Sentuhlah saya

12 August 2011

Fuhhhhh (^_^')

Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi dunia..


Huhuhuhu...sambil menahan kemabukan yang melanda aku gigihkan juga nak menaip di dalam diary usangku ini.*motip nak tulis usang :p

Semenjak seminggu yang lepas kesihatan aku agak merundum,mungkin sebab emosi tak stabil atau aku terlalu banyak berfikir atau sebab aku berpuasa.*aku memang tak kan salahkan puasa.

Hidupkan?memang banyak masalah...terutamanya orang yang macam aku ni.Hahaha.tak ada masalah tapi selalu cari masalah.Eh,macam tak tahu nak kongsi macam mana masalah aku tu.I malu noks..hahaha *lempang diri sendiri.

Tukar topiklah..erk..
Kan aku dah bagitau yang aku tak sihat tu kan,malam kelmarin aku rasa bahagian pinggang aku pedih dan sakit semacam sampailah ke bahagian perut.Aku tak boleh bergeraK langsung, tak boleh bernafas...subhanallah.Sampai aku terfikir 'kalaulah sakit ini sikit peratusnya daripada sakit semasa melahirkan anak...'...subhanallah..sakit yang melampau.

Bangun pagi aku memang tak larat nak buka mata,sebab sepanjang malam aku tak boleh tido. :'(
Sakit yang membuatkan aku tak mampu nak menangis pun...terlampau.

Aku terus ajak En.suami pergi klinik chek,apa masalah aku.Dalam kepala aku...aku tak terfikirkan diri aku langsung.Yang aku fikir cuma anak..anak dan anak.Dia ok ke kat dalam?dia sihat ke?aku puasa ni dia ada masalah tak?sementara menunggu En.suami siapkan kerja aku usap perut sambil menangis sendiri.Yelah,kita memang harapkan yang baik2 je kan?tapi kalau ada sesuatu berlaku pada dia,tentulah aku tak dapat nak maafkan diri aku sebab tak pandai jaga diri sendiri.


Doc pegang bahagian yang aku adu sakit.Lepas tu dia buat kesimpulan yang bermasalah buah pinggang aku,mungkin air kencing kotor.Aku terus cakap nak scan nak tengok baby,aku risau.Doc cuma senyum,faham kot perasaan orang first time preggy ni.

Masa Doc sapu gel scan kat perut aku berdoa dalam hati,janganlah si kecilku ada apa2.harap2 dia sihat.Dan....Subhanallah...aku terpaku tengok monitor scanner tu.Si kecilku dah nampak bentuk dan sifatnya.En.suami pandang aku sambil tersenyum lebar.

Doc: see u'r baby.Ibu dia tak makan pun dia boleh bergerak aktif,nampak tu jantung dia,tangan dia,kepala dia.

Aku:Ya Allah,dia tengah berguling ke tu doc?

Doc:Yes.Baby awak sangat aktif,nampak dia tak berhenti bergerak.Ada je pergerakan dia.

Serius sebak..terharu..indahnya ciptaan tuhan walaupun hanya di dalam perut.Dia sihat dan cergas.Aku dan En.suami terdiam lama sambil tersenyum sendiri.

Lepas scan doc nak tengok urine aku.Huahuahuahua..dengan rasa gumbira dah tak fikir diri sendiri ambil bekas terus buat urine test...and the result is..

Doc:Kuman dalam urine awak memang sikit,tapi kalau tengok result urine memang tak berapa bagus.Awak nak kena banyak minum air,kalau kencing kotor berterusan ianya akan mendatangkan kesan pada baby.

Dan2 masa tu En.suami terus tenung aku tajam.*okey..aku takut..hahaha

Dari mula ambil ubat kat kaunter,sampai masuk kereta,sampailah kat depan rumah..fuh penuh taik telinga aku sebab dengar En.suami membebel.Akibatnya,semalam MIL rebuskan air barli.*Air barli ni bagus untuk cuci kencing kotor.

Dan akibat yang lain pula,En.suami yang sediakan air untuk makan ubat dan sebagainya,dia tunggu depan mata aku ok.Kalau tak tertelan memang dia ugut aku..'sayang baby tak?'

Huwawawa...memanglah aku sayang baby.sebab tu aku telan walaupun ubat tu busuk ya ampun.

Tapi tulah,aku ni kadang2 lupa hakikat kejadian.Allah dah beri kelebihan pada wanita hamil,tapi bila sakit aku selah2 mengeluh macam tak bersyukur.Astaghfirullahhalazim..mintak dijauhkan aku dari sifat mengeluh tu.

Aku set dalam minda aku,normallah kalau wanita hamil selalu tak sihat.Nama pun hamil,perubahan hormon dan sebagainya.


Aku selalu cakap dengan si kecil..'Tak apalah sayang,mummy sakit sikit je.Yang penting sayang sihat kat dalam'.

Aku ni bukanlah pandai sangat nak berkomunikasi,tapi katanya mummy to be kan.Haruslah belajar banyak perkara.

*Rezeki di bulan ramadhan,kami dapat sesuatu dari benua Eropah.Alhamdulillah.Tapi rasanya macam awal sangat.Erk..tak pe lah Baby, Pak ngah & Mak ngah awak excited tu.Mummy dengan Babah layankan je.

Selamat berpuasa semua,doakan semoga kesihatan aku semakin baik dan segalanya berjalan lancar.Aku juga berharap agar Tuhan memberi kesenangan dalam setiap kesulitan yang aku hadapi.Untuk korang begitu juga.


No comments: