Sentuhlah saya

31 May 2011

Aku berdosa dengan En.suami

Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi malaysia..hohoho.macam lama tak bersiaran.

Tajuk entry kat atas melambangkan perasaan aku semalam..huwaaaa...stress...sedih.

Tak adalah nak sedih sangat..cuma tulah..entah kenapa lately emosi tak stabil.mungkin sebab nak datang bulan kot.

Semalam aku teman EN.suami pergi JB untuk menyelesaikan beberapa perkara,sekembalinya ke Batu Pahat aku terus menuju ke PRUDEntial nak dengar talk pasal insurans.Atenya dah tua2 baru nak buat..hahaha.

Siap semua,En.suami amik dan kitaorang pergi spend time dekat Saloon kegemaran,cuci rambut dan gunting rambut bagai..*kau tengok betapa padat jadual aku,tak da rehat tengah hari tau.

Sampai rumah aku terus explain dengan EN.suami pasal Insurans tu dan kitaorang layan NORA ELENA kejap.Lepas solat maghrib semua,En.suami dah cakap yang dia nak makan dan nak pergi tukar kereta kat rumah bawah (rumah akak ipar aku,bawah tu maksudnya Rumah bawah bukit,kot).LEpas solat aku pon ingat nak basuh baju,masukkan baju dalam mesin dan terus panaskan lauk.

Penat seyh,baru je aku nak asing2kan baju En.suami dah cakap macam ni,

'Tadi kata nak panaskan lauk semua,ni dah sibuk nak basuh baju pulak"

aku terus sentap okey,dah lah penat.PAdahal dia bukan marah pun,dia tanya je.

"sabarlah bang,tak nampak ke orang tengah buat apa ni,nanti dah masukkan baju dalam mesin sayang tinggalkanlah pergi panaskan lauk semua"

MAsih ada lagi jawapan dari dia..

"ye lah tadikan sayang kata nak panaskan lauk dulu"

Fine,aku dah hilang sabar.untuk pengetahuan kau,biras aku pon ada kat rumah tu termasuk dengan anak2 dia yang seramai 3 orang tu.Sebabnyakan abang ipar aku dah berhijrah ke QATAR,jadi untuk dijadikan cerita dan menambah perisa cerita ni,biras aku ni angkut anak2 dia tido rumah mertua.

Aku ok je,tak jadi masalah pon.Ok..sambung balik.
LEpas je En.suami cakap macam tu,aku terus sentap,campak semua baju terus turun ke dapur panaskan lauk,mak mertua aku tak da dia tido rumah bawah (rumah akak ipar aku),tinggal bapak mertua je.

HAti dah membara ni ditambah dengan suara menangis anak abang ipar aku yang kecik,dengan suara anak dia yang tengah pantang bersunat asyik nak itu nak ini,dengan suara anak sulong dia yang asyik nak marah adik sebab menangis dan dengan ketukan bertalu di pintu bilik mama dia sedangkan mama dia sibuk berSKYPE dengan abang ipar aku kat QATAR tu.DItambah dengan aku dah lah penat..kau tak tahu nak tolong aku ke biras?,tolong senyapkan anak2 kau je.LAin tak pe aku boleh buat.

PErgh..mendidih seyh..hati aku memang..erk..tak tahu nak cakap.YAng si kecik tu plak asyik nak melalak je,aku tak faham betul.KAu nak skype dengan laki kau pon tak payah lah nak tutup pintu bagai,anak2 kau kat luar ni memekak.Ikut aku memang nak PANG je yang asyik menangis tu.PErgh kesabaran aku teruji betul.

TEngah2 panaskan lauk sibuk nak hidangkan untuk En.suami dan pak mertua.En.suami turun memujuk,dia suruh aku masukkan baju dalam mesin biar dia sudahkan panaskan lauk dan sediakan semua.

Fine,hati aku kalau dah keras.MEmang susah lah kau nak memujuk,kau cakap apa pon aku tak layan.sebab aku tengah BERANGIN.Pujuk punya pujuk aku tak layan,En.suami plak bengang dengan aku.dia terus keluar rumah.Aku tak tahu dia ke mana.dengar kata nak ke rumah bawah.argh..gasak.hati tengah sakit,badan penat,dengan bunyi bising.Ya allah,aku rasa macam nak jerit je kat biras aku tuh,kalau dah tak tahan sangat asyik sibuk nak berskype je sila terbang ke QATAR cepat sikit.

Memikirkan pak mertua aku ada,hohoho sila jaga tata susila anda :p

Mahu aku tak hangin,dah lah aku ni pemalas,biras aku pon pemalas gak.eh tapi aku tak dalah malas sampai baju aku pon mertua basuh ok.semua aku buat sendiri,sebab dah memang tanggung jawab aku,walaupun aku bukan menantu yang baik,yang bangun awal sediakan sarapan bagai.at least aku tahu menolong nak kemas rumah ke,nak basuh baju ke..sekurang2nya tau.

Aku tak pedulilah orang nak kata aku menantu hantu ke apa.Ni dahlah menumpang,baju pon mertua basuhkan,makanan pon mertua sediakan,yang basuh pinggan dia kadang2 aku ok.lepas makan terus tinggal.ok,aku terimalah mungkin sebab aku menantu baru,kena buli sikit sebab dia senior.cis..tapi tak perlulah melampau.aku yang naik segan sebab mak mertua aku mengadu kat aku pasal dia.

Selama ni aku dengar je EN.suami bercerita pasal dia.Aku memang tak amik kisah,sebab yelah hal orang kan,sekali kena kat aku sendiri haruslah aku hangin.semalam masa anak dia asyik nak melalak dengan tangan terketar2 rasa nak PANG je budak tu,aku masih lagi lembut bertanya 'ahmad kenapa asyik nangis je ni,nak apa sebenarnya?'

tapi dia tak layan ok,makin kuat melalak ketuk2 pintu bilik mama dia.PErgh aku rasa macam nak hayun sekali kasi senyap.hahahaha.

aku teruskan je buat kerja aku,tak lama En.suami balik rumah dia terus turun ke dapur tolong aku.Aku tak tanya apa dan tak bercakap sepatah pun.Dia suruh makan dengan dia aku makan,settle semua terus siap2 turun rumah bawah.ouh..kelegaan sebab tak dengar suara yang membingitkan telinga.Hahahahaha...

Tapi aku rasa berdosa ok sepanjang merajuk tu,lepas tu adalah cakap sikit2.TApi malam tadi sebelum nak tido aku pulak rasa sedih hahaha.Aku ingatkan dia dah tido nyenyak,cis solat aku pon tak kusyuk sebab takutkan dia kecik hati dengan aku.Rupanya2 dia memang tunggu aku siap solat.

MUahahaha..aku tak berani seyh nak lelap mata tu nak salam dan cium dia *kebiasaannya aku salam dan mintak maaf lepas cium dan say good night baru tido.Tapi malam tadi lepas je baca doa bagai aku terus tarik selimut dan membelakangkan suami.HUwa...wa...wa..wa...aku serba salah tak tahu nak buat apa.

En.suami:'sayang tak nak salam abang ke?tak cium pun?' (sayu je suara dia masa ni)

aku terus berpaling dan salam dia tanpa mintak maaf terus cium dan membelakangkan dia balik.

En.suami: (sambil usap kepala aku),Abang mintak maaf ye yang,sebab tadi marah sayang.Maaf ye.

Aku diam tak bercakap apa,air mata dah bertakung ni.

Aku:hah ye lah (suara bergetar tahan nangis) :p

En.suami:jangan amik hati tau,abang mintak maaf sangat-sangat.

Hohoho,salah sapa sbnrnya ni?siapa yang sentap dulu.serasanya salah aku.Erk..tapi memang aku sentap pon,dia macam tak paham pulak yang aku ni dahlah penat,tak satu2 kerja nak kena buat.

Tapi sebab nak elak dia nampak aku menangis,aku baring membelakangkan dia.*eh tak elok tau tido membelakangkan suami.

Tiba2 En.suami cakap lagi.

En.suami:hah yelah,pandang jelah sana.Abang peluk bantal je malam ni.

masa ni aku dah tak tahan nak gelak.hahahaha..air mata masih mengalir tapi sebab dia dah buat ayat merajuk..hahaha..see..keras2 hati aku kuat leleh gak tau.hahahaha

NAsib malam tadi aku dah mintak ampun dengan dia,selepas sesi mengalirkan air mata.kalau tak,dibuatnya aku mati dalam tido..hohoho celah mana nak mintak maaf kan?tak kan dah jadi hantu baru nak mintak maaf?hahaha..

Owh..perasaan ketika merajuk dan berdegil..apa yang aku fikir?

'eh dosa tak ek aku buat macam ni?'

hahahaha..sapa2 yang dah jadi isteri tahulah,yang belum jadi isteri nanti kau rasalah.tapi tak tahulah kalau kau tak sensitif hal2 yang macam ni.Aku ni sebab ayah aku selalu pesan, 'bila kau berkahwin,suami adalah keutamaan'.

Ayah aku yang pesan,aku cuma ikut pesanan je.

sebenarnya entry tak bermotif,pada asalnya aku nak luahkan pasal aku bengang dengan biras aku.

Ok2..aku ni manusia tak sempurna ,tak faham perasaan orang ada anak.anak tekak aku adalah..tak nak cakap banyak..amik sebagai pengajaran,jangan jadi pemalas dan pentingkan diri sendiri.

*abaikan entry tak bermoral ni :P

26 May 2011

Duit....duit...

Tuan belog tengah mereng...duit...duit..duit..ku seru nama mu..
aku nak shopping ni..benci...bulan ni tak boleh membazir duit..huahuahuahua..
kena tunggu bulan depan.... benci tau

25 May 2011

Mengeluh haish (^_^')

Assalammualaikum w.b.t
selamat petang.hohoho
sihat?
apakah soalan...macam mintak kena lempang.

Erk..sejak kahwin ni aku memang tak sempat nak update belog.bukan sebab malas,tapi memang tak sempat.

Aku rasa sekarang tengah hangat mereka memperkatakan pasal makanan yang halal dan tak halal...tapi serasanya lebih kepada tak halal...adeh...*macam nak samak badan sendiri.

Aku tak pernah makan meatball kat ikea,teringin seyh,lebih-lebih lagi kalau tengok ada blogger yang update pasal meatball aku rasa macam..wa...wa..wa...kenapa kau je asyik ke sana..huwawawawa...*kalau aku menangis air mata darah sekalipun,IKEA tu tetap kat damansara bukan boleh berpindah ke batu pahat.

Kau hengat En.Suami nak melayan tekak songsang aku ni..*erk..i masih bernafsu normal ye.bukan lesbian.Kecualilah aku pregnant..hahaha..alasan kukuh..kalau aku pregnant memang aku akan dapat..lalala~...*jadi berusaha untuk pregnant sebab nak makan meatball *sila lempang aku

erk..aku ingat lepas kahwin otak aku dah betul,rupanya macam makin tak centre..kan?kau perasan tak?

owh..ye..lagi satu pasal secret recipe (SR)..huwa..wa..wa..lagi aku menggila kalau tak halal.Aku dengan En.Suami adalah kaki+ketagih+penghidap SR,kami sangat tegar.eh lepas kahwin ni belum jejak lagi.

Tapi aku yakin dengan SR,sebab awal2 diaorang dah dapat siji halal.kenapa tiba-tiba ye.La ni aku dengar Ribena plak ada arak.WTF..apakah..semua yang kita makankan jadi darah daging.

PAtutlah gejala sosial sekarang makin bertambah,sebab segala produk makanan ada unsur yang tak halal.habis nak makan apa weyh? *puasa je lah long kau dah gemuk tu.

Ok,tak bolehlah nak salahkan mak bapak sebab salah makan kan.Tapi tak patutlah wei,produk2 makanan campur segala benda macam tu....huish.melemahkan semangat aku nak memasak je.*motip

Hahaha..jangan tak tau,saya dah berjinak2 dengan dapur ye sekian terima kasih..

Erk...aku nak mengadu ni,badan aku macam naik lah,tapi EN.suami kata tak,maintain je.aku dah stop pakai PB.eh bukan tak bagus,cuma yelah kawan2 aku tak kasi pakai sebab dalam proses buat anak kan.eh..diaorang (merujuk kepada yang dah kahwin dan beranak pinak) sangat ambil berat pasal aku okey.hahaha.banyak nasihat diaorang bagi.KAlau bulan ni tak da isi tak pe usaha mesti dilipatgandakan.eh itu diaorang cakap.

Aku ni asyik cerita pasal preggy je kan.habis dah kahwin der nak cerita apa.hahaha..bukanlah excited bebenor.cuma kau tahu seronok okey belajar perkara2 yang kita tak tahu,contoh pasal jaga baby,camana nak breast feed.pasal penyakit wanita,pasal seks.ok pasal seks ni aku nasihatkan jangan malu bertanya.

Aku sebelum kahwin banyak membaca,aku tanya kawan-kawan yang dah kahwin.malu memang malulah wei,tapi kalau malu bertanya sesat jalan,sama jugak camana kau nak memasakkan,mana ada orang masak nasi dalam peti sejuk.okey perumpamaan tak leh pakai hahaha.

Kalau kau rajin beli majalah lagi bagus,majalah mingguan wanita banyak info,pasal kesihatan,seks,anak dan sebagainya.bukan hanya kerana seks ok.kadang2 kau rasa kau normal tapi sebenarnya tak.kau tengok pada zahir macam tak ada penyakit tapi dalaman kau rupa2nya dah parah.

aku nak buat pap smear tapi tunggu hujung tahun.HAhaha..aku dengar cerita makcik-makcik senior..hahaha..diaorang pergi buat chek breast cancer..hohohoho..ada pakai mesin pebenda alah ntah,sakit wooo...aku tak tau sakit yang mcm mana,tapi bila dia cerita tu..aku rasa sakit.erk..hahaha.

Kalau yang baca belog aku ni perempuan,sama2lah kita jaga kesihatan.Kalau lelaki plak kau pun sama,ingat kalau ada perokok tegar,sila kurangkan merokok sebab rokok akan melemahkan sperma lelaki,info dari majalah pengantin.

*aku tengah catu rokok En.suami ni..hahaha..nanti aku cerita.

Penat menaip.aku tengah fikir malam ni nak masak atau nak makan kat kedai macam biasa.serasanya masaklah walaupun En.suami dah tanya 'petang ni nak makan kat mana yang?'.*baik tak laki aku..hahahaha

Erk..tapi nak masak apa?hahahaha...

23 May 2011

Mengandung

Assalammualaikum w.b.t

selamat pagi malaysia.
En.suami suruh aku surf internet pasal nak tengok projek.Tapi bini dia surf internet sebab nak update belog.

Nasiblah aku tak mengantuk pagi ni..senyumm...hahaha..
Tajuk entry macam nak gempak tapi tak da apa pun..lalala~

Jumaat haritu En.suami keluar jumpa client..
Dia balik terus dia bagi aku hadiah..

Aku:erk..cd apa ni bang?

En.suami:cuba belek..tengok tajuk tuh..

Aku:'Amalan Semasa Mengandung?'

En.suami:abang saja je beli,tadi ada budak jual.Tengok bermanfaat je abang beli lah.

Aku:erk..tapi kan belum ada 'isi'?awal sangat tak beli.

En.suami:tak salahkan beli 'ilmu',nanti kalau dah pregnant,bukaklah tengok.Ni tak pregnant lagi pun sayang boleh tengok gak.

Aku:owh..ok2..nanti sayang tengok.

En.suami:Owh..kalau cartoon laju je kau layan ye,aku suruh tengok cd Doa..nanti2..biasa ni..hahaha

Aku:erk..hahaha..yelah nanti orang bukak.

See...excited kan dia?hohoho..setakat hari ni belum ada rezeki.aku tak mengharap.Cuma kami berusaha dan berdoa meminta rezeki daripadanya.Kalau awal alhamdulillah,kalau lewat mesti ada jalan cerita darinya.

Tengok aku dah kahwin ni,otak aku ada normal sikit..hahaha...
Ok..aku nak membantu en.suami mencari sesuap nasi..nanti sambung bye...

P/S:entry semata2 sebab bosan..aku nak buat tesis tapi malas...hohoho

Aku bengang...

Assalammualaikum w.b.t

selamat pagi..erk..2.50 pagi kan?

wahhh...bengang aku tak boleh tido.Sila percaya ni LIVE update dari atas katil sambil ditemani dengkuran En.suami serta bunyi hujan di luar sana.Orang kata kalau dah pasang air cond ditambah dengan hujan sudah pasti kau nyenyak.Kenapa aku tak boleh tido?????

Aku stress,En.suami lena diulit mimpi...benci~
meh aku cerita sket pasal tengok wayang hari tu,memandangkan aku dah tak boleh tido ni.

Khamis malam jumaat yang lepas,kitaorang (aku+en.suami+FIL+MIL),pergi tengok NUR Kasih The Movie.Hohoho...kami dating bersama-sama pasangan warga emas ye,kau jangan tak percaya pula.Penangan Nur Kasih memang hebat,sehinggakan PIL aku nak pergi tengok.Hohoho.

Pada pendapat aku,cerita agak bagus.Cuma aku tak minat cerita yang sarat dengan mainan emosi,dari mula cerita sampailah ke habis,asyik sedih sahaja,sapa2 yang gemar cerita air mata,silalah tonton Nur Kasih.Confirm banjir wayang.Hahaha.Apa pun ok cerita ni.Tak mengecewakan.

Semalam,aku pi layan Pirates Of the Pulau pinang..eh salah.hahaha.Pirates kali ni tak best lah.Bosan,tak banyak gelak.aksi Johny Deep memang best,cuma jalan cerita agak kurang memberangsangkan.Kadang2 aku terasa plak cerrita tu,cerita mati.sebab kalau gelak pon cuma dengar suara aku dengan beberapa orang yang lain.En.suami pun tak gelak...kenapakah?

Ke dia tido?sebab kitaorang tengok 3D,pakai spec kan mana nak nampak biji mata laki aku.

Fine itu cerita berdating.Memandangkan PIL dah lepak JB bermula dari hari sabtu,maka aku dan En.suami kena survive cari makan sendiri untuk seminggu.Hahaha....

MIL sangat risau nak tinggalkan kitaorang,asyik2 sebut...

'camanalah budak 2 orang ni nak hidup,apalah korang nak makan nanti'

see...see...dah kahwin pon ada orang risau.Kadang2 aku rasa yang kitaorang macam budak kecik pula...eh..aku lah rasa macam budak kecik.Kadang2 tu sebab Akak ipar aku yang first panggil aku 'adik'.ceit..terasa diri ini mengada2..hahaha.sebab dia pon ALONG,aku pun ALONG.Jadi untuk elak keliru.diaorang panggil aku mak ucu,dan aku kena bahasakan diri aku 'kita'...hahaha.

oh lupa nak meriakkan diri,tadi siang aku masakkan laki aku.Hahaha...bangga ni (kembang bontot),aku masak lauk simple.Tapi En.suami bertambah2 makannya..erk..pelik.selalu jarang dia nak bertambah.Ke sebab nak jaga hati aku..hahaha...tiba2 dia cakap..

'Betullah cakap kawan abang,air tangan isteri ni lain macam dia punya aura'

Hahahaha..kau tak tahu aku bersilat kat dapur dari pukul 11.30 sampai pukul2.30.
hahaha..sebabnya..11.15 baru bangun tido.Malam semalam kitaorang pergi tengok pirates kan,balik kol 1.BErsilat maksud aku kat sini bukan lokasi aku kat dapur je,kejap2 aku masukkan baju dalam mesin,kejap2,jemur baju.Lepas tu rendam seluar laki aku.eh banyak kerja.

Tapi Alhamdulillah En.Suami ringan tulang nak tolong aku jemur baju dengan tolong masak kat dapur.Ikut angin dialah,habis tu tengok bini dia dah macam tak cukup tangan.hahahaha..tapi comel je aku tengok laki aku sidai baju...lain kali tolong lagi ye.

Tengok En.Suami makan bertambah,menambahkan keyakinan untuk aku rajin lagi belajar memasak =).sekurang2nya inisiatif nak memajukan diri sendiri.Hohoho..aku sebenarnya tengah usha En.suami belikan aku Oven baru :p


Aku dah tahap jeles badak ni.En.suami makin kuat pulak dia berdengkur.Tadi dah puas aku menyanyi,tak jugak mata ni nak lelap,selalunya kalau tak boleh nak tido mulalah aku merepek mereka cerita untuk Bed time story..hahaha..ye En.suami layankan je.Macam kau tengok orang nak tido lan anak,siap baca buku cerita bagai,ni bukan aku nak tidokan laki aku,tapi nak tidokan diri sendiri.Laki aku letak je kepala kat bantal dah selamat sampai Amsterdam.

Eh,siang tadi dia ada tanya aku nak hornymoon kat mana..hahaha..aku boleh jawab..
'sunway lagoon pon boleh'

sengal okey..eh..tapi tak kisahlah..sebab sekarang kepala aku dah plan macam2,yang penting tak da kaitan dengan berjalan.Aku tak kisah,la ni tiap2 hari merayap,tawaf batu pahat ni.sampai En.Suami fobia nak bawak wallet dia..hahahahaha..dia kata..

'kalau sayang kata nak jalan-jalan je,confirm balik mesti bawak barang.tak boleh percaya dah sekarang ni'...


hahaha..atenya sudi nak membayorkan sapa suruh.aku ni memang pantas buat muka kesian kat dia.hahaha..eh..aku rasa bersalahlah..kau tau tak kat batu pahat ni,mana nak cari kerja?hohoho..hujung hulan ni perbelanjaan bertambah.Erm...aku harap..hari mendatang tuhan bagi aku rezeki lebih.

Semoga En.Suami dipermudahkan langkah perniagaannya... (^_^)

19 May 2011

Perjalanan

Assalammualaikum w.b.t
selamat pagi dunia.

Macam biasa,aku tak berapa nak sihat sangat.
kepala masih weng.Mungkin sebab demam kot,atau selsema yang tak mahu menjauh.
Esok aku nak pulang ke UPM sekejap.Ulang lagi sekali,sekejap je.
Sebab aku nak buat buku acc CIMB yang baru.dalam bank ada duit,memandangkan kebijaksanaan aku membenarkan En.suami masukkan cek ke dalam acc yang sudah lama tidak aktif inilah padahnya lebih2 lagi setelah mendapati buku bank pula hilang.sekian terima kasih.

Hahahaha :p
kawan2 aku tak ramai yang ada esok,jadi aku pergi pagi dan balik petang.
Itu pun tak tahu sempat atau tak nak ke Dewan Bahasa dan Pustaka,nak pulangkan buku yang berkurun.Hari tu dah nak pos,tapi sibuk nak kahwin,buku ke mana,pos ke mana dan orang ke mana.

Peritnya nak bukak laptop balik mengadap tesis,ramai kawan2 yang dah lepas Viva.huhuhu.aku masih di takuk lama,tak pe usaha habiskan walau lambat menjejak mimpi.

Sebenarnya aku nak bercakap pasal beberapa perkara.aku ada terbaca beberapa entry dari blogger2 yang aku memang addict membaca belog mereka.hahaha..isu bertudung.
Sebab diaorang best,sempoi dan cakap secara jujur dan telus.serta yang paling best kebal apabila dihentam.

aku bab2 bertudung ni bukan aku kisah sangat,memandangkan aku jahil.Orang pakai tudung ke,tak pakai ke pun aku tak kisah,selagi kau tak bogel di tengah2 jalan.

Kau pon sedia maklum,zaman sekarang ni dah macam2 gaya bertudung.Tak dinafikan kalau aku pakai tuduung pun,aku tutup ngam2 je dada,sebab aku lasak masa buat kerja.Habis tudung aku rosak bergarit kena buculah apalah,tersangkut,tergunting.nasiblah kan.Kata liat nak pakai tudung.TApi masihlah mencuba.

Aku nak stylo sangat pakai tudung ni tidaklah,paling kuat pun pakai shawl lilit macam biasa,aku memang tak pandai nak pakai yang berkaler2,berbentuk2,bercorak2.asala ada,nampak manis.aku pakai.tu pun untuk pergi kerja atau majlis2 yang berkaitan.

Ni keluar dengan laki aku masih togel,En.suami tak memaksa.Dia tak nak satu masa aku lagi dasyat daripada waktu tak bertudung.Tapi aku rasa aku cantik bertudung..*lari...perasan.hahaha

Ramai je aku tengok orang pakai tudung singkat,bersanggul tinggi.FYI.....bersanggul tinggi itu tidak salah,tapi tidaklah melampau2 sampai sanggul kau dah lebih besar dari kepala kau.itu memang..hahaahahaha..ok aku biadap.

Hahahaha.Habis kalau rambut kau panjang macam rambut aku,lepas tu dapat plak En.suami yang tak kasi potong rambut.kaedah paling dekat untuk kemaskan rambut sebelum pakai tudung adalah bersanggul betul?untuk rambut aku memang tak da masalah,walau panjang tapi tak tebal.

Tapi untuk perempuan yang berambut panjang sampai ke buku lali dan rambut dia tebal?lepas tu laki plak tak kasi potong rambut macam laki aku?Hah..jawab2.hahaha.Islam ini tidak zalim.Aku dah rujuk perkara ni dekat orang yang alim.aku nasihatkan kalau kau dapat apa2 artikel atau apa jua yang berkaitan dengan hukum.Baik kau dapatkan kepastian yang sahih.Agar hukum tidak digunakan sewenang2nya.

Pasal tudung plak,seelok2nya memanglah kita kena bertudung di bawah dada.Baik2 kau dapat 100% pahala dah dapat 50% je sebab kepala tutup tapi dada terbuka.*aku pon sama je.

Tapi mencuba itu lebih baik,dari tiada perubahan langsung.

Tapi yang dah memang biasa pakai tudung pon *tak semua tau.Kot ye pun nak ajak orang lain bertutup sama,awak tu nasihat ler baik2 tak perlu nak sound2 atau perli2.Dalam islam pun ada cakap,kalau kita nak berdakwah atau menyampaikan sesuatu nasihat,sampaikanlah dengan lembut,tenang dan ikhlas.Kalau ikhlas niat kau,ikhlaslah sampai kat orang yang kau tujukan tu.

aku tak nafikan,aku ni selalu je kena sound sebab tak bertudung,itulah,inilah..apa2lah.Mula2 memanglah bengang,macam..'what the fuck,mentang2 kau bertudung labuh kau nak cakap aku macam bohsia sebab tak pakai tudung,tapi kau pun naik motor berpeluk dengan lelaki bukan muhrim'.See?

Manusia banyak kelemahan,syaitan itu di mana2 sahaja.Terutamanya manusia macam aku yang imannya dah lah senipis kulit bawang,solat paling kerap tinggal adalah subuh.Pergh jahanam.Malaikat rezeki pun dah tak hingin nak tunggu aku bangun.

Tapi,macam aku cakap.Kita yang kena berusaha untuk berubah.Lepas kahwin,walaupun duduk dengan mertua,segala hal kami uruskan sendiri,mak mertua aku tak kan kejut kitaorang bangun tido,atenya dah kahwin kau laki bini tak kan nak harap orang tua kejut gak.Tapi selalu fail dan gagal subuh.Cis laknat sungguh.

Kadang2 malu gak,yelah duduk dengan orang tua kau,dah lah tak behave buat malu je.Tapi aku usaha gak bangun pagi dan sebagainya,macam aku cakap,mencuba itu lebih baik.Bila kita dah berjaya lakukan,lama2 kita akan biasa.

Ni semua laki aku punya pasal ulit aku sampai pagi.Hahahaha..statement salahkan laki,padahal laki memang tido mati,kau plak asal alarm bunyi kerja matikan je memanglah laki bini sesat dan terlajak.Cis....

Fuh...hidup ni tak mudah,ianya umpama berjihad untuk menjadi yang lebih baik.Ni pun aku tengah berjihad nak siapkan tesis.Tapi otak masih berkarat2,asyik fikir nak berjalan,tengok wayang dan makan2.Hotaklah..kenapakah aku seperti mengalami otak sedang expired..hahaha..motif.

Owh..pasal isu bertudung tu,erm..anggap je lah sebagai perbincangan sosial.Aku tak kondem mana2,sebab aku ni togel..pakai tudung kejap2 je.Hohohoho..tapi masih kembang lubang hidung kalau laki aku kata aku cantik bertudung.*tapi masih liat nak pakai.hohoho..tb2 takut dosa dah banyak.aduhai.

Fuh..fuh..banyak kerja nak buat hari ni,besok nak naik UPM opkos tinggalkan laki aku seharian,maka semua benda mesti kasi settle.

Pssstttt..mak mertua aku ajak pergi tengok Nur Kasih The Movie..hohohoho..En.Suami dah suruh survey panggung mana ada tayang Nur Kasih...mari berdating bersama2 Mertua :p

18 May 2011

Bukan malas tapi tak sihat

Assalammualaikum w.b.t
selamat pagi dunia...

Hohoho..aku kepenatan..semalam berjimba di Melaka..
x da lah clubbing bagai sebab aku bawak parents aku kan..hahahaha
Pergi ziarah sedara mara.
Kata pengantin baru.
Owh..aku mengamalkan tradisi ini ye kawan2..hahaha..macam ortodoks pun ada gak :p
Tapi kata ayah aku,penting untuk kitaorang kenal sedara.

Aku macam dah lama tak update kan,bukan malas tapi aku taksihat.ni pun hingus meleleh je.
Semalam kena hujan,tapi bila nampak seafood terus sihat..nak pergi kerja demam balik.hahaha :p

Semalam masa tunggu ayah dengan mama bersiap,boleh pulak aku rasa macam mabuk dan loya.aku rasa sebab aku tak sihat dan cuaca panas sangat.

Lepas tu aku mengadu dengan mama,kebetulan mak long ada.Diaorang siap buat muka terkejut then mak long kata. 'biasanya kalau rasa loya dan mabuk tu,dalam proses nak lekat..hahaha'

dia terus gelak...

Erk..serasanya tak kot.eh entah.aku lebih fikir yang aku ni tak sihat.atau pagi tu aku breakfast lambat,bangun tido terus buat kerja rumah,sapu rumah,mop lantai dan basuh baju.Mungkin angin dah masuk perut,lepas tu makan plak roti canai,mungkin sebab gabungan angin dan makanan berminyak ditambah lagi dengan cuaca yang panasa tak hengat.Mungkin sebab tulah aku loya dan mabuk.Sebab simptom tu datang sekejap je lebih kurang sejam.Hahaha..

Cakap terang jelah,aku memang tak suka buat spekulasi awal.Siapa yang tak nak anak.semua pasangan yang berkahwin nak anak,kecuali yang memang merancang.Aku memang takdanya nak merancang.Hahaha.Umpama En.Suami kata.

'Rezeki dari Allah S.W.T,cepat atau lambat semua bersebab'

Alhamdulillah,kami sangat positif.Mula2 aku macam tak bersedia kalau orang asyik tanya... 'dah lekat belum ni?'...hahaha,kejadah.Lepas kahwin seminggu,aku period,lepas 5 hari baru clear..celah mana nak sangkut?Eh tapi kuasa Allah kan kita tak tahu.

Aku tak mengharap, kalau cepat alhamdulillah.Kalau Lambat itu adalah ketentuan.Yang penting aku dah jadi seorang isteri dan aku cukup bersyukur dengan nikmat serta kehidupan baru yang telah Allah kurniakan.Hidup aku lebih tenang dan teratur.Semoga lepas ni aku boleh jadi manusia yang lebih baik lagi.Huhuhu..

Okey..aku nak sambung membuta,jangan bos on call suruh buat kerja.aku nak buat taik mata,sakit kepala + hidung tersumbat +hingus meleleh...hohohoh.

12 May 2011

Emosi tak stabil

Assalammualaikum w.b.t
selamat pagi malaysia.


Pheww...aku rasa otak aku tengah senoneng ni.
entah kenapa,emosi macam haremmmmmm..
asyik nak merajuk bagai..sikit2 nak jadi Neng yatimah..
Aduhai..pening kepala En.Suami.
Buat apa pun semua serba tak kena.

Sampaikan dia dok tanya aku

"kenapa ni yang,semua abang buat salah?peninglah kepala abang."

Hohohoho..
baru kau tahu menjaga aku adalah rumit.
sebab tu bapak aku berat je nak lepaskan aku kat kau bang hahaha.. :p

ok..motip yang tak bermoral.
aku rasa ni semua sebab period pain.Ok tak boleh nak salahkan period.alahai entahlah.kenapa mental aku serabai sangat ni.

Agak2 banyak tak dosa aku kat laki aku.hahaha..malam tadi dah mintak maaf.
Mungkin aku tengah kusut kot.sebab nak sambung buat tesis balik.Huwawawawa..
malasnya *pengsan :p

asal nak study je malas..asal malas je nak study..hahaha sila lempang diri sendiri.

Tadi pagi masing2 bangun lambat.malam tadi dia janji nak bawak aku gi breakfast kat kedai lain.Sekali dah siap2 nak keluar dia kata breakfast kat kedai yang dekat dalam taman je.Mak sentap noks.Aku terus cakap 'tak payahlah bang,sayang makan roti je.'

Laki aku plak terdiam.aku kalau kau dah janji lepas tu kau tak tunaikan..hahahaharapanlah nampak muncung aku.

Muahaha..En.suami terus menghulurkan duit untuk isterinya membeli roti *nanges..hahahaha

Tapi sambil2 hulur dia, "sorry yang"..
aku kan ngok ngek kepala kemek...terus je blah,tak cakap apa.sebab kalau aku dah sejuk aku oklah.marah sekejap je.dari aku cakap benda bukan2 kat laki aku,baik aku blah.karang tambah2 dosa je.

Ok lah aku tengah cr feeling nak sambung study.Aku dah malas weh.entah aku rasa macam boring je study.Laki aku dah bebel2 je.Mama aku pun asyik tanya bila nak naik upm lagi.alahai..yeyeyeye...saya akan siapkan tahun ini juga :p


abaikan entry pompuan tengah mental ni.

10 May 2011

Malam Nikah :')

Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi.aku malas nak susun gambar secara kemas.
JAdi kau tengoklah gambar masa nikah ni seadanya.
Penat der nak upload gambar,sampai tersengguk2 aku.
Nanti kalau rajin.diulangi kalau rajin aku upload gambar masa berinai.Tema aku arab..kalau orang lain arab morocco..aku arab jawa.hahahaha.


Tema arab adalah cetusan idea pak andam dan memandangkan En.Suami ada darah dari sebelah arab,maka aku pon satuju je amik tema arab untuk malam berinai.Nanti aku upload :)



























































ini adalah muka kelegaan selepas bernikah :p








































































06 May 2011

Demam :')

Assalammualaikum w.b.t

selamat petang wahai pembaca...
*hiks gedik..hahahaha

Aku sebenarnya tak da point pun nak update hari ni.Kemalasan melanda.sebab aku tak berapa nak sihat.BAdan sakit-sakit....bukan sebab malam tadi malam jumaat ye..tetttt..hahahaha
*18sx...

Pheww...mungkin ini demam kepenatan kot.kau bayangkanlah,dah seminggu majlis berlalu tapi penat tak hilang-hilang lagi.Gila gabanlah semalam aku terbongkang lepas maghrib.Aku memang tak sedar apa-apa sampailah pukul 7.30 pagi tadi.Tu pon mak mertua ketuk pintu bilik kejut bangun pergi kerja.

Semalam lepas je salam laki aku,terus tanggalkan telekung merangkak naik katil.serius dah macam hantu ju on.HAhahaha..laki aku siap panggil-panggil lipat telekung pun aku dah tak heran.

TEngok aku dah melepek atas katil laju-laju dia naik katil rasa dahi aku.Tak panas pun,cuma entah kenapa aku rasa kepala aku berdenyut-denyut tambah lagi rasa nak muntah.Sakit kepala tahap dewa siot.Jadi satu kerja laki aku picitkan kepala.Mak mertua aku ajak makan pun aku dah tak larat nak bangun.Dia siap masakkan macaroni sup.Huhuhuhu..maaflah mak...dah gelap pandangan malam tadi.

Muahahaha...jadi kerja laki aku kena jaga aku sepanjang malam.BAnyak kali dia ajak aku pergi klinik,kau bayangkan kalau nak angkat jari pon dah tak larat lagi nak tukar seluar pergi klinik.Harapan je lah.Aku cuma sedar masa laki aku selimutkan aku je.Lain selamat sampai London.Hahahaha.


Semalam sepatutnya kitaorang pergi ke rumah kakak-kakak ipar aku,memandangkan aku dah flat sampai tak sedar diri maka segala plan cancel.Malam ni harap-harap aku sihatlah.Sebab nak menghantar kawan baik En.Suami bernikah di masjid.Maka malam ni bolehlah i ulang tayang pakai baju nikah lagi sekali.hahahahaa..gedik siot.Laki aku ok je.Layankan~


Aku tak tahu nak cerita apa dengan kau,sebab rutin aku tak da lah berubah terus.MAsih macam biasa,bezanya kerja bertambah.Nak cerita pasal memasak,memang tak lah kan.

Pssstt..aku tengah usha En.suami belikan aku set berus mekap @ sunblock ni.hahahaha.
Duit lagi.Tulah..aku ni banyak sangat keperluan yang tak perlu.Tapi tak pe,tak penting lagi tu.HAhahaha.

Ohh...cepatlah sihat.Aku banyak kerja nak buat ni.Banyak benda masih tergendala.Rasa macam nak pitams....

Tadi pagi En.Suami asyik call je tanya dah ok belum,nak ajak pergi klinik.Alahai bang,bini awak ni penat terlebih,kalau ajak berjalan ke,pergi shopping ke,confirm sihat.wakakakakaka.

Oklah.Terima kasih sebab layan perempuan sengal di petang hari.Sekian terima kasih.

05 May 2011

Syukur tuhan...Alhamdulillah (^_^)

Assalammualaikum w.b.t

Selamat pagi.

Phewww....
hahahaha..malam tadi tak sempat nak update apa2 ok.
Lepas isyak terus keluar pergi rumah makcik2 aku yang area batu pahat gak.
Pergh..dah lah sebelum keluar makan,sampai rumah diaorang makan lagi.adeh.
BAlik rumah laki bini terus terbongkang.
amik kau penat melampau.

Serasanya penat lepas majlis tak habis lagi.
I need rest.
TApi lepas kahwin kau jangan mimpi lah nak membuta lama2...
hahaha

FYI,aku stay dengan in law.
huahuahuahuahua..
okey..banyak persepsi negatif yang aku terima..ce cite..
apa kata kalau nak cerita dengan aku ni sila bagi kata2 semangat yang membina sikit.

Mertua memang tahu aku sangat2 keras kepala.
Tapi dia gunakan cara yang lembut untuk bagi nasihat.
See...aku akan ikut cakap kalau kau berlembut.
En.Suami...hahaha..lepas kahwin ni.Baru aku dapat tengok sisi dia lagi satu..
sisi yang aku tak pernah nampak sebelum ni.
OMG...I love my husband so much.

Ye,banyak benda nak kn belajar.
Kena bersabar.
Kena rajin...kena kuat makan..ops..
hahaha..itu salah ibu mertua sebab masak sedap2 dan paksa menantu dia makan banyak2..hahaha..tapi anak dia pulak yang mengalami buncit berlebihan.

OMG..dalam masa beberapa hari..selepas nikah..En.Suami telah mengalami pertambahan kilogram..lagi..phew...

Sebelum nikah..kitaorang hilang berat badan sikit.Mungkin sebab risau kot.
Lepas nikah..aku dah terasa badan aku kembang semangkuk..hahahaha..gila.

Gambar kahwin?
sabar ye kawan2..nanti dah dapat aku upload.
Ramai dah request ni.aku dah call photographer semalam petang.mungkin petang ni dapat kot.
Honeymoon?kau jangan tanya..duit kitaorang dah habis..hahaha..
Ikut aku tak x kisah kau bawak aku gi Sunway lagoon pon aku dah bersyukur bang..*motip sunway..

Tak sempat der nak merayap.LAki aku tiba2 dapat projek plak.Hamik kau sekali 3 site nak kena jaga.Rezeki...rezeki..rezeki.Yang penting ada duit masuk.Dah lah dapat bini kerja habiskan duit je.hahahaha..kau redha kan bang?kan?hahaha

Sebab tu aku tak kisah honeymoon kat mana?bila?bagaimana?hahaha
aku nak habis ziarah rumah sedara mara dulu.Kemudian sambung study balik.
Fuh...fuh..banyak benda nak kn buat ni.

Rutin harian?
secara keseluruhannya berbeza..lalala~
atenya dah jadi bini orang kan..jangan berangan nak bangun lewat..
Tapi hari pertama tido kat rumah mertua aku bangun pukul 10...kencang seyh..laki bini masih terbongkang lagi.hahahaha..
bangun2 terus breakfast..hahaha senyum :p

Kata penat,majlis 3 hari berturut.
Memang membongkang habis2an.
Hari kedua bangun awal tapi pukul 7.30..ce cite..hahahaha...ranap subuh aku.
Dosa bertambah lagi...*sigh

La ni aku mesti bangun awal sebab nak rebut mesin basuh dengan FIL..hahaha..kenapa?
belajar bertanggungjawab seyh..kena basuh baju sendiri.walaupun MIL offer nak basuhkan..hahaha..jangan harap.Biar penat..aku mesti usaha basuh sendiri.Berebut mesin sebab FIL aku lepas balik dr surau je terus kumpul baju kotor dan masukkan dalam mesin.

Aku kan masuk kerja pukul 8.
Kalau lambat,celah mana aku nak sidai baju.
TApi hr ni fail lagi..*sigh..
MIL tolong sidai baju,sebab aku nak keluar gi kerja mesin masih berputar.BEnci....*eleh dalam hati suka hahahaha

Kemas rumah?
rumah x da budak,bukan bersepah pon.Tunggu weekend aku nak mop lantai.Aku tak kasi MIL mop lantai sebab aku tgk dia macam tak berapa kuat.Kena bersyukur.hari2 aku makan dia yang masakkan.

Tapi serius penat.
Bangun pagi lepas solat,berebut mesin basuh dengan FIL,siapkan baju laki aku,
Kejut laki aku yang liat nak bangun tido..pagi tadi aku siram je laki aku pakai air.liat sangat nak bangun.sakit jiwa aku mengejut.Tak pe nanti malam sebelum tido mintak ampun..hahaha..pagi td dah mintak maaf..dia senyum je dan angguk.dah 0-0 lah tu..bukan apa,bila kau dah kahwin..suami adalah perkara utama.Kalau dia tak ampunkan kau..adakah tuhan akan proceed pengampunan kau?

Dengan parents,aku tahu diaorang redha aku dah kahwin.Ayah aku dah bagi nasihat,jangan degil2 sangat,jangan melawan.suami dan parents tak sama.Kalau parents marah tak lama,apa pon yang berlaku mesti ampunkan anak.Tapi suami lain,kita baru je nak mula hidup dengan dia.

Ops..bukan nak bagi tarbiyah free...sekadar berkongsi.Aku cuma nak jadikan hidup aku lebih baik dan lebih bermatlamat serta lebih diberkati Allah.

Setakat ni aku belum pernah masak lagi.hahahaha..MIL tahu aku tak pandai masak.Tapi aku nak cuba belajar masak gak.Dibuatnya PIL nak terbang ke Qatar,mati aku nak bagi laki aku makan apa.Tak kan nak bungkus...hahahaha..ada laki aku sumbat nasi tu dalam mulut aku karang..eh tak kan lah..laki aku x sampai hati...mesti tapau nasi,sbb tau bini dia tak tahu masak.*insaf..balik ni belajar makan..tetttt..belajar masak hahahaha :p

Fuh..macam dah lama tak buat tesis..hahaha..kahwin pon dah..mari kita kasi struggle settlekan tesis.Otak aku dah berkarat oi...tak larat dah.Oklah nanti aku update lagi.Jangan muntah hijau ye..dah nama pon diary kehidupan..hahaha..kalau meluat tak payah baca.Aku tak marah pon..hahaha..*aku dah cakap aku dah berubah hahaha (^_^).

04 May 2011

ISTERI =)

Assalammualaikum w.b.t

selamat petang.
update laju2..sebab aku masih lagi penat.
malam nanti kalau rajin aku update lagi,tapi aku nak suruh En.suami yang type.boleh?
hahahaha..

weh..aku dah jadi isteri orang..lalalalala~
penat tapi seronok.nanti aku share lagi ea.
sekarang nak baca blog orang jap.
bubye....


Aku dah kahwin...yeayyyyyyyy