Assalammualaikum w.b.t
selamat petang.hohoho
sihat?
apakah soalan...macam mintak kena lempang.
Erk..sejak kahwin ni aku memang tak sempat nak update belog.bukan sebab malas,tapi memang tak sempat.
Aku rasa sekarang tengah hangat mereka memperkatakan pasal makanan yang halal dan tak halal...tapi serasanya lebih kepada tak halal...adeh...*macam nak samak badan sendiri.
Aku tak pernah makan meatball kat ikea,teringin seyh,lebih-lebih lagi kalau tengok ada blogger yang update pasal meatball aku rasa macam..wa...wa..wa...kenapa kau je asyik ke sana..huwawawawa...*kalau aku menangis air mata darah sekalipun,IKEA tu tetap kat damansara bukan boleh berpindah ke batu pahat.
Kau hengat En.Suami nak melayan tekak songsang aku ni..*erk..i masih bernafsu normal ye.bukan lesbian.Kecualilah aku pregnant..hahaha..alasan kukuh..kalau aku pregnant memang aku akan dapat..lalala~...*jadi berusaha untuk pregnant sebab nak makan meatball *sila lempang aku
erk..aku ingat lepas kahwin otak aku dah betul,rupanya macam makin tak centre..kan?kau perasan tak?
owh..ye..lagi satu pasal secret recipe (SR)..huwa..wa..wa..lagi aku menggila kalau tak halal.Aku dengan En.Suami adalah kaki+ketagih+penghidap SR,kami sangat tegar.eh lepas kahwin ni belum jejak lagi.
Tapi aku yakin dengan SR,sebab awal2 diaorang dah dapat siji halal.kenapa tiba-tiba ye.La ni aku dengar Ribena plak ada arak.WTF..apakah..semua yang kita makankan jadi darah daging.
PAtutlah gejala sosial sekarang makin bertambah,sebab segala produk makanan ada unsur yang tak halal.habis nak makan apa weyh? *puasa je lah long kau dah gemuk tu.
Ok,tak bolehlah nak salahkan mak bapak sebab salah makan kan.Tapi tak patutlah wei,produk2 makanan campur segala benda macam tu....huish.melemahkan semangat aku nak memasak je.*motip
Hahaha..jangan tak tau,saya dah berjinak2 dengan dapur ye sekian terima kasih..
Erk...aku nak mengadu ni,badan aku macam naik lah,tapi EN.suami kata tak,maintain je.aku dah stop pakai PB.eh bukan tak bagus,cuma yelah kawan2 aku tak kasi pakai sebab dalam proses buat anak kan.eh..diaorang (merujuk kepada yang dah kahwin dan beranak pinak) sangat ambil berat pasal aku okey.hahaha.banyak nasihat diaorang bagi.KAlau bulan ni tak da isi tak pe usaha mesti dilipatgandakan.eh itu diaorang cakap.
Aku ni asyik cerita pasal preggy je kan.habis dah kahwin der nak cerita apa.hahaha..bukanlah excited bebenor.cuma kau tahu seronok okey belajar perkara2 yang kita tak tahu,contoh pasal jaga baby,camana nak breast feed.pasal penyakit wanita,pasal seks.ok pasal seks ni aku nasihatkan jangan malu bertanya.
Aku sebelum kahwin banyak membaca,aku tanya kawan-kawan yang dah kahwin.malu memang malulah wei,tapi kalau malu bertanya sesat jalan,sama jugak camana kau nak memasakkan,mana ada orang masak nasi dalam peti sejuk.okey perumpamaan tak leh pakai hahaha.
Kalau kau rajin beli majalah lagi bagus,majalah mingguan wanita banyak info,pasal kesihatan,seks,anak dan sebagainya.bukan hanya kerana seks ok.kadang2 kau rasa kau normal tapi sebenarnya tak.kau tengok pada zahir macam tak ada penyakit tapi dalaman kau rupa2nya dah parah.
aku nak buat pap smear tapi tunggu hujung tahun.HAhaha..aku dengar cerita makcik-makcik senior..hahaha..diaorang pergi buat chek breast cancer..hohohoho..ada pakai mesin pebenda alah ntah,sakit wooo...aku tak tau sakit yang mcm mana,tapi bila dia cerita tu..aku rasa sakit.erk..hahaha.
Kalau yang baca belog aku ni perempuan,sama2lah kita jaga kesihatan.Kalau lelaki plak kau pun sama,ingat kalau ada perokok tegar,sila kurangkan merokok sebab rokok akan melemahkan sperma lelaki,info dari majalah pengantin.
*aku tengah catu rokok En.suami ni..hahaha..nanti aku cerita.
Penat menaip.aku tengah fikir malam ni nak masak atau nak makan kat kedai macam biasa.serasanya masaklah walaupun En.suami dah tanya 'petang ni nak makan kat mana yang?'.*baik tak laki aku..hahahaha
Erk..tapi nak masak apa?hahahaha...
No comments:
Post a Comment