Sentuhlah saya

23 May 2011

Aku bengang...

Assalammualaikum w.b.t

selamat pagi..erk..2.50 pagi kan?

wahhh...bengang aku tak boleh tido.Sila percaya ni LIVE update dari atas katil sambil ditemani dengkuran En.suami serta bunyi hujan di luar sana.Orang kata kalau dah pasang air cond ditambah dengan hujan sudah pasti kau nyenyak.Kenapa aku tak boleh tido?????

Aku stress,En.suami lena diulit mimpi...benci~
meh aku cerita sket pasal tengok wayang hari tu,memandangkan aku dah tak boleh tido ni.

Khamis malam jumaat yang lepas,kitaorang (aku+en.suami+FIL+MIL),pergi tengok NUR Kasih The Movie.Hohoho...kami dating bersama-sama pasangan warga emas ye,kau jangan tak percaya pula.Penangan Nur Kasih memang hebat,sehinggakan PIL aku nak pergi tengok.Hohoho.

Pada pendapat aku,cerita agak bagus.Cuma aku tak minat cerita yang sarat dengan mainan emosi,dari mula cerita sampailah ke habis,asyik sedih sahaja,sapa2 yang gemar cerita air mata,silalah tonton Nur Kasih.Confirm banjir wayang.Hahaha.Apa pun ok cerita ni.Tak mengecewakan.

Semalam,aku pi layan Pirates Of the Pulau pinang..eh salah.hahaha.Pirates kali ni tak best lah.Bosan,tak banyak gelak.aksi Johny Deep memang best,cuma jalan cerita agak kurang memberangsangkan.Kadang2 aku terasa plak cerrita tu,cerita mati.sebab kalau gelak pon cuma dengar suara aku dengan beberapa orang yang lain.En.suami pun tak gelak...kenapakah?

Ke dia tido?sebab kitaorang tengok 3D,pakai spec kan mana nak nampak biji mata laki aku.

Fine itu cerita berdating.Memandangkan PIL dah lepak JB bermula dari hari sabtu,maka aku dan En.suami kena survive cari makan sendiri untuk seminggu.Hahaha....

MIL sangat risau nak tinggalkan kitaorang,asyik2 sebut...

'camanalah budak 2 orang ni nak hidup,apalah korang nak makan nanti'

see...see...dah kahwin pon ada orang risau.Kadang2 aku rasa yang kitaorang macam budak kecik pula...eh..aku lah rasa macam budak kecik.Kadang2 tu sebab Akak ipar aku yang first panggil aku 'adik'.ceit..terasa diri ini mengada2..hahaha.sebab dia pon ALONG,aku pun ALONG.Jadi untuk elak keliru.diaorang panggil aku mak ucu,dan aku kena bahasakan diri aku 'kita'...hahaha.

oh lupa nak meriakkan diri,tadi siang aku masakkan laki aku.Hahaha...bangga ni (kembang bontot),aku masak lauk simple.Tapi En.suami bertambah2 makannya..erk..pelik.selalu jarang dia nak bertambah.Ke sebab nak jaga hati aku..hahaha...tiba2 dia cakap..

'Betullah cakap kawan abang,air tangan isteri ni lain macam dia punya aura'

Hahahaha..kau tak tahu aku bersilat kat dapur dari pukul 11.30 sampai pukul2.30.
hahaha..sebabnya..11.15 baru bangun tido.Malam semalam kitaorang pergi tengok pirates kan,balik kol 1.BErsilat maksud aku kat sini bukan lokasi aku kat dapur je,kejap2 aku masukkan baju dalam mesin,kejap2,jemur baju.Lepas tu rendam seluar laki aku.eh banyak kerja.

Tapi Alhamdulillah En.Suami ringan tulang nak tolong aku jemur baju dengan tolong masak kat dapur.Ikut angin dialah,habis tu tengok bini dia dah macam tak cukup tangan.hahahaha..tapi comel je aku tengok laki aku sidai baju...lain kali tolong lagi ye.

Tengok En.Suami makan bertambah,menambahkan keyakinan untuk aku rajin lagi belajar memasak =).sekurang2nya inisiatif nak memajukan diri sendiri.Hohoho..aku sebenarnya tengah usha En.suami belikan aku Oven baru :p


Aku dah tahap jeles badak ni.En.suami makin kuat pulak dia berdengkur.Tadi dah puas aku menyanyi,tak jugak mata ni nak lelap,selalunya kalau tak boleh nak tido mulalah aku merepek mereka cerita untuk Bed time story..hahaha..ye En.suami layankan je.Macam kau tengok orang nak tido lan anak,siap baca buku cerita bagai,ni bukan aku nak tidokan laki aku,tapi nak tidokan diri sendiri.Laki aku letak je kepala kat bantal dah selamat sampai Amsterdam.

Eh,siang tadi dia ada tanya aku nak hornymoon kat mana..hahaha..aku boleh jawab..
'sunway lagoon pon boleh'

sengal okey..eh..tapi tak kisahlah..sebab sekarang kepala aku dah plan macam2,yang penting tak da kaitan dengan berjalan.Aku tak kisah,la ni tiap2 hari merayap,tawaf batu pahat ni.sampai En.Suami fobia nak bawak wallet dia..hahahahaha..dia kata..

'kalau sayang kata nak jalan-jalan je,confirm balik mesti bawak barang.tak boleh percaya dah sekarang ni'...


hahaha..atenya sudi nak membayorkan sapa suruh.aku ni memang pantas buat muka kesian kat dia.hahaha..eh..aku rasa bersalahlah..kau tau tak kat batu pahat ni,mana nak cari kerja?hohoho..hujung hulan ni perbelanjaan bertambah.Erm...aku harap..hari mendatang tuhan bagi aku rezeki lebih.

Semoga En.Suami dipermudahkan langkah perniagaannya... (^_^)

No comments: