Sentuhlah saya

16 June 2011

Aku Redha

Assalammualaikum w.b.t

selamat tengah hari...
hehehehe..terima kasih kepada yang sudi tinggalkan komen.

Terima kasih atas kata-kata semangat.
Aku cuba untuk menjadi kuat...semata-mata kerana anak :')

Minggu ni baru masuk 5 minggu..
next week kena pergi scan dan amik bekalan untuk Asid folik.

Excited tu memanglah..hahaha
Nampak gayanya mummy dah ada kawan nak buat tesis.

Bermula dari semalam aku dah tak nak fikir-fikir lagi pasal kerisauan yang melanda.aku nak relax sambil berusaha menjaga kesihatan.

Aku redha,aku serahkan semuanya kepada Allah S.W.T.Dia lebih tahu.

setakat ni progress aku..dah mula rasa mual.Asal pukul 12 ke atas je aku mual.sampailah sebelum asar.lepas asar aku okey.Lepas isyak dia mula mual lagi.aku cepat letih dan kuat tido.asal masuk kereta je aku tido...hahaha

Breakfast aku makan banyak.Tapi tengah hari dan malam kurang.sebab mual.waktu petang nafsu makan masih normal.

aku tak pandailah nak update entry ilmiah pasal kehamilan ni.nanti balik aku study balik.kalau ada apa-apa yang aku boleh kongsi aku kasi tepek kat sini.

Hohohoho...
mood masih dalam kesukaan untuk bershopping macam-macam.Owh barang baby lambat lagi...shopping barang mummy dulu.sebab lepas ni dah tak boleh nak pakai jeans,tshirt kecik-kecik,kasut tumit tinggi.

Aku tak nak risau-risau lagi,selagi hayat dikandung badan,aku akan berusaha menjaga kesihatan dengan sebaik mungkin.Kalau dulu fikir perut sendiri je,sekarang kena fikir 'si kecil' juga.

Ok.nanti aku sambung lagi.Bapak budak dah tunggu nak ajak lunch.Bubye... :')

3 comments:

husnalalink said...

suke diee ek..jaga bebaik kandungan tuee..nanti baby leh teman mummy wat tesis bg abes cepat tau..hehehe

lina said...

congrate along.. lama kak lina tak jumpe along.

syazana said...

lalink7:
Hahahaha..x mau sedih2 dah :')
lepas ni baby kena teman mummy buat tesis..lalalala~


k.lina:
thank you akak :')
ada rezeki kita jumpa ye.