Sentuhlah saya

05 May 2011

Syukur tuhan...Alhamdulillah (^_^)

Assalammualaikum w.b.t

Selamat pagi.

Phewww....
hahahaha..malam tadi tak sempat nak update apa2 ok.
Lepas isyak terus keluar pergi rumah makcik2 aku yang area batu pahat gak.
Pergh..dah lah sebelum keluar makan,sampai rumah diaorang makan lagi.adeh.
BAlik rumah laki bini terus terbongkang.
amik kau penat melampau.

Serasanya penat lepas majlis tak habis lagi.
I need rest.
TApi lepas kahwin kau jangan mimpi lah nak membuta lama2...
hahaha

FYI,aku stay dengan in law.
huahuahuahuahua..
okey..banyak persepsi negatif yang aku terima..ce cite..
apa kata kalau nak cerita dengan aku ni sila bagi kata2 semangat yang membina sikit.

Mertua memang tahu aku sangat2 keras kepala.
Tapi dia gunakan cara yang lembut untuk bagi nasihat.
See...aku akan ikut cakap kalau kau berlembut.
En.Suami...hahaha..lepas kahwin ni.Baru aku dapat tengok sisi dia lagi satu..
sisi yang aku tak pernah nampak sebelum ni.
OMG...I love my husband so much.

Ye,banyak benda nak kn belajar.
Kena bersabar.
Kena rajin...kena kuat makan..ops..
hahaha..itu salah ibu mertua sebab masak sedap2 dan paksa menantu dia makan banyak2..hahaha..tapi anak dia pulak yang mengalami buncit berlebihan.

OMG..dalam masa beberapa hari..selepas nikah..En.Suami telah mengalami pertambahan kilogram..lagi..phew...

Sebelum nikah..kitaorang hilang berat badan sikit.Mungkin sebab risau kot.
Lepas nikah..aku dah terasa badan aku kembang semangkuk..hahahaha..gila.

Gambar kahwin?
sabar ye kawan2..nanti dah dapat aku upload.
Ramai dah request ni.aku dah call photographer semalam petang.mungkin petang ni dapat kot.
Honeymoon?kau jangan tanya..duit kitaorang dah habis..hahaha..
Ikut aku tak x kisah kau bawak aku gi Sunway lagoon pon aku dah bersyukur bang..*motip sunway..

Tak sempat der nak merayap.LAki aku tiba2 dapat projek plak.Hamik kau sekali 3 site nak kena jaga.Rezeki...rezeki..rezeki.Yang penting ada duit masuk.Dah lah dapat bini kerja habiskan duit je.hahahaha..kau redha kan bang?kan?hahaha

Sebab tu aku tak kisah honeymoon kat mana?bila?bagaimana?hahaha
aku nak habis ziarah rumah sedara mara dulu.Kemudian sambung study balik.
Fuh...fuh..banyak benda nak kn buat ni.

Rutin harian?
secara keseluruhannya berbeza..lalala~
atenya dah jadi bini orang kan..jangan berangan nak bangun lewat..
Tapi hari pertama tido kat rumah mertua aku bangun pukul 10...kencang seyh..laki bini masih terbongkang lagi.hahahaha..
bangun2 terus breakfast..hahaha senyum :p

Kata penat,majlis 3 hari berturut.
Memang membongkang habis2an.
Hari kedua bangun awal tapi pukul 7.30..ce cite..hahahaha...ranap subuh aku.
Dosa bertambah lagi...*sigh

La ni aku mesti bangun awal sebab nak rebut mesin basuh dengan FIL..hahaha..kenapa?
belajar bertanggungjawab seyh..kena basuh baju sendiri.walaupun MIL offer nak basuhkan..hahaha..jangan harap.Biar penat..aku mesti usaha basuh sendiri.Berebut mesin sebab FIL aku lepas balik dr surau je terus kumpul baju kotor dan masukkan dalam mesin.

Aku kan masuk kerja pukul 8.
Kalau lambat,celah mana aku nak sidai baju.
TApi hr ni fail lagi..*sigh..
MIL tolong sidai baju,sebab aku nak keluar gi kerja mesin masih berputar.BEnci....*eleh dalam hati suka hahahaha

Kemas rumah?
rumah x da budak,bukan bersepah pon.Tunggu weekend aku nak mop lantai.Aku tak kasi MIL mop lantai sebab aku tgk dia macam tak berapa kuat.Kena bersyukur.hari2 aku makan dia yang masakkan.

Tapi serius penat.
Bangun pagi lepas solat,berebut mesin basuh dengan FIL,siapkan baju laki aku,
Kejut laki aku yang liat nak bangun tido..pagi tadi aku siram je laki aku pakai air.liat sangat nak bangun.sakit jiwa aku mengejut.Tak pe nanti malam sebelum tido mintak ampun..hahaha..pagi td dah mintak maaf..dia senyum je dan angguk.dah 0-0 lah tu..bukan apa,bila kau dah kahwin..suami adalah perkara utama.Kalau dia tak ampunkan kau..adakah tuhan akan proceed pengampunan kau?

Dengan parents,aku tahu diaorang redha aku dah kahwin.Ayah aku dah bagi nasihat,jangan degil2 sangat,jangan melawan.suami dan parents tak sama.Kalau parents marah tak lama,apa pon yang berlaku mesti ampunkan anak.Tapi suami lain,kita baru je nak mula hidup dengan dia.

Ops..bukan nak bagi tarbiyah free...sekadar berkongsi.Aku cuma nak jadikan hidup aku lebih baik dan lebih bermatlamat serta lebih diberkati Allah.

Setakat ni aku belum pernah masak lagi.hahahaha..MIL tahu aku tak pandai masak.Tapi aku nak cuba belajar masak gak.Dibuatnya PIL nak terbang ke Qatar,mati aku nak bagi laki aku makan apa.Tak kan nak bungkus...hahahaha..ada laki aku sumbat nasi tu dalam mulut aku karang..eh tak kan lah..laki aku x sampai hati...mesti tapau nasi,sbb tau bini dia tak tahu masak.*insaf..balik ni belajar makan..tetttt..belajar masak hahahaha :p

Fuh..macam dah lama tak buat tesis..hahaha..kahwin pon dah..mari kita kasi struggle settlekan tesis.Otak aku dah berkarat oi...tak larat dah.Oklah nanti aku update lagi.Jangan muntah hijau ye..dah nama pon diary kehidupan..hahaha..kalau meluat tak payah baca.Aku tak marah pon..hahaha..*aku dah cakap aku dah berubah hahaha (^_^).

8 comments:

:: Mrs.SyahNia :: said...

tahniah sis dah jadi wife ;)

bace kisah akk, tak sbr plak
rasanya nak jadi wife next year
..tp ain lbh selesa dok
umah sendiri..hihi

syazana said...

luv Syahnia:
Dear..hehehe..itu perjanjian dan tanggungjawab kami.hehehe.sebab husband akak anak bongsu lah yang.Kesian parents dia.So far alhamdulillah.semuanya ok.HArap2 semuanya ok sampai ke hujung nyawa. =)

miss fifi said...

congrat kak long..ari 2 x dpt dtg sbb exam..wakilkan emak je..mak ckp kak long cantek..(^__^)

btw, slmt belajar memasak..hihihi

syazana said...

miss fifi:
Hehehe..terima kasih.semoga kamu lulus cemerlang.Baiklah saya akan belajar memasak hehehe

lily lotus said...

congrates dear :) akhirnya...! tak kisah tinggal ngan siapa pun, yg penting keserasian dan persefahaman.

syazana said...

lily lotus:
Terima kasih kak atas kata2 semangat tu.dengan harapan biarlah keserasian itu kekal sampai ke hujung nyawa :)

lalink7 said...

along...ko kata ko xreti masak? bukan ke ko penah masakkan aku dulu2? hehehe

syazana said...

lalink7:
alahai yang,tu masak untuk diri sendiri dan kawan2 lepaslah.Ni kalau masak bukan setakat suami je yang nak makan,PIL pon sama.cuba bayangkan kalau tak sedap.hahahaha.