Assalammualaikum w.b.t
selamat tengah hari :)
semalam aku jumpa doktor...alhamdulillah...syukur..terima kasih tuhan..terima kasih tuhan...terima kasih tuhan... :')
aku nampak denyutan nadi 'si Kecil'..betapa indahnya ciptaan tuhan..
inside my tummyland...subhanallah...
Semua berjalan lancar..lebih baik..lebih indah..Semoga allah sempurnakan kejadian mental dan fizikalnya...semoga allah kurniakan dia kebaikan kami kedua ibu bapanya dan hindarkan keburukan kami kedua ibu bapanya dari dia.
Urine test pun aku tak da masalah,untuk mabuk dan muntah yang teruk doktor cuma bagi pil untuk tahan muntah.Tu pun mama aku tak kasi makan sangat,dia kata mabuk tu perkara biasa.
Dan doktor kata,sebenarnya mabuk dan loya itu bagus sebab menunjukkan progress baby yang baik.Alhamdulillah....tak pe untuk 'si kecil' mabuk teruk macam mana pun aku sanggup asalkan dia membesar dengan sihat dan sempurna.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku yang tertunggak (menyiapkan tesis) dan memudahkan langkah En.suami untuk mencari rezeki.
Doktor kata dah boleh buat buku merah untuk pemeriksaan kat klinik-klinik kesihatan.Tiada lagi appointment akan datang memandangkan semuanya normal dan berjalan lancar.
Cuma aku nak kena beli makanan tambahan,sebab aku tak suka nak makan ayam dan ikan..erk...boleh muntah kalau telan.Jadi doktor sarankan aku ganti dengan minyak ikan atau vitamin lain.
Aku wajib menelan asid folik dan obimin untuk kebaikan kandungan,dan Utrogestan untuk memastikan fetus kukuh di dinding rahim.
Syukur tuhan kerana meminjamkan aku seorang lelaki yang cukup perihatin tentang pemakanan dan penjagaan aku sepanjang melalui saat-saat ini.
Owh..ye ragam wanita hamil ni macam-macam ok.Aku tak suka sangat makan nasi dan lauk kat rumah,walaupun MIL masak sedap sangat-sangat.Muahahaha...aku suka makan kat luar..*teruk..
Suka-suka hati aku je nak apa,nasi goreng kampung,nasi lemak, bihun sup,soto dan lain-lain.Ops...sebelum ni gemar western food..tapi sekarang dah tak.
PIL dah faham sangat feel aku sekarang ni,kalau aku tengah mabuk memang janganlah suruh aku makan,memang tak nak punya.Tapi cuba kalau aku tengah normal dan berkehendak 2 bungkus nasi lemak aku bantai sorang ok.hahahaha
Aku cukup suka dengan buah tembikai susu,kau bagi aku sebiji pun aku boleh habiskan sorang..see2..hahaha
Sekarang perut dah kelihatan buncit sedikit..hehehe...*teruja.
aku dah mula berminat dengan barangan bayi..OMG comel-comel ok..baju-baju baby...rasa nak menangis sebab kena tahan diri dari beli baju baby.MIL kata awal lagi,atuk aku kata pun macam tu,kalau ikut pesan orang-orang tua untuk kehamilan yang pertama seelok-eloknya beli barang bila usia kandungan mencecah 7 bulan ke atas.
Ini pesan orang tua-tua,aku ikut je.Jadi En.suami sekarang tengah menyimpan budget untuk si kecil,sebab Cik Puan ISteri sudah mahu menggila di SOGO..OMG..baju budak-budak sangat cantik ok...kau boleh gila kalau masuk SOGO.
aku masih macam ni,selekeh dan pemalas,hahaha...selekeh tu tidaklah masih mandi dan gosok gigi,cuma malas nak memakai wangi-wangian serta mekap..hahaha...
sekarang tengah belajar tak mahu taip yang negatif-negatif.aku tengah belajar menjadi manusia yang positif.
Aku abaikan kerisauan aku,aku serahkan semuanya dekat tuhan dan aku redha.Alhamdulillah...segalanya masih milik aku.
Aku harap tuhan pinjamkan segala-galanya di dunia ini lama sedikit atau sehingga hujung nyawa ku.
*sekarang ni aku ada masalah lain,aku sangat berminat dengan handbag...cis :p
No comments:
Post a Comment