Sentuhlah saya

03 June 2011

Suami orang punya hal

Assalammualaikum w.b.t

Selamat pagi :)

Tiap kali nak buat entry baru mesti blurr..serasanya tiada benda berilmiah mahu dikongsikan..eik..
hahaha..macam selama ni blog semua berentry ilmiah..cis.. :p

Aku tak tahu siapa reader aku,yang aku kenal hanya beberapa orang dan termasuk silent reader.. (kawan2 aku yang entah dari celah mana diaorang jumpa blog aku)

Fine...hari ni aku nak cerita pasal skandal masa skolah..eh..selamba je nak bukak cerita lama kan..dan2 aku dah kahwin segala cerita lama aku kasi bongkar hahaha

sebenarnya tak da lah heran sangat nak cerita bagai..sebab aku rasa macam tak best pun nak cerita.skandal aku tu pun dah kahwin.wife dia pon kawan2 masa skolah gak.alahai~

Mula2 aku macam tak kisah pasal diaornag ni,diaorang start bercinta bila pun aku tak tahu.sebab aku kalau dah fall in love dengan seseorang, aku memang tak amik port hal orang.asyik belek bf aku je.lalala~ *la ni nasib jadi laki.

Skandal aku ni,masa skolah memang sangat lah rajin melayan aku.walaupun dia kasar tapi dia sangat baik weh.Ini menyebabkan aku hampir dipulau oleh skeumpulan kawan2 perempuan yang berpandangan buruk pada aku. *nak wat camana,sebab tu aku tak suka sangat kawan dengan perempuan ni.leceh.

Sampai habis skolah,skandal kitaorang tamat kat situ je lah sebab aku dah ada bf..hahahaha *la ni laki aku.

Aku tak tahu yang skandal aku ni sebenarnya kecik hati dan dia ada niat nak jadikan hubungan kitaorang ni serius.TApi bagi aku hubungan kitaorang memang tak kan jadi sebab...alahai...aku tak yakin langsung dengan dia.Mugkin dah memang takdir sebagai kawan je kot.

Bila dah setahun dekat U,kitaorang terjumpa balik.Melalui Handphone lah.Kata kawan2,maka masih ceria macam dulu.Dia ada cerita yang dia ada hubungan dengan kawan skolah juga,tapi aku tak tahu siapa.ada aku kesah?hahahaha..aku buat macam biasa je lah.

sampailah diaorang bertunang,tu pon sbb tgk gambar dekat FB,baru aku tau siapa bakal isteri dia.Tapi aku okey je,sebab dah jodoh dia,aji gila aku nak jeles.Hati ku telah ku serahkan pada EN.suami masa tu.Gila setia lalalala~

Bila diaorang kahwin pun aku datang ok.masa aku kahwin je diaorang tak datang.sadis~
eh..hahahaha

Tapi entah kenapa,aku dapat rasakan yang tahap cemburu isteri dia tak pernah berkesudahan.
Yang si kawan aku ni plak macam haram.boleh je puji aku depan bini dia.nampak sangat kebodohan dia terserlah.macam nak lempang laju2 je rasanya.KAu dah ada bini hoih.jaga sikit perasaan bini.Dahlah mengomen dalam FB.

Ni tak aku pulak bertanggungjawab nak menaturalkan keadaan.seolah2 tiada apa yang berlaku.
Kalau aku jadi bini pon sakit jiwa,dahlah kau pernah ada ksandal,dah kahwin pun kau boleh je lepas cakap suka2.FINE..aku tak faham orang macam ni.

La ni boleh je kawan aku tu nak cerita pasal hal2 yang lepas.Aduhai..apakah.nasiblah En.suami memahami.Aku ni kan tak kisah,kalau kau cakap tak lurus memang aku tak faham,kalau kau cakap tegak2 baru aku faham.

Insiden yang berlaku buatkan aku rasa kurang senang.siap ada kawan lain yang sound kat wall aku lagi suruh dia ingat bini.WTF.bunyi macam aku ni perampaskah.aji gila...terjojol gambar laki aku dalam tu.betapa banyaknya gambar lucah kami laki bini.hahahahaha

Wah..aku masih waras ok.Dosa dowh nak curang terhadap suami.ok apa yang aku nak cakap ni memang BIADAP dan berunsur BONGKAK.Tapi serius ini sebenarnya yang aku mahu cakap.
Aku cakap ni sebab nak membalas apa yang orang-orang biadap cakap belakang aku.

Aku tak sangap sangat dowh nak laki orang,laki sendiri ada,lagi pun dari segi fizikal walaupun laki aku tu boroi dia tetap pujaan hati ku yang penting dia lagi hensem dari laki orang tu,lagi banyak duit walaupun tak sampai tahap kaya-raya aku dah rasa cukup senang lenang *walaupun dia yang kerja keras siang malam cari duit...wakakaka,lagi sporting aku boleh paw suka2 hati *memandangkan aku tak bekerja.Jadi apa lagi aku nak?Sebut je nak apa,laki aku sediakan * eh tak lah semua,dia dah sound aku siap2 suruh habiskan belajar kalau tak duit jajan kasi potong.

Aku dapat lebih dan lebih lagi.....yang penting aku bersyukur.haisy..tak pe lah manusia2 yang biadap aku maafkan je lah.lagipun kau dengar dari mulut orang.KAu cakap apa pun aku masih macam ni gak.Masih nafsu makan membuak2..masih gila bershopping..masih malas nak siapkan tesis LOL..hahahaha.

Susah gak ek,kalau jadi manusia jenis tak kisah ni,orang lain tak fikir hati kita pula.Aku ni cuma risau En.suami terasa hati.setakat ni dia senyum je.dia kata benda kecik bukan aku buat apa pon.erk..pedulilah...yang penting i bahagia..lalalala

No comments: