Sentuhlah saya

10 October 2011

Tuhan kuatkan hati ini

Assalammuualaikum w.b.t
selamat malam.

Tadi aku pergi check dan scan kat klinik.
Tarikh aku check kat gomen adalah 17 oktober.

Sebab pergi scan dan check tadi kerana semalam perut aku sebelah kanan dan pinggang aku rasa sakit sangat.

Tadi petang En.suami terus bawa pergi scan.

Kami dah nampak jantina si kecil
OMG..hahaha.
Tapi kami tak bergantung hanya pada scan,sebab semuanya ketentuan Allah S.W.T

Si kecil alhamdulillah sihat,aktif..OMG..aku tak boleh nak cerita.
Tapi masalahnya kedudukan uri yang buat doktor risau.
Uri kat bahagian bawah,bermaksud kalau aku lasak bila-bila masa aku boleh bleeding dan kalau terlalu banyak sangat bleeding berkemungkinan aku akan kehilangan SI KECIL.
ye,doktor explain dengan lembut dan terang.

Dia tak nak aku risau dan susah hati,dia kata aku kena rehat dalam beberapa minggu ni dan dia yakinkan aku yang uri akan kembali pada kedudukan yang lebih baik.

Tapi masa aku tengah taip ni,bahagian bawah perut aku sakit.Tapi aku kuatkan hati yang anak aku insyaallah akan dilindungi Allah.

Air mata janganlah mengalir.ye semenjak mengandung perasaan keibuan tu sangat kuat.Dan aku mudah tersentuh,mungkin sebab hormon tak stabil.

Doktor kata baby sihat dan aktif.Tiada masalah pada dia.

Aku berharap tuhan lindungi si kecil ku.

En.suami cuma senyum dan cuba tenangkan aku.MIL dan mama sangat risau.

MIL kata kalau check dekat gomen mungkin aku kena tahan sampailah uri aku betul2 berada pada kedudukan yang ok.

Mama tak kasi aku renyah dan lasak sangat.Tiada lagi perjalanan jauh untuk aku.

Tiada kata2...mungkin orang lain akan kata.Masalah tak besar mana.Tapi apa yang doktor explain dengan panjang lebar tadi buat aku betul2 kehilangan kata.Cuma tiada air mata yang mengalir.Sabarlah hati..


Aku nekad tak mahu risau dan sedih2,sebab dari awal kandungan memang si kecil ku sentiasa ada ancaman,tapi Allah masih pinjamkan dia untuk aku.

aku harap tiada pendarahan yang berlaku,aku harap semuanya akan kembali normal.

7 comments:

cIk pEnNa said...

saya doakan yang baik2..
awak rehat banyak2..jgn fikir perkara yang negative tau...

saya doakan...
jaga diri baik2 tau..

syazana said...

Cik Penna:
Thank you so much dear.
I try too...
Saya tak boleh berhenti berfikir.
PErut masih sakit..
Sangat berharap baby ok di dalam.

{ Miss Syahira } said...

assalamualaikum beb.

semoga kuat sahabatku. kau kena kuat melalui semua ni sbb baby kau sangat kuat dalam tu. jaga kesihatan ye.

aku doakan yang terbaik untuk kau. amin.

miss fifi said...

insyaallah baby + kak along selamat semuanya..

kita doakan yang terbaik utk kak along..

take care ye..=)

syazana said...

Syira:Thanks beb.Sebab dia sangat kuatlah,aku kena sabar dan tabah.Insyaallah.

Fifi:Thanks dear :)

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

congrats2...
jaga diri baik2..
jangan angkat yang berat2..
makan pun hati2 sikit okeh

salam kenal dari mama batrisyia

syazana said...

Pn.Naematul:
salam perkenalan juga.Terima kasih sebab sudi menjenguk di sini.
Insyaallah pesanan dan nasihat akan dituruti.