Sentuhlah saya

09 August 2011

Queen control (^_^')

Assalammualaikum w.b.t
selamat pagi dunia.hehehehe.

See...since preggy ni aku memang malas sesangat nak update belog..muahaha.
Melayan sickness sepanjang hari.

Ok2...aku tak nak melalut.Jom kita pergi kepada tajuk entry yang tak panas tapi boleh bikin hati aku panas.hahahaha

Malam tadi kami (aku,En.suami dan MIL) berbual pasal kawan baik.
Tiba-tiba TERmengumpat kawan En.suami :p

MIL:Pis (En.suami),kau jangan kawan dengan si *** tu lagi,mak tak suka.Ada ke patut dia burukkan kau kat abang ipar kau sendiri.Depan kau sikit punya baik belakang kau mulut dia jahat.

En.Suami:mana mak tau?

MIL:abang ipar kau sendiri cerita dengan mak.kau tengok,kau bagi dia pakai lesen nak dapatkan projek,bila projek dah dapat,apa kau dapat?duit?jangan haraplah makin dia buruk2kan kau ada.

Aku:dia cakap apa mak?

MIL:dia kata apis (En.suami) dah tak macam apis yang dulu lagi,apis sekarang dah lain.Apis yang sekarang TAKUT BINI.

Okey masa ni muka aku dah berubah nak bertukar jadi HULK.

Aku:subhanallah,sampai macam tu sekali mak?

MIL:iyelah,sebab apis malas nak keluar melayan dia.Dia cakap macam tu dengan abang ipar kau.Dah pis,kau jangan kawan dengan dia lagi.Dari dulu mak cakap budak ni tak boleh percaya,kau tak nak dengar.

Aku:Mana saya tak bising mak,bila waktu berkerja diaorang dah lepak minum,dah jumpa,eh tak kasi apis balik tengah hari makan tengah hari dengan saya.Nak melayan dia,dah lah petang nak kena minum petang dengan dia.Tak cukup tu lepas maghrib dia telefon lagi ajak keluar.Habis saya ni apa?isteri ke patung kat rumah ni?

Masa ni memang aku cakap tegak-tegak je.En.suami terdiam tengok muka aku.

En.suami:sebab tu saya mana ada keluar dengan dia lagi.MAlas saya nak melepak dengan dia.Bukan ada HASIL pun.Ni duduk lepak minum cerita projek tak habis-habis.Hujung-hujung saya kena bayar.kalau sekali minum RM5 tak pe,ni sekali bayar amik kau RM20 ke atas.

MIL:dia kan dah ada isteri dan anak,apasal tak duduk rumah layan anak bini dia?Kau dah kahwin,layanlah bini kau.Kalau nak hidup macam orang bujang buat apa kahwin dulu.Ni bini tengah mengandung memanglah nak perhatian lebih,dengan siapa bini kau nak berkepit kalau bukan dengan kau.Dah-dah tak payah kawan dengan dia lagi.




Panjang plak aku taip,hahaha.Tujuan aku cakap macam tu bukan untuk berkurang ajar.Aku sayang suami aku,dosa kalau aku sakitkan hati dia.Kau jangan risau aku dah mintak ampun malam tadi sebelum tido.Aku cuma luahkan apa yang aku fikir.Ye MIL sangat open minded,aku selalu bincang hal-hal macam ni dengan dia.Kadang-kadang En.suami ni selalu je sebelahkan kawan-kawan dia.yelah orang tengah berkawan mana nampak buruk kan?

Awal-awal lagi aku dah tak senang,kau bayangkan kalau siang malam nak keluar.Mana aku boleh tahan.Memang aku membebel sampai merajuk.Baru En.suami okey sikit,lepas tu mula lagi...masa ni aku dah tak da tolak ansur.Aku siap cakap dengan En.suami,aku memang tak percaya kawan dia tu,mesti diaorang akan bergaduh jugak nanti.Masin kau mulut wanita mengandung ni.huhuhuhu.

Tak cukup dengan tu,bila En.Suami tak nak melayan si kawan ni,dia canang plak dengan biras aku yang En.suami ni takut bini.kejadah macam haram okey.

Aku akui aku memang kasar dan garang,selalu je naik angin.Tapi aku tak pernah nak putuskan apa-apa yang berkaitan dengan hal En.suami.Dia dah matang tahu berfikir sendiri,tapi kadang-kadang suami pun perlukan guideline dari isteri.

Malah sebaliknya aku yang takut dengan En.suami sebab dia tegas.KAu dah gila nak jadi queen control?tak cium bau syurga okey.Tak nak aku.

Dia kata suami aku takut bini sebab,tiap-tiap kali lunch hour.En.suami akan balik rumah makan,rehat dan solat.KAdang-kadang aku dengan En.suami membuat waktu tengah hari.Salah ke Suami aku balik rumah dan makan,dan salah ke kalau suami aku bawak lunch kat luar sebab itu memang tanggung jawab dia bagi aku makan.

Bukan mangkuk ayun ni sorang je cakap suami aku takut bini,memang dah ada orang lain gak cakap.Tapi keadaan sebenarnya cuma aku dan En.suami yang tahu.Eh buruk sangat ke perangai kalau setakat nak melayan isteri,nak manja-manja dengan isteri?kau dah ada bini,ulit lah bini kau.Yang lain tu,korang tak kahwin lagi bolehlah cakap macam tu sebab tak da tanggung jawab.

Kalau dah kahwin tapi 24jam asyik nak melepak je,baik tak payah kahwin.

Aku ni tak adalah nak zalim sangat,kau tanya suami aku pernah aku sekat dia pergi main snooker?pernah aku sekat dia nak lepak minum dengan kawan,pernah aku sekat dia nak keluar malam?

Semua ada limit,tak kan pukul 9 malam kau keluar pukul 3 pagi kau baru nak balik kan?kalau siang dah melepak tak kan malam pun nak melepak lagi?agak-agaklah der....isteri itu amanah.

Aku memang selalu je tanya En.suami kalau dia keluar atas tujuan apa.Dia jujur bagitau nak lepak dengan kawan.Aku okey je,tapi janganlah balik lewat.aku tak suka tidur sorang-sorang.

Adakah dengam memahami masih lagi dikatakan sebagai 'queen control'.Aku tak pernah anggap suami aku takut dengan aku,tapi dia hormat dan sayangkan aku sebab tu dia selalu layankan kehendak aku.

Apa yang aku nak dia tak layankan?aku rasa semua suami sama.Dia sayang isteri dia,sebab tu dia sanggup korbankan waktu kat luar.Kadang-kadang aku bukan suruh dia duduk rumah pun,tapi dia yang rela nak membuat sepanjang hari.Adakah itu pun sebab takut bini?

Banyak kali kalau aku nampak dia macam stress,aku akan picitkan kepala dia dan suruh dia pergi main snooker dengan kawan-kawan.Supaya hilang stress dia tu.Tapi ada orang tahu?haish...tulah manusia tahu bercakap je.Kalau benda tak betul,bukan ke itu dah jadi fitnah?

Dulu pun ada kawan En.suami cakap hal yang sama,hah sekarang tengok bila dah berkahwin,asyik kepit bini je.Sebab?sebab dia sayang.Kalau belum kahwin kau memang tak faham,sebab bila dah berkahwin banyak benda kau nak kena fikir.Hal kecil pun kau kena ambil tahu.

Fuhh..penat aku menaip bulan pose ni.karang kalau taip banyak-banyak tambah dosa pulak.Haish..aku harap manusia macam ni akan terkunci mulut dia bila diaorang dah ada tanggung jawab nanti.HAh masa tu baru kau tahu bukan mudah KAHWIN ni.

Hahahahahahahaha :p

No comments: