Sentuhlah saya

01 July 2011

Friday (*_*)

Assalammualaikum w.b.t
selamat pagi dunia...

Hohoo...i love friday..OMG..besok kena jumpa gynae..ok aku rasa macam tak best pakai gynae..i kan orang kampung selalu aku panggil doktor saja..hahahaha

Kalau ikut appointment dengan doktor 2 minggu lepas besok dia nak chek nadi baby..OMG...excited...excited..

Owh..hahahaha...baru nak jalan 2 bulan tapi ada yang dah tanya nak bersalin kat mana. Hospital kerajaan sajalah ye.Murah *kedekuts..hahaha bukan...i kan tak kerja,jadi tak mahu menyusahkan En.suami walau mampu sekalipun.Sebab dengan kos RM2000.00 mungkin dah boleh buat cover belanja barang-barang baby... (^_^).

Sekarang bila dah kahwin banyak benda nak kena fikir,jadi dah tak boleh nak membazir macam dulu..no more shopping yang melampau-lampau...no more handbags...owh...sob..sob..sob..

Bila tengok designer handbags je terus terfikir...OMG...tak lama nak jadi mummy dah..tak pe..tak pe..hold dulu.lagipun baru lepas kahwin,handbags masih baru jadi jangan nak berangan dapat yang lain.

Mesti korang fikir..cis perempuan ni tak kerja tapi dok lah sibuk memikir nak beli barang sahaja...rezeki...rezeki...hahahaha

Aku tengah berusaha nak memulakan balik penulisan tesis.Dah tak larat sebenarnya nak berhenti je rasa,tapi takut kena denda tido luar bilik oleh En.suami dengan muka terkulat-kulat aku menghadap lappy.

Pregnancy progress...
huwarghhhhhh...aku mengalami mabuk yang sangat teruk..sampaikan satu kerja pun tak boleh buat.Serius..rasa seolah-olah duduk di atas sampan yang sedang dilambung ombak...cakap banyak tak guna,orang yang dah ada anak je tahu,tu pun kalau yang mabuk macam aku lah.

Bukan nak cakap besar,untuk yang belum merasa...hohohoho..akan datang kau akan rasa gak..best oooo...

Pasal kerisauan aku yang lepas..pasal baby tak stabil..erm...melihat kepada gambar yang telah di scan..progress alhamdulillah ok.cuma masih kena berjaga-jagalah..

Owh ye..hari tu nasib aku baik..alhamdulillah aku hampir-hampir tergelincir jatuh tangga,nasiblah sempat berpaut pada dinding.Anak tangga memang tak banyak..tiga je..tapi kalau jatuh terlentang menjawab gak.. (^_^').

En.suami dan PIL selalu dalam kerisauan kalau aku kat opis sorang-sorang.Insyaallah aku pandai jaga diri sendiri.

aku nak share the best part je..hahahaha...bila mengandung kau mintaklah apa je insyaallah husband kau akan melayan..tapi janganlah kau mintak banglo 10 tingkat porsche 4 biji...itu gila namanya.Kau mintaklah contoh nak makan nasi lemak..buat ayat manja sikit 'bang,sayang nak nasi lemak daun pisanglah..' tapi jangan plak cerewet nak plak nasi lemak dekat Kelantan sana..sapa nak pergi beli kan?

Hahaha..setakat ni alhamdulillah..aku tak da pulak nak mengidam makanan yang susah nak dapat.cuma semalam ada drama sikit.hahahaha..boleh plak aku merengek sampai menangis dekat En.suami semata-mata kerana Chicken cornish kat Secret recipe..cis..

Aku memang dah lama nak since kat KLIA last week masa hantar biras aku nak fly ke Qatar.Masa tunggu diaorang nak check in,terbau-bau pulak Staff kat SR tengah bakar chicken cornish ni.Bila nak beli diaorang tak boleh jual sebab kitchen dah close.Kalau nak kena tunggu pukul 7 pagi esok.cis kejam ok,dengan mak yong.hahaha

Tu yang semalam dok merengek dekat En.suami.Bukan dia tak nak bawak pergi,tapi dia baru nak lelap aku dah sibuk meleset kat dia.Yelah time aku suruh membuta dia bantai main game kat bb aku..hohoho padanlah muka.Merengek punya merengek sampai meleleh air mata tanpa disedari okey.hah amik kau tercengang suami aku.


Aku pun tak tahu kenapa macam sedih sangat En.suami liat nak bangun dari katil.Mengada okey tak suka..emo lebih.hahaha.

Owh lupa nak update lagi..bukan mabuk je yang aku tengah melayan sekarang ni,aku tak boleh bau badan En.suami,tak kiralah dia wangi ke busuk ke,memang tak boleh.Kesian okey dia nak tido kena letak bantal peluk kat tengah,nak peluk pun dari jauh je.Bukan benci tau,cuma tak boleh bau badan je.Kadang-kadang aku lawankan jugak,peluk je En.suami kuat-kuat,dah tak tahan nak muntah baru aku lepas.

Bau perfume dia aku tak suka,deodorant lagilah,adeh..parah.Kalau sebelum ni bau dia lepas mandi aku cukup suka,sebab freshkan..sekarang jangan haraplah...kadang-kadang sedih bila aku suruh dia bergalih sikit sebab aku tak tahan bau dia.Sekarang ni aku tak kasi dia smoking kalau aku ada sama.Jangan haraplah.Kalau dia lepas smoking pun masuk bilik tak kumur-kumur mulut memang kena halau dengan aku.

Serius aku boleh muntah tau bau rokok.Aku sound En.suami sekali je nasib dia faham 'abang kalau sayang isteri dengan anak,jangan nak merokok dekat-dekat ea.'Okey dia patuh kepada permintaan..sebab tu semakin hari semakin sayang hahaha *gatal.

Tapi aku sedikit simptom pemalas...bukan sedikit ok..tapi banyak..aku malas nak mandi,malas nak pakai bedak,malas nak mekap,malas nak pakai perfume sampai nak pakai baju pun malas.Pernah sekali lepas mandi,aku emmang pemalas gila nak pakai baju,siap paksa En.suami pakaikan oke..erk..hahaha 18sx plak.Aku cerita pengalaman je.Kau jangan jadi macam aku.entah kenapa nak melawa pun aku malas.Nak syampu rambut lagilah,rasa macam nak upah orang suruh syampukan rambut aku.hahaha.

Owh..sambil2 update blog aku chat dengan kawan kat fb..dia suruh aku pergi klinik cepat sebab aku demam.OMG aku dah mula cuak sebab dia kata takut demam boleh effect kat janin.ok..aku nak call En.suami suruh dia balik cepat..isk.

No comments: