segala yang tak stabil.
Sebenarnya dr hari ahad aku dok bertekak dengan dia.
aku kan jenis selagi dia tak mengaku salah,
selagi tu aku cari pasal...hahaha *gila

Tadi dia bawak aku pusing pekan,
beli ice cream...coklat..KFC twister..muahaha
melayan kempunan aku.

Lepas tu lepak Kat Pantai...

Aku:Erm..tau tak dah tak lama nak kahwin ni.

En.Tunang:tahu,lagi 2 bulan 14 hari.

Aku:eh,awk kira ke?

En.Tunang:Awk ingat saya tak teruja ke?dah nak kahwin,nak dapat bini pulak tu...lalalala~

aku:ceh..gatal ye kamu.

En.Tunang:Hahaha,haruslah teruja.Saya jeles tengok kawan2 yang dah ada isteri.

Aku:Ye..doa2lah semoga semuanya berjalan lancar =)

Wallah...siap kira hari lagi..
kau tengok excitednya bagaikan apa.
Tapi peninglah banyak duit keluar.

Fuhh..fuhh
kalau takpercaya cuba kau fikir...
kita rancang sikit punya lama..
research bagai..
untuk majlis yang hanya 1 @ 2 hari..
kan?

Tapi sebab kita ni inginkan kesempurnaan dan kenangan..
maka buat juga semampunya..
hehehe..

ok dah melalut nak solat maghrib..

isk...isk...
2 bulan 14 hari lagi..

14 February 2011

Sedih

Assalammualaikum w.b.t

selamat pagi...

KEcewa+stress+sedih

Mula2 x da lah nak rasa sangat...tapi la ni dah sedih sangat.

Secara rasmi tarikh sudah fix,aku akan bernikah pada 29 april 2011 dan majlis resepsi pada 30 april 2011.

See...mula2 x banyak masalah now...dah terlalu banyak clash dengan orang2 lain.

apa patut aku buat?
sampai ada mintak tunda supaya boleh datang majlis aku.
what the?keputusan bukan boleh main ubah2 macam nak buat birthday party okey.
Ni melibatkan 2 pihak dan 2 keluarga..apakah...mahu tukar tarikh macam suka2 kita nak batalkan order makan kat kedai makan?

Kawan2 rapat ada yang memang x boleh datang sebab dalam pantang..so?x kan nak paksa datang dengan berparam bagai?aku x zalim sangat,memandangkan masa aku tunang diaorang sudah bersungguh2 datang.

Masa tunang pun satu hal,janji bagai nak rak,tapi hujung2 x datang.marah+kecewa..memanglah.
Tapi aku fikir tunang je pun.

La ni,aku senang kau x datang majlis aku dan aku x kan datang majlis kau.x da effect pon kan?
bunyi macam kejam...hahaha aku x macam ni okey.walau kau x nak datang majlis aku sekali pun.Insyaallah masih ramai yang akan datang.niat aku hanya untuk menyebarkan berita yang aku dah KAHWIN.hahahaha

Tak da lah nak keji sangat macam tu.

Ye aku memang sangat sensitif.Ingat senang mahu rancang plan besar macam ni.Kad kahwin aku tak tempah lagi,rasa memang sudah mahu merajuk,yang sana call bgtau awal2 tak dapat datang,yang sini macam2 hal..kalau kau..kawan2 yang kau harapkan datang.

Sampai rasa mahu buat majlis untuk family dan kawan2 yang betul2 mahu datang sahaja.

Boleh tak kalau nak bg kad,aku tanya macam ni
'kau boleh datang x ni?kalau x boleh aku x bagi kad'

hahaha...macam siamang je bunyi.

Dahlah dengan ada manusia ugut mahu memusnahkan majlis aku..
kau rasa stress...ye...aku stress..tapi aku ugut org tu balik.
'kalau berani cubalah,kau musnahkan majlis aku...dan aku musnahkan masa depan kau'

so what?
hahaha
x kan nak biar,haruslah hantar ke penjara kan?kan?

motip manusia tu adalah dendam..hahaha...

See,aku boleh gelak2 bagai...tak mahulah nak fikir banyak2.
Buat sakit kepala.

Aku tempah kad dan edarkan,dengan harapan aku boleh jumpa orang2 yang aku jemput masa hari bahagia aku.

walau kau x sempat jumpa aku,tapi aku tetap inginkan kau datang dengan niat aku memang naj menjamu kau makan.

sebab nenek aku selalu pesan,kalau orang dah jemput tu seboleh2nya datang.

Walaupun aku susah macam mana sekali pon,
walaupun aku x da transport sekali pon...walaupun dan macam2...

aku akan pastikan aku pergi sebab orang dah jemput.
Dan2 aku terus rasa agaknya berkat aku selalu pergi majlis orang tu yang aku akan kahwin tak lama lagi.

serius...aku rasa itu berkat dan tempiasnya sehinggakan kami mengambil keputusan untuk berkahwin.

Pernah sekali sebab terlalu banyak hal aku sampai majlis orang pon dah lewat,majlis dah habis,makanan dah habis,orang dah balik dan pengantin dah pergi outdoor photoshoot..

tapi aku rasa puas,dapat pass hadiah dan salam parents pengantin...
sebabnya aku dah buktikan aku cuba datang untuk meraikan..kecuali sbb aku kena chickenpox macam skrg sbb tu aku x boleh nak pergi.

Sedih banyak majlis aku x dapat attend.

huhuhuhu
kelakarkan...entry emori dowh..hahaha...

Tak pe, aku pujuk hati sendiri.
Sikit yang tak boleh datang,aku tak tahu hari kejadian macam mana kan?
mana tahu rezeki ada ramai pula yang datang.

Aku bukan apa...kahwin tu sekali...maka nak kongsi saat2 best dengan mereka2 yang aku sayang.

Tapi tak tahulah kalau esok2 En.Bakal suami nak buat majlis besar2ran setiap ulangtahun..merasalah aku nak naik pelamin bagai...hahaha *berangan

Kau hengat bakal suami kau jutawan..hahaha...sekali majlis je keluar duit macam nak tercabut nyawa.hahaha

entry emosi sebenarnya...tapi kuatkan semangat juga,walaupun tanpa teman2 rapat...bulan ni aku nak tempah kad dah..haha nanti aku bgtau kat blog.sesiapa yang terbaca blog aku ni berasal dari batu pahat...hahaha..jemputlah datang ye..mana tau boleh jadi kawan melepak...boleh bagi kad by hand juga.

mesti pelikkan..kenapa aku jarang share idea kahwin di sini?
hahaha...sebab..rahsia..x da lah nak rahsia sangat..nak tahu sila datang majlis...*ada unsur mengugut di situ...hahaha...dengan mama aku pon aku x bgtau baju pengantin kaler apa..hahaha...pengsan je kan sapa jadi mak aku..rasa mcm nak hempuk je anak yang sengal ini.

eh..okey..emo kejap je..(^_^)

dah sengih2 balik ni.....aku ni kan mana boleh nak marah2 lama2..lagi nak simpan dendam...mana2 kawan rapat aku semua memang jenis2 yang tahan kena marah..hahaha..eh ada sorang je kawan baik aku sangat tahu cara nak sejukkan aku..hahaha.....sebab dia selalu cakap

'alah kalau kau marah2 pon kejap je,lepas tu kau dah ok balik.janji kau x simpan dalam hati'

hahaha..walau di mana kau berada...aku sayang kau babe....sayang sangat.


Muahaha..aku tempah kad jemputanlah..hahaha jangan risau walau aku manusia kedekut..akan ku tempah juga demi kawan2 hahaha..

12 February 2011

Gambar lama...kenangan lama =p

Assalammualaikum w.b.t

Selamat pagi...
malam tadi tak boleh nak tido..badan gatal-gatal...huarghhhhh...

Sebab tu aku bangun awal...hahaha pukul 9.30a.m awal sangat..memandangkan dapat cuti am dari solat..lagilah masyukkk aku membuta..hahaha..

Minggu ni sedih sikit,my best buddy akan mula menghijrahkan diri ke bangi,for good..dia nak cari kerja...tak lama mahu bertunang dan soon akan berkahwin..huhuhuhu...suka aku dengar..akhirnya Mat Tiarap (panggilan aku untuk tentera) telah berjaya memberikan tarikh untuk dia.

Phewww..akhirnya sorang-sorang juga aku di Batu Pahat ni.Tak ada kawan nak melepak.Hanya tinggal En.Tunang yang sedia dan sentiasa melayan kerenah x betul tunang beliau ini.

Eh...sebenarnya nak cerita benda lain =p

Dari tadi cuba untuk log in FB,tapi hampa...internet macam dodol...kena kacau x likat..ceh..perumpamaan apakah?

Nampak ada notify baru,rupa-rupanya ditag dengan gambar lama..gambar tahun 2002 masa form 5.

Aku malu nak tepek gambar tu kat sini,hahaha...hodoh seyh..muka suci tak suka =p.

Sebenarnya gambar tu mengingatkan aku pada kenangan lama-lama dulu..hahaha.

Gambar tu sebenarnya masa majlis sambutan hari raya kat sekolah.hahaha
Tengah hari tu aku tumpang rehat sekejap kat rumah sorang kawan ni,sebab petang tu ada dating dengan exboy aku.hahaha

See,kan aku cakap gambar lama ada kenangan lama.

Ingat-ingat kenangan lama?hati aku?
hahaha..
kalau kau kenal aku,kau tahu hati aku sekarang ni...kalau tak tak kan nak kahwin kan tak sampai 80 hari lagi..hahaha..

Sempoi meh...nama pun kenangan hahaha..

Kau boleh buang kenangan?
Dulu aku sangat tak suka nak ingat-ingat balik kenangan lama ni,buat menyakitkan hati je.
Hahaha..weh satu kebenaran kenangan buatkan kita lagi 'kuat' dari dulu okey.

Kadang-kadang,En.tunang risau kalau aku masih berhubungan dengan exboy2 aku..hahaha...dia takut kasih lama bercambah kembali.hahaha..

Tapi itu sebelum-sebelum nilah.La ni dia sangat percayakan aku,kau faham maksudnya?
maksudnya jangan khianati dia.dia bagi kepercayaan maksudnya dia yakin dengan hati aku.

Entry sebelum-sebelum ni kan aku dah cerita pasal ni gak.
cuma gambar yang kawan aku tag tu terlalu banyak kenangan rasanya...

Gambar dengan kawan2 lama..kalau kau tgk muka aku suci betul,
mesti tak percaya aku antara manusia yang nakal-nakal selalu cabut kelas dan ponteng skolah =p

Damn it...i miss my old days...
aku sangat rindu dengan kawan-kawan lama..bergelak ketawa tanpa memikirkan masa depan hahaha....

Sekarang masih ada kawan,cuma keadaannya berbeza sebab masing-masing dah ada hidup sendiri kan?

sekarang aku berfikir,ada ke kawan2 nak datang majlis aku nanti?
sebab ada beberapa orang yang akan dalam pantang,dijangka melahirkan anak tarikh aku bersanding nanti,clash dengan tarikh sedara-mara diaorang kahwin,kawan-kawan lain.*sigh

Kau nak datang majlis aku?
owh sedih tu belum tambah dengan mereka2 yang x dapat cuti lagi..sedih okey.

ops..jangan mengharap...jangan mengharap...apa pun jemput je lah kawan2..harap2 meriahlah nanti majlis sendiri..sebab bagi aku tak da apa yang buatkan aku happy selain nampak muka family members dan kawan-kawan..tu je.

apa ni emo pagi2..tak suka..suka je kan menyimpang..nilah kalau dah membebel..
Sebenarnya mood happy..hahaha..malam tadi walaupun demam..sanggup En.Tunang datang melepak sama-sama..atenya kesian kat tunang dia ni.Hahahaa..dengan hidung tersumbat,mata merah,suhu badan yang panas..kesian bakal suami aku...huahuahuahuahua.

okey dia janji kalau aku sihat dia nak bawak aku gi main snooker..lalala~
best..bawak aku gi makan-makan..lalala~

ok..bye =p

11 February 2011

Manusia perlu berubah?

Assalammualaikum w.b.t
Selamat tengah hari.


Phewwww...aku rasa bosan ya amat...bila nak sihat ni.
Chickenpox cepatlah baik..huhuhuhu..aku x tahan nak makan sedap2 ni =p

Semenjak duduk bertapa kat rumah ni,
Aku selalu berangan..eh tak selalu muhasabah diri.
Maksud aku,apa yang aku dah buat masa lepas?
dengan siapa aku pernah rapat?
eh banyaklah...entah semenjak menghitung hari nak kahwin ni,banyak benda aku fikirkan.

Dan paling penting...adakah aku bersedia untuk menjadi isteri kepada lelaki yang Allah S.W.T pinjamkan sebentar untuk aku di dunia.*fuh,ayat aku x leh blah.

Kalau fikir balik semua hanya pinjaman kan?

Hidup aku ni penuh tragik..cuma orang-orang yang rapat dengan aku seperti dia tahu separuh daripada hidup aku ni macam mana..hahahaha...bunyi macamlah semua orang nak tahu kan.lalala~



Dulu sebelum bertunang,
kitaorang sangat ting-tong...eh bukan high drugs okey..hahaha
means menjurus kepada lalai tanggungjawab agama...hurm..eh banyaklah.
Tak terpikul dosa dah ni..tapi masih tak insap.. huhuhuhu *sigh


Lepas bertunang,hidup aku berubah 100%
tengok 100% tahu....

Dulu kalau tak da duit,Ya Allah macam nak mati je rasa.
La ni kalau tak ada duit masih boleh senyum2 dan pergi berjoli lagi.
Jadi aku percaya bila kita berubah menuju ke arah kebaikan lebih2 lagi ke jalan untuk membina masjid....Allah bukakan jalan dan pintu rezeki untuk kita...walau sikit..rezeki tetap ada.. (@_@)


Kalau dulu liat nak berhijab,
la ni tak payah suruh...tahulah aku nak pakai..
erk..tapi tak lah menyeluruh,maksudnya masih ada togel2 gak..
hehehehe...En.Tunang?
Terima Kasih Tuhan,dia bukanlah lelaki yang suka memaksa =)


The best part...Tuhan bagi pinjam lelaki yang sentiasa tadahkan lengan dia untuk aku gigit,bila aku marah, sedih atau geram...sapa sanggup nak kena gigit meh tadah tangan..hahahaha

Ye..aku ada habit buruk,aku sangat suka menggigit..tapi tak tau bila boleh berubah..harap2 satu hari nanti..(*_*)..*penuh harapan..tp tak tau bila.

Dulu mungkin tunang aku macam pelik2 je kan..*eh apasal pompuan ni suka menggigit..

Hahaha..part menggigit ni cuma adik2 dan mama aku je yang tahu..

Motif entry ni?

Sebenarnya bila aku nak berubah jadi orang yang rajin ni...pemalas yang melampau..eeeee...




Ok2..gambar dibawah adalah..hahahaha..moment di mana kami tengah ting-tong..sila2..gelak =p





Aku selalu meminta kepada tuhan agar 'pinjamkan' lelaki ini sehingga aku hembuskan nafas terakhir di dunia ini,dan aku minta agar dia juga memimpin aku di alam lain esok.*tiba2 sebak...


10 February 2011

Phewww akhirnya =)

Assalammualaikum w. b .t


walaupun aku agak lembab dalam menyiapkan tesis,tapi aku agak rajin membuta hahaha...
ok...minggu lepas aku dah dapat barang hantaran yang terakhir.Tak adalah yang akhir,yang sebelum akhir kot.

Tapi tak adalah nak pening sangat lepas ni,tinggal fikir pasal majlis dan tesis.owh tesis lagi...usaha along....

Kan zaman dah moden nak shopping pun hujung jari je,
tapi kalau hujung jari tak ada duit jangan bermimpi ye kawan2...



aku ni nak kahwin terkial-kial berjimat cermat,handbag pun dah berzaman tak berganti.esok lepas kahwin pakai je lah handbag hantaran tu..hahahaha.







Barang apakah di atas?muahaha..rahsia...tunggu aku kahwin nanti aku kasi tepek gambar ye...tapi la ni nak mencari rezeki dalam alam maya jap.bubye...eh...sapa-sapa nak kurus sila email aku,tapi sila baca iklan melekat kat blog aku ni dulu.

09 February 2011

Buat je lah apa pun =p

Assalammualaikum w.b.t
selamat pagi.

Chickenpop tak baik lagi,
gatal-gatal dan tangan aku pun gatal je nak garu.

Dah berapa hari ni satu kerja pun aku tak boleh buat.
Tapi nekad lepas publish post ni aku nak buka buku study hehehehe...
*semangat...semangat

owh,aku ada benda nak publish nak share dengan kau sebenarnya,
yolah kau kan tahu aku dalam proses berusaha menurunkan berat badan.
Hehehe..insyaallah besok aku publish buat sticky entry lagi *poyos.

Hah tengok melalut lagi,
aku nak update pasal perancangan majlis kahwin aku ni,
memandangkan aku tak sihat,maka banyak hal tertangguh,
tapi jangan risau banyak gak hal aku dah settle.

Tadi pagi *pukul 10 tu pagi ke?
mama aku call,

Mama: long,mama ingat nak bagi ******* sebagai giftlah.
aku:Terpulang mama lah,along ok je.
Mama:separuh dari gift ayah dah tempah.
Aku:Mama buatlah apa yang patut,along ok je.
Mama:untuk kawan-kawan awak dari jauh nak bagi apa?
aku:entah,kita tak fikir apa-apa lagi,apa mama sediakan kita bagi je lah.
Mama:hah ye lah,nanti mama cari.Awk makan pantang,cepat baik nanti.
aku:baik.

see,aku anak yang baik kan?
malas nak menimbulkan konflik,
aku kena faham satu perkara yang mama aku terlalu excited sebab nak terima menantu untuk pertama kalinya.

Jadi bab2 katering dan gift memang bahagian mama aku.aku x campur.
Buat apa nak pening2 kan,buat part aku cukuplah.Lagipun aku ni jenis bukanlah ambil kisah sangat.Hahahaha


see,kesian laki aku esok.Dapat bini asal boleh je..
hehehehe...jangan tertipu ye kak tipah sekalian.
aku ni jenis cerewet tapi bukan dalamsemua hal.
Dan aku x suka nak manage benda2 macam ni,
dalam kepala aku hanyalah duit,habiskan tesis dan kerja.


Sebab bagi aku kahwin itu pasti.
mula2 dulu memanglah aku inginkan majlis yang bertema bagai,
tapi dah sampai la ni,aku buat yang mana termampu,simple je.

Owh,aku dah hilang beberapa kilogram...lalalala~
sebab makan pantang kan?
Bosan okey makan nasi dengan lauk ikan singgang je,
memang sehari sekali je lah aku menghadap nasi.

Selebihnya,kalau lapar aku makan epal merah,biskut dan air milo.
aku banyakkan minum air putih.
see,kalau sakit aku sangat berdisiplin.hahahaha

Tapi ada satu lagi rahsia lain yang aku janji akan published besok.
Tunggu ye.....

Tapi nak kahwin ni seriuslah,aku sempoi je.
Mungkin sebab barang2 hantaran dah settle awal kot.
tinggal nak jumpa photographer dan tempah kad jemputan bulan ni.
Ops hujung bulan mahu ke pejabat agama,nikah...tetttttttt
hahahaha....x lah...mahu kasi settle borang nikah..kata nak kahwin..lalalala~
nak kahwin..... =p

08 February 2011

Bantal busuk kesayangan (^-^)

assalammualaikum....
selamat tengah hari.

Hari ni aku bingung juga.
sebab dapat banyak spekulasi pasal chickenpop.
Chickenpop @ chickenpox @ chickenpork
owh yang last tu x mungkin...hehehehe

la ni aku sapu ubat je memanjang,
pil2 bagai dah habis aku telan.

aku redha je,dengan harapan kat muka tak da parut yang wujud.
Nak buat macam mana dah nak sakit,bukan aku yang mintak.
aku anggap ni dugaan sebelum berkahwin.
Tak pe,aku selalu motivasikan diri bila tengah melalui keadaan 'sukar'
"Allah sayangkan aku."

Tengah2 duduk berangan aku teringat dekat seorang kawan rapat yang sangat2 aku sayang.
*antara mereka2 yang aku sayanglah ni


present my bantal kesayangan....Hajiyah Zain a.k.a Gyah

Owh,dia yang pakai skirt labuh tu ye.
Yang pakai tak semenggah tu aku.






Atenya jadi hantu raya di malam tahun baru,
berdiri plak atas tapak surau....





Shitttt...i miss this moment.
rindu sangat dengan perempuan ini.
kenapa bantal kesayangan?
hanya Gyah yang tahu.




Antara manusia pemegang rahsia aku terbesar...hahahaha
kalau aku jadi artis confirm paparazi kejar dia kan.
*perasan...kan dah cakap KALAU aku jadi artis.





hahahahahaha =p
Sekarang nak keluar2 dah x boleh pakai macam ni lagi,
kalau tak kena jeling dengan En.tunang.
Duluuuuuuuuuuuu dia tak kisah,sekarang dia kisah.
Yolah sebab dah nak kahwin kan,
dia kata esok dah kahwin bukan tak leh pakai...
lagi seksi dr ni pun dia bagi....tapi dengan dia je lah...
huahuahuahuahahahahaahahahaha...





Eh kadang2 ada gak pakai yang singkat2....
dia ok je,tapi bergantung dengan keadaan,
tak kan kenduri kahwin nak pakai skirt ye x?
hahahaha...





okey...bye...nak layan perasaan jap.
rindunya kat Gyah.. =(

07 February 2011

Sakit....

Assalammualaikum.
selamat petang..

hulalalala...
aku di rumah kerana menghidap sejenis penyakit gelembung-gelembung air.
aloh kau panggil 'chickenpop'.betul.

Banyak seyh kat muka...
wa..wa...wa..wa...
cuba bayangkanlah,lagi 2 bulan lebih mahu kahwin.

sedih~

pedih+gatal+sakit..
hulalala x leh nak cakap.
banyak naik kat muka,aku rasa sedih sangat.
yelah mana tau tinggal parut.
nak kahwin ni..nak kahwin....

okey tak mahu sedih2...
alamak tesis tak buat lagi..mati..
ok2 jangan panik..sejuk...sejuk...

alhamdulillah barang hantaran hampir sempurna.
goodies mama aku yang settle,lantak pi dia mahu letak apa.
aku tak kisah.Tu memang job dia,karang kalau aku masuk campur buat gaduh je.

Jadi kurangkan tekanan masa nak kahwin ni.Banyakkan ketenangan,maka semua benda boleh buat dengan aman.

Dan perkhabaran terbaru,
mama aku nak mempelbagaikan goodies serta dia nak belikan aku baju nikah yang baru...
what the????happyyyyyy...yeay..maka banyaklah baju yang cantik2..
hahaha

kau hengat aku nak pening2?maaf aku dah bukan orang mcm tu.
tak kisah juga....sebab baju nikah yang aku minat berharga 4k++++++
=p

Kalau rezeki datang tak kan nak tolak.
duit mama aku biarlah janji dia senang hati.

Aku macam tak kisahkan?
hahaha..
aku dah cakap awal2...majlis aku simple kau...
simple bebenor.

Kalau tak percaya masa kau datang nanti soletip mulut siap2.
sebab aku x bagi kau kutuk aku.hahahaha
x lah aku x kejam macam tu pon.

peta untuk kad pon aku x lukis lagi.
selamba sungguh...

material untuk dress kat pak andam pon aku x intai lagi.
macam mana nak pergi kata tak sihat kan.

hulalalala..bila nak sihat ni...aku dah bosan kat rumah...bosan tahu tak...

petang ni en.tunang datang...
aku dah senaraikan apa yang perlu dia beli dan bawa...yeay~


ok mahu makan ubat dan tido.Bye.

*sebenarnya aku malu nak jumpa en.Tunang dengan rupa macam ni,tapi dia selamba je hari tu,x da buat riak terkejut atau nak lari.hahaha,Tapi hari ni aku dah macam tepung gomak,putih semacam tepek ubat kat muka =p

02 February 2011

Serabutnya =(

Assalammualaikum w.b.t

aku tak tahu nak taip apa,

tapi aku nak tanya,apa yang akan kau buat kalau orang yang kau sayang tak percaya pada kau lagi?

Apa yang kau akan pertahankan kalau memang silap berpunca daripada kau,kau tak berniat dan tidak disengajakan?



tak perlu tinggal jejak,kau jawab dalam hati je =(