Sentuhlah saya

10 December 2010

Amalan yang aku yakin akan melindungi

Assalammualaikum w.b.t

hi bloggers..
ces ayat mengada-ngada macam mintak kena lempang.
*gediks...hahaha

Di pagi Jumaat yang indah ni,
aku nak kongsi satu amalan yang memang dah lama aku amalkan.

Dari dulu lagi kalau dengar berita tak best pasal rogol+culik+bunuh
perut aku akan kecut sangat..*eh,kalau kecut maksudnya aku slim..hahaha perasan.

Amalan ni tak ada siapa yang suruh dan ajar,
cuma aku yakin dengan berkatnya dan lagi ini merupakan salah satu rahsia yang mungkin ramai orang tak tahu.

Selalu,
sebelum keluar dari rumah,
tak kisahlah menuju ke mana-mana sahaja
*terutamanya merayap ke tempat-tempat yang melekakan

Aku akan pastikan aku amik wuduk sebelum melangkah keluar,
dan sebelum aku keluar rumah aku akan baca ayat kursi dengan niat di dalam hati

"Ya Allah,kau lindungilah perjalanan pergi dan pulangku daripada malapetaka,bencana serta ancaman.Aku berlindung kepada mu Ya Allah"

NIat dalam hati ni aku yang cakap sendiri,maksudnya secara tak langsung aku bermohon kepada tuhan agar dilindungi.

Sejujurnya dah bertahun-tahun aku amalkan Ayat kursi ni,
baru beberapa bulan yang lepas aku tahu manfaatnya.
kenapa?

secara tak langsung aku terdengar ceramah dari seorang ustaz ni,
aku tak ingat siapa.

''Sesiapa yang keluar rumah dengan membaca ayat kursi maka diturunkan kepadanya 10000 malaikat untuk melindunginya".

Bukan itu sahaja,kawan aku pun pernah berpesan,

"along kalau lepas solat kau baca Ayat kursi,Insyaallah ada malaikat yang akan melindungi kau sehingga ke waktu solat seterusnya"

YE,aku ni jahil..tapi aku yakin dengan ayat kursi..sumpah aku yakin.
Memanglah apa yang akan berlaku sudah ditakdirkan,
tapi kita sebagai hamba yang lemah dikehendaki berusaha dan bertawakal.
(^_^)

Mari kita imbau peristiwa-peristiwa eksiden yang lepas

Peristiwa 1
-En.Tunang amik aku kat bus stand,aku baru sampai dari KL,dalam perjalanan pulang ke rumah
kami eksiden.En.Tunang langgar belakang kereta orang.Serius kalau kau tengok keadaan
kereta masa tu mesti kau kata 'teruk budak ni',tapi alhamdulillah,kami tak apa-apa pun.
Jangankan cedera luka pun tak walaupun kepala aku terhantuk dekat dashboard,kuat tau.


Peristiwa 2
-Aku memandu sorang-sorang balik dari UPM ke Johor,aku mengantuk yang amat tapi tak
mahu berhenti,serius memandu seperti orang mabuk.Keadaan adalah tak best sebab hujan
sangat lebat,tak nampak kenderaan di kiri dan kanan.Dan aku hampir-hampir melanggar
belakang treler panjang.Bayangkan kalau kancil kena pijak dengan gajah.Hahaha

Peristiwa 3
-Kat dalam kawasan UPM,aku kena langgar masa kat lingkaran bulatan utama UPM.Memang
kaku sekejap,sebab terkejut.Kereta aku kemek sikit je,tapi kereta orang yang langgar aku tu
agak teruk,jahanam gak lah bahagian depan kereta dia.Kalau repair memang mahal.Tapi,
alhamdulillah aku tak apa-apa.Yang penting segala kerosakan dia tanggung.

Lihat,aku bukan nak bangga konon amalan aku diterima.Tak sebenarnya.
Aku cuma nak bagitau kat kau yang kita boleh kongsi amalan yang sama,
percayalah kau cuba amalkan,yang penting kau kena yakin surah Allah.

Janganlah pulak bila kau dah baca lepas tu kau suka-suka nak langgar treler pulak,tu namanya nak bunuh diri.Kalau jadi hantu jangan pulak cekik aku.Aku suruh amalkan tapi tak suruh bunuh diri okey.Sila sayangi nyawa anda,sebab nyawa tak boleh belik kata Jaya jusco okey.

Hahaha..itu je info untuk hari ini.

4 comments:

lalink7 said...

betul2 aku kadangkala ada telupa jgk nk baca masa kuar..dulu amalkan tp kenkadang..lepas nie kena selalu baca la..heheh

syazana said...

Hehehe,biasalah kadang2 kita nak cepat atau apa memang lupa.kadang2 dah separuh perjalanan br hengat. =p

lina said...

hai along. ingat kak lina lagi tak?

syazana said...

K.lina:haruslah ingat =)