Sentuhlah saya

04 July 2011

Kenapa aku cintakan dia?

Assalammualaikum w.b.t
tajuk tak leh blah...hahaha...aku sekarang letak tajuk ikut suka...
asal sedap boleh?

hahaha...
entry ni khas untuk en.suami sebenarnya.
setiap hari aku belajar untuk terus menyintai tanpa henti...

walaupun dia berhutang honeymoon dengan aku..hahaha aku tak kisah.sebab kalau diizinkan tuhan lepas pantang boleh berjalan lagi.Tapi tak dalah lepas habis pantang betul-betul dah nak berjalan.Tunggu anak besar sikit,baru best bapak dia nak pegang sambil mak dia habiskan duit bapak.hahaha :p

En.suami sentiasa turutkan tekak mengada aku ni,yang suka makan coklat-coklat sebegini dan dia tak lupa tanya pada staff kedai 'coklat ni halal tak?'.hahaha..OMG serius terkesima sangat terperinci dia jaga makan minum aku.


walaupun kadang-kadang aku rasa macam nak pasang je pili bomba dalam bilik supaya senang nak simbah En.suami yang sememangnya liat nak bangun.Owh..semenjak aku pregnant dia sangat mudah nak dikejut walaupun hanya dengan ayat 'abang,sayang sejuk ni tolong padamkan aircond'...sambil pejam mata dia akan bangun cari remote.*terror tak dia :p

Yang menakjubkan dia sanggup gorengkan aku nasi,sebab tekak si isteri yang mengada-ngada nak dia masakkan jugak,ye aku nak suami aku yang goreng nasi A-Z bukan MIL.Terkial-kial En.suami tumbuk bawang dan memasak.Tapi kerana Cik Puan Isteri dia layankan jugak :')


26 Jun hari tu ulang tahun kelahiran En.suami yang ke-26,tiada kejutan sebab Cik Puan Isteri tengah mabuk teruk,maka dapatlah En.suami kek cawan yang ditempah khas mengikut selera orang mengandung.*i'm so sorry abang,tak da candle light dinner :'(


Tahun ni aku sengkek,maka aku bagi dia coklat dan 3 pasang stokin.Sebenarnya aku dah bagi dia beberapa RM$ suruh pilih hadiah sendiri.Kalau ikutkan aku,aku nak tunggu beberapa bulan lagi sebab aku ada target nak belikan dia hadiah lain yang lebih istimewa,harga memang menangis...tapi aku teringin nak bagi dia jugak.Sebab En.suami tak pernah berkira dengan keinginan aku.*tak pe,tahun depan aku mesti dapatkan gak untuk dia :)


Kadang-kadang seronok layan En.suami kalau kepala dia tengah weng hahahaha :p


Ceria je muka babah to be hahaha...jangan esok dia berebut dengan anak sudah hahaha.

Abaikan muka pucat aku,sejak pregnant memang aku malas nak tepek bedak kat muka,nak pakai lip balm pun aku malas,biar je bibir kering...hahahaha...ada aku kesah orang nak kutuk..lalala.

Menikmati makan tengah hari di hotel,berangan makan di hotel 5 bintang.Kat batu pahat ni celah mana nak cari hotel 5 bintang?hahaha,ni kitaorang makan kat Crystal inn,sedap.aku suka~

Ni sebenarnya bukan aku layankan En.suami tapi En.suami yang layankan aku.huahuahuahua.

aku tak da motif nak cerita sebenarnya..apa lagi yang boleh aku kongsikan kecuali hidup aku sekarang ni...wanita hamil yang mabuk bersama suami tercinta yang sentiasa belajar bersabar.



*sambung besok hahahaha



















2 comments:

husnalalink said...

ko duk umah sndiri ke umah mak mentua ko along skrang?

syazana said...

lalink7:
aku stay dengan mertua sekarang ni.