Assalammualaikum w.b.t
selamat pagi dunia.
Macam biasa,aku tak berapa nak sihat sangat.
kepala masih weng.Mungkin sebab demam kot,atau selsema yang tak mahu menjauh.
Esok aku nak pulang ke UPM sekejap.Ulang lagi sekali,sekejap je.
Sebab aku nak buat buku acc CIMB yang baru.dalam bank ada duit,memandangkan kebijaksanaan aku membenarkan En.suami masukkan cek ke dalam acc yang sudah lama tidak aktif inilah padahnya lebih2 lagi setelah mendapati buku bank pula hilang.sekian terima kasih.
Hahahaha :p
kawan2 aku tak ramai yang ada esok,jadi aku pergi pagi dan balik petang.
Itu pun tak tahu sempat atau tak nak ke Dewan Bahasa dan Pustaka,nak pulangkan buku yang berkurun.Hari tu dah nak pos,tapi sibuk nak kahwin,buku ke mana,pos ke mana dan orang ke mana.
Peritnya nak bukak laptop balik mengadap tesis,ramai kawan2 yang dah lepas Viva.huhuhu.aku masih di takuk lama,tak pe usaha habiskan walau lambat menjejak mimpi.
Sebenarnya aku nak bercakap pasal beberapa perkara.aku ada terbaca beberapa entry dari blogger2 yang aku memang addict membaca belog mereka.hahaha..isu bertudung.
Sebab diaorang best,sempoi dan cakap secara jujur dan telus.serta yang paling best kebal apabila dihentam.
aku bab2 bertudung ni bukan aku kisah sangat,memandangkan aku jahil.Orang pakai tudung ke,tak pakai ke pun aku tak kisah,selagi kau tak bogel di tengah2 jalan.
Kau pon sedia maklum,zaman sekarang ni dah macam2 gaya bertudung.Tak dinafikan kalau aku pakai tuduung pun,aku tutup ngam2 je dada,sebab aku lasak masa buat kerja.Habis tudung aku rosak bergarit kena buculah apalah,tersangkut,tergunting.nasiblah kan.Kata liat nak pakai tudung.TApi masihlah mencuba.
Aku nak stylo sangat pakai tudung ni tidaklah,paling kuat pun pakai shawl lilit macam biasa,aku memang tak pandai nak pakai yang berkaler2,berbentuk2,bercorak2.asala ada,nampak manis.aku pakai.tu pun untuk pergi kerja atau majlis2 yang berkaitan.
Ni keluar dengan laki aku masih togel,En.suami tak memaksa.Dia tak nak satu masa aku lagi dasyat daripada waktu tak bertudung.Tapi aku rasa aku cantik bertudung..*lari...perasan.hahaha
Ramai je aku tengok orang pakai tudung singkat,bersanggul tinggi.FYI.....bersanggul tinggi itu tidak salah,tapi tidaklah melampau2 sampai sanggul kau dah lebih besar dari kepala kau.itu memang..hahaahahaha..ok aku biadap.
Hahahaha.Habis kalau rambut kau panjang macam rambut aku,lepas tu dapat plak En.suami yang tak kasi potong rambut.kaedah paling dekat untuk kemaskan rambut sebelum pakai tudung adalah bersanggul betul?untuk rambut aku memang tak da masalah,walau panjang tapi tak tebal.
Tapi untuk perempuan yang berambut panjang sampai ke buku lali dan rambut dia tebal?lepas tu laki plak tak kasi potong rambut macam laki aku?Hah..jawab2.hahaha.Islam ini tidak zalim.Aku dah rujuk perkara ni dekat orang yang alim.aku nasihatkan kalau kau dapat apa2 artikel atau apa jua yang berkaitan dengan hukum.Baik kau dapatkan kepastian yang sahih.Agar hukum tidak digunakan sewenang2nya.
Pasal tudung plak,seelok2nya memanglah kita kena bertudung di bawah dada.Baik2 kau dapat 100% pahala dah dapat 50% je sebab kepala tutup tapi dada terbuka.*aku pon sama je.
Tapi mencuba itu lebih baik,dari tiada perubahan langsung.
Tapi yang dah memang biasa pakai tudung pon *tak semua tau.Kot ye pun nak ajak orang lain bertutup sama,awak tu nasihat ler baik2 tak perlu nak sound2 atau perli2.Dalam islam pun ada cakap,kalau kita nak berdakwah atau menyampaikan sesuatu nasihat,sampaikanlah dengan lembut,tenang dan ikhlas.Kalau ikhlas niat kau,ikhlaslah sampai kat orang yang kau tujukan tu.
aku tak nafikan,aku ni selalu je kena sound sebab tak bertudung,itulah,inilah..apa2lah.Mula2 memanglah bengang,macam..'what the fuck,mentang2 kau bertudung labuh kau nak cakap aku macam bohsia sebab tak pakai tudung,tapi kau pun naik motor berpeluk dengan lelaki bukan muhrim'.See?
Manusia banyak kelemahan,syaitan itu di mana2 sahaja.Terutamanya manusia macam aku yang imannya dah lah senipis kulit bawang,solat paling kerap tinggal adalah subuh.Pergh jahanam.Malaikat rezeki pun dah tak hingin nak tunggu aku bangun.
Tapi,macam aku cakap.Kita yang kena berusaha untuk berubah.Lepas kahwin,walaupun duduk dengan mertua,segala hal kami uruskan sendiri,mak mertua aku tak kan kejut kitaorang bangun tido,atenya dah kahwin kau laki bini tak kan nak harap orang tua kejut gak.Tapi selalu fail dan gagal subuh.Cis laknat sungguh.
Kadang2 malu gak,yelah duduk dengan orang tua kau,dah lah tak behave buat malu je.Tapi aku usaha gak bangun pagi dan sebagainya,macam aku cakap,mencuba itu lebih baik.Bila kita dah berjaya lakukan,lama2 kita akan biasa.
Ni semua laki aku punya pasal ulit aku sampai pagi.Hahahaha..statement salahkan laki,padahal laki memang tido mati,kau plak asal alarm bunyi kerja matikan je memanglah laki bini sesat dan terlajak.Cis....
Fuh...hidup ni tak mudah,ianya umpama berjihad untuk menjadi yang lebih baik.Ni pun aku tengah berjihad nak siapkan tesis.Tapi otak masih berkarat2,asyik fikir nak berjalan,tengok wayang dan makan2.Hotaklah..kenapakah aku seperti mengalami otak sedang expired..hahaha..motif.
Owh..pasal isu bertudung tu,erm..anggap je lah sebagai perbincangan sosial.Aku tak kondem mana2,sebab aku ni togel..pakai tudung kejap2 je.Hohohoho..tapi masih kembang lubang hidung kalau laki aku kata aku cantik bertudung.*tapi masih liat nak pakai.hohoho..tb2 takut dosa dah banyak.aduhai.
Fuh..fuh..banyak kerja nak buat hari ni,besok nak naik UPM opkos tinggalkan laki aku seharian,maka semua benda mesti kasi settle.
Pssstttt..mak mertua aku ajak pergi tengok Nur Kasih The Movie..hohohoho..En.Suami dah suruh survey panggung mana ada tayang Nur Kasih...mari berdating bersama2 Mertua :p
2 comments:
sportingnya ur MIL. enjoy watching it nanti kay :)
Lily lotus:
dia yang nak tengok sangat.kami layankan.alhamdulillah.harap2 dia memang sporting sentiasa.
Post a Comment