Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi malaysia..hohoho.macam lama tak bersiaran.
Tajuk entry kat atas melambangkan perasaan aku semalam..huwaaaa...stress...sedih.
Tak adalah nak sedih sangat..cuma tulah..entah kenapa lately emosi tak stabil.mungkin sebab nak datang bulan kot.
Semalam aku teman EN.suami pergi JB untuk menyelesaikan beberapa perkara,sekembalinya ke Batu Pahat aku terus menuju ke PRUDEntial nak dengar talk pasal insurans.Atenya dah tua2 baru nak buat..hahaha.
Siap semua,En.suami amik dan kitaorang pergi spend time dekat Saloon kegemaran,cuci rambut dan gunting rambut bagai..*kau tengok betapa padat jadual aku,tak da rehat tengah hari tau.
Sampai rumah aku terus explain dengan EN.suami pasal Insurans tu dan kitaorang layan NORA ELENA kejap.Lepas solat maghrib semua,En.suami dah cakap yang dia nak makan dan nak pergi tukar kereta kat rumah bawah (rumah akak ipar aku,bawah tu maksudnya Rumah bawah bukit,kot).LEpas solat aku pon ingat nak basuh baju,masukkan baju dalam mesin dan terus panaskan lauk.
Penat seyh,baru je aku nak asing2kan baju En.suami dah cakap macam ni,
'Tadi kata nak panaskan lauk semua,ni dah sibuk nak basuh baju pulak"
aku terus sentap okey,dah lah penat.PAdahal dia bukan marah pun,dia tanya je.
"sabarlah bang,tak nampak ke orang tengah buat apa ni,nanti dah masukkan baju dalam mesin sayang tinggalkanlah pergi panaskan lauk semua"
MAsih ada lagi jawapan dari dia..
"ye lah tadikan sayang kata nak panaskan lauk dulu"
Fine,aku dah hilang sabar.untuk pengetahuan kau,biras aku pon ada kat rumah tu termasuk dengan anak2 dia yang seramai 3 orang tu.Sebabnyakan abang ipar aku dah berhijrah ke QATAR,jadi untuk dijadikan cerita dan menambah perisa cerita ni,biras aku ni angkut anak2 dia tido rumah mertua.
Aku ok je,tak jadi masalah pon.Ok..sambung balik.
LEpas je En.suami cakap macam tu,aku terus sentap,campak semua baju terus turun ke dapur panaskan lauk,mak mertua aku tak da dia tido rumah bawah (rumah akak ipar aku),tinggal bapak mertua je.
HAti dah membara ni ditambah dengan suara menangis anak abang ipar aku yang kecik,dengan suara anak dia yang tengah pantang bersunat asyik nak itu nak ini,dengan suara anak sulong dia yang asyik nak marah adik sebab menangis dan dengan ketukan bertalu di pintu bilik mama dia sedangkan mama dia sibuk berSKYPE dengan abang ipar aku kat QATAR tu.DItambah dengan aku dah lah penat..kau tak tahu nak tolong aku ke biras?,tolong senyapkan anak2 kau je.LAin tak pe aku boleh buat.
PErgh..mendidih seyh..hati aku memang..erk..tak tahu nak cakap.YAng si kecik tu plak asyik nak melalak je,aku tak faham betul.KAu nak skype dengan laki kau pon tak payah lah nak tutup pintu bagai,anak2 kau kat luar ni memekak.Ikut aku memang nak PANG je yang asyik menangis tu.PErgh kesabaran aku teruji betul.
TEngah2 panaskan lauk sibuk nak hidangkan untuk En.suami dan pak mertua.En.suami turun memujuk,dia suruh aku masukkan baju dalam mesin biar dia sudahkan panaskan lauk dan sediakan semua.
Fine,hati aku kalau dah keras.MEmang susah lah kau nak memujuk,kau cakap apa pon aku tak layan.sebab aku tengah BERANGIN.Pujuk punya pujuk aku tak layan,En.suami plak bengang dengan aku.dia terus keluar rumah.Aku tak tahu dia ke mana.dengar kata nak ke rumah bawah.argh..gasak.hati tengah sakit,badan penat,dengan bunyi bising.Ya allah,aku rasa macam nak jerit je kat biras aku tuh,kalau dah tak tahan sangat asyik sibuk nak berskype je sila terbang ke QATAR cepat sikit.
Memikirkan pak mertua aku ada,hohoho sila jaga tata susila anda :p
Mahu aku tak hangin,dah lah aku ni pemalas,biras aku pon pemalas gak.eh tapi aku tak dalah malas sampai baju aku pon mertua basuh ok.semua aku buat sendiri,sebab dah memang tanggung jawab aku,walaupun aku bukan menantu yang baik,yang bangun awal sediakan sarapan bagai.at least aku tahu menolong nak kemas rumah ke,nak basuh baju ke..sekurang2nya tau.
Aku tak pedulilah orang nak kata aku menantu hantu ke apa.Ni dahlah menumpang,baju pon mertua basuhkan,makanan pon mertua sediakan,yang basuh pinggan dia kadang2 aku ok.lepas makan terus tinggal.ok,aku terimalah mungkin sebab aku menantu baru,kena buli sikit sebab dia senior.cis..tapi tak perlulah melampau.aku yang naik segan sebab mak mertua aku mengadu kat aku pasal dia.
Selama ni aku dengar je EN.suami bercerita pasal dia.Aku memang tak amik kisah,sebab yelah hal orang kan,sekali kena kat aku sendiri haruslah aku hangin.semalam masa anak dia asyik nak melalak dengan tangan terketar2 rasa nak PANG je budak tu,aku masih lagi lembut bertanya 'ahmad kenapa asyik nangis je ni,nak apa sebenarnya?'
tapi dia tak layan ok,makin kuat melalak ketuk2 pintu bilik mama dia.PErgh aku rasa macam nak hayun sekali kasi senyap.hahahaha.
aku teruskan je buat kerja aku,tak lama En.suami balik rumah dia terus turun ke dapur tolong aku.Aku tak tanya apa dan tak bercakap sepatah pun.Dia suruh makan dengan dia aku makan,settle semua terus siap2 turun rumah bawah.ouh..kelegaan sebab tak dengar suara yang membingitkan telinga.Hahahahaha...
Tapi aku rasa berdosa ok sepanjang merajuk tu,lepas tu adalah cakap sikit2.TApi malam tadi sebelum nak tido aku pulak rasa sedih hahaha.Aku ingatkan dia dah tido nyenyak,cis solat aku pon tak kusyuk sebab takutkan dia kecik hati dengan aku.Rupanya2 dia memang tunggu aku siap solat.
MUahahaha..aku tak berani seyh nak lelap mata tu nak salam dan cium dia *kebiasaannya aku salam dan mintak maaf lepas cium dan say good night baru tido.Tapi malam tadi lepas je baca doa bagai aku terus tarik selimut dan membelakangkan suami.HUwa...wa...wa..wa...aku serba salah tak tahu nak buat apa.
En.suami:'sayang tak nak salam abang ke?tak cium pun?' (sayu je suara dia masa ni)
aku terus berpaling dan salam dia tanpa mintak maaf terus cium dan membelakangkan dia balik.
En.suami: (sambil usap kepala aku),Abang mintak maaf ye yang,sebab tadi marah sayang.Maaf ye.
Aku diam tak bercakap apa,air mata dah bertakung ni.
Aku:hah ye lah (suara bergetar tahan nangis) :p
En.suami:jangan amik hati tau,abang mintak maaf sangat-sangat.
Hohoho,salah sapa sbnrnya ni?siapa yang sentap dulu.serasanya salah aku.Erk..tapi memang aku sentap pon,dia macam tak paham pulak yang aku ni dahlah penat,tak satu2 kerja nak kena buat.
Tapi sebab nak elak dia nampak aku menangis,aku baring membelakangkan dia.*eh tak elok tau tido membelakangkan suami.
Tiba2 En.suami cakap lagi.
En.suami:hah yelah,pandang jelah sana.Abang peluk bantal je malam ni.
masa ni aku dah tak tahan nak gelak.hahahaha..air mata masih mengalir tapi sebab dia dah buat ayat merajuk..hahaha..see..keras2 hati aku kuat leleh gak tau.hahahaha
NAsib malam tadi aku dah mintak ampun dengan dia,selepas sesi mengalirkan air mata.kalau tak,dibuatnya aku mati dalam tido..hohoho celah mana nak mintak maaf kan?tak kan dah jadi hantu baru nak mintak maaf?hahaha..
Owh..perasaan ketika merajuk dan berdegil..apa yang aku fikir?
'eh dosa tak ek aku buat macam ni?'
hahahaha..sapa2 yang dah jadi isteri tahulah,yang belum jadi isteri nanti kau rasalah.tapi tak tahulah kalau kau tak sensitif hal2 yang macam ni.Aku ni sebab ayah aku selalu pesan, 'bila kau berkahwin,suami adalah keutamaan'.
Ayah aku yang pesan,aku cuma ikut pesanan je.
sebenarnya entry tak bermotif,pada asalnya aku nak luahkan pasal aku bengang dengan biras aku.
Ok2..aku ni manusia tak sempurna ,tak faham perasaan orang ada anak.anak tekak aku adalah..tak nak cakap banyak..amik sebagai pengajaran,jangan jadi pemalas dan pentingkan diri sendiri.
*abaikan entry tak bermoral ni :P
2 comments:
tetiba akak pun tumpang touching jugak. huhuhu..banyakkan bersabar kay
lily lotus:
huhuhu..tulah.tengah belajar2 bersabar ni. :)
Post a Comment