Sentuhlah saya

13 June 2011

Hadiah Dari Allah S.W.T

Assalammualaikum w.b.t

aku tak tahu nak memulakan bagaimana.


Seumpama tuhan hadiahkan aku pelangi yang paling indah....seumpama aku mendapat hadiah yang terlampau besar....syukur alhamdulillah... aku mengandung :')



Sebenarnya dari minggu lepas lagi aku dah tahu ada 'sesuatu' di dalam perut,cuma aku tak berani nak berkongsi.mungkin sebab apa yang doktor katakan pada aku menyebabkan aku cukup lemah sekarang ni :'(





aku cuba yakinkan diri yang Allah maha mengetahui segalanya....aku x mampu nak bertahan dengan segala kerisauan dalam hati.Subhanallah aku tak tahu macam mana nak ceritakan.





7 Jun sepatutnya aku akan period,kalau mengikut jadual.Period aku memang teratur tak jadi masalah.Tunggu punya tunggu...period tak kunjung tiba.Hati En.suami dah berbunga riang,tapi aku tetap susah hati.





8 Jun aku dah tak sabar lagi sebab period masih tak kunjung tiba,jiwa aku sakit menanti jawapan yang tak pasti...atas nasihat beberapa orang teman yang sudah berpengalaman,aku buat pregnancy test kat rumah.Tak da makna aku nak tunggu esok pagi,balik lunch tu gak aku test.Memang double line tapi samar-samar.Hati aku memang tak tenteram.En.suami suruh aku test besok paginya plak.





9 Jun bangun solat subuh je aku terus test lagi sekali.Alhamdulillah,double line tu jelas,terang dan nyata...En.suami adalah insan yang paling bahagia...senyum je dia pagi tu.





Sebaliknya aku bersedih hati,bukan sebab aku tak nak pregnant tapi 2 minggu sebelum itu aku kena serang dengan gastrik yang sangat over,aku paksa En.suami bawak aku pergi klinik nak amik injection untuk gastrik.Tapi malangnya aku lupa nak tanya Doktor injection itu merbahaya untuk kandungan ataupun tak.sebab kalau kat Hospital serdang sebelum diaorang suntik akan tanya dulu sama ada aku ni pregnant atau tak.Walaupun pada hakikatnya aku tak tahu yang aku ni mengandung.





bermula dengan hari aku kena gastrik sampailah 9 jun tu hari-hari perut aku sakit,seolah-olah macam cramp.sakit yang datang-datang,aku tak tau nak cakap macam mana.





9 Jun tu juga En.suami bawak aku cek doktor.Subhanallah...aku dah tak tahu nak buat ayat macam mana.. :'(





Doktor tanya period,pregnant dan ubat apa yang aku ambil.aku bagitahu doktor perkara sebenar pasal injection gastrik tu..





doktor melopong...





'awak tahu tak yang injection itu boleh menyebabkan keguguran?'





kau tahu betapa sakitnya jiwa aku dengar doktor mengeluarkan fakta macam tu.betapa bersalahnya aku terhadap nyawa yang aku kandung.betapa jahilnya aku pentingkan diri sendiri.


Sejujurnya aku memang tak tahu yang aku mengandung.





'Bukan setakat injection sahaja,mungkin ubat gastrik yang awak makan juga boleh memberi risiko keguguran'





tuhan...aku tak mampu memnahan air mata dari tumpah...





sambil doktor scan perut aku...





'nampak tak ada gumpalan darah tu?itu baby awak,sekarang memang tak nampak apa-apa sebab baru 4 minggu kalau ikut perkiraan saya.lagi 2 minggu datang sini lagi scan.Buat masa ni saya bagi awak asid folik dan ubat untuk kuatkan dinding rahim.Ikut keadaan awak sekarang ni adalah 50-50,bila-bila masa boleh gugur sebab kandungan tak stabil.dalam 12 minggu pertama ni awak nak kena hati-hati dan banyakkan rehat, kalau bleeding tengok apa yang keluar.Sebab awak ada tanda-tanda ancaman keguguran,yang penting awak hati-hati dan jangan penat sangat'








Fine...aku dah tak boleh nak dengar apa yang dia cakap.Bleeding okey...bagi orang lain mungkin normal tapi bagi aku yang jahil,perubahan badan sendiri pun aku tak sedar,tanda-tanda pregnant pun aku tak tahu.Yang aku tahu tunggu datang bulan @ tak.





Dah 5 hari ni,aku asyik dok fikir-fikir pasal baby tak stabil..macam2lah.aku hari-hari salahkan diri aku sebab amik injection tu.Kalau aku tau dalam perut ada ISI,aku sanggup tahan sakit dari amik injection tu.Now DIA yang kena tanggung sebab kecuaian aku :'(





Aku bahagia,aku bersyukur dan aku gembira dengan HADIAH DARI ALLAH S.W.T ni,tapi aku masih gagal hilangkan kerisauan dari dalam hati...En.suami suruh aku serahkan segalanya kepada Allah,yang penting aku dah cuba sehabis baik jaga kandungan aku.Dia kata cuma Allah lebih tahu apa yang terbaik.





YE...sepatutnya aku redha,tapi aku tak mampu nak redha...aku betul-betul tak mampu.Dah berhari aku tahan menangis,dah berhari aku ingin luahkan.





Tapi mak mertua aku asyik yakinkan aku,kalau aku tak KUAT mesti aku dah keguguran masa injection tu.Tapi sampai hari ni aku masih bertahan bermaksud aku KUAT dan mampu menerima.Aku risau kalau-kalau injection tu memberi kesan pada kandungan aku.tuhannnn....aku tak mampu nak berkata-kata.kerisauan aku tak kan hilang selagi aku tak scan untuk kali kedua.





tiap kali aku rasa seperti sesuatu nak 'keluar' aku mesti ke toilet dan periksa sama ada bleeding atau tak.





Bukan setakat injection yang aku takutkan...beberapa hari sebelum aku dan En.suami jatuh katil sebab kami sakan bergurau.sebelum tu aku ada gak melompat-lompat.Tapi sebelum aku tahu yang aku pregnant.La ni memang aku banyak rehat dari buat kerja.Semua En.suami yang buat.





lega hati aku bila dah luahkan perasaan ni,kalau tak mesti aku asyik fikir pasal ketidakstabilan kandungan.





Malam tadi aku mimpi ngeri.Aku mimpi aku bleeding.terjaga dari tidur aku terus peluk En.suami kuat-kuat.aku takut.





Aku tak tahu nak luahkan macam mana,aku cuma mintak pada siapa yang terbaca dan sudi mendoakan,tolong doakan aku dan kandungan sihat sentiasa jauh dari mala petaka dan bencana.





Aku bukan manusia kuat dan mampu untuk bertahan menyimpan perasaan dan kerisauan,aku bukan mahu meminta simpati,cuma aku perlukan wadah untuk meluahkan perasaan.





En.suami hari-hari bagi semangat suruh aku sentiasa berfikiran positif.Tapi untuk kesekian kalinya aku tak mampu hilangkan kerisauan.Aku cuma mintak supaya aku tenang dan redha serta tak berhenti dari berusaha menjaga kandungan ni,aku cuba untuk serahkan segalanya kepa Allah S.W.T kerana dia lebih mengetahui.





Kerana ini merupakan hadiah dariNYA,aku sangat-sangat bersyukur kerana diberikan peluang untuk menikmati kehidupan yang penuh dengan keindahan.dari ini aku patut banyak belajar bersyukur.Terima Kasih Tuhan kerana sehingga hari ini aku masih KUAT menghadapinya.





Aku kena yakin,Allah turunkan dugaan kepada hambanya yang mampu menghadapi.Semoga segala urusan aku dipermudahkan.

5 comments:

Lyn Yusoff said...

dear,
byk2 bersabar yer..
yakin dan redha atas ketentuan Allah..
jaga diri baik2..
kak lyn sentiasa doakan u & baby selamat. Amin :)

miss fifi said...

sabar ye kak long..kak long mesti la kene kuat + positif, baru la baby dlm perut tu pon jadi kuat..bnyk2 kan berdoa ye..

DawaiKokot said...

congrates along...jgn byk sgt risau k..sbb stress pon leh bahayakan kandungan...insyaAllah xde pape punye....yg penting jaga kesihatan jek.....papepon....nyawa ibu yg lebeh penting....

husnalalink said...

nasib takde pape dear..tahniah kawanku yang tersyang..bunting gajah jugak ko nie yee..hebat2..heheheh

lily lotus said...

insyaAllah kuat jodoh u dan baby :) yang penting u take care...