Assalammualaikum w.b.t
selamat pagi...
salam ramadhan.
Maaf aku dah lama tak update sebab ada hormon malas nak update,memandangkan kesihatan merundum dan mabuk yang masih teruk....aku memang tak da rasa nak update apa.
Sebenarnya aku tengah betul2 down ni...lemah semangat yang sangat2...ada masalah hidup...huhuhu melibatkan masa depan.
Ya allah aku harap tuhan mudahkan segala yang sulit untuk aku dan 'si kecil'.
Aku tak mahu stress sebab nanti beri kesan pada taraf kesihatan aku dan dia..
Alhamdulillah dah berapa hari puasa ni,aku mampu untuk berpuasa walaupun mengalami mabuk yang sangat teruk.
Malam tadi beberapa jam selepas berbuka puasa,aku muntah.Semua yang aku makan masa berbuka keluar balik,lemah rasanya.
Dengan emosi tak stabil ditambah dengan masalah hidup lagi.Ya allah...aku redha je.Betul aku memang dah tak da semangat.Keyakinan diri pun dah hilang.TEruknya aku sekarang ni.
En.suami risau kalau aku sangat tertekan nanti baby yang terkena tempiasnya.
Entahlah,aku cuma rasa perasaan aku sangat kosong sekarang ni.
Ok lah.selamat berpuasa...banyakkan amalan.
No comments:
Post a Comment