Sentuhlah saya

14 October 2010

B.e.N.g.A.n.G

Salam,
ye..aku tengah bengang walaupun kejadian telah berlaku beberapa puluh jam yang lepas...

Peristiwa berlaku di sebuah kedai emas di Bandar Batu Pahat..
Aku dengan En.Tunang nak tempah cincin perkahwinan..
ops bukan untuk i okey..untuk En.Tunang..
Mata cincin adalah pemberian nenek aku..
Batu firus..*betul tak ejaan..?
memandangkan En.Tunang tak boleh pakai emas kuning,jadi kita tempahkan suasa..
entah aku ni ikut je cakap orang2 tua..supaya ada tanda sikit kat tangan dia tuh..
Karang kalau dah kahwin tak dalah jari kosong orang ingat masih bujang lagi....
banyak lemak ko banggg...

Kitaorang pon memilih design dengan kusyuk,
lepas bagi deposit dan mata cincin tu,
En.Tunang berkata2 dalam nada gurauan..

En.Tunang:u jangan letak sepah2 eh batu cincin tu..orang bagi saya sayang.
Pekerja:lor..u dah tempah mesti kasi jaga baik meh..
En.Tunang:jangan sampai tertukar tau..hehehehe
Pekerja:hei..batu i lagi mahal dan cantik dari batu u ni tau,kalau u cakap macam tu ambil nih..deposit u dengan batu ni..

Aku dan En.Tunang berpandangan..suasana menjadi tegang..
aku terpinga2 apasal mamat cina ni emo semacam..
semua orangpandang aku dengan En.Tunang macam pesalah..

En.Tunang:Eh,nak emo apasal?Dah sayang jom blah,macam dia je yang ada kedai emas pergi mampuslah banyak lagi kedai lain.

Aku menurut kata..
see...
mau tak bengang,banyak beb kedai emas lain,
aku ke situ atas saranan Future mum,sebab boleh dapat murah dan memang kenal dengan bos kedai tu..
tapi dek kerana pekerja sudah macam haram..
kami pon membatalkan niat untuk menempah cincin pada hr tersebut..

Kesimpulannya..aku konpius kenapa dia touching?
siapa yang sedang period..?
aku atau dia?atau En.Tunang hahaha...
Lelaki period gak ke?

Tak pe lah aku cari kedai lain je nanti..
serasanya...kalau tak pandai layan pelanggan tak payah bukak kedai buat terlungkup je..

*aku bukan sekadar nak spend beberapa ratus tau kat situ,malah beribu memandangkan nak mencari barang kemas..

13 October 2010

My Engagement

Salam,
selamat pagi..aku nak tepek gambar tunang aku secara rawak..
kau tengok je lah ye..sesangat simple majlis aku.
Tak mampu nak buat mewah2 noks...
i tak da duit..
baik dari segi apa pun semua simple..
barang hantaran yang aku bg kat pihak lelaki lagi sangat simple..
Tengok je jangan kutuk..
kau nak mengutuk sila kutuk dalam hati.. =p

Aku yang dipaksa 'posing'

Sepupu kesayangan..ain


Sirih junjung untuk pihak lelaki dan sekian hantaran untuk En.Tunang








Mini pelamin by Seri Mempelai Collection

Tuan belog

'Kami'

Dah macam kahwin plak aku rasa..hiks..*gatal

Mama dan ayah


Bakal ibu mertuaku

Masa ni bakal ibu mertuaku gelabah,salah sarung cincin kat jari..hahaha..gelabah ye mak...ingat aku je yang sakit perut =p

Yang berbaju merah itu tunang saya..kenapa dia duduk luar?sebab dia tengah gelabah dan tak senang duduk,kenapa?sebab masa ni mak dia tengah sarungkan cincin kat aku.

Sesi penyerahan

Millions thanks to Abang Zach

Terima kasih kepada Photographer yang pandai menyembunyikan sisi wajah berjerawat saya =p

Cincin tunang dan lambang wang hantaran,erk..aku nak kutuk ni.Ini hantaran dari pihak lelaki,kau tengok macam old fashion kan?Future mum pun tak suka,dia menyesal hantar gubah kat kedai ni,bayar mahal tapi pakai bunga zaman dulu kala....mahal kau tau tak bunga bodoh2 gini je RM350++,lepas majlis emmang teruklah En.Tunang kena kutuk dengan aku..hahaha.Sayang duit dowh..kalau hantar gubah jadi cenggini.

Pelamin ni hasil gabungan idea makcik kesayangan..sponsored by her and my mama...
Thanks to Abang zach and group

























07 October 2010

Memikirkan

Salam,
selamat petang...

Aku tak tahu mahu cerita apa..
aku rasa mungkin sudah mahu period,
emosi swing2..
mungkin pening mahu buat tesis.
tapi tidak buat apa lagi *sigh

Mari kita berdiskusi petang,
selalu kita minum petang kan?
hari ni diet sket ye..mahu kahwin harus jaga badan..
kau yang baca ni pon terpaksa ikut diet..
kalau tak..heipp..biasa ni makan sesaja..

Kau pernah dengar tak ada antara kawan2 kau yang selalu ikut cakap partner..
erm..contohnya Bf @ tunang...
kalau suami tu lainlah,dah memang patut dengar cakap suami okey..kalau tak dengar berdosa.
Sebenarnya kalau tak nak dengar cakap suami baik kau hidup sorang2.

Kau rasa Patut ke kiat terlalu ikut cakap bf,
Bagi aku kalau dah tunang ada ikatan,mungkin boleh dipertimbangkan..
tapi yang belum ada apa2 ni..
maksudnya kalau nak pergi mana2 kita mintak izin dan bagitahu tapi kalau bf tak kasi terus tak boleh pergi..
kadang2 bukan pergi dengan lain jantina dengan perempuan..
alah,macam nak hang out dengan gegirl aje..
window shopping atau apa2..
maksud aku kadang2 ada je lelaki2 yang tak relevan..
tak mengizinkan dalam keadaan seolah2 dia ada kuasa veto...

Tak salah kau tak bagi,
tapi kalau setakat nak tengok majlis kahwin kawan..
tak kan tak boleh?
hell tau tak..
sebagai lelaki patutnya boleh fikir..bukan main sembur je 'tak boleh'
Kadang2 fikirkan juga perasaan kawan yang kahwin,
mungkin dia teringin kawan2 baiknya meraikan kebahagiaan..

Kadang2 aku geli je dengar..
'nak wat camana terpaksa ikut cakap laki'
heh..kahwin pon belum okey...
jangan nak poyo sangat..
Aku pon bukan bagus sangat..
kalau aku mintak izin dan bgtau En.Tunang nak ke mana2
dia akan tanya 'ke mana','dengan siapa','buat apa'

kalau dia rasa penting untuk aku atau aku boleh hilangkan stress..
dia 'on' je,janji dengan perempuan.
Tapi tak dalah semua permintaan aku dibenarkan,
kadang2 dia bising juga,tapi kalau aku dah nak jugak dia bg je..
takut aku merajuk..sebab bagi aku kalau setakat nak lepak2 minum dengan kawan2 perempuan nak gosip2 bagai dan bincang macam2 hal tak da makna nak kata 'tidak'.

Mungkin aku kecik hati kawan2 dari upm hr tu tak datang masa aku tunang,
aku bukanlah nak berkira sangat,
tapi aku nak berkongsi waktu gembira aku dengan diaorang.
Kawan aku yang sibuk gila kerja pon sanggup datang.
Tapi apakan daya diaorang ada urusan sendiri,
jadi aku maafkan,lagipun tunang je..bukan kahwin..
mungkin aku terlalu mengharap diaorang datang jadi aku sedih =(

pasal yang aku cakap kat atas tu berkenaan dengan beberapa orang yang berkaitan aku,
kawan mungkin..
aku ajak pergi majlis kawan lain dan diaorang tak nak pergi dengan alasan bf tak bagi..
jadi aku abaikan walaupun bengkek..
bagi aku adalah bagus kalau kau dapat meraikan walimatul urus orang lain,
mana tau 'berkat' kahwin tu kena kat kau..

Aku tak tau kenapa tulis macam ni mungkin emo,
sebab aku pernah nampak muka sedih pengantin sebab kawan baik dia tak dapat datang kerana alasan bf tak bagi..

Balik dari majlis aku siap brainwash En.Tunang..
please janganlah ada sikap macam tu..
jangan..jangan..jangan..halang aku kalau benda itu ada kebaikan atau boleh datangkan kegembiraan pada orang lain.

JAdi untuk majlis aku nanti,aku tak nak mengharap lagi,
aku akan menjemput semua kenalan,
Terpulang mahu datang atau tak..
kerana kalau mengharap lagi sakit hati dan kecewa kalau apa yang kau harapkan tak tercapai
='(

Tapi nasiblah my best buddies semua ada...
jadi tak da lah aku nak sedih2 kan?kan?

En.Tunang lagi kejam siot..
dia leh cakap
'kenapa awak susah hati orang datang atau tak?yang penting kita jemput dengan seikhlas hati.Kalau diaorang tak nak datang majlis awak terpulang,besok majlis dia awak tak payah pergi'

hohoho ...kejam..aku tak da niat nak balas dendam..
Kalau hak masing2..
tapi atok kata kalau orang dah menjemput kita 'wajib' pergi kecuali ada hal2 yang tak boleh dielak...

Hahaha..
eh abaikan entry ni aku tengah emo sebenarnya sebab tak puas hati...
Nasiblah kalau ada bf2 kau yang terbaca entry aku ni...
mesti menyampah je dengan apa aku tulis...

OPs,aku dah tak boleh lepak dengan perempuanku malam2..sebab berlaku insiden yang tak diingini,aku menyebabkan ,En.Tunang,Bakal ibu mertua dan bakal bapa mertuaku tak boleh tidur malam sebab risaukan aku....ye..aku silap...

JAdi kalau nak lepak harus lepak siang..mereka risau aku drive sorang2 balik rumah atok.
Perjalanan jauh dan ada tempat2 yang gelap..
maka aku kena ikut nasihat untuk kebaikan..
sebenarnya dah banyak kali bakal bapa mertuaku cakap yang dia risau kalau aku balik malam2..
Aku cuma boleh balik malam kalau En.Tunang yang hantar..see2..
hahaha..kesayangankah?ceitt perasan... =p

Eh,perasan tak?aku suka menyimpang kan..suka je merepek2...
itu tandanya aku lapar..hahahaha motip mahu makan =p

okey mahu solat dan MAKAN..LAPAR....BYE.

06 October 2010

Bride to be...

Salam...
Selamat petang..
nah ambik kau sekali aku kasi update..
kalau senyap..senyap sesaja..sampai bersawang..
hari ni aku baik..sebab emosi aku tak stabil..ye sila kerut kening kenapa pompuan emosi tak stabil ni boleh buat entry sampai 2 untuk hr yang sama..

Tak perlu kerut sangat sebab nama pon emosi tak stabil..hahaha
Ssejak dewasa ini..cehh..sebenarnya aku nak bagitau bulan aku akan menjadi..muda kembali iaitu 25 tahun..muda kan?kan?kan?
aku banyak baca blog pasal B2B..
seronok baca pasal persiapan orang sebab aku punya persiapan adalah sangat3 lembab macam siput,okey tak baik kaitkan siput dengan kelambatan aku membuat persiapan..

Semua terletak kat tangan aku..
erk..kalau sibuk survey sana-sini,beli segala macam barang tapi kursus tak pergi pun tak guna juga kan?

Hahaha...
hujung bulan ini kami plan mahu pergi kursus kahwin..
bercadang...

Hahaha..lagi sekali macam hampeh..
ye kerja cari duit sampai mati pun belum tentu cukup,
kami kena sedar tidak boleh terlalu mengejar keduniaan...

Jadi harus set masa untuk pergi kursus,
walaupun tahu akan mengantuk semasa ceramah diberikan kecuali yang bagi ceramah suka buat lawak sehingga aku keluar air mata menahan ketawa..

Kursus kahwin kan?
tak kan i nak gelak macam cik pon mengilai kan?kan?
haruslah control seperti puteri2 raja zaman dulu kala...
ketawa halus je bunyinya..
tapi kalau aku ketawa halus macam tu mesti bertuah bakal suami sebab dapat isteri sopan santun sangat..

*tiba2 terfikir kalau aku berubah jd macam tu confirm En.Tunang gelakkan aku guling2 ceitt..

Cepat betul masa berlalu,
kami masih tak kuruskan badan lagi..hahaha
mama dah sound2 badan aku gemuk macam beruang..
kau tengok memang genetik nak kaitkan binatang menjadi perumpamaan.

Barang hantaran memang sudah mula beli sket2..
kau gila nak beli semua mana mahu datang ongkos pak?
En.Tunang?lelaki itu pun sudah hampir botak kerana mahu mencari duit yang banyak untuk menjadikan bakal isterinya bergaya seperti mami jarum..
hahaha..bukan bermulut seperti mereka ya...

Mahu kahwin ni,
aku tak da lah sangat2 demand mahu segala2nya branded.
dah jadi semcam tak kisah pulak..
asal kahwin..
tapi bila dianugerahkan mama yang sangat cerewet hal2 memilih andaman,
kau harus redha okey..
segala-mala yang aku kata cantik dan tunjuk kat depan dia..
semua tak cantik..
dia nak aku survey andaman dekat JB juga,
bagi dia andaman dekat JB semua hebat2..
entah..
aku ni malas nak bertekak..

Masa Tunang hari tu pun barang2 hantaran semua mama aku yang settle..
what do you expect..
Aku tak berkerja,jadi aku beli mana yang mampu..
yang tak mampu semua mama aku settle,
tapi untuk kahwin ini,
aku mahu settle sendiri,
dia hanya boleh tentukan warna tema sahaja..
amacam baik tak aku..

Mama aku suka warna pink..
aku suka warna yang menyerlah macam merah,hitam,kuning dan hijau..
pink sangat lembut..
ayah aku suka hijau..
jadi untuk tidak mereka bergaduh..
aku cuma pilih warna untuk nikah..cream..

sanding pink
malam berinai hijau
nikah cream

hahahaha macam adil tak?
sila senyum ye wahai orang tua ku..
Biar bagi puas hati dua2..

mesti pelik aku yang nak kahwin apasal orang tua yang tentukan kaler..
kau ingat ada aku kisah..
hahaha
lagilah aku ni bukan jenis manusia yang kreatif..
jadi sila bayangkan macam mana aku nak gubah barang hantaran secara bersendirian..
jangan kerut dahi lagi..
kalau payah..aku kasi letak je segala barang atas dulang hantaran..kasi tepek bunga 1 @ @2 kuntum..amacam bernas?


Jurnal?
aku tengok Perempuanku sudah ada blog perkahwinan..
see..,aku ingat dia gila dengan shopping je..
rupanya gila dengan blog jugak..
hahaha..perempuan kau memang gila..

Masih sempat buat blog baru walaupun sibuk memotong buah dan sayur.. =p
dah tengok dia punya blog baru..


Eh..okey mahu kemas2 dan balik..
kepala tepu..
kalau boleh malam mahu study..aku dah lama lupakan tesis ni harus bertaubat untuk study..
bye...

Kahwin Vs Kawan

Salam,
selamat pagi..
aku tepu tak sangatlah..

En.Tunang outstation lagi?
aku?
bukan kena tinggal tapi kalau aku ikut sama sapa nak settlekan kerja yang melambak kat opis ni.
Tak dalah melambak pun,sikit je,yang buat aku rasa melambak sebab aku sibuk buat kerja lain.

Okey..
entry hari ni aku nak cakap pasal Kahwin Vs Kawan.
Secara zahir kalau cakap pasal kahwin semua org suka termasuk aku.
Kalau kau bgtau kawan2 kau,kau nak kahwin apa reaksi diaorang?
Kawan2 aku?aku tengok diaorang happy je dengar aku nak kahwin..
tapi ada sesetengah macam tak best..kenapa?
sebab diaorang rasa lepas kahwin aku mesti berkepit dengan laki,
alah belum kahwin pon aku dah memang berkepit dengan bakal laki.

Kau nak kena faham banyak perkara,
tak semua situasi orang sama,
tak bererti bila kau dah kahwin kau tak boleh nak melepak dengan kawan2 kau..
aku pernah tanya hal macam ni kat En.Tunang..

aku:B,lepas kahwin nanti saya masih boleh melepak dengan kawan2 tak?

en.Tunang:eh mestilah boleh tapi bergantung pada situasi,kamu dah ada tanggungjawab yang besar.jadi kamu kena fahamkan kawan kamu yang bukan bila2 masa boleh jumpa dia.Kalau kamu nak melepak dengan dia,kamu mesti selesaikan tanggungjawab di rumah,tengok waktu kamu keluar pukul berapa.

Aku:ada kemungkinan kamu tak akan bagi saya keluar?

En.Tunang:Erm..bergantung pada situasi,kalau saya tak bagi kamu keluar mesti ada sebab kenapa dan mengapa?betul?selama kamu dengan saya,kalau kamu mintak izin mesti saya akan tanya 'dengan siapa?','ke mana?','Lama @ tak?'.

aku:owh,ok.sekadar bertanya,saya tak mahu terputus hubungan dengan kawan2 saya,diaorang sangat bermakna pada saya.

En.Tunang:sayang,kamu jangan risau.kalau kamu boleh laksanakan tanggungjawab kamu terhadap keluarga tak kan saya tak boleh bertolak ansur dengan kamu atas sedikit kegembiraan kamu.

Aku:Owh,terima kasih banyak2....terima kasih sebab memahami =)

Perbualan berakhir dengan baik,
ramai je aku tengok blogger2 yang sudah kahwin dok melepak dengan kawan2.
Tak jadi masalah pun siap heret anak dengan laki lagi.
Melepak dengan kawan tu penting untuk kau hilangkan stress tapi tidaklah selalu kau nak duduk melepak.

Jadi sebagai sesetengah manusia yang ada kawan2.
kau mesti faham keadaan orang lain sebelum berkata apa2,
contoh aku,
Kerja dengan En.Tunang,
makan&minum dengan dia,
solat dalam waktu yang sama,
melepak pon slalu sama2
90% hidup aku adalah dengan dia,
Tapi aku masih boleh lepak dengan kawan aku.

KEadaan hidup kita semua tak sama,
mungkin ada antara kita yang partner dia jauh,jadi dia banyak luang masa dengan kawan2..
tak salah..

Dalam beberapa hal tertentu,
contoh seperti mahu kahwin,
tentu2lah banyak luangkan masa bersama keluarga & partner kan?
tapi tak semua kawan2 faham.

Kesimpulannya kau nak kena faham situasi kawan2 kau,
sebenarnya bateri laptop sudah low..
sambung nanti.. bye2

02 October 2010

Sambung cerita lepas....

Salam,
Selamat pagi..
tengah memanaskan minda untuk menjana idea memperbaiki tesis aku.
Kau kalau baca blog aku jangan gelakkan aku ye?
aku tengah memperbaiki sistem berbahasa aku ni.
Cuba menggunakan ayat penuh tanpa singkatan perkataan..
fuhhhhh..sakit otak juga untuk menjadikan blog aku ni cantik dari segi bahasa =p

Kau ingat entry aku yang lepas 'kembara kami'
okey hari ni baru mahu keluarkan sambungannya..hahaha
raya dah nak habis baru nak update cerita basi..
sila2 baca dan jangan muntah =p


Cuba kau bayangkan macam mana aku nak membeli-belah kalau naik motor dan hanya bawak beg ini?
Maka kau akan nampak muka redha kami seperti ini,walaupun kecewa tidak boleh membeli apa2 masa itu aku senyum juga sebab En.Tunang kata 'tak apalah sayang,hari Rabu nanti kita datang sini lagi'..wahhhhh
harus meleret2 bagai kan?

Menu untuk berbuka hari tu..
ialah...steamboat....
atas ni apa yang aku suka makan kalau layan steamboat (^_^)






Sebenarnya ni majlis berbuka mereka,
tapi En.Tunang tetap nak bawa aku sebab aku tunang dia..boleh terima..
orang lain semua single..
tak adalah seingle tapi tak bawa pasangan masing2 cuma aku je sorang perempuan yang mengikuti acara diaorang ni..
Ada aku kisah?
tak lah,dah biasa jadi satu2nya wanita dalam kalangan mereka..
Lagipun aku ni kan tersangatlah kuat cemburu,
jadi En.Tunang memang tak akan tinggalkan aku kecuali melibatkan urusan2 kerja itu pun bergantung pada situasi..
oklah,aku rasa otak aku dah cukup panas,nak buat kerja..
bye =)




01 October 2010

Susah hati =(

Salam,
selamat pagi..
sudah berhabuk,kena mop blog aku nih..

sebenarnya mahu bgtau,perasaanku tengah gusar nih..
dan2..guna ayat skema..

Pagi td Pukul 6 ayah aku sms:

Ayah:'Kau kt mana long. Hati2 ayah bru mimpi kau berdua mcm gambaran yang tak elok je. Tolong jga diri baik2'

Sms asli,apa yang dia send tulah yang aku copy balik.
Aku?
sampai la ni susah hati..
dah lah petang ni mahu balik upm..
gusar...

Tapi la ni macam dah ok sket..
En.tunang kata kalau dah berbelah bahagi tak payah pergi.
Tapi aku kena pergi jugak,
sebab banyak kerja tertangguh,target mesti dicapai walaupon progress adalah lembap.

Aku tawakal pada Allah S.W.T je.
Kalau ada sesuatu berlaku mungkin itu sudah ditakdirkan atau ..entah bg aku kalau benda nak jadi atau apa2 pon kita elak macam mana pon tetap akan berlaku..
kau rasa?
fahaman aku salah?

Aku cuma berserah..
Zohor ni aku nak mintak pada tuhan agar aku tenang..
kalau tak lungkup aku tak leh nak buat kerja je..
tadi pon aku dah macam melayan perasaan sendiri..
biasanya aku kalau susah hati aku akan update banyak2..
see2..masih lagi mahu poyo..haha..
oklah banyak kerja nak buat ni..
bye2