Sentuhlah saya

17 June 2011

Bajet kahwin

Assalammualaikum w.b.t

selamat pagi malaysia hehehehe..

aku masih lagi berhutang nak tepek gambar malam berinai dan sanding.

Hari tu ada kawan tanya berapa aku habis untuk merealisasikan majlis sendiri.
Pertama sekali aku nak bagitahu yang aku ni pengantin bajet lalalala~
jadi kau jangan expect tinggi dari aku.
Aku jobless tiada duit.jadi aku buat apa yang aku mampu,dan yang paling penting sekali dalam hati aku adalah kegembiraan orang tua aku.

Baiklah kita mulakan dengan ....


(1) katering :
kami tak menggunakan khidmat katering harap maaf hahaha, ayah aku beli bahan-bahan masakan dan kami upah tukang masak profesional yang memang ada kedai nasi baryani.kos untuk bahan masakan untuk 3000 orang tetamu termasuk upah memasak ialah 18k. Kalau amik katering satu kepala paling murah pun boleh dapat ialah RM 8.00 dan jumlah untuk 3000 orang ialah 24k. Kami bukanlah berduit sangat :)

Penat tu memanglah,tapi ayah aku nak makanan sedap dan puas hati,kami menggunakan khidmat tenaga rewang :) . Bagi kendarat (pelayan-pelayan) pula mama mintak tolong makcik-makcik kat kampung atuk dengan upah sehelai baju serta aku tak tau berapa mama bagi diaorang. semua mama settle :)

(2)Doorgift :
Hahahaha...ini part paling aku suka sebab tak menyusahkan orang lain.Semua aku kasi settle sendiri tapi masih ditolong sikit-sikit oleh sedara mara.

Mama bagi :
-gula pasir 1kg
-mug
-kuih bahulu (ditaja sepenuhnya oleh kawan ayah)
-Roti gardenia (sebagai tambahan)
-Kerepek (ditaja sepenuhnya oleh atuk sedara)

Ok,tak dalah bagi semua dalam satu beg.mama bahagi-bahagi.Mug tu tentunya untuk kawan2 dia dan kawan2 aku.aku pun tak amik tahu.Bagi aku siapa yang dapat gula pasir tu memang untung sebab kau dah tak payah nak beli gula.hahaha

Kenapa gula pasir? sebab beberapa tahun sebelum aku kahwin dan tunang dan segala mala lah mama aku memang dah niat nak bagi gula pasir.Sebab senang,mama kan kerja jadi siapa yang nak packing segala doorgift kalau nak bagi kerepek2 bagai kan?itu pun nasiblah ada yang sudi nak taja dan belanja.Alhamdulillah rezeki :)

(3)Dewan:

Sewa dewan ialah RM150.00 + deposit RM200.00 = RM350.00
habis majlis kau boleh dapat duit RM200.00 kau balik.Alahai dewan kat pekan kecik memanglah murah bukan ada ircond pun cuma kipas je..panas ye..memang hazab...aku lupa nak sewa kipas air.hahahaha

Sewa sampul meja dan skirting RM13.00 x 30 = RM390.00
Sewa reben RM1.50 (1 kerusi) x 240 = RM360.00
Sewa kerusi meja makan untuk tetamu = jumlah tak diketehaui sebab mama aku settle
Sewa meja makan utama + red carpet = RM59.00 (aku tak ingat jumlah sebenar)

Family aku emmang all out untuk majlis aku.Semua diaorang buat sendiri,bayangkan masa hari persandingan pukul 10 pagi parents aku masih siapkan skirting meja buffet kat dewan,diaorang tak siap lagi ok :p

Memang cool hahahaha...umpama ayah aku kata.. 'kita cuma nak tengok kau happy'
owh sedih :')


(4)Pakej OP
Huahuahuahua..aku tak sama macam orang lain.aku asal boleh.janji ada gambar dan kenangan.aku tak kisah pasal gambar yang edit2 tu.sebab aku kan pengantin bajet.Jadi aku terpaksa fikir hari kemudian.Duit dah banyak habis.Kalau ikut hati siapa yang tak mahu gambar meletops kan?lagi-lagi kalau kawan-kawan puji cantik bagai.Hahahaha.

Kau jangan kata 'eh tak lah aku buat untuk kepuasan' sikit sebanyak timbul riak dalam hati.kita manusia biasa kan?hohohoho x cakap pun aku tahu.*hahahaha keji

Memang pakej best adalah RM3k untuk satu rumah.Tapi aku tak mampu :)
Jadi untuk tak sakit di kemudian hari...pakej untuk kedua2 rumah dan kesemua sesi untuk 3 hari ialah RM2k semuanya? amacam bajet?kan dah cakap pompuan jobless memang kedekut ok.

Tapi ada kawan-kawan yang selalu je cakap 'pengantin bajet memang kena fikir banyak,hahahaha'

ye...sebab aku fikir kalau dah ada duit lebih nanti aku hantar edit.Amacam?hahaha tapi En.suami sempoi. 'tak pe yang,bukan rezeki kita nanti tiap-tiap kali ulang tahun perkahwinan kita pergi amik gambar'

Cis..macam rajin kan kau.aku lagi rela pergi shopping.hahahahaha...lebih-lebih lagi...sudah ada 'fetus' ini. :')

Erk..tersasar...

(5) Pakej andaman
Yang ni lagi satu,aku amik andaman biasa-biasa je bukan andaman anak raja bagai okey.mak tak mampu noks nak amik mahal2.

Puas aku survey andaman 1 johor..lalala~
Kalau nak yang meletops punya adalah RM8k+++,kau mampu?ye kau banyak duit aku tak.
Sebab 8k baru kat dewan je,belum make up nikah,belum malam berinai.

Malam berinai tak wajib,tapi aku nak jugak buat sebab untuk suka-suka bersama family.Ada jugak mulut-mulut kata macam-macam tak cantiklah apalah...ada aku kesah?hahahaha..janji mak bapak aku happy.Hohohohoho

OKey aku amik andaman masa aku tunang hari tu.Seri Mempelai Collection di Pt.Raja ,Batu Pahat.Kau dengar PARIT je opkos kau fikir 'alahai pompuan ni amik yang kampung punya'.TAk payah tunggu kau cakap.MAkcik-makcik aku pun dah ada yang bebrunyi dari awal lagi :'(

TErasa down masa tu,tapi bila aku fikir balik.Duit aku der.sebab aku pengantin bajet, kenapa mesti nak ikut cakap orang lepas tu aku kesempitan.Ingat satu je buat apa yang kau nak dan apa yang kau mampu.Kalau kau mampu kau nak buat pelamin sebesar istana pun tak da sapa kesah.

PAkej andaman aku secara total,untuk kedua-dua belah pihak ialah 6k. Untuk rumah aku sahaja 5k.Hahahaha..jadi untuk majlis bertandang ialah 1k.amacam murah?

5k = pakej dewan 3.7k
pakej dewan untuk malam berinai 1.3k

MAlam berinai aku buat dekat dewan gak,dewan terbuka.Majlis bersanding buat kat dewan tertutup.MAke up 2x (nikah dan sanding,untuk berinai dia touch up sikit-sikit).Baju berinai (baju baru) dan baju bersanding pun baju baru.aku request colour dan lepas tu aku taka mik tahu.Boleh?

Secara seriusnya , deco untuk pelamin juga aku tak amik tahu,aku cuma cakap tema adalah pink+putih selebihnya pandai-pandailah pak andam i buat.Sebab masa tua ku tengah bengang dengan mulut-mulut celupar.jadi aku cuma pesan dengan pak andam aku,'saya nak yang glamour tapi sederhana,yang penting orang tua saya tersenyum sepanjang hari'.Boleh?

Fine korang tak nampak kan?nanti aku upload gambar.*kena jugak hahahaha

Dekat rumah En.suami 1k termasuk mekap+pelamin+baju+pintu gerbang. BAju songket kat rumah lelaki ialah baju baru juga.Aku dah survey temapt lain,kalau macam yang aku nak paling murah aku boleh dapat ialah 10k termasuk rumah lelaki.

Tapi macam aku cakap bergantung pada kau.Aku memang bajet.sebab tu aku kurangkan pada op aku lebihkan pada andaman.Sebab,malam berinai...aku nak semua orang gembira.Sebab masa majlis bersanding mereka bertungkus lumus rewang dan tak sempat nak bergambar dengan aku :'(

Sebab tu kalau nak kahwin ni fikir betul2,kalau kau ada kerja alhamdulillah.Senang kau nak buat gempak camana sekali pun.Tapi kau kena yakin rezeki itu sentiasa ada.Allah sentiasa merahmati jalan yang baik.


(6)Barang hantaran

Pheww....hahahaha..kau nak tahu mana segala duit pergi?hahahaha..adalah ke barang hantaran.Aku habis tak sebanyak En.suami habis.dengan duit hantaran lagi dengan hadiah lain lagi.Jadi aku berpuas hati dengan segala apa yang aku buat,walaupun ada mulut-mulut yang menyakitkan hati.yang penting aku dah kahwin yahooooo...hahahaha

Aku tak mahu bagitahu pasal barang hantaran sebab kau sendiri akan rasa nanti (bagi yang belum berkahwin).Takut-takut karang kata menunjuk..hahaha..matilah perasan diva kau..'biarlah hantaran i menjadi rahsia family sahaja ye,i tak mahu peminat fikir i berlagak sebab show off jumlah hantaran' *lempang diri sendiri hahahahahaha...miahahahahahaha


TApi nak kahwin bukan kerja mudah weh.KAlau nak mudah kau nikah je,afdal...hahahaha.Kalau akua da tertinggal apa-apa maaf ye.aku dah tak ingat.semenjak tak sihat ni,banyak benda aku lupa.

Owh...total parents aku kehabisan wang hampir 30k.Erk..tak termasuk aku punya...tapi En.suami punya total lost lagiiiiiiiiiii banyak...hahaha sebab tu tak jadi pergi honeymoon kat Paris.*perasan lagi...muahahahaha,mudah-mudahan ada rezeki nanti.Atenya nak pergi honeymoon dah tak sempat,nampak gayanya kalau diizinkan tuhan lepas bersalin dan pantanglah baru boleh honeymoon bertiga :')


Eh..aku tengah okey ni nanti aku update lagi...hahahaha :p

5 comments:

husnalalink said...

ehh..along,hantaran ko mest banyak bard kasi nie..rm15k ek? bestnyeee...hehehehe..

camne nak kawen nie duit takde..huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

syazana said...

lalink7:hahahaha..taklah sikit je.Hehehehe.

Jangan takutlah ada je rezeki tu nanti.buat semampunya kau.

Unknown said...

Kalau kita nak majlis kita lebih selesa. Jangan lupa sewa kipas air tau. Sila layari www.sewa-kipas-air.blogspot.com

Faizal - 0102252269

Unknown said...

Kalau kita nak majlis kita lebih selesa. Jangan lupa sewa kipas air tau. Sila layari www.sewa-kipas-air.blogspot.com

Faizal - 0102252269

Unknown said...

habis 30k baik amik pakej kahwin buat dkt dewan. 😑