assalammualaikum w.b.t
Selamat petang..hahahahaha
Haaachummm..
eh macam lama tak update..miahaha...
aku malas,dah on laptop dah fikir nak type apa tapi tiba-tiba aku off laptop pula,dengan alasan mabuk.*alasan je..hahaha selebihnya adalah malas.
Isnin lepas secara rasminya aku dah menjadi ahli BUKU merah di Klinik kesihatan batu pahat.huhuhuhu...
Banyak gak prosedur dia,kena bawak salinan ic dan sijil nikah,kena isi borang,amik darah timbang dan the worst thing is nurse picit breast kau...hahaha sakit dowh.
Ok sorry 18sx.tapi saja nak kongsi dengan kau pengalaman BARU aku ni.
Perkara pertama kena urine test,dia nak tengok segala benda dalam air kencing kau.Lepas tu dia cek tinggi dan berat kau.Selepas tu amik darah untuk HIV test.Lepas tu boleh lah berehat kejap sambil-sambil tunggu giliran nak masuk bilik yang lain.
Kemudian kau akan dipanggil masuk ke bilik,dan dalam tu mungkin ada senior nurse..erk aku rasa macam lebih kepada nurse penasihat sebab kau tanya apa je dia akan jawab.*banyak benda baru aku tahu hahahaha,betapa sikitnya ilmu,nak jadi mak tapi banyak benda tak tahu.
Mula-mula berbual pasal breast feed,pemakanan ibu mengandung,ubat etc.
Lepas tu dia suruh aku baring.*aku ingat nak cek perut.Ok memang cek perut mula-mula,lepas tu dia suruh aku bukak bra..erk...dia nak cabul aku kah?
hahahahaha
cis menakutkan ok,dahlah malu gila,sampai dia tegur muka aku merah padam.Dia suruh relax sebab nak cek breast sama ada ketulan susu dah ada ke belum.OMG dah lah breast tengah membengkak,kena picit pulak.Nasib dia kat tepi aku,kalau kat depan aku dah terajang.
*aku cerita yang lucah sikit sebagai kongsi pengalaman,nanti kau tak terkejut macam aku.
Aku baru tahu rupa-rupanya,kalau kita minum susu tak boleh makan sekali dengan vitamin atau ubat.Erk faham tak?
Macam ni,kalau lepas sarapan kau minum susu,kau jangan telan vitamin atau ubat pada waktu yang sama,sebab ubat-ubatan tersebut tidak akan berfungsi dan hanya lalu kat tekak seperti air yang deras.Kerana?kerana susu mempunyai khasiat yang cukup baik malah vitamin dan ubat-ubatan pun sama,jadi kalau kau makan sekali jalan ianya tak kan berfungsi,lebih kurang dia berlawan pedang lah kat dalam badan kau.Seelok-eloknya kalau kau nak makan ubat selepas itu adalah 1 jam setengah dari waktu kau minum susu tadi.
Eh ni nurse yang cakap,aku ikut je.Untuk progress aku pada minggu ke-9 ni,alhamdulillah semuanya berjalan lancar.urine ok,berat badan ok,darah pun ok.Cuma nurse pesan makan nak kena jaga jangan hentam makanan tak berkhasiat,kesian baby sebab itu semua boleh menjadi racun untuk baby.OMG...banyak benda aku abaikan ok.Kesian dia yang kat dalam perut.. :'(
Mummy cuai lah sayang,sorry.
Sekurang-kurangnya aku kena minum 2 gelas susu sehari,pagi dan malam sebelum tido.
Kena telan segala vitamin yang dia bagi.Tak boleh buat kerja berat sebab aku belum lepas 12 minggu lagi,kena hati-hati dalam segala hal.
Pasal mabuk pula,ye aku mabuk teruk.Tak kira masa,kalau peratusan sehari adalah 100%,waktu aku mabuk ialah 95%.
Selagi aku tak nampak sifat baby yang sempurna selagi tu otak aku ni fikir macam-macam.Isk...pertama kali kan,dia punya risau lain macam.
Ikut perkiraan nurse,due date aku 14/2/2012.
Mama aku terlebih excited,siap dah cerita pasal waktu pantang bagai.Dia request suruh aku bersalin kat hospital swasta.Aku cakap tak mau,sebab sayang duit.dia kata aku kedekut...hahaha.
'Mama,along tak kerja.Kesian Bad kena cari duit sorang-sorang.Along nak ringankan beban dia sikit,dia memang tak kisah,tapi along kisah.Bersalin kat mana pun sama je ma,sakitnya tetap sama.Tengoklah,kalau esok lusa along berubah fikiran tak tahulah pulak.'
Tapi kes sekarang ni aku takutlah,sebab banyak je kes Doktor salah suntik baby.lepas tu kesian tangan diaorang 'rosak',terus kena potong.Aku harap Allah lindungi aku dari semua perkara tak elok.
Ok.pasal study plak.sebenarnya aku dah putus asa,ini sem last.tesis tak siap-siap,aku nak berhenti je rasanya.Tapi ramai yang membantah,aku dah buat loan ptptn dulu untuk awal master,aku dah banyak berhabis untuk yuran,kenapa aku nak mengalah sekarang.aku dah lama tak amik tahu pasal study.entah...lepas tu aku fikir balik.Kenapa cepat sangat aku putus asa,sedangkan aku bukan orang yang macam tu.Aku selalunya berjuang hingga saat yang terakhir sampai waktu di mana aku betul-betul tak mampu baru aku mengalah.
Entah,mungkin banyak sangat perkara yang berlaku,dengan keadaan aku yang mabuk.serius aku stress,aku dah on laptop nak sambung study.Tapi nanti patah semangat sebab aku tak mampu nak angkat kepala pun. :'(
La ni aku nekad,apa nak jadi,jadilah.aku tahu banyak kesulitan pada esok hari,sebab yelah mungkin aku terlepas untuk isi apa-apa yang patut,Tapi aku redha.aku kena teruskan selagi aku berdaya.Semua kat tangan aku.Ini harapan dan cita-cita aku,kenapa aku nak sia-siakan peluang yang ada.Selagi ada jalan aku akan ikut dan lakukan.
apa aku nak takut,dalam badan aku ada 'seseorang' yang sentiasa menemani aku setiap waktu,sentiasa ada walau aku buntu.Itukan rezeki dan nikmat yang Allah bagi.Isk...aku selalu membazirkan waktu sebab memikirkan apa yang aku buat terlalu susah,sampai rasa nak tukar tajuk dan pensyarah.Tapi ini kan pilihan aku,kenapa nak mengalah.Lagipun pensyarah dah banyak tolong aku.
Tak pe,selagi mampu untuk teruskan.aku akan buat sampai aku tahu yang aku memang tak mampu nak siapkan tesis baru aku akn mengalah.selagi ada suara hati yang mengatakan aku boleh..aku mesti boleh buat. (^_^).
Kenapa aku nak mengalah,sedangkan aku ada insan-insan yang sayang kat aku,aku pernah ada dalam keadaan lagi susah dari ini.
Ok,baby dah tiba masa teman mummy study.
Jumpa lagi nanti :)
No comments:
Post a Comment