Sentuhlah saya

08 December 2010

Mereka tanya aku jawab,mereka terkejut aku senyum je (^-^)

Salam,
walah...
penat..
mahu muntah..

Aku br je send proposal by email kat lec aku,
rasanya masih tak lengkap tuh...
dia mintak hr ni,
tapi aku tak ingat dia ada bgtau waktu apa dia nak.
benda dah siap,tapi aku kasi touch up..
aloh..rasanya cfrm dia bising lagi sebab bab 3 aku tak best.

Besok dengan azam baru mahu pergi wisata minda pagi2
kasi touch up bab 3 resend lagi sekali.
janji buat dan hantar dan betul dan tak kena reject.
kalau kena reject maksudnya akulah yang sengal.

ok2..tutup cerita..
aku mahu cakap pasal tajuk entr..
walalalaa.
Malam isnin hari tu,aku dan hampir keseluruhan family besar aku,termasuk makcik+pakcik+cousin2 plus..dan..plus..En.tunang
kitaorang gi makan kat Hotel Crystal inn Batu pahat.
Batu pahat je der..
nak makan kat Kl jauh sangat,
lagipun Pak ngah dan mak ngah yang belanja tanda penghargaan tolong diaorang rewang masa kenduri ain hr tu.

Harap maaf gambar adalah tak ada,tuan belog agak bongok mahu guna Hp baru.
masih dalam kesedihan atas pemergian N70.

En.Tunang?
mesti pelik kenapa dia ada sedangkan makan2 family,
mama excited mahu dia ada,aku okey je.
sebab mama kata cousin2 yang lain tak ada,semua kerja dan study kat kl.
cousin2 yang besar2 cuma ada aku,apis dan ain je.
Jadi En.Tunang kan dah sebahagian dr family..
eleh mula2 macam malu2..
lama2 okey je..mengada lebih...=p

aku punya intro memang agak panjang..
okey potong scene..
al-kisah nak dijadikan cerita..
sebelum balik (aku balik saing En.Tunang walaupun naik kereta lain2)
aku dan En.Tunang pon salam2 semua orang..
tb2..makcik aku...

Auntie Lisa:why hah u'r hero nampak macam gemuk je?

Aku:hahahaha,bukan nampaklah auntie,dia memang dah gemuk.

Auntie Lisa:hah,kenapa ye?masa tunang mcm kurus,sekejap je dah gemuk?

Aku:sebelum tunang susah hati auntie,takut mama dan ayah tolak pinangan,dah tunang dia senang hati terlebih pulak.Jadi kasi makan banyak2,makan selagi boleh.

Auntie Lisa:owh..patutlah..hahaha..terkejut i tau.Tengok Hero u dah transform jadi gemuk.

Aku& Auntie Lisa:hahahahahahaha

bukan Auntie Lisa je yang cakap semua org dalam family aku cakap benda yang sama,jadi sekarang bukan aku sorang je yang gemuk.Tunang aku pon gemuk sama..hahaha...
Padanlah muka dia..eh..aku jugak..sebab...aku gemuk..hahaha...

bila orang ejek aku gemuk,aku akan cakap 'along adalah si gemuk yang cantik'..

weih..nak bgtau jugak..hahaha..kalau dasar mulut jahat macam puaka benda kecik pon nak cerita.
Weih..baru aku tahu dalam family aku ni ada manusia yang kaki kipas..kaki ampu..hahaha
poyo..astaghfirullah..dasyat kau mulut dia.mulut aku pon kalah.

Kalau kat rumah atok aku sikit punya malas nak buat kerja,campur kiatorang pun tak nak,alasan kitaorang tak sama standard,kiatorang tak pandai speaking.kitaorang tak pakai barang branded..apakah kesemua itu namanya family?

Hahaha,..adat manusia lah kan..
baru merasa senang sikit dah sombong..hahaha..
aku nak cakap depan2 karang kecik hati kata aku anak sedara biadap..hahaha..tettt..
tiba2 status sudah terpampang.

Tengok..lagi panjang aku tulis..lagi panjang aku cerita benda yang tak baik.
lama2 korang dapat dosa sama tau..hahaha baca benda tak elok..

eh..aku tak ada notip sebenarnya nak buat entry hr ni..haha..aku cuma nak bgtau yang tunang aku dah gemuk..tu je..eh..rindu kampunglah..bila nak jumaat ni..nak balik..hahaha

2 comments:

lalink7 said...

ko katne along? bilik syam ek?

syazana said...

ha'ah,aku lepak bilik syam.