Sentuhlah saya

31 October 2010

Kesayangan-kesayangan

Salam,
Selamat pagi..
alhamdulillah aku masih bernafas..
owh..makin hari aku belajar untuk mensyukuri nikmat tuhan.

aku nak tepek gambar2 lama nih,
sudah bau pekasam tapi masih nak cerita.
it's all about my birthday on 16 october =)

Jangan muntah purple...
macam biasa aku akan celebrate dengan lelaki ini..... =)

abaikan muka comot =p
Sebenarnya tak da celebrate tempat istimewa bagai,dia bawak aku pergi Secret Recipe je.Tak ada dinner2 di Hotel seperti tahun2 lepas.TApi gambar kat atas ni supper time,makan kat SR pukul 8 malam,MC'd pukul 12.30 tengah malam.Rasa mcm membazir pulak habis duit makan kat hotel,lagipun kat Batu Pahat ni Hotel tak macam kat KL nun..ada Shang Ri La,Vistana,Prince,Concorde.Kalau ada rasanya memang bertukar2 tiap2 tahun =p.Tapi yang penting En.Tunang Ingat...dia bagi aku pilihan mahu order kek sendiri atau dia belikan.
Kalau dia belikan confirm SR again...muak..tiap2 tahun,tak besday pon dia belikan gak.Jadi aku decide mahu order yang biasa2 je,aku cari owner blog yang paling dekat dengan aku, jadi aku pergi sini .


!6 oktober sebenarnya kitaorang tak leh nak dating sebaliknya En.Tunang kena datang rumah atuk,rewang.Mak iza buat Majlis Aqiqah anak kecik dia Danish Rayyan.Owh atas ni Dania Erisha,kenit2 kesayangan.
Kepala dia berbungkus.Dia yang mintak dan aku yang ajar,sebab aku yang mandikan dia... =)


Damia Qistina + Dania Erisha

MEmang patut tulis i love dad,sebab sikit cari bapak dia =)

Kenit2 kesayangan (^_^)

Owh..hehehe *blush tiba2..bunga dari en.tunang..hadiah..rahsia.Sebelum ni dah di bawa shopping sakan masa raya banyak yang dapat hadiah dalam pakej beraya,next gift aku nak letak atas dulang hantaran.Tak pe jangan tamak,boleh jimatkan duit dia..ye tak bang?
Tapi masa ni ada salah seorang makcik aku tanya,'i bunga je?'
banyak kali dia tanya,apa pun yang aku bg jawapan dia macam tak terima.Bila aku kata hadiah yang akan datang letak atas dulang hantaran,dia jawab.'hantaran tu lain,hadiah lain'..
uiks dia macam nak tahu En.Tunang ni kaya ke tak,kalau tak kaya kena kutuk kaw2.
Aku ni bukan kisah sangat,kau bagi aku terima.KAu tak bagi pon aku mintak gak dan kau memang akan bagi.
Sekali kalau aku mintak iPhone jam tu gak aku boleh dapat.Bukan tak tau mamat tu jenis cermat,menyimpan wooooo.Hah sekali i tunjuk hadiah yang dia bagi terdiam okey makcik aku...total je boleh buat orang putus nyawa.Memang tunang i tu tak ada duit..hahaha pada dasarnya..memang dalam kocek sikit sangat tapi dalam bank..banyakkkkkkkkkkkk......mana aku tau,i terpaksa mengintip....=p
Lagipun jenis tunang aku nih,dia tak suka orang mintak2,dia ada hati sendiri jadi dia tau nak bagi atau tak.seems like my laptop,tb2 je dia belikan..kau rasa?jadi kalau dia tak bagi aku hadiah masa birthday pon...i tak kisah.. =p sebab bila2 masa i boleh dapat *berlagak nak mampos..sila lempang.Nak menunjuk nak buat apa?apa yang aku dapat.TApi bila orang suka menyibuk2 lagi2 keluarga sendiri memang aku bagi tegak2,sampai kau terdiam.Anak kau ada dapat ke?tak ada kan????hahaha.Sebenarnya dia nak bandingkan antara aku dengan anak dia siapa yang hidup mewah,apa yang aku dapat.Tak faham okey..tak faham???manusia kan,tak boleh orang lebih dari dia...
Lagi satu,dia tunggu je masa aku nikah nanti.dia memang nak tengok apa hantaran yang En.Tunang bagi aku,erm..aku jenis biasa2 je.Sebab aku dah jemu dia buruk2kan En.Tunang kat semua orang.En.tunang lagiiiiii banyak sabar... =p







29 October 2010

Tag dari HUsna Kesayangan =)

Salam...
oleh kerana minggu ni aku asyik mencarut je..salah seorang dari kesayangan-kesayangan aku telah tag....siap pesan suruh buat..mentang2 mood aku macam harem..haha

Ye Husna aku buatlah ni...



(1)Apakah yang anda lakukan jika anda marah?

Tak banyak yang aku boleh buat masa aku marah,biasanya emosi tengah macam haram aku akan membebel+mencarut2 sampai puas.Tapi kalau marah yang terlampau sangat sampai dada aku sakit biasanya aku akan menangis,menangis sambil tekup muka kat bantal lepas tu jerit..hahaha tak da sesiapa dengar kan?

Kalau marah aku tak tahap dewa macam tu aku akan mencarut kat blog,tak pun aku akan keluar pergi makan2,bila dah lega balik rumah aku bantai membuta.

TApi sekarang kalau cari pasal dengan aku memang silap besar,masa tu gak aku balas balik,kalau kau dah macam sial aku lagi sial dari kau..haha mcam gitu..boleh?

Tapi aku akan behave kalau tunang aku slowtalk kat aku nih...see..=)


(2)Kalau anda terkejut boleh tak buat anda marah

YEss..memang aku akan marah kalau terkejut...biasanyalah.Lebih2 lagi kalau tengah memandu.Serius aku macam nak sepak keluar je kalau ada yang tb2 jerkah aku macam...'eh..slow2..long depan ada kereta'..Tiba2 okey..

Dulu aku pernah bawak sorang member ni,aku drive dan beberapa lagi berfungsi sebagai penumpang termasuk dia,aku tak tau apa masalah jiwa dia tengah frust gamaknya,boleh aku tengah drive tu dia tb2 menjerit..kepala hotaklah..nasib baik aku tak terbabas masuk Tasik..kebetulan kejadian berhampiran dengan tasik..kalau dah selamat aku dengan kancil aku terhumban dalam tu..hahaha =p


(3)Lama tak anda marah?

Tak.....


(4)Apa yang anda buat untuk hilangkan marah?

Makan+tido+merayap+shopping..heaven~

(5)Selalu tak anda buat orang marah..

Tak...


TApi selalu jugak buat En.Tunang marah. =p

(6)Kerap tak anda marah?

Bergantung pada emosi dan situasi..tapi aku memang panas baran tak percaya tanya orang2 sekeliling.

Siapa yang anda nak Tag?kalau diaorang tak buat anda marah tak?

#my bebeh..Syira
#my kakak in blog Kak Lyn
#Ibu anggun Lilly Lotus


kalau korang yang lain nak buat pun sila2.Aku kadang2 bab tag ni lembap sikit..haha..
Oi..cayang aku dah buat Tag kau nih. =)

27 October 2010

?????????

Salam...
Aku rasa hari ni aku lebih baik dari semalam..

KEnapakah?hahaha
tak nak cakap banyak..
kalau ada baca entry sebelum ni tahulah aku tengah amukan berdarah..
haha..

Untuk Lelaki yang rasa diri dia dah cukup bagus...
ini jawapan aku,setakat hari inilah.

Aku pilih Tunang aku sebab yang aku sendiri pun tak tau.Kenapa aku suka dia,kenapa aku cinta dia.BEtul cakap kau,aku boleh dapat yang lebih baik dan bagus.Tapi hati aku terbuka hanya untuk dia,sedangkan aku tak tahu dia siapa,aku tak pernah ambil tahu apa status dia,yang aku tau,aku bangun pagi dan terfikirkan dia.Itu pun setelah 2 bulan kitaorang berjumpa.KAu rasa?

Aku kenal dia,dia tiada harta,walau sesen.Mungkin dalam bank adalah duit sikit tapi tak lah BANYAK macam sekarang.NAik motor EX5 je,masih belajar dekat pusat kemahiran.Balik hujung minggu pun dia naik bas.KAu rasa kenapa aku suka dia?

Aku tak da jawapan yang spesifik...
YAng aku tahu bangun tidur je aku dah terfikirkan dia sedangkan aku tak cam langsung wajah dia masa tu.

Kau kata dia lelaki yang tak baik..
BAgus kenyataan kau..
Dia memang tak baik dan sempurna..
tapi kenapa aku suka dia?
sedangkan dalam waktu yang sama ada je beberapa lelaki lain yang lagi kaya-raya,kuat iman,pakai kereta mewah dah stabil kedudukan ekonominya,kalau kahwin pun aku tinggal CUCI KAKI je tak payah berusaha macam sekarang.

Aku tak ada jawapan....

Aku berdiri di sebelah dia sejak 6 tahun lepas..
dia bukan sesiapa..tiada harta,tiada kekuatan..jiwa yang kusut.

Tapi dia berjaya mengubah aku..
supaya menjadi manusia yang lebih prihatin,lebih peka dengan hal2 hidup,bertanggung jawab,bijak dalam membuat keputusan,terlalu banyak dia bantu aku...

Kau tahu..dia bukan lah lelaki yang baik kerana sering alpa dengan hal2 duniawi,jarang solat (dahulu),kurang memikirkan soal diri sendiri.Sekarang dia dah lain..lain sangat.
Setiap hari dia akan hadiahkan aku dengan senyuman,sebab dia rasa gembira kini hidup dia lebih berkat.Alhamdulillah dia berusaha mendekatkan diri dengan tuhan,dia mampu membimbing aku..

Sebagai seorang wanita yang datang daripada latar belakang keluarga yang agak serabut..
apa lagi yang aku harapkan?
kalau aku nak lelaki yang baik,aku sendiri tak baik pun..
Kalau aku nak lelaki yang beriman,aku sendiri tak beriman sangat pun,
kalau aku ingin lelaki yang sempurna,aku sendiri tidak sempurna pun..

Kami berusaha untuk menjadi yang lebih baik,
kami lebih yakin dengan rezeki Allah S.W.T..
Dan kami lebih yakin kini ketika menuju perjalanan untuk menghalalkan yang haram..
kau rasa?

Aku bukan wanita yang buta kerana cinta..
aku terima dia seadanya seperti mana dia terima aku seadanya..
kami belum cukup berusaha dan kami sedang berusaha..
Andai kata,dia bukan jodoh yang terbaik untuk aku satu hari nanti..
aku redha kerana RAhsia Allah tiada siapa yang tahu..
Aku lebih suka berpegang kepada prinsip 'ada hikmah di sebalik kejadian'

Dan kini bukan aku sahaja yang berpegang kepada prinsip ini,
malah lelaki yang aku cinta juga memegang prinsip yang sama..
Kami mencuba untuk berusaha dan meminta kepada Allah..apa yang disuratkan kami tak tahu.

Untuk kau yang aku tak tau kenapa..
Tolonglah...tolong jangan ganggu hidup kami...
Sebab aku tak tahu tahap kesabaran aku sampai takat mana..
aku takut aku akan membalas lebih buruk lagi dari apa yang kau dah buat.

Aku cuma harap kau bersihkan hati kau yang busuk tu,
semoga kau anak-beranak hidup bahagia.

26 October 2010

GO TO HELL

Salam...
selamat sejahtera..

Entry sebelum adalah luahan perasaan.
Aku tak tau kenapa ada manusia yang berhati busuk.
dia ada masalah dengan En.Tunang,seharusnya dia selesaikan dengan En.Tunang.Tak perlu nak sound2 aku bagai dan buruk2kan tunang aku.

Kalau depan aku tak pelah.Paling miskin pun aku bebel2 kejap je,cuba kalau dia buruk2kan depan orang lain.tak ke macam sial+lahanat tu namanya.

Tak cukup agaknya masa raya hari tu dia malukan tunang aku depan orang ramai,tapi En.Tunang cool sebab memang tahu jantan celaka tu berniat busuk.Orang kalau hati dah busuk macam bangkai memang tak tenteram hidup dia,patutlah meroyan macam haram.

ayat yang memang aku tak leh blah..

'lelaki macam tu ke yang kau nak buat suami?'

What the FUCK...
kau ingat kau lelaki yang macam mana?
kau tu dah bagus..welawei...kau lagi tak guna dowh...
kau tengok diri sendiri..
Kau tu baik ke?
hahaha..kalau kau mati tiba2 pon jawapannya memang GO TO HELL.

memang mulut aku jahat,sebab kau lagi jahat daripada aku.
Apa salah Tunang aku?
sebab dia tak nak kawan dengan kau lagi?
sebab dia dah tau mana baik dan mana buruk..
sebab dia tahu kau nak hancurkan dia je?
sebab tu?

Kau pun tak berani nak gertak secara terang-terangan...
kau kata tunang aku tak gentle..
habis kau tu gentle ke?
nak sound2 aku..
aku perempuan lah wei...
lelaki kecut B****G je sound2 perempuan ni..
hahaha
nampak sebab kau aku banyak mencarut..

kenapa?
sebab aku marah.
aku kecewa dengan sifat kau..
umur dah 30 lebih tapi perangai macam jantan bongok dowh...Bodoh.

Gentle kau jumpalah tunang aku berdepan..
masa kau berdepan muka tunang aku pun kau tak toleh.
apasal kau takut dia tumbuk kau melayang...
halllooooo..tunang aku tak da lah bangang sangat nak pukul orang yang pernah jadi kawan dia..
dia bukan budak2 nak selesaikan sesuatu dengan cara orang nomad..
Dia malas nak layan kau sebab kau makin lama makin macam SIAL.

Memang aku jahat,
aku hasut tunang aku jangan dekat dengan kau,
sebab aku tak nak dia jadi pemimpin keluarga yang tak berguna,
aku tak nak dia musnahkan diri sendiri...
Aku serik hidup dalam keadaan huru-hara..
aku tak nak esok anak2 aku rasa benda yang sama.

Aku tak suruh dia putus kawan dengan kau,
tapi kau yang buatkan dia ambil keputusan macam tu..
kenapa mesti kau nak buruk2kan dia?
apa yang kau dapat..

kawan2 lain yang nampak baik pun
rupanya barua...duri dalam daging..
tak ikhlas...

Aku tak faham kawan jenis apa korang ni...
kami dah nak kahwin..
cuma mahu berubah menjadi lebih baik dari sebelum ni.
Apa masalah semua orang ni sbnrnya...

Aku kesian tengok dia,
menelan segala kata2 orang sekeliling,
menahan hati daripada biadab..
apa ni????
dia manusia biasa..
manusia yang ingin lari dari sisi gelapnya..
sebagai kawan bukankah patut kau membantu...

aduh..banyak dosa aku hari ni..aku benci...benci bila aku harus mengatakan

'berhati2lah,berdiam tak bermaksud berserah,berdiam lebih baik dari melawan.Tapi jangan ingat aku berdiam kerana takut,aku berdiam kerana aku turutkan kemahuan tunang aku..ingattttttt..kalau kau lebih2 lain kali aku tak teragak2'.

25 October 2010

Aku marah sebenarnya (^_^)

Aku tengah marah...
tapi aku cuba kontrol..
kenapa?
kenapa kau cuba buruk2kan tunang aku?
apa salah dia dengan kau?
sedangkan dia tak pernah ganggu hidup kau...
Memang dia bukan lelaki yang baik..
tak cukup segala kelakuan yang baik pada dia..
mana ada manusia sempurna...
tapi cukuplah kata2 kau sangat membuatkan aku sakit hati...
walaupun dia bukan lelaki yang baik..
tapi dia lelaki yang CINTAKAN ibu bapanya..
dia sayangkan aku...
kau tak kan tahu betapa lelaki itu sanggup berkorban nyawa untuk aku...
kau tak kan tahu betapa lelaki itu perit menangung beban di jiwanya..
dia memang bukan lelaki baik..
tapi cukup sekadar aku katakan..
biarlah dia menjadi terakhir untuk aku..
Biarlah dia menjadi seorang suami yang baik untuk ku..
kenapa kau?..kenapa?...

23 October 2010

Bila Tertekan,kau buat apa?

Salam...

Tension...arghhhhh..
rasa seperti mahu terjun bangunan..
cop2..tak boleh kau tak boleh bunuh diri sebab mati dalam kemurkaan Allah S.W.T..

Tapi aku mahu mati...
aku mahu...jugak bunuh diri..

Gasak kau lah nak mati esok kalau jadi hantu jangan cari aku,
sebab aku tak kasi kau nak jugakkan..

Hahaha..
amacam..kau paham tak apa aku tulis...?
Drama gituuuu.

Ini petu kalau kau berhadapan dengan situasi orang nak bunuh dirilah..orang islam lah..kalau lain agama aku tak tahu.

Serius kalau kau cakap macam aku tulis kat atas tu confirm dia tak jadi nak bunuh diri..sebab takut jadi hantu bukan takut dengan tuhan.
Ni punca2 tekanan perasaan..

Serius wei..tekanan boleh buat kau jadi gila..
aku pernah tension yang sangat2..
aku tak boleh tido,
aku tak da selera makan,kepala aku sakit sentiasa,
muka naik jerawat sebab emosi tak stabil..

Kau cuba bayangkan kau dah umpama MAYAT hidup..diulangi mayat hidup..
kenapa?
pejam mata dan tarik nafas slow2...
Aku amik port nak tido dalam pukul 11 malam,
badan dah letih,kepala dah tak larat nak memikir,
baring je kat katil mata terus tak nak pejam,bila kau bangun ngantuk pulak..
aku habiskan masa atas katil terkebil2 biji mata nih almost 2 hours...
JAdi sudahnya ke pukul 1 pagi baru tido..
itu pun aku akan terjaga tiap2 jam @ tiap2 30 minit...
boleh bayangkan dan ianya akan berlarutan sehingga pukul 4 @ 5 pagi...
barulah kau boleh Zzzzzzzz..
tapi masa tu aku kerja kat UPM..
Semestinya pukul 6.45 aku bangun solat bagai dan siap2 pergi kerja..
Tapi mengantuk ya amat...silap2 pukul 7.45 br terjaga..

Kalau kau hari2 kau macam tu sampailah beberapa bulan kau boleh handle?
kes aku sampai ke pakar psikiatri ye?

Doktor pun tak ada ubatnya sampai buatkan aku appointment dengan pakar.

Pakar pon tak ada ubat,dia ada bagi aku ubat tido.
Tapi aku tak pernah makan..
aku jumpa pakar 2 kali je untuk sesi rawatan @ kaunseling..
lepas tu aku Lenyap..terus.

Mula2 aku ingat pun aku gila..
sebenarnya tidak,
aku terover tension dengan banyak masalah..
tapi sebenarnya aku sudah lariiiiiii jauh dari Tuhan..
Back to basic..
apa pun yang berlaku jangan lupa tuhan...

Sekarang aku dah okey,tido malam pun nyenyak..
Tak malam pun aku tido jugak,lagi2 lepas lunch,bantal tu macam memanggil2.

Pukul 11 malam aku dah hanyuttt..
Ubat yang dia bagi aku tak makan sebab aku dah ada ubat aku sendiri..

Ubatnya adalah berzikir sebelum tido,
macam aku cakap kembali kepada asal,
sambil baring dan cari feel nak membuta tu zikir jelah apa..
tak kisah,akhirnya aku berjaya terlelap sehingga pagi..dan itulah penawarnya.

Sekian kawan2 kisah penyakit misteri!!! yang mengganggu aku..
alah sebenarnya sebab aku jauhkan diri dari tuhan..
aku anggap sebagai dugaan..

Tapi punca sebenar sebab aku dah bosan hidup kat UPM,
lagilah jumpa manusia yang macam HARAM..
serius sampai hari ni aku betul2 meluat.
Tapi aku cuba belajar memaafkan..
ops! manusia tu tak termasuk dalam aspek2 punca aku tension..
dia hanya cebisan2 hidup aku yang aku menyesal pulak nak kenal..
lahanat je statement..
hahaha..

Kesimpulannya bila tertekan jangan sampai bunuh diri ye!

22 October 2010

5k

Salam,
Selamat pagi..

aku tak nak cerita pasal tesis yang tak siap,
Tak nak cerita pasal tengah bekerja keras mencari duit..
Buat 3 kerja dalam 1 masa..
MATI!!!!!


Aku tengah berfikiran...
*cop aku nak cerita pasal andaman+pelamin..

Aku dah survey2 beberapa andaman,
pelamin serius memang cantik gilerrrr..sampai aku pon gila!!!!!!!!tengok pakej dan harga.
Kau bayangkan pelamin idaman aku berjumlah 30k..mamposss...i tak mampu noks..tak mampu..

Sebelum ni aku nak buat seperti fairytales punya cara,basic sahaja 8k..*sangap..
total fairytales wedding yang biasa2 sahaja adalah 15k..
jadi tak boleh berangan lebih..sebab tak mampu.
Bajet dalam tangan setakat ini adalah 3.5k...takot2 menjadi 5k
Mana mau cari duit..duit..duit..di mana kau duit..

Adakah 5k terlalu mahal..ye..mahal..
bagi akulah..
kalau orang2 yang banyak duit mesti dia kata..
'okeylah tu,tu pun sikit'

Kepala banarlah...lepas kahwin mahu pakai duit banyak ler...
Jadi kalau tak mampu kita kena sedar diri yang kita tak mampu..
think..think..think..
Berfikir secara waras..sebentar..
hahaha..

Jadi sekarang ni tengah ada banyak pilihan tapi masa dah tak banyak sebenarnya..
mahu atau tidak aku mesti segera booking Andaman.
Setakat ni dalam kepala mahu ambil sahaja pak andam yang solek aku masa tunang hari tu.
Tapi mama kata untuk majlis bersanding dia mahu orang lain..baiklah..
kalau under bajet aku boleh amik asing2..
tapi kalau bajet sudah lebih..mama sila bagi duit dekat saya...hollaalaa..

mahu menyimpang..tiba2 terfikir pasal kereta baru..ngehehe sila simpan impian..masih tak mampu..
hari tu ada jugak bual2 pasal nih dengan En.Tunang..
tapi aku lagi prefer pakai Kancil Tua aku tuh..
Sebab aku sudah ada kereta idaman..
mahu simpan duit..sekali aku ban duit..terus dapat apa yang aku nak..
amacam..tapi itulah spesies aku..malas nak tukar2 kereta.
Ada juga yang mengoffer..tak pelah terima kasih daun keladi..
selagi kancil i gagah di jalanan,insyaallah..kalau ada rezeki lebih...huhuhuhu..'Pakcik garis 3' sila tunggu kedatangan saya ke kedai anda tak pun 'pakcik jepun'..hahaha

Banyak perancangan dalam kepala tapi mahu settle satu2 dulu..tb2 dapat semangat baru hehe..
aku mesti fikir ke hadapan..
Tak boleh menunggu kerja2 yang belum tentu ada kekosongan untuk aku..
yes..optimis dan yakin aku boleh buat...huhuhuhu...bergerak secara perlahan yang penting terlaksana.

Owh..pasal 5k..mana nak cari 5k hari ni ek?
ada sapa2 nak derma?
pasti tidak..fikir..fikir..fikir..erk..oklah aku nak berfikir dulu sambung nanti.

21 October 2010

Kenangan lama =)

Salam,
Selamat sejahtera ke atas kamu semua..
aku semakin sihat dan bertambah bolatttt..
jangan terkejut kalau aku kasi tepek gambar aku senyum selebar2nya dengan membawa badan yang sudah semakin tough ini..bahagia katanya..walaupun keadaan adalah sangat kusut sekarang ni..

Beberapa hari yang lepas..
aku tergerak hati untuk PM EXBF (exboyfriend) aku..
Kebetulan hari lahir dia jatuh pada 10 Oktober..
sememangnya ingatan aku kuat,alhamdulillah.Aku memang ingat hari lahir manusia2 sekeliling..
EXBF aku yang second pon aku ingat..
*hey along berapa ramaikah EXBF anda?..motip..ingat aku ni lawa sangat sampai nak berboipren reramai...

YAng aku nak cerita ni EXBF aku yang first zaman2 skolah dulu,
Kitaorang putus pasal dia yang mintak putus..bukan aku hokey,
Dengan alasan masa tu dia tak amik SPM,tak nak masa depan aku musnah kalau aku dengan dia.Hahaha..kejadah dia mintak putus seminggu lagi nak SPM..cibais..jahanam keputusan aku Terukkkk..akibat terlalu emo..benci~

Hahaha..tapi aku tak kisah pon kini,
sebab i sudah Ada..tettttt..sudah mahu kahwin pon..
welawei..aku PM dia bukan sebab nak dengan dia balik..no..no..no..
sebab atas dasar kawan.
Dia sangat baik dengan aku,jadi kenapa aku mesti layan dia seperti pesalah,sedangkan dia cuba untuk mintak maaf dengan aku sejak 7 tahun lepas.

Kalau kau ada baca entry sebelum ni,dia memang ada cari aku.MAsa tu aku belum tunang lagi.
Kenangan memang susah nak lupa tak bermaksud sayang kat dia tu ada lagi.Kitaorang tak ada masalah pon,punca SPM aku teruk memang aku yang teruk tak belajar,aku main2..sangat teruk.Dia tak ada kena mengena kalau ada pon sikit je sebab menyebabkan emosi aku terganggu.

Kami berbalas msg dalam PM sahaja,
bertanya khabar.Aku?AKu ok je..
kan aku dah cakap dia baik,mungkin sebab memang bukan jodoh kami.
Lagipun hal dah berlalu 7 tahun lepas..kan lama tu..
Lagipun dia dah mintak maaf dan aku pun tak ada simpan apa2 dalam hati.
cuma kesian kat dialah belum ada GF lagi,
aku doakan semoga dia cepat2 bertemu GF agar tidak kesepian ceitt..haha
tapi aku ikhlas..haha..

Dulu bila aku cakap kahwin je nak jemput dia,
dia cakap tak nak datang sebab takut terasa hati..
sekarang ni bila aku cakap dia pulak yang beria2 nak datang..
Tapi tak tahu lah kan hati manusia siapa yang tau..
yang penting aku optimis..tak simpan apa2 perasaan kat dia..
Lagipun kami kawan dari zaman muda2 dulu..apa org kata putik2 remaja..haha

Lama sei aku kenal dia..since 2001..
Bila kita bertambah matang kita boleh beza mana satu kenangan dan mana satu Realiti.
Alhamdulillah setakat ni aku tak pernah tergugat dengan kenangan,
Malah semakin kuat sebab kenangan banyak ajar aku agar beringat tentang masa hadapan..

My En.Tunang?
i dont know..lately dia sangat sensitif..
Terlalu..tapi aku suka..
aku ni kan bendul..kalau dia cakap tak suka tu brlah aku tau dia tak suka..
serius aku bendul..
kau tanya tunang aku,aku ni jujur je ikut je apa orang cakap..
tapi bergantung gak..hahahaha..

KAdang2 En.Tunang geleng kepala je sebab aku ni SENGAL..
serius wei..kadang2 soalan yang keluar dari mulut aku ni tak tercapai dek akal..

Weih..aku ni melalut jap..aku kena submit tesis by this december kalau tak kena bayar yuran mahal..aku tengah mencuba ni..sila doa2kan aku ye...aku sangat2 stuck sekarang ni..sangat memerlukan sokongan moral..bla..bla..bla..melaka maju..tiba2..hahaha

okey,nanti aku rajin aku sambung ye..bye2....

20 October 2010

Rindu Dia (^_^)

Salam,



Walaupun setiap hari jumpa...

aku selalu rindukan dia...



Semalam,masa minum petang aku tanya dia..



Aku:Awak cintakan saya kerana apa?



En.Tunang:(senyum)kenapa tanya sayang?



Aku:Erm..kamu tak nak jawab?



En.Tunang:saya cintakan awak kerana awak..tapi sebenarnya saya tak tahu jawapan apa yang sesuai untuk soalan awak.Setakat kata2 tak memadai,saya tak boleh buktikan cinta saya kepada awak kerana saya tak mampu,kerana saya tak suka mengucapkan SAYA CINTAKAN AWAK setiap kali,kerana biarlah hati saya yang simpan bagaimana perasaan CINTA saya untuk awak.

Aku:*speechless



Sebenarnya tak adalah nak minum petang sangat dah minum maghrib dah tu namanya sebab lepas waktu bekerja,kami terus pergi menonton Alpha & Omega..

cerita kartun...



Ye..cerita kartun..sekarang ni dia pon dah terjebak dengan kartun,sebab aku suka sangat tengok kartun.Kata mama masa dia mengandungkan aku dulu,ayah sangat suka tengok kartun.



Aku rindu dia walaupun kejap lagi aku akan jumpa dia...
kenapa?
aku tak tahu..dalam situasi sekarang 90% hidup aku adalah dengan dia..
maaf aku tak perlu terangkan keadaan aku kenapa dan mengapa.



6 tahun usia cinta kami,menyulam perhubungan dengan terlalu banyak cabaran...
nampak macam tiada apa2,tapi aku pernah mintak 'putus' dengan dia..
ya,lelaki yang aku cinta,lelaki yang sentiasa pastikan aku bahagia walaupun dia memendam rasa.
Itu cerita setahun lebih yang lepas,tindakan dan kata2 atas kebodohan aku sendiri.Ye..aku tengah ketuk kepala aku sendirilah ni..sebab bangang sangat..

Aku tak kata kalau aku tak da jodoh dengan dia aku akan mati,
Cuma aku mintak sangat dengan tuhan biarlah dia yang terakhir...

Kenapa aku buat entry jiwang karat+emo ni..
atas sebab2 tertentu...
kadang2 bila terlalu banyak cabaran+dugaan+rintangan+halangan...
aku rasa kau pon akan luahkan lebih dari ini..

KEnapa aku cerita ni semua dengan kau ek?alahai...sekadar renungan..jangan ulangi kebodohan aku mintak putus suka2 macam orang tu tak da perasaan..*dush..aku dah tumbuk diri sendiri..

Tapi tak bermakna bercinta ni kau sampai memperbodohkan diri sendiri..jangan sekali-kali..ingat ye kakak2 dan abang2...jangan sekali-kali...

*aku tak tau apa motip aku tulis gini...

16 October 2010

Hari Ini Birthday Saya (^_^)

HAPPY BIRTHDAY TO ME (^_^)
YANG KE 25 TAHUN...
MASIH MUDA YEAY....

15 October 2010

Kentut busuk :-}

Salam,
Selamat pagi...

Kau nampak gambar lelaki kat atas ni..
meriah kan dia ketawa..
sebenarnya dia tengah ketawakan aku sebab...aku kena kentut dengan dia..
ye..dia memang selalu macam ni dalam kereta..
Bila aku tengah leka bercerita dengan dia..
senyap2 dia akan lock power window..
sambil sengih2 dia sembur 'racun' kat aku..
rasa macam nak terajang dia keluar kereta okey...
Tapi kereta dia kan...jadi baik aku kawal tingkah laku agar aku tak kena terajang plak...=p
Tapi dia memang suka sangat membuli aku..
dengan kentut sesuka hati..
bau busuk gila okey..
boleh buat kau pengsan 8 hari 7 malam..
kesimpulannya kalau kau kena kentut dengan partner kau,
kau terajang diaorang keluar kereta..sila2..
*ni sebenarnya punca aku malas nak update,bila aku dah kena kentut dengan dia je aku terus blurrr tak tau nak update cerita apa..hahaha2

14 October 2010

B.e.N.g.A.n.G

Salam,
ye..aku tengah bengang walaupun kejadian telah berlaku beberapa puluh jam yang lepas...

Peristiwa berlaku di sebuah kedai emas di Bandar Batu Pahat..
Aku dengan En.Tunang nak tempah cincin perkahwinan..
ops bukan untuk i okey..untuk En.Tunang..
Mata cincin adalah pemberian nenek aku..
Batu firus..*betul tak ejaan..?
memandangkan En.Tunang tak boleh pakai emas kuning,jadi kita tempahkan suasa..
entah aku ni ikut je cakap orang2 tua..supaya ada tanda sikit kat tangan dia tuh..
Karang kalau dah kahwin tak dalah jari kosong orang ingat masih bujang lagi....
banyak lemak ko banggg...

Kitaorang pon memilih design dengan kusyuk,
lepas bagi deposit dan mata cincin tu,
En.Tunang berkata2 dalam nada gurauan..

En.Tunang:u jangan letak sepah2 eh batu cincin tu..orang bagi saya sayang.
Pekerja:lor..u dah tempah mesti kasi jaga baik meh..
En.Tunang:jangan sampai tertukar tau..hehehehe
Pekerja:hei..batu i lagi mahal dan cantik dari batu u ni tau,kalau u cakap macam tu ambil nih..deposit u dengan batu ni..

Aku dan En.Tunang berpandangan..suasana menjadi tegang..
aku terpinga2 apasal mamat cina ni emo semacam..
semua orangpandang aku dengan En.Tunang macam pesalah..

En.Tunang:Eh,nak emo apasal?Dah sayang jom blah,macam dia je yang ada kedai emas pergi mampuslah banyak lagi kedai lain.

Aku menurut kata..
see...
mau tak bengang,banyak beb kedai emas lain,
aku ke situ atas saranan Future mum,sebab boleh dapat murah dan memang kenal dengan bos kedai tu..
tapi dek kerana pekerja sudah macam haram..
kami pon membatalkan niat untuk menempah cincin pada hr tersebut..

Kesimpulannya..aku konpius kenapa dia touching?
siapa yang sedang period..?
aku atau dia?atau En.Tunang hahaha...
Lelaki period gak ke?

Tak pe lah aku cari kedai lain je nanti..
serasanya...kalau tak pandai layan pelanggan tak payah bukak kedai buat terlungkup je..

*aku bukan sekadar nak spend beberapa ratus tau kat situ,malah beribu memandangkan nak mencari barang kemas..

13 October 2010

My Engagement

Salam,
selamat pagi..aku nak tepek gambar tunang aku secara rawak..
kau tengok je lah ye..sesangat simple majlis aku.
Tak mampu nak buat mewah2 noks...
i tak da duit..
baik dari segi apa pun semua simple..
barang hantaran yang aku bg kat pihak lelaki lagi sangat simple..
Tengok je jangan kutuk..
kau nak mengutuk sila kutuk dalam hati.. =p

Aku yang dipaksa 'posing'

Sepupu kesayangan..ain


Sirih junjung untuk pihak lelaki dan sekian hantaran untuk En.Tunang








Mini pelamin by Seri Mempelai Collection

Tuan belog

'Kami'

Dah macam kahwin plak aku rasa..hiks..*gatal

Mama dan ayah


Bakal ibu mertuaku

Masa ni bakal ibu mertuaku gelabah,salah sarung cincin kat jari..hahaha..gelabah ye mak...ingat aku je yang sakit perut =p

Yang berbaju merah itu tunang saya..kenapa dia duduk luar?sebab dia tengah gelabah dan tak senang duduk,kenapa?sebab masa ni mak dia tengah sarungkan cincin kat aku.

Sesi penyerahan

Millions thanks to Abang Zach

Terima kasih kepada Photographer yang pandai menyembunyikan sisi wajah berjerawat saya =p

Cincin tunang dan lambang wang hantaran,erk..aku nak kutuk ni.Ini hantaran dari pihak lelaki,kau tengok macam old fashion kan?Future mum pun tak suka,dia menyesal hantar gubah kat kedai ni,bayar mahal tapi pakai bunga zaman dulu kala....mahal kau tau tak bunga bodoh2 gini je RM350++,lepas majlis emmang teruklah En.Tunang kena kutuk dengan aku..hahaha.Sayang duit dowh..kalau hantar gubah jadi cenggini.

Pelamin ni hasil gabungan idea makcik kesayangan..sponsored by her and my mama...
Thanks to Abang zach and group

























07 October 2010

Memikirkan

Salam,
selamat petang...

Aku tak tahu mahu cerita apa..
aku rasa mungkin sudah mahu period,
emosi swing2..
mungkin pening mahu buat tesis.
tapi tidak buat apa lagi *sigh

Mari kita berdiskusi petang,
selalu kita minum petang kan?
hari ni diet sket ye..mahu kahwin harus jaga badan..
kau yang baca ni pon terpaksa ikut diet..
kalau tak..heipp..biasa ni makan sesaja..

Kau pernah dengar tak ada antara kawan2 kau yang selalu ikut cakap partner..
erm..contohnya Bf @ tunang...
kalau suami tu lainlah,dah memang patut dengar cakap suami okey..kalau tak dengar berdosa.
Sebenarnya kalau tak nak dengar cakap suami baik kau hidup sorang2.

Kau rasa Patut ke kiat terlalu ikut cakap bf,
Bagi aku kalau dah tunang ada ikatan,mungkin boleh dipertimbangkan..
tapi yang belum ada apa2 ni..
maksudnya kalau nak pergi mana2 kita mintak izin dan bagitahu tapi kalau bf tak kasi terus tak boleh pergi..
kadang2 bukan pergi dengan lain jantina dengan perempuan..
alah,macam nak hang out dengan gegirl aje..
window shopping atau apa2..
maksud aku kadang2 ada je lelaki2 yang tak relevan..
tak mengizinkan dalam keadaan seolah2 dia ada kuasa veto...

Tak salah kau tak bagi,
tapi kalau setakat nak tengok majlis kahwin kawan..
tak kan tak boleh?
hell tau tak..
sebagai lelaki patutnya boleh fikir..bukan main sembur je 'tak boleh'
Kadang2 fikirkan juga perasaan kawan yang kahwin,
mungkin dia teringin kawan2 baiknya meraikan kebahagiaan..

Kadang2 aku geli je dengar..
'nak wat camana terpaksa ikut cakap laki'
heh..kahwin pon belum okey...
jangan nak poyo sangat..
Aku pon bukan bagus sangat..
kalau aku mintak izin dan bgtau En.Tunang nak ke mana2
dia akan tanya 'ke mana','dengan siapa','buat apa'

kalau dia rasa penting untuk aku atau aku boleh hilangkan stress..
dia 'on' je,janji dengan perempuan.
Tapi tak dalah semua permintaan aku dibenarkan,
kadang2 dia bising juga,tapi kalau aku dah nak jugak dia bg je..
takut aku merajuk..sebab bagi aku kalau setakat nak lepak2 minum dengan kawan2 perempuan nak gosip2 bagai dan bincang macam2 hal tak da makna nak kata 'tidak'.

Mungkin aku kecik hati kawan2 dari upm hr tu tak datang masa aku tunang,
aku bukanlah nak berkira sangat,
tapi aku nak berkongsi waktu gembira aku dengan diaorang.
Kawan aku yang sibuk gila kerja pon sanggup datang.
Tapi apakan daya diaorang ada urusan sendiri,
jadi aku maafkan,lagipun tunang je..bukan kahwin..
mungkin aku terlalu mengharap diaorang datang jadi aku sedih =(

pasal yang aku cakap kat atas tu berkenaan dengan beberapa orang yang berkaitan aku,
kawan mungkin..
aku ajak pergi majlis kawan lain dan diaorang tak nak pergi dengan alasan bf tak bagi..
jadi aku abaikan walaupun bengkek..
bagi aku adalah bagus kalau kau dapat meraikan walimatul urus orang lain,
mana tau 'berkat' kahwin tu kena kat kau..

Aku tak tau kenapa tulis macam ni mungkin emo,
sebab aku pernah nampak muka sedih pengantin sebab kawan baik dia tak dapat datang kerana alasan bf tak bagi..

Balik dari majlis aku siap brainwash En.Tunang..
please janganlah ada sikap macam tu..
jangan..jangan..jangan..halang aku kalau benda itu ada kebaikan atau boleh datangkan kegembiraan pada orang lain.

JAdi untuk majlis aku nanti,aku tak nak mengharap lagi,
aku akan menjemput semua kenalan,
Terpulang mahu datang atau tak..
kerana kalau mengharap lagi sakit hati dan kecewa kalau apa yang kau harapkan tak tercapai
='(

Tapi nasiblah my best buddies semua ada...
jadi tak da lah aku nak sedih2 kan?kan?

En.Tunang lagi kejam siot..
dia leh cakap
'kenapa awak susah hati orang datang atau tak?yang penting kita jemput dengan seikhlas hati.Kalau diaorang tak nak datang majlis awak terpulang,besok majlis dia awak tak payah pergi'

hohoho ...kejam..aku tak da niat nak balas dendam..
Kalau hak masing2..
tapi atok kata kalau orang dah menjemput kita 'wajib' pergi kecuali ada hal2 yang tak boleh dielak...

Hahaha..
eh abaikan entry ni aku tengah emo sebenarnya sebab tak puas hati...
Nasiblah kalau ada bf2 kau yang terbaca entry aku ni...
mesti menyampah je dengan apa aku tulis...

OPs,aku dah tak boleh lepak dengan perempuanku malam2..sebab berlaku insiden yang tak diingini,aku menyebabkan ,En.Tunang,Bakal ibu mertua dan bakal bapa mertuaku tak boleh tidur malam sebab risaukan aku....ye..aku silap...

JAdi kalau nak lepak harus lepak siang..mereka risau aku drive sorang2 balik rumah atok.
Perjalanan jauh dan ada tempat2 yang gelap..
maka aku kena ikut nasihat untuk kebaikan..
sebenarnya dah banyak kali bakal bapa mertuaku cakap yang dia risau kalau aku balik malam2..
Aku cuma boleh balik malam kalau En.Tunang yang hantar..see2..
hahaha..kesayangankah?ceitt perasan... =p

Eh,perasan tak?aku suka menyimpang kan..suka je merepek2...
itu tandanya aku lapar..hahahaha motip mahu makan =p

okey mahu solat dan MAKAN..LAPAR....BYE.

06 October 2010

Bride to be...

Salam...
Selamat petang..
nah ambik kau sekali aku kasi update..
kalau senyap..senyap sesaja..sampai bersawang..
hari ni aku baik..sebab emosi aku tak stabil..ye sila kerut kening kenapa pompuan emosi tak stabil ni boleh buat entry sampai 2 untuk hr yang sama..

Tak perlu kerut sangat sebab nama pon emosi tak stabil..hahaha
Ssejak dewasa ini..cehh..sebenarnya aku nak bagitau bulan aku akan menjadi..muda kembali iaitu 25 tahun..muda kan?kan?kan?
aku banyak baca blog pasal B2B..
seronok baca pasal persiapan orang sebab aku punya persiapan adalah sangat3 lembab macam siput,okey tak baik kaitkan siput dengan kelambatan aku membuat persiapan..

Semua terletak kat tangan aku..
erk..kalau sibuk survey sana-sini,beli segala macam barang tapi kursus tak pergi pun tak guna juga kan?

Hahaha...
hujung bulan ini kami plan mahu pergi kursus kahwin..
bercadang...

Hahaha..lagi sekali macam hampeh..
ye kerja cari duit sampai mati pun belum tentu cukup,
kami kena sedar tidak boleh terlalu mengejar keduniaan...

Jadi harus set masa untuk pergi kursus,
walaupun tahu akan mengantuk semasa ceramah diberikan kecuali yang bagi ceramah suka buat lawak sehingga aku keluar air mata menahan ketawa..

Kursus kahwin kan?
tak kan i nak gelak macam cik pon mengilai kan?kan?
haruslah control seperti puteri2 raja zaman dulu kala...
ketawa halus je bunyinya..
tapi kalau aku ketawa halus macam tu mesti bertuah bakal suami sebab dapat isteri sopan santun sangat..

*tiba2 terfikir kalau aku berubah jd macam tu confirm En.Tunang gelakkan aku guling2 ceitt..

Cepat betul masa berlalu,
kami masih tak kuruskan badan lagi..hahaha
mama dah sound2 badan aku gemuk macam beruang..
kau tengok memang genetik nak kaitkan binatang menjadi perumpamaan.

Barang hantaran memang sudah mula beli sket2..
kau gila nak beli semua mana mahu datang ongkos pak?
En.Tunang?lelaki itu pun sudah hampir botak kerana mahu mencari duit yang banyak untuk menjadikan bakal isterinya bergaya seperti mami jarum..
hahaha..bukan bermulut seperti mereka ya...

Mahu kahwin ni,
aku tak da lah sangat2 demand mahu segala2nya branded.
dah jadi semcam tak kisah pulak..
asal kahwin..
tapi bila dianugerahkan mama yang sangat cerewet hal2 memilih andaman,
kau harus redha okey..
segala-mala yang aku kata cantik dan tunjuk kat depan dia..
semua tak cantik..
dia nak aku survey andaman dekat JB juga,
bagi dia andaman dekat JB semua hebat2..
entah..
aku ni malas nak bertekak..

Masa Tunang hari tu pun barang2 hantaran semua mama aku yang settle..
what do you expect..
Aku tak berkerja,jadi aku beli mana yang mampu..
yang tak mampu semua mama aku settle,
tapi untuk kahwin ini,
aku mahu settle sendiri,
dia hanya boleh tentukan warna tema sahaja..
amacam baik tak aku..

Mama aku suka warna pink..
aku suka warna yang menyerlah macam merah,hitam,kuning dan hijau..
pink sangat lembut..
ayah aku suka hijau..
jadi untuk tidak mereka bergaduh..
aku cuma pilih warna untuk nikah..cream..

sanding pink
malam berinai hijau
nikah cream

hahahaha macam adil tak?
sila senyum ye wahai orang tua ku..
Biar bagi puas hati dua2..

mesti pelik aku yang nak kahwin apasal orang tua yang tentukan kaler..
kau ingat ada aku kisah..
hahaha
lagilah aku ni bukan jenis manusia yang kreatif..
jadi sila bayangkan macam mana aku nak gubah barang hantaran secara bersendirian..
jangan kerut dahi lagi..
kalau payah..aku kasi letak je segala barang atas dulang hantaran..kasi tepek bunga 1 @ @2 kuntum..amacam bernas?


Jurnal?
aku tengok Perempuanku sudah ada blog perkahwinan..
see..,aku ingat dia gila dengan shopping je..
rupanya gila dengan blog jugak..
hahaha..perempuan kau memang gila..

Masih sempat buat blog baru walaupun sibuk memotong buah dan sayur.. =p
dah tengok dia punya blog baru..


Eh..okey mahu kemas2 dan balik..
kepala tepu..
kalau boleh malam mahu study..aku dah lama lupakan tesis ni harus bertaubat untuk study..
bye...

Kahwin Vs Kawan

Salam,
selamat pagi..
aku tepu tak sangatlah..

En.Tunang outstation lagi?
aku?
bukan kena tinggal tapi kalau aku ikut sama sapa nak settlekan kerja yang melambak kat opis ni.
Tak dalah melambak pun,sikit je,yang buat aku rasa melambak sebab aku sibuk buat kerja lain.

Okey..
entry hari ni aku nak cakap pasal Kahwin Vs Kawan.
Secara zahir kalau cakap pasal kahwin semua org suka termasuk aku.
Kalau kau bgtau kawan2 kau,kau nak kahwin apa reaksi diaorang?
Kawan2 aku?aku tengok diaorang happy je dengar aku nak kahwin..
tapi ada sesetengah macam tak best..kenapa?
sebab diaorang rasa lepas kahwin aku mesti berkepit dengan laki,
alah belum kahwin pon aku dah memang berkepit dengan bakal laki.

Kau nak kena faham banyak perkara,
tak semua situasi orang sama,
tak bererti bila kau dah kahwin kau tak boleh nak melepak dengan kawan2 kau..
aku pernah tanya hal macam ni kat En.Tunang..

aku:B,lepas kahwin nanti saya masih boleh melepak dengan kawan2 tak?

en.Tunang:eh mestilah boleh tapi bergantung pada situasi,kamu dah ada tanggungjawab yang besar.jadi kamu kena fahamkan kawan kamu yang bukan bila2 masa boleh jumpa dia.Kalau kamu nak melepak dengan dia,kamu mesti selesaikan tanggungjawab di rumah,tengok waktu kamu keluar pukul berapa.

Aku:ada kemungkinan kamu tak akan bagi saya keluar?

En.Tunang:Erm..bergantung pada situasi,kalau saya tak bagi kamu keluar mesti ada sebab kenapa dan mengapa?betul?selama kamu dengan saya,kalau kamu mintak izin mesti saya akan tanya 'dengan siapa?','ke mana?','Lama @ tak?'.

aku:owh,ok.sekadar bertanya,saya tak mahu terputus hubungan dengan kawan2 saya,diaorang sangat bermakna pada saya.

En.Tunang:sayang,kamu jangan risau.kalau kamu boleh laksanakan tanggungjawab kamu terhadap keluarga tak kan saya tak boleh bertolak ansur dengan kamu atas sedikit kegembiraan kamu.

Aku:Owh,terima kasih banyak2....terima kasih sebab memahami =)

Perbualan berakhir dengan baik,
ramai je aku tengok blogger2 yang sudah kahwin dok melepak dengan kawan2.
Tak jadi masalah pun siap heret anak dengan laki lagi.
Melepak dengan kawan tu penting untuk kau hilangkan stress tapi tidaklah selalu kau nak duduk melepak.

Jadi sebagai sesetengah manusia yang ada kawan2.
kau mesti faham keadaan orang lain sebelum berkata apa2,
contoh aku,
Kerja dengan En.Tunang,
makan&minum dengan dia,
solat dalam waktu yang sama,
melepak pon slalu sama2
90% hidup aku adalah dengan dia,
Tapi aku masih boleh lepak dengan kawan aku.

KEadaan hidup kita semua tak sama,
mungkin ada antara kita yang partner dia jauh,jadi dia banyak luang masa dengan kawan2..
tak salah..

Dalam beberapa hal tertentu,
contoh seperti mahu kahwin,
tentu2lah banyak luangkan masa bersama keluarga & partner kan?
tapi tak semua kawan2 faham.

Kesimpulannya kau nak kena faham situasi kawan2 kau,
sebenarnya bateri laptop sudah low..
sambung nanti.. bye2

02 October 2010

Sambung cerita lepas....

Salam,
Selamat pagi..
tengah memanaskan minda untuk menjana idea memperbaiki tesis aku.
Kau kalau baca blog aku jangan gelakkan aku ye?
aku tengah memperbaiki sistem berbahasa aku ni.
Cuba menggunakan ayat penuh tanpa singkatan perkataan..
fuhhhhh..sakit otak juga untuk menjadikan blog aku ni cantik dari segi bahasa =p

Kau ingat entry aku yang lepas 'kembara kami'
okey hari ni baru mahu keluarkan sambungannya..hahaha
raya dah nak habis baru nak update cerita basi..
sila2 baca dan jangan muntah =p


Cuba kau bayangkan macam mana aku nak membeli-belah kalau naik motor dan hanya bawak beg ini?
Maka kau akan nampak muka redha kami seperti ini,walaupun kecewa tidak boleh membeli apa2 masa itu aku senyum juga sebab En.Tunang kata 'tak apalah sayang,hari Rabu nanti kita datang sini lagi'..wahhhhh
harus meleret2 bagai kan?

Menu untuk berbuka hari tu..
ialah...steamboat....
atas ni apa yang aku suka makan kalau layan steamboat (^_^)






Sebenarnya ni majlis berbuka mereka,
tapi En.Tunang tetap nak bawa aku sebab aku tunang dia..boleh terima..
orang lain semua single..
tak adalah seingle tapi tak bawa pasangan masing2 cuma aku je sorang perempuan yang mengikuti acara diaorang ni..
Ada aku kisah?
tak lah,dah biasa jadi satu2nya wanita dalam kalangan mereka..
Lagipun aku ni kan tersangatlah kuat cemburu,
jadi En.Tunang memang tak akan tinggalkan aku kecuali melibatkan urusan2 kerja itu pun bergantung pada situasi..
oklah,aku rasa otak aku dah cukup panas,nak buat kerja..
bye =)




01 October 2010

Susah hati =(

Salam,
selamat pagi..
sudah berhabuk,kena mop blog aku nih..

sebenarnya mahu bgtau,perasaanku tengah gusar nih..
dan2..guna ayat skema..

Pagi td Pukul 6 ayah aku sms:

Ayah:'Kau kt mana long. Hati2 ayah bru mimpi kau berdua mcm gambaran yang tak elok je. Tolong jga diri baik2'

Sms asli,apa yang dia send tulah yang aku copy balik.
Aku?
sampai la ni susah hati..
dah lah petang ni mahu balik upm..
gusar...

Tapi la ni macam dah ok sket..
En.tunang kata kalau dah berbelah bahagi tak payah pergi.
Tapi aku kena pergi jugak,
sebab banyak kerja tertangguh,target mesti dicapai walaupon progress adalah lembap.

Aku tawakal pada Allah S.W.T je.
Kalau ada sesuatu berlaku mungkin itu sudah ditakdirkan atau ..entah bg aku kalau benda nak jadi atau apa2 pon kita elak macam mana pon tetap akan berlaku..
kau rasa?
fahaman aku salah?

Aku cuma berserah..
Zohor ni aku nak mintak pada tuhan agar aku tenang..
kalau tak lungkup aku tak leh nak buat kerja je..
tadi pon aku dah macam melayan perasaan sendiri..
biasanya aku kalau susah hati aku akan update banyak2..
see2..masih lagi mahu poyo..haha..
oklah banyak kerja nak buat ni..
bye2